Wednesday, January 26, 2011

Janji Alyaa

amacam tajuk? ada klasik tak? mcm janji diana~

bak kata pepatah, hutang emas dibawa belayar,hutang budi dibawa mati.. eh... apa2 la..yg penting, apa yg cuba disampaikan adalah, I STILL OWE U GUYS LOADS OF ENTRIES! kan kan? kan~....

dun wori, walaupun vitamin N (nyanyuk) ada banyak dalam punya duduk, tapi dengan berbekalkan blog ini yg masih wujud, maka segala hutang akan saya selesaikan dalam jangka masa ter'dekat'. ye...jangan la emo bila ada entri senikpik tapi dari tahun lepas dok senikpik tu la,sampai senokperok dah korang tunggu..semok semok..

almaklumla,saya ni berkerje...(alasan...)

akan datang seperti yg dijanjikan ye, Dun wori naik ferrari be happy~ (tgh angkat pledge nih)

Tuesday, January 25, 2011

Latest Music Video By AVRIL LAVIGNE

just enjoice!






p/s : though it's quite a good song, but still prefer her old look and style. girlish punk? not so cool~

Sunday, January 23, 2011

Kelebihan dan Kekurangan 'A'

A? Ada Apa dengan A? Seperti yg anda sedia maklum, nama aku sememangnya bermula dengan huruf paling awal di kalangan golongan2 huruf alphabet. Manakala nama mama aku adalah huruf terakhir di golongan tersbut iaitu Z-zainab dan kesemuanya adik bradik aku adalah dimaklumkan kesemuanya dimulakan dengan A termasuklah abah aku. Maka A+Z = AAA. Begitulah formula famili aku.. Tapi bukan formula tersbut yang bakal dibincangkan disini. Muqadimmah sudah lari dari tajuk sebenarnya. Maaf.

Apa yg cuba dibincangkan disini adalah apakah kelebihan dan kekurangan bagi seseorang manusia yang mempunyai pangkal permulaan namanya bermula dengan alphabet terawal, iaitu huruf 'A'.. Adakah dengan meletakkan nama anak anda bermula dengan huruf tersebut, konfirm 'A'lah anak anda itu dalam semua bidang? Atau dengan huruf A juga anak anda akan sering teraniaya? haaa...lets cekodok kesannya sepanjang 24 tahun aku memegang huruf A di kad pengenalan negara malaysia ini.



1. Sering Dikambinghitamkan  Oleh Para Guru Ketika Bermula Sesi Persekolahan.
Selalunya orang nama bermula huruf A ni konfirm2 la dalam senarai pelajar2 dalam kelas, anda akan berada di carta tertinggi sebab ikut susunan alphabetical order (dah susunan, ada order lagi..punyalah penegasan). Dan tetiap kali bermula sesi persekolahan baru terutamanya sekolah rendah, mesti ada sesi ice breaking atau suai dan padan antara cikgu dan anak-anak ikannya. Dan time ni la cikgu akan menyenangkan tugasnya untuk ingat muka dan nama budak2, mesti akan panggil anak-anak ikannya mengikut susunan yang tertera di buka rekod mengajar yang selalunya setebal buku teks matematik skolah rendah itu. Jadi hamba allah yg nama mula ngan huruf A ni la yg akan dikambing hitamkan untuk menjadi orang pertama membuat dialog yang akan dicopy paste oleh pelajar seterusnya. "Nama Saya Alyaa Najwa, Ayah keja cikgu, Mak keja pejabat. Umor 7 tahun.Cita-cita saya nak jadi Doktor.(cita-cita standard, kalau bukan doktor, mesti cikgu, polis,peguam and kalau yg dari english based family mesti nak bagi anak jadi Lawyer...bukan peguam ye...Lawyerrr).. Dan Hobi saya mengumpul setem (chet poodah..padahal takdak hobi pun) ...bla bla bla". Dan pelajar seterusnya hanya perlu menggantikan butir2 peribadi mengikut salasilah keluarga dan diri sendiri. Chit..tak adil~




2. Sering Menjadi Penjaga Pintu Dewan Peperiksaan
Nak tau tak nombor siri PMR dan SPM aku? K**001...... 001 tu beb!!! sekali lagi..001 tu beb!!!! Nak lagi? Kosong kosong satu tu beb! hahahaha dah dah. Tak riak pun. Nyampah adalah...Dah la takleh tgk keadaan sekeliling, tgk kanan, ada pintu. Nak tgk kiri, ada cikgu. Nak tgk depan takdak apa. Nak tgk belakang, takdak side mirror pulak. So, tetiap kali exam, aku akan menjadi penunggu tetap di muka pintu, tgk cikgu sharipah(bukan nama sebenar) hari ini pakai baju apa, brooch kaler apa, cikgu ramli(bukan nama sebenar) brapa kali p jumpa pengetua, pengetua sekolah bawak kreta apa pulak rini datang sekolah dan sebagainya.... Maka aku akan sering kali menjadi orang paling terlambat untuk mengetahui apa yang terjadi dibelakang aku ketika berjalannya peperiksaan sebab ayat Jangan Pandang Belakang sgt sesuai diaplikasikan kepada calon peperiksaan bernombor siri seperti aku. Nak usha2 paper orang pun payah kot..hahaha Kentang kentang~






3. Senang nak cari nama if ada dalam list.
Haaa..yg ni best, kalau nama korang bermula huruf M atau N...brapa nombor giliran korang if dicampur ramai2 antara rakan-rakan kelas/kuliah/tutorial/sekerja yang lain? 70?48?120?....Payah kot nak cari dalam sekali imbas sebab brapa ratus orang bernama Mohd,Nur,Nurul,Nor.. Tapi kalau aku, rilex ja...mesti golongan teratas punya la..even kalau campor satu sekolah pun...hahaha tudia riak teruk. Kan kan? untung kan? Tmbah2 kalau korang lagi gigih nak bagi anak korang sentiasa di atas atau pun always on top of the list, korang letak la nama anak korang ada dua atau tiga huruf 'A' di hadapan seperti AAlyaa atau AAAlyaa supaya tidak kalah dengan orang yang bernama Abu atau Abi. Tapi satu je susunan yang aku takkan berada di atas lagi dah semasa zaman persekolahan menengah aku, Sususan Kedudukan atau Markah Peperiksaan. hahahahaha klau list tu,aku boleh start cari nombor '1' dari bawah. ampun mak ayah~




4. Nama anda akan mudah diingati.
Kenapa? Haaa..menurut pakar psikologi, manusia akan mudah mengingat 10 benda terawal yang dilihat/didengar atau dicakapkan olehnya dengan mudah berbanding 10 benda selepasnya. Tapi akan mendatangkan bahaya jika terlalu mudah cikgu mengingat nama anda sebab anda sekali lagi akan menjadi kambing hitam legam untuk tugasan ringan tapi meremehkan seperti mengambil buku di bilik guru sehingga lah ke tugasan paling membencikan iaitu membuat carta pembersihan harian bilik darjah. Tapi bergantung jugaklah kepada tahap kepanjangan dan kesukaran nama anda kerana nama sperti Annabellanurraniza Najuizawanita tidak akan mudah di ingat kot.




5. Telinga Akan Panas Jika Tidak Perform Dalam Apa Jua Bidang
Contoh ayat yang mungkin akan ditempek di telinga anda adalah, "Hang ni,Nama dah 'A' tapi result tak 'A' pun". Terasa? *buat-buat tak dengar*



p/s : INGAT! bilangan 'A' di dalam nama anda tidak berkadar terus dengan keputusan peperiksaan anda...