Sunday, February 7, 2010

Pantang dan Petua orang tua-tua dijamin benar

"Berpantang maut sebelum ajal". Mesti ayat neh agak familiar di kalangan korang especially kepada umat yang suka membaca akhbar seperti metro dan kosmo yang sering menggunakan tagline ataupun peribahasa ini di ruangan kemalangan jalan raya terutamanya yang melibatkan mat-mat rempit yang tak sedar-sedar diri life duration dah menyala-nyala tapi still nak jadi superman jugak. Biarkanlah mereka~

So tu salah satu contoh 'Pantang' yang diutara selatankan oleh orang tua-tua dulu kala, kalau nak dibuka cerita, banyak sebenarnya pantang-pantang yang ada. Kalau korang rajin, balik kampung nanti korang sembang-sembang la ngan tok/wan korang,mesti semangat punya la dorang crita pantang-larang yang dorang amalkan sejak zaman muda remaja mereka lagi. Tapi sayangnya ianya tidak diperturunkan kepada generasi muda sekarang.

Kenapa ye? Adakah pantang-pantang larang ini sudah tidak equilibrium dengan pemikiran zaman sekarang atau ianya lebih menjurus ke arah unsur mistik oleh itu ianya akan cenderung ke arah perkara-perkara munafik/syirik dan sebagainya? Mari kita TERJAH!!


Pantang anak dara menyanyi kat dapur, nanti dapat husband tua.
Betul ke? apa kaitan nyanyi kt dapur ngn dpt husband tua? adakah bila kita nyanyi kat dapur, orang-orang tua yang sedang membajak sawah di belakang rumah akan terdengar nyanyian kita, akan lantas jatuh chenta kepada kita? kepada sesiapa yang dapat memberikan jawapan kepada kemusykilan ini, sila msg aku dengan pelbagai cara yang boleh diterima. 


Pantang tidur meniarap dan mengangkat kaki ke belakang. 
korang boleh bayang tak posisi neh? demo tidak disertakan disini ye.Ok, kalau pantang larang neh aku rasa aku ada jawapan dia. Kalau ikotkan cakap tok aku, dia cakap, klu buat cmni, ada ahli keluarga kita akan meninggal dunia nanti. Sounds so creepy aite? Tapi ada logiknya dia takotkan aku sbb alasan sebenarnya, kan ke burok anak dara buat cmtu. Especially kalau korang pakai kain batik ke apa-apa kain yang boleh terselak sehingga ke paras lutut dan sekaligus boleh menjadi port teropong orang-orang yang kurang imannya.
Logik kan? 

Gimik orang meninggal tuh maybe sekadar untuk menakutkan kita agar tak buat cmtu, kalau dorang bagi alasan seperti " Nanti nampak bulu kaki, x elok", kita leh jawab, "zaman skarang dh ada veet la tok"... kan ke kurang ajo di situ. 

Pantang duduk depan pintu/atas bendul pintu
Zaman dulu pintu byk la bendul-bendul, tapi skarang dh tak de bendul sgt dh pun, banyak org wat rise or drop je...tapi frame pintu still ada la. yg tu eh org panggil bendul? bukan yang terkeluar sikit dari floor level tu ke? ntah la.. tapi penerangan yang aku leh buat adalah, apa kejadahnya korang nak duduk depan pintu? sikit punya luas ruang dalam umah, kat pintu jugak korang nak duduk. Pintu tu kan access org nak lalu lalang, menyusahkan orang je kalau nak keluar masuk,kang tersepak kang takde zuriat lak korang.

Dan lagi satu, nampak cam orang tak berumah dan tak ada maklamat hidup je kalau duduk depan pintu, ataupun nampak macam amoi yang duduk depan shoplots bukit bintang sambil pegang kertas yang tertera "Perkhidmatan Mengurut Ada Di Atas".dengan besarnya, dan disertakan dengan pakej 'urutan satu badan baik punya' dengan tulisan yang berfont lebih kecil. 



Pantang duduk atas bantal, nanti naik bisul kat punggung
Oh really? Bukan ke lagi bagus ke jaga kesihatan punggung dengan duduk di atas tempat2 yang lembut? Memang betul kena duduk atas tempat yang lembut tapi duduk atas bantal boleh menyebabkan efek psikolgi sebenarnya kepada otak manusia.

Sebabnya, bantal biasanya adalah untuk kepala, memang untuk kepala sahaja (kecuali bantal peluk). Dan kepala mempunyai pelbagai lagi organ-organ lain yang sensitif seperi hidung, mulut, telinga dan mata. Kesemua deria ini amatlah sensitif kepada persekitaran. Kalau bantal yang anda gunakan untuk kepala anda sahaja tiba2 diletakkan di bawah punggung rakan kita atau lebih parah, punggung orang yang kurang dikenali. Apakah perasaan anda?Mahukah anda menggunakannya lagi? Agak-agaknya apakah aktiviti yang berlaku ketika bantal itu berada di posisi tersebut? Adakah ianya mengandungi gas-gas argon,helium,xenon di dalamnya?Wangikah baunya selepas digunakan sebegitu? Fikir-fikirkan dan selamat beramal~ hahaha

Mungkin itulah sebabnya. Hal-hal bisul tuh aku tatao la ada kaitan ke tak dari segi medikal explanation. Mungkin para doktor atau bakal doktor boleh memberikan pendapat anda?


Pantang tidur waktu maghrib, nanti kena sawan/epilepsi/gila dan sebagainya.
Menurut tok aku, perkara ini ada unsur-unsur mistik skit. Sebab time maghrib la syaitan suma berkeliaran mencari mangsa-mangsa yang lemah rohaninya.Sekaligus mudah untuk di manipulasi akal fikiran logiknya. Tapi aku rasa ada kebenarannya sebab wan aku pernah hambat ngan kