Wednesday, February 3, 2010

Da best Treats! Mesti tonton Part 2

"Jalannnn..jaaalaaannn..jalan jalan cari makan~ nok keram nak mie eramma. jalan jalan cari makan. don mista taliban talili banana. jalan jalan cari makan." (lagu tema jalan-jalan cari pasal mengikut pendengaran telinga aku)

okehs, sila tukar channel jika lagu ini kurang sedap berbanding makanan yang bakal dihidangkan kepada anda.

mari kita continue kita punya Hari-hari Makan dan Hari-hari Gemok!

Channel 888
Location : Fiske Steak House (keramat)
Genre : Punk Rock
Rate: 5 Stars bebeh

Di sini ada menyajikan pelbagai makanan ala-ala Barat yang SANGAT BERPATUTAN (serius neh, bukan vice versa) dan SANGAT SEDAP (serius jugak neh). Sila lihat contoh-contoh makanan yang tertera di skrin anda. Nak nmpak lagi sedap? Sila klik digambar untuk pertambahan hormon tumbesaran.

Steak(Lamb chop) + spagheti apantahnamadia = RM6-10 sahaja

 

My feveret! Grilled Fish With Mash Potatoes,Pasta and Mushroom. Harganya adalah around Rm7-10 jugak if im not mistaken. DIJAMIN SEDAP!

To complete the dishes, minuman kena ada.Lychee mango punch!!

 

Ouwh..yummy~
Mari-mari berkunjung ke Fiske Steak House di area Food Court Keramat.Taman Desa Keramat


Bukti kesedapan yang diakui ramai celebritas.

Sekali lagi, ratenya..5 Stars!!



Channel 881
Location : Signature KLCC (Kafe Milano)
Genre : Satu Dunia
Rate : 3.5 Stars

Dari luar bangunan, kita ke dalam Bangunan Punya Kedai Makan pulak ye. Signature adalah tanda tangan. Ya tetapi Signature juga boleh dimakan jika ianya adalah terletak di Level 4 Suria KLCC kerana tanda tangan ini berbentuk Food Court ataupun Arena Permakanan. Banyak kedai-kedai makan yang yummy di sini,korang kena rajinkan diri usha menu-menu tetiap gerai tetapi aku agak disappointed apabila sekali legi Kedai Yoshinoya kesayangan telah dialihkan dari kedudukannya di Signature ini. (oh tidak!!!) dan juga Laksa Shacks juga telah tiada di habitatnya.

Tapi sekarang aku nak crita pasal Kafe Italiano yang diberi nama Kafe Milano. Genre makanannya mestila ala-ala italian food, tosai tidak dijual disini. Tapi 'tosai itali' a.k.a piza adalah Main Menu di sini. Antaranya adalah...

 

  

Ini bukan piza ye. Jangan ada yang membuat petisyen bantahan terhadap blog ini kerana menyiarkan fakta yang bertentangan dengan wikipedia. Ini adalah mee goreng itali. Atau nama saintifiknya adalah Seafood apajadah Spagheti. (aku tak ingat jugak nama menu dia..hahaha)
Gambar di atas juga adalah spagheti ataupun pasta yang tidak kurang lazatnya juga berasal dari kafe yang sama.

Kecuali aiskrim berbendera Malaysia. Aksesori tersebut di sertakan berasingan.(Banana sepelet dia terbaik jugak!)

Harga adalah lebih kurang RM8-12.++ (macam karoke pulak ada ++)

Tempat Ok, harga Ok tetapi kenapa hanya di rate kan 3.5 stars? (soalan dari lantai)
Ini adalah kerana aku tak puas hati bila dalam gambar sikit punya lawa presentation dia tapi bila order, mapley/indon/myanmar yang masak, abeh suma spagethi jadi rupa mee goreng mamak. hish~

Neway, rasanya boleh tahan untuk dicuba. Ratenya skali lagi adalah 3.5 stars!!


yeah..sekian untuk kali ini. akan bersambung di minggu hadapan-hadapan-hadapan (ikot tahap kegemukan)hehehe..daaa