Thursday, March 26, 2009

aku yang serabut

aku agak serabut hari ini...beberapa perkara yang dapat menunjukkan keserabutan hidup aku hari ini adalah:

1. aku keluar dari bilik dan menghala ke kereta, setibanya di kereta aku tersedar aku lupa untuk membawa kunci kereta, aku berpatah balik ke bilik ku untuk mengambil kunci kereta. setibanya di bilik, aku tersedar aku tertinggal kunci bilik di atas bumbung kereta, lalu aku berpatah ke keretaku untuk mengambil kunci bilik bagi mendapatkan kunci keretaku yang tertinggal di dalam bilik.

2. aku bangun agak pagi hari ini, aku mencapai tuala untuk mandi, setelah aku masuk ke dalam bilik mandi, aku membuka bajuku untuk mandi dan aku tersedar aku terlupa membawa kelengkapan mandian. aku memakai semula bajuku dan mengambil kelengkapan mandian di dalam bilik dan berpatah balik ke bilik mandi. kemudian aku tersedar, di mana aku letak tuala ku td? dapatkah anda teka?
ya...di dalam bilik...

3. kejadian yang hampir sama seperti yang pertama dan kedua tetapi sedikit berbeza. aku ke kedai membeli kelengkapan hidup dan pulang ke kolej. setibanya di kolej, aku mengeluarkan semua barang2 kerja ku dari dalam kereta dan naik ke bilik. setelah 5 minit berada di dalam bilik, aku berfikir..."macam ada benda yang aku buat td, tp apa eh?".. aku melihat ke luar jendela untuk mengintai keretaku.. aku termenung sejenak,gelisah memikirkan benda apa yang aku terlupa untuk difikirkan....
aku buntu dan terus menutup lampu bilikku dan terus menarik selimut dengan tenang di atas katil. 10 saat kemudian aku bangun dari katilku dan terus keluar menghala ke keretaku, untuk mengambil barangan yang dibeli sebentar td.

adakah ini petanda aku semakin tua?

wallahualam

3 comments:

emma said...

alzheimer ke ape ko nih..hahahha
stress study tuh..hihi

maisara said...

haha. bukan dah lama ka macam gitu?

alyaanajwa said...

ahaha tp semakin trok la..mmg aku neh da kebarangkalian ntok alzheimer..huhuhu so, korang wat la scrap book ke hapa ka sesiap ntok mengingatkan aku kt ampa suma nnt..huhuhu