Friday, December 25, 2009

Are u blessed enough?

sesuai dengan status aku di facebook, aku cadangkan korang dgr lagu miley cyrus title dia 'the climber' eh..dak dak...the climb je~. mesti korang rasa korang neh tak ada cukup matlamat hidup kalau idup korang dr dulu zaman mak ayah dok bagi wang saku smpaila ke zaman kena korek saku sendiri masih statik ja, routine harian yang sama setiap hari.

routine bekerja.
bangun. g kerja. lunch. balik kerja. dinner. tgk tv sikit. tido. bangun. g kerja. lunch. gosip sikit. balik kerja. dinner. tgk tv sikit. tido. dan seterusnya.

routine bercuti
bangun pagi (tengahari/petang). lapar. g cari makanan kt dapur (bagi yg duduk ngn parents). g cari megi (bagi yang bujang dan tak berduit macam aku..sob sob..). baring2 depan tv. tatao nak watpa. kembali masuk sarang. tido. dan routine tersebut akan berulang setiap kalinya cuti.

come on guys, klu nak maju dalam hidup mesti lah saling memanjat ke sana sini. tak gitu?

even thomas edison masa dia nk cipta bulp lampu dulu pun confirm2 orang kata dia gila. "ape kejadahnye yop buat lampu2 tuh..pakai pelita minyak tanah udah ler~" (dialog sekadar hiasan)

apatah lagi albert einstein, dh mmg rupa outcome dia terlalu banyak berfikir pun dh serupa suku normal ja jadinya. tapi..... ada ke dorang kisah ngan cacian dan makian org yang sgt skeptical/plastical/muluttakdakinsuranstical?

even crita melayu dulu kala pun ada pasal Angan-angan Mat Jenin. haaa kalau kita tak berangan, korang agak2 Malaysia neh nak ke bayar Kisho Kurokawa untuk design KLIA? terjadikah angan-angan twin tower KLCC by Cesar Pelli tuh ada kat Malaysia?

tiba2 aku tringat kesah Tun Dr Mahathir masa dia mula2 bagi cadangan nak wujudkan Putrajaya. Satu Malaysia gelak kat dia!! Ramai yang mengatakan bahawa Tun dah makin nyanyuk. Tak leh berfikir dengan waras. Tak kurang jugak yang protes. Kononnya, "Sapa yang nk tinggal kt dalam ladang kelapa sawit tu che det oi~" (dialog sekadar hiasan jugak). Tapi sekarang, hampir 80% gambar2 yang ada dalam frens aku kt FB mesti ada background jambatan Putrajaya/Masjid/Monumen/Perbadanan. Sapa kata che det dh nyanyuk? Tu la org cakap, we have to think beyond~ (ok2...aku bukan nak berpolitik di sini. tutup kes)

dan yang paling penting, bagi org yang belum bekerjaya, hargailah setiap sen duit yang ibubapa kita berikan kerana bukan senang nk dapatkan even segelas air teh 'o' kalau kita dh terpaksa mencari duit sendiri. Percayalah, aku dh melalui zaman belajar, dapat duit scholar, joli2 shopping. sekarang..... setiap keinginan untuk merasa baju baru, handbag baru dan sebagainya tertutup rapi pakai padlock solex. dats y aku memanjat ke marata tempat, sbb aku tao aku bukan anak dato/tan sri/tun/ dato seri/ panglima tengku syah putra apa bagai yang each month mesti ada balance at least 5K dalam account (5 hengget ada la dalam acc aku skrang,byk kan?haha).

alangkah bestnya idup kalu leh jd cmneh "Pa, can u 'lend' me some money, 10K only, its for my entertainment allowance and also, OMG dat bugati veyron is so damn perfect for me" (dialog hiasan lagi) Jangan la jadi begini ye rakan-rakan. Unless kalau mak korang Zetti Akhtar Aziz. korang bagi je kertas kosong untuk dia sain, dh jadi duit. hehe

Haaa, bila dh keja tp xde duit, nak mintak duit kat mak abah pun rasa cam sejuta kesalahan. Serius. Makan tak masuk, mandi tak mau, tido tak bangun-bangun. Kena wat solat istiqarah dulu kalau nk mintak. Mak abah, sori~ huhu i promise i'll  be a better person for u and for myself. Nanti bila adik dh kaya, adik nak bagi mini copper kat abah. Promise~ ting! hehehe


moral of da story, biarlah pe org nak kata kt kita. janji kita tak mintak duit ataupun belas ikhsan dari sesiapa dan rezeki yang kita dapat adalah yang HALAL dan diredhai Allah S.W.T. amin~

p/s: entri neh khas untuk rakan-rakan seperjuangan SASBAND dan rakan-rakan yang sering berada di sisi ketika susah dan senang. Kawan yang bergelar SAHABAT memang sukar dicari, tapi alhamdulillah, aku berjaya menjumpai SAHABAT-SAHABATku yang aku percayai dan sayangi. luvyu guys!!

