Wednesday, August 18, 2010

REAL meaning of Lady Gaga's Song. Must cekodok!

sebelum tu..sila layan vid clip neh. i love the colour and the make-up in this vid. so horrorly beautiful.






Now back to the real topic, i dun want to explain much more here cos it's better korang baca sendiri penerangan di link di bawah japg aku paste, actually i've found this link quite long time ago tapi asyik lupa nak share here. There's something to discuss...serious2... Maybe lepas korang bca the explanations, korang akan tak dengar dh lagu-lagu Lady Gaga, better korang search Stephanie (nama asal Lady Gaga sebelum zaman jahiliah dia), lagu-lagu Stephanie lebih bermoral dan sounds like Avril+Demi Levato.


Click HERE to find out the truth.







p/s : u guys cant found out more in this web, bukan stakat lagu alejandro shaja, usha lagu bad romance punya explanation lagi best. serious2. wallahhualam~

Jem? Jom Isi Masa Lapang dengan..

Introduction.. If banyak kesalahan tatabahasa dan tatacara berlaku di dalam entri ini, harap dimaafkan, ini adalah ekoran sindrom tdo pkul 6.15pagi td dan bangun semula pada pukul 7.30 gara2 menyiapkan tugasan opis. (rajin wooo awal2..haha)

Menu rutin hari-hari aku baluk kerja adalah jem. Ya. Anda baca dengan betul, sbutannya adalah J.E.M. Atau dalam bahasa melayu tulinnya adalah kesesakan lalulintas tahap lahanat. Pada perkiraan dan peranalisisan aku, JEM ni bukan berlaku sbb kadar jumlah kenderaan yg banyak, tetapi JEM hanya akan berlaku jikalau terjadinya aral melintang tengah jalan seperti kereta yang disogok dari belakang, lori yang cuba membuat willy dan juga motosikal yang perasan dirinya sempit. Kalau eksiden je mesti eksiden, kalau tak eksiden, cun je jalan tu even kereta berselisih 5cm dari bahu ke bahu. Adoila...tlgla bwk kenderaan anda elok-elok, bukan hanya untuk diri sendiri, tapi untuk diri org lain. Anda yang berkelakuan tak senonoh di atas jalan raya bukannya hanya menyusahkan diri anda, tetapi juga menyebabkan rating kebencian manusia sejagat terhadap anda bertambah secara mendadak ibarat undi Mawi di dalam akademi fantasia. Sebab tiada seorangpun homosapien yang suka akan keadaan terkandas di atas jalan raya sambil setiap 5 minit dok jeling kat jam takot ayam percik kt bazar ramadhan licin dikebas. Jai BE SAFE ON THE ROAD, GOING TO FAST IS DANGEROUS. Ingatlah pesanan Valentino Rossi yg penuh ikhlas.

Tapi, jikalau tersangkut jugak di jalan raya, jangan risau.. Ada jalan penyelesaian supaya anda tidak kebosanan dan kebengkakan hatinya. Apa dia? Beli ayam percik semalam dan makan hari ini? Oh tidak, jangan dibuat begitu. Caranya adalah :

1. Mendengar radio. Terlalu skeptikal? Bosan la alyaa. Apa kata kita bagi RADIO DENGAR KITA. Haa..amacam? Tak yah penat2 kol radio, just menggunakan sepenuh daya imaginasi, anda boleh menjadi penyanyi utama, penyanyi latar dan juga boleh jadi deejay radio sendiri. Bila lagi nak terai bakat terpadam... tambah2 kalau kereta korang tinted baik punya. Lagi mengancam. Korang boleh jadi penari latar sekaligus tanpa segan silu. Korang hanya perlu meletakkan volume radio anda di tahap sederhana, bagi dengar music la skit, boring pulak nyanyi tadak music, pahtu korang melalakla sekuat hati menandingi kekuatan vokal artis di radio. Silap2 korang rasa suara korang lagi sedap dari artis tu. Gesture tangan dan mimik muka jangan dilupa. Gerak badan pelengkap bicara. Ewah! Agak2 dh bosan melalak sorang2, korang bukak tingkap luas2, ajak kereta sekeliling anda berkoir bersama. Pahtu korang bukak pintu kereta, menari tgh jalan macam Flash Mob. Wohoho..style2...(terlebih berangan).


2. Sempena bulan ramadhan, korang boleh menjadikan mengatur menu berbuka puasa sebagai satu rutin ketika jem. Hari ini nak makan nasi kerabu kaw seksyen 1, esok nasi briani kaw2 seksyen 3, esok makan angin kaw3 kt mahkamah sesyen. Cakap shaja tanpa membayangkan kesedapannya juga tidak guna, korang kena imagine rasa, rupa dan juga susunan di atas pinggan sekaligus. Air jangan dilupa, kalau makan pasembor penang, mesti kena dengan cendoi padang kota baik punya. Baru la orang kata Buku Bertemu Ruas.....Means, sama padan la...


3. Bagi sesetengah manusia yang dah ketandusan idea, mesti ada jugak yang buat habit tikam nombor ekor guna nombor plate kereta mewah di jalan raya. Mesti amek kereta canggih2,, baru ada Ong. Paling lekeh adalah Lamboghini. hahaha sori2...agak2 je..


4. Bagi penggemar aksesori kereta pula, masa ni la nak usha sport rim, spoiler tinggi macam penyidai ke, body kit 5 mata ke, lampu bercelak dan sebagainya di kereta org lain sebagai contoh untuk diaplikasi. Tapi perlu diingat, jangan pulak korang mengutuk hasil pembuangan duit tuan punya kereta itu jika keadaan asal keretanya lebih menawan berbanding dengan yang telah direnovate, kang batai posa pulak..ish2...Pinjam spoiler bang, nak sangkut jemuran. hihihi

5. Usha tabiat sekeliling. Tak kisah la tabiat apa pun, manusia ke, haiwan ke hatta tumbuhan sekalipun. Kalau kita berhenti di tepi lembu yang sedang meragut rumput di tepi highway, korang boleh kaji tabiat lembu tersbut. Bagaimanakah mekanisma pemakanannya berlaku? Dia gigit dulu ke rumput tu, or dia belit rumput tu dengan lidah dulu,pastu baru dia gigit? haaa...jawab2

6. Lebih alert dengan perkembangan di sekitar jalan yang dilalui. Kalau kita biasa bwk kereta dalam keadaan laju, kita kurang aware dengan apa yg ada di sepanjang jalan bukan? Haa..time jem ni la kita nak tao, ataupun baru tahu rupanya ada flat 20 tingkat di sebelah SKVE. Tak penah pun aku prasan sebelum ni.. ooooo..Bagus jugak jem neh.

7. Dan terakhir sekali, kalau jem tu sampai tahap tak bergerak walau sejengkal sekalipun, apa lagi...Tido je la...Takyah set alarm , kereta belakang mesti akan tolong bagi alarm hon punya la kalau korang tak jalan lebih dari 1.5 saat.

Selamat berbuka!!!!

Appertizer....