Monday, November 8, 2010

Pemandu Malaysia Yang Tegar

Setiap hari anda pasti akan berhadapan dengan pelbagai karenah masyarakat Malaysia yang memandu di jalan raya, tidak kisah lah jalan itu merayakan raya puasa, raya cina atau raya deepavali, jalan raya pasti menjadi tempat berlakunya pelbagai peristiwa yang diingini dan juga tidak diingini. Ibarat Menunggu Telur Separuh Masak Di Mapley, Kadang-kdang kadar kemasakkannya sempurna dan kadang-kdang boleh dipotong telur tersebut dan diletakkan bersama mee rebus. (.....)

Apa yang cuba disampaikan adalah....(napa aku tak leh fokus??)...aiyook

Tune jap....emmmmm..

Haa, nak crita pasai perkara yang aku pantang skali bila terjadi pada diriku ketika memandu. Mungkin ada antara korang-morang juga pernah merasakan dan berada dalam situasi begini. Lets cekodok serba sedikit pantang larang ketika memandu.


Pantang Larang 1
Situasinya adalah ketika anda sedang berada di persimpangan dilema jalan,dan telah memberikan signal untuk masuk ke simpang/corner jalan yang bertentangan. Keadaan lalu lintas masyaallah, bahaya lah bahaya. Tiba2 kenderaan di belakang anda membunyikan hon tanda menggesa anda untuk bergerak sedangkan dia sendiri nampak segala bapak tiri mak tiri semua laju-laju belaka.

Monolog luahan hatiku berkata :
"Hang rasa hang tera? Mai la kona... kita tgk sapa yang kena"




Pantang Larang 2
Anda nampak ada sebuah kereta .....(sila isi apa jua jenis kenderaan pilihan hati anda) di hadapan anda sedang terkial-kial nak masuk side parking. Anda selaku pemandu berhemah yang penyabar, anda tunggu je la belakang kereta tersebut tanpa membuat apa-apa perlakuan yang mampu menambahkan tahap adrenalin pemandu tersebut. Kejap ke depan, kejap ke belakang kereta tersebut. Sikit punya lama anda bersabar akhirnya lepeh la jugak untuk anda lalu, dan bila anda berselisih je ngn kereta tu, anda nampak pemandunya ada rokok di tangan.

Epiloq kesahku bersuara :
"Ampeh chop suey toi, patut la terkedek-kedek cam kora,tumbuh kulat aku tunggu dalam keta. Yang rokok pun nak isap, stereng pun nak pulaih. Aku suroh hang isap stereng smbil pulaih rokok baru ang tao~"



Pantang Larang 3
Anda berada di barisan paling hadapan di trepik lite. Lampu merah sedang berkumandang, sejurus selepas 0.3 saat lampu hijau menyala, anda baru ja lepas masuk gear, kedengaran bunyi hon sumbang dari kereta belakang.

Kebuloq jiwaku berucap :
"Wah, sungguh cepat,pantas dan saksama mereka. Tak sempat sampai satu saat dah dikira sebagai penalti. Sabaq la weh! Bukan aku nak tidoq kat sini! Chet~"



Ada lagi....To be continue...Battery hayat dah menyala~ Gudnite...

No comments: