Tuesday, July 13, 2010

Aku Merinduimu........

ting tong! riz, liza dh sampai!

sedikit sedutan iklan follow me bedak badan wangi untok kesegeran sepanjang hariiiii. If korang hidup sezaman dengan aku, mesti korang igt dialog iklan di atas. Iklan follow me eh? ke dashing ke bedak cap arnab?

Ala..yg scene kat umah, si hero mengelamun dengan bermonolog dalaman seperti tajuk entri. "Aku merinduimu...". Lantas loceng bunyi, terpampang muka model prempuan berambut skema sikat tepi pakai skit putih(kalau tak salah ingatan aku), kemudian mak hero yang mengeluarkan dialog di atas, lantas si hero terus kalut mencapai tuala(baru nak mandi ke..sempat pulak)..tapi sebenarnya tidak mandi pun, hanya menuangkan sejumlah bedak dalam kira-kira 500gram ke badan dan tepi ketiak. Dan apabila heroin masuk ke bilik (masuk bilik???? gila sporting parents dorang, boleh sroh gf naik atas ke bilik pakwenya..hahaha baru aku prasan), tiba2 hero muncul di pintu dengan sebotol bedak di tangan. Dan opss, opocot, terlepas la pulak botol bedak tersebut. Iklan tersebut di akhiri dengan ketawa tersipu2 si hero dan heroin di muka pintu. (adegan selepas pintu itu telah disensod).

Sesiapa yg tahu apakah iklan tersebut, sila perbetulkan fakta/auta yg aku sebutkan di atas. Aku torai search youtube "iklan bedak badan wangi poyo". Tak berhasil la. Lantas aku torai juga "iklan bedak bdan wangi sensod tahun 90-an". Tak jumpa jugak.

Boleh attach link kt aku kalau sesiapa terjumpa link iklan tersebut.


ok, serius2..aku rindu dekat......



adoih....MNG mid year sale beb!!! huhuhu babai dugaan donia...


p/s : nama watak liza ke riz ke hanya sekadar rekaan, rasa mcm 
nama tu yg terngiang2 15 tahun lepas.