Tuesday, August 10, 2010

Checklist Ramadhan dh buat?

orait..mari kita checklist ramadhan. haaa..jgn igt Raya je korang sbuk nak buat checklist, kasut baru,baju 5 lai, selendang 3 jenis untuk setiap hari, kuih raya dan sebagainya. Ramadhan pun perlu checklist jugak ye rakan-rakan.

1. Puasa yg TERtinggal dh ganti habis belum? (wawawa...dushhh kpd diri sendiri)


2. Tiket balik kmpung untuk berpuasa bersama keluarga dh beli?

3. Bekalan megi (bagi kaum hawa) dah beli ke? (wahahaha sekali lagi)

4. Buah kurma ataupun apa2 buah2 manisan seperti kismis dan chocolate(buah ke?) untuk berbuka?

5. Minuman tenaga tambahan untuk bersahur seperti 100plus,redbull dan livitabagi yg mempunyai penyakit tekanan darah rendah, kurang darah merah dan juga kurang keyakinan diri untuk menahan nafsu.
(AMARAN : minuman yang mempunyai nama peralatan dan diikuti dengan nama manusia adalah diharamkan sama skali.Dikhuatiri kesannya akan memudaratkan iman seseorang mukmin)


 6. Dh recall niat solat terawikh? Tarawikh de brapa rakaat? hah2..sila semak buku agama tingkatan 5. =)

7. Dh fikir nk sahur ape? Dan berbuka? (advanced version)

8. Last skali, dh bersedia dari segi mental dan fizikal untuk menjalani ibadah puasa di bulan yg mulia ini??

Selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak untuk semua umat Islam seluruh dunia.


Igtlah kita kpada mereka yg kurang bernasib baik di negara Islam yg lain, tidak sebagaimana di negara kita yg kaya dengan rezeki yang melimpah ruah. Jangan berbazir ketika berbuka!!!

No comments: