Thursday, November 18, 2010

Petua Orang Dahulu Kala Dijamin Benar - Edisi Demam Campak

 Korang pernah kena Campak tak? I mean, kena demam campak aka ciken pox? Menurut lagenda, if korang pernah kena campak dah, i mean, demam campak jugak, next time korang tak akan kena lagi dah. Izit true? I'm not reli sure bout that. Tapi apa yg aku pasti adalah, aku yang sudah berumor puluhan ini, MASIH BELUM KENA CAMPAK!! (matila berparut~)

Tapi, aku tak terkejut sgt la sbb bila dengar berita PM kita pun baru2 ni kena demam campak jugak, hehe cam comel je..dah berumor baru kena campak. hehe (fine, nanti org lain gelakkan aku pulak..pftt)

Hence,(dh pandai pakai penyambung bicara seperti hence,although,nevertheless,watsoevershit) aku teringat zaman skul dulu aku pernah terdengar dari perbualan my mummuh and grandmummuh tentang bagaimana org dahulu kala merawat demam campak tanpa menghabiskan ribuan ringgit jika anda dimasukkan di Hospital Colombia  Asia.

Cara-caranya adalah dengan menggunakan sejenis daun. Iaitu :

Memperkenalkan, DAUN MAMBU!! sebut betul2, M.A.M.B.U, bukannya Mambo, seperti yang pernah diutarakan tentang perdebatan antara Bossanova yang sering disalah ertikan sebagai Mambo (langkah kanan seperti jugak MAMBO, bossanova bukan Limbo~ kredit to penyanyi 90-an.Wann)

Taktau apa itu daun mambu? Meh skodeng.





Nama Tempatan:Mambu
Nama Saintifik:Azadirachta Indica
Nama Lain:Semambu,bambu,laksamana,neem
Famili:Meliaceae
Lokasi dijumpai:Tumbuhan teduhan ditepi-tepi jalan
Asal:

keterangan:

Pokok mampu sejenis pokok yang mudah ditemui ditepi-tepi jalan. Pokok ini popular bagi masyarakat india dan digunakan dalam upacara sembahyang. Ia juga dikenali dengan nama sakhti atau god of mother oleh masyarakat india.Masyarakat india juga percaya daun ini boleh digunakan untuk menghalau hantu, sebab itulah kebanyakan rumah orang india mempunyai tanaman ini.Daun ini banyak digunakan dalam upacara keagamaan kaum india.Mambu mudah tumbuh dan membiak samaada dari keratan batang ataupun biji benih. Apabila matang, ia boleh mencapai ketinggian antara 3 hingga 5 meter. Mambu memerlukan cahaya matahari yang cukup untuk tumbuh subur.

kegunaan:

Secara tradisionalnya dalam masyarakat melayu mambu digunakan untuk mengubat penyakit kulit yang berkaitan dengan kegatalan seperti scabies(kudis buta) dan cacar air(chicken pox). Kaedah yang digunakan ialah dengan cara meramas daun mambu kedalam sebesen air dan air ini digunakan untuk mandi. Selain dapat menghilangkan miang akibat campak atau cacar air ia juga membantu kulit kembali ke keadaan asal selepas sembuh tanpa menimbulkan parut.
(credit to www.melur.com)


Kan kan terbukti betul kan apa yg my mummuh cakap kan? Yeah..cayalah tok!

Kat mna nak cari daun mambu neh? 
Haaa senang je, korang g tepi2 jalan (bukan highway), jalan biasa. Bukan juga jalan di taman dan kampung korang. Tepi jalan yang selalunya jalan-jalan alternative untuk ke tempat2 agak perdalaman/ ataupun jalan menghala ke kawasan peranginan dan juga taman rekreasi. Selalunya geng Majlis Perbandaran suka tanam pokok tu kat tepi-tepi jalan.

Kalau korang tak pasti jugak,korang cuba tanya ane/macha yang dekat2 anda,bukan bangla yang duduk sebelah anda di dalam tren, tanya jiran2 beragama Hindu, kerana dorang byk pakai daun ni untuk tujuan keagamaan mereka tapi aku tatao pulak nama pokok ini dalam bahasa tamil. Jangan main redah je semua pokok kat tepi jalan,especially highway,kang nanti ada yang amek pokok getah tepi jalan pulak buat sapu kat badan, pahtu badan jd seperti tayar yang baru dilarik bunganya. Jangan saman aku pulak..
One more thing, korang perasan tak nama lain bagi daun mambu?
Eh, NEEM la~ slalu dengar ubat gigi neem kat dalam radio/tv. Kalau payah sgt nak cari daun ori, sapu ubat gigi tu je leh? 
Sedikit pesanan penaja bagi mengelakkan parut campak korang berkekalan hingga akhir nanti.
1. Hindari air hujan.
2. Hindari benda berminyak, telur dan makanan laut.
3. DONT SCRATCH!! Walaupun menahan untuk menggaru adalah lebih dahsyat dari menahan membuang air besar.
4. Habuk, of cos jangan dok gatai p kemas2 umah time demam campak. Nak tunjuk rajin, tunggu time raya kat umah mak mertua.
5. Banyakkan dok dalam umah, takyah berjalan merata tempat. Takot nanti org menganggap anda sebagai ketam yang telah ditumbuhi teritip di cengkerangnya. (nanti aku kena...tidak!!!)

Slamat mencuba!

6 comments:

ms.Teddy said...

ouh..nenek ak guna daun ceremai yg di blend dgn tepung beras..then sapu kat badan..for a while u will look like a hulk..

bosanbusan said...

selain dari daun ni.. petua berguna juga dgn meminum air kelapa muda & lepas tu campur dgn air mandi, buat mandi jugak. berkesan (:

alyaanajwa said...

Ms teddy: oh.. Tatao pulak daun ceremai berguna selain dr buah yg msam nak mapuh tu.. Cam zombie kg pisang pon asa.. Hehe

alyaanajwa said...

Bosanbusan: haa betoi2...ayaq nyoq berguna jugak.. Pernaj dgr jugak alkisah tu. Tenkiuk

armouris said...

lagi info tentang demam campak di SIHAT SELALU - Demam Campak Berjangkit

alyaanajwa said...

armouris : thanx!