Hari Gatal?

Selamat Hari Natal!! bukan Hari Nakal ataopun Hari Gatal~ hehe

kan best kalu ada salji kat Malaysia, leh wat ais kacang a.k.a ABC secara percuma. kucing-kucing aku pun mesti suka sbb dorang tak yah menempek tido kt dalam toilet/tepi singki umah aku lagi dh (sindrom kucing berbulu lebat, asyik nak cari tempat sejuk je)

n Hepi Becoming New YeaR 2010!!!

tapi Tahun baru Islam 1431 hijrah dh bermula. Pe azam korang?


p/s : seronoknya bercuti kt umah smbil ditemani anak buah kesayangan dan kucing-kucing kesayangan. heee gebu gebu aih...angkat bawak p joai kt Kolompo neh leh kaya aku sebulan..hahaha

Wednesday, December 23, 2009

Thinking of selling your used items?



especially to all National University of Malaysia community, now is your chance to contribute to our beloved mother nature!!! do your part as a responsible citizen of earth.  

VISIT US AT X-SITE, TOP LEVEL OF PUSANIKA UKM.

towards a better future for our children and ourself.


p/s : sesiapa yang bukan warga UKM tetapi masih mahu menyumbang kepada program bermanfaat ini, boleh hubungi saya secara atas talian atau pelbagai lagi cara yang boleh dicapai. sedia berkhidmat untuk kebaikan alam semulajadi yang disayangi!!

forget to mention, thnx to adian for such a super supreme nice poster!!

Tuesday, December 22, 2009

SASBAND KAYA!!! *wink wink*

utk pengetahuan korang, kn before dis aku dh mention pasal KLWMBC dan MWBC yang digembar gemburkan tahap kesegaran dia. haaaa ehem2, proudly to say yg skul aku menang lagi weh!!! jangan jelesi ya buk~ hahaha ok2 stop2 riak tuh

tapi nak bagitahu jugak la pe yg dorang dh menang for both competition yang berlangsung pada 18 dan 19 hb December 2009 yang lalu.

for MWBC or Malaysia World Marching Band Competition yang diadakan di Boulevard Putrajaya.
Ujan lebat malam tuh tak mematahkan semangat para penyokong2 kuat pasukan masing untuk terus berhujan basah lenjun dalam ujan. Ketaq2 lapaq2 smbil bersabar menahan kelaparan yg amat memandangkan sponsor MWBC adalah KFC(Kentatki Fraid Ciken), maka banner KFC tersebar di merata-rata. (menguji iman toi)

SASBAND telah berjaya menjadi Champion dalam kedua-dua kategory yang dipertandingkan.

Champion for National Level Competition. mengalahkan St John Institution Cadet Corps Band dan jugak Methodist Girls School


and also Champion for Open Category. mengalahkan band-band dari Republik Indonesia, Thailand, South Africa, Australia dan sebagainya.


haaa..amek kao piala dua ketoi... check da prize!!! USD 10,000 babe!!! tuh baru satu category..pergh~ kaya2



thanx to Pak Tang Chia Hoe!! da one wit yelo shirt.. he's da ARCHITECT of da BAND!! and also to his devoted assistants!!







sneak peak of da sporting supporters!!! yeehaaa


okehs, tutup citer pasal MWBC, now citer pasal KLWMBC (Kuala Lumpur World Marching Band Competition)

again, SASBAND membolot adiah for Champion for National Level Competition, mengalahkan Victoria Institution Cadet Corps Band. membawa pulang USD5,000 if im not mistaken.


and also became the  2nd runner up for the Open category. Membawa pulang USD3,000. wah wah wah..nak sikit~



sedang beraksi...sori la angle gambo x menawan sbb position tempat duduk free la katakan..nak dapat seat cun,kena bayor la bro...huhu








ke-enthusiasiman(amek kao malenglish) para penyokong...



sedikit acara bunga api~ lalala

sekian saja tirai 2009 for pancaragam. it was a mind blowing performance from all my apprentices..haha keep up da good awesome work n may god bless da 2010 and bring us ultra super duper humongest glory of all!!!

I AM A BAND GEEK!!!! AND IM PROUD OF IT!!

Monday, December 21, 2009

Dikir Rock



ok2...memandangkan entri sebelum2 nih sgt berkontrolbesi di kalangan masyrakat sekeliling aku...di sini aku letak lagi satu video yang maybe boleh meredakan keadaan yang haru kelabu di entri INI 

sekali lagi aku mention, dorang neh buat alatan music pakai bahan terbuang je, so jgn la expect nak jadi bunyi drumset/tamborine/tuba/euphonium/hi-tension/bass drum/trumpet/piccolo/basson/bla bla bla betul2. korang jgn nk argue pasal music dengan aku, aku ada cert from Yamaha(major in electone) tao. hahaha bunyi riak disitu.padahal baru smpai gred paling beginner...wagagaga jangan marah~

haaaa..sila lah KUTUK!!! hahaha sila sila