Wednesday, June 23, 2010

What is ARCHUSTIC? Nak tao tak?



Archustic? sejenis genre music? sejenis makanan seperti adik bradik Steak? atau bahan binaan yang bahan asasnya terdiri daripada Plastic?

Oh....teruja untuk mengetahuinya? aku juga begitu. cheh...lama gila tak update blog. dh agak lupa macam mana susuna tatabahasa yang sepatutnya. (ampun~). Tapi aku bukan sengaja tak update blog, mmg tidak disengajakan perkara ini terjadi. Semuanya gara-gara ARCHUSTIC!!! Siapa Archustic? Hebat sgtkah beliau sehingga dapat menyekat kemaraan peng-update-pan blog ini? Haaa...mari kita terjah..zasss!!

FYI (gedix siat2), semenjak dua menjak yg lepas iaitu bertarikh dari lebih kurang 6hb June 2010, aku dh mula bizibodi dengan menda alah yang di sebut sebagai ARCHUSTIC ini. Serius, tak tipu. Disebabkan 'beliau' lah  aku tak tido mlm, (aku tido siang2..haha), aku makan tak tentu (aku makan pukul 3 pagi kt mapley fareez maju sdn. bhd. yang tidak berwi-fi lagi sedangkan rival terdekatnya iaitu Ameerali Dah Maju sudah mempunyai jaringan Wi-fi berpassword Malaysiaameerali...tapi cubaan password itu buat kali kedua sudah tidak berjaya..pandai mapley zaman skarang tuka2 password yee..), aku bangun tak tido2..semuanya angkara menda alah ni.

Asal ko hebat sgt ke haa???? Smpai ko me-miserable-kan hidup aku selama hampir sebulan secara kritisnya dan hampir setahun secara slow-mo-nya. Penat sgt2 tapi it worth the tears and sacrificing~ (terharu2)

ARCHUSTIC sebenarnya adalah tema bagi Jamboree/Bengkel/Workshop Senibina kali ke-22 yang berlangsung pada 12hb-16hb June yang lalu. Architectural Workshop merupakan acara wajib dijalankan dan wajib ditunggu2 oleh semua pelajar senibina seluruh Malaysia, tak kiralah dari IPTA,IPTS,College, Politeknik dan sebagainya. Seperti biasa, pada tarikh keramat inilah setiap tahun kesemua pelajar jurusan senibina akan bersemangat dan bersedia dari segi fizikal dan mental bagi mengharungi pelbagai dugaan mencabar yang akan dijalankan sepanjang berlangsungnya workshop kali ini.

Tuan rumah yang dipertanggungjawabkan kali ini adalah Universiti Kebangsaan Malaysia dan mendapat kerjasama padu daripada co-host iaitu IUCTT (Twintech) dan juga dari Taylor's College. Peringkat kebangsaan beb~...so preparationnya actually kitorang start dari tahun lepas lagi.

Aku ingat lagi masa mula2 kitorang g jumpa org2 berwajib di UKM untuk tempah DECTAR (Dewan Canselor Tun Abd Razak) pada bulan December tahun lepas. Ayat pertama yang keluar dari mulut PRO,Pusat Kebudayaan dan juga JPPel bila dorang dapat tahu tarikh sebenar workshop bakal berlangsung adalah " Setengah tahun lagi dik, Calendar 2010 pun tak print lagi..hahaha" (sumting like dat la....) Just nak menunjukkan betapa enthusiastic nya kami untuk menjayakan wokshop kali ini.

Disini aku bagi sequel sikit la macam mna preparation sebenar yang kitorang dh buat sejak dari awal2 peringkat janin lagi sehinggalah masa kelahirannya.

1. Sesi gosip2 bahawa UKM dapat menjadi host untuk next workshop. (gosip berlaku dikalangan para pelajar dan pensyarah JSB)

2. Setelah gosip disahkan benar, berlakunya sedikit susulan gosip mengenai kebarangkalian berlakunya perebutan impian untuk menjadi host. (antara universiti mna aku tak ingt)

3. Tapi gosip susulan hanya sekadar dibawa angin setelah mendapat kompromi yang tidak didedahkan bagaimana ianya disetelkan. Bermulanya sesi perbincangan untuk perlantikan jawatankuasa induk.

4. Pada mulanya, UKM agak reluctant untuk jadi host sebab....kitorang mmg sgt kekurang man-power. Total semua man-power(termasuk women) dari setiap batch hanyalah tak smpai 100 org. Cmno nk kontrol budak2 archi dari seluruh malaysia yang berjumlah 500 org dan mempunya perangai yang wallahualam la nk describe cmna...hanya budak archi sendiri mengetahui...huhu.. Disebabkan hal ini, kami berusaha untuk mencari Co-Host bagi menjayakannya.

5. Jawatankuasa induk telah berjaya di tabalkan apabila Beh Seksi dengan rela hati bersetuju menjadi President/Pengarah workshop kali ini. Dan juga pelbagai lagi jawatan2 susulan yang rela hati membantu tanpa mendapat apa2 imbuhan dari kerajaan negeri dan pusat (opss...politik..haha gurau je...)

6. Perlu diingat... benda paling penting dalam workshop kitorang takde lagi...iaitu TEMA? or theme? dan juga team...huhu... Perbincangan mengenai tema berlangsung beberapa kali, dari mula2 yg aku igt la..ada bg tema robotic kot, archi-naked, archi-nature dan sebagainya. Tapi in the end.....tup tup...terjadilah ARCHUSTIC. yang mengangkat martabat muzik di dalam workshop kali ini kerana tidak pernah ada lagi workshop yang lalu menggunakan tema berkonsepkan muzik. Dan menggunakan tema warna biru, kelabu dan putih.

Lepas tu aku eksiden...(sedikit iklan tajaan sendiri)

hahaha back to topic.


7. Co-host sudah dapat...yahooo!! Twintech dan taylors sudi menyumbangkan tenaga,masa dan kewangan dalam workshop kali ini. Cayalah!!!!

8. Bermulalah episod salam perkenalan antara pelajar-pelajar antara hosts, pelajar-pelajar ukm dengan Administration ukm,juga pelajar-pelajar ukm dengan higher power (ministry and minister), Pelajar-pelajar twintech and taylors dengan para penaja dan sebagainya.

9. Sepanjang berlangsung2 sesi penyerahan kertas kerja (paper work), amatlah rumit, banyak cekadak cekodok karipap dan cucur badak. Yang ni tak boleh, yang tu tak boleh, tak cukop grand, tak cukop best, tak cukop duit (masalah paling major), sponsor tarik diri last minute, sponsor ckp nk sponsor tapi tak sponsor pun, menteri tak dapat datang, VC tak dapat datang, judges last minute tak dpt involve, Maya Karin bercerai (penat Beh runding2 dengan maya, last2 senyap je...haish...xpa2,..nnti aku jd artis, apa2 benda berkaitan student especially budak archi, aku sendiri offer diri...hahaha artis la sgt aku...puit~)
Dectar tak dpt tempah, fully booked (padahal bila kitorang mintak tahun lepas, dorang gelakkan kitorang..chesss skali lagi) dan pelbagai lagi masalah teknikal yang out of our control.

10. Trial camp. It was sooooo much fun for togetherness. Cat2 banner, trial on module and ice breaking and so much more to enjoy. Thanx to our supportive co-host Twintech and Taylors!!

11. The preparation continues but kinda slow sebab student semua dah masuk belajo dan sibuk nk siapkan final project, thesis dan sebagainya. Kesian gila tgk especially budak2 final year part 1 and 2. Still focus on workshop though final submission just esok lusa je. neway, i am reli proud of u guys!!

12. Cari sponsor bersama Beh Seksi dan Farah Diana Seksi..omg!! it is so hard to convince people on how important and crucial this thing is. Dari almost 50 architectural firms yg kitorang mintak sponsor and derma, guess how many yang bagi feed back? Cepat2 teka...dpt hadiah kasih syg dr pihak archustic neh..hehe yeay!!! ada DUA firm yang bagi sponsor berjumlah 100 hengget setiap satu. Banyak kan??? wahahahahahaha arkitek....no komeng~ Tapi dpt juga dari beberapa nama besar seperti Veritas, MK Land dan juga GDP. Sponsor dari Nippon Paint berbentuk produk2 nippon seumur hidup..eh...dak dak.. berbentuk wang ringgit malaysia, from basheer, IDS dan pelbagai lagi. Tq so much!!!

13. Seminggu sebelum adalah preparation giler-giler babs... god...penat nak mampos...tapi sabar2... budak2 competition, exhibition,technical, module,protocol dan sebagainya semua dh jadi zombi.(budak2 programme bwh aku ye..yang lain seperti internal affair dan admin juga seperti 'puchong'..haha). Walaupun org ckp UKM banyak hantu, tapi budak2 ukm sendiri adalah hantu sebenarnya...huhu Kepenatannya tak payah nk digambar la sebab tak tergambar dengan kata2..apakata japg kita gambarkan dengan gambar sebenar.

14. The real day begin!!! Kita usha je la gambar2 berkenaan. Disini aku hanya dapat upload sedikit shaja, selebihnya korang boleh tgk di webpage Facebook ARCHUSTIC itu sendiri. Di hujung entri aku akan bagi link.

Untuk pengetahuan semua, aktiviti yang dijalankan sepanjang berlangsungnya workshop kali ini adalah :

Modules, Performance Nights and fashion show, Award Night, Installation presentation, Symposium dan juga opening ceremony.

Antara paparan menarik during preparation :




process mengecat banner yg besar gedabak


goyang gerudi sikit



so committed doing souvenir smpai tertido atas meja...standard la tu...
  dan banyak lagi....sila rujuk di SINI
Dan paparan sewaktu real event :

Opening ceremony - 
launched by Deputy Minister of Higher Education. beliau sgtlah sporting!!! tq so much..n he loves the theme song of ARCHUSTIC. Smpai malam performance pun beliau snggup dtg nak tgk persembahan2 kitorang semua yang terlibat. Salute to Dato' Saifudin!! (siap masuk berita NTV7 lagi beb~)


Ada perarakan/pengenalan kepada semua kontinjen/pasukan beserta mascott dan banner masing2.Yang mengambil bahagian kali ini. Antaranya :

POLI PD


UITM SHAH ALAM


UITM Seri Iskandar


dan....Mascot dari tuan rumah!!!!! Cumel tak?? hehe

dan ramai lagi dowh.......sila usha di SINI


Fashion Show and Performance Night
This fashion show is so unique..why? sebab attire and costume ciptaan/rekaan menggunakan bahan-bahan terbuang (recycle materials). Menguji kreativiti pelajar senibina dalam bukan hanya menghasilkan design bangunan, tetapi juga design baju...fulamak~


 





dis one stylo...dorang buat cm glow in the dark punya costume..tp disebabkan flash light camera byk sgt..so tak nmpak glow uv tu...sayang je~

just several idea on the fashion show..untuk gambar lebih panas..sila rujuk di SINI


dan event yang ditunggu2...PERFORMANCE NIGHT

bertemakan June Rush dan pelbagai genre musikal yang diberikan kepada setiap institusi, they have came out with a very spectacular ideas on how a musical and yet architecturally show should be. I'm so amaze with the creativity and the spirit shown by all the participants. Plus, the multimedia show yang kitorang received from every school pun sgt menarik n boleh bagi five stars!!! Dem..tak sangka budak2 archi sgt kreatif dlm pelbagai bidang. Tak caya? Silalah usha Facebook page ARCHUSTIC ini sendiri.








dan pelbagai lagi...nak tgk video? silalah ke SINI.


Module (Sound-Thing, Sound-Track and Sound-Phony)
Is one of the most difficult yet enjoyable event. Kenapa difficult? sebab every participants from each school akan dicampur adukkan antara pelbagai kumpulan lagi. So they got to know new friends from all over Malaysia. Skali lagi bertemakan penggunaan bahan-bahan terbuang (recycle material) they are required to invent a musical instruments and songs and perform it live tanpa perasaan malu. Yeah!!! Are you guys dare to take the challenge? Mari kita saksikan!!


sedikit aksi kanak2 riang di sini.
alamak..harap maaf...gambar tidak dpt diupload dengan jayanya..tp korang leh usha kt SINI dengan megahnya. jangan malas2. rajin2 boleh. ataupun sekali lagi promo, ARCHUSTIC facebook page.

untuk melihat video2 persembahan finale module..sila rujuk di SINI dan juga SITU


panjangnya entri.....kalau korang nk baca pun penat..bygkan betapa penatnya aku nk menulis dan juga menunggu setiap gambar diupload dengan menggunakan kelembapan wi-fi curi. hahaha

last2 tp masih ada lagi.....


Award and BBQ Night.

Tak perlu kot describe pjg2 bnda hapa BBQ..ataupun Barbeque ataupun Berbeku ataupun Bar-bie-QueHaidar (jangan saman saya!!hehe)

Pemenang bagi setiap competition yang dianjurkan iaitu Ideas Competition (design part 1 and part 11), installation, performance, fashion show,multimedia (sound essay,etc), mascott and also modules akan menang besor mlm ini. 

Tahniah kepada semua pemenang!! Dan yang tak menang dun wori, korang juga tetap hebat just kurang bernasib baik. Dun wori, cuba lagi tahun hadapan. tapi apa2 pun, bagi aku la, tahun neh mmg havoc!!! Cos semua participants sgt sporting, gempak, tak malu, creative, gaya, mutu dan keunggulan habis lah.


thanx to our penjaya adan penaja.Pertubuhan Arkitek Malaysia (PAM) kerana memberi peluang kepada UKM,twintech and taylors untuk menjadi tuan rumah workshop kali ini.

Akhir kata, korang boleh usha2 di ARCHUSTIC Facebook pages untuk mendapatkan maklumat lanjut. Next entri aku akan citer lebih detail tentang ideas competition dan activity lain yang belum dimention seperti installation, photograpghy competition dan sebagainya.

Kt FB ARCHUSTIC korang boleh tgk pelbagai video2 menarik hasil ciptaan para pelajar senibina. Jangan terkejut pulak ye...dan jangan tak percaya melihat hasilnya. hehe

ARCHUSTIC ROX!!!!


p/s : maaf ye byk sgt link sbb nak upload semua gambar,tersangat la lembap kadar kelembapan connection...ampun~

all pictures courtesy of Tokey Budu, Ahmad Fazlin,FLan Aan Ruslan, Aku Punya Page Ufo dan sebagainya yang berkaitan di FB Archustic. Tenkiuk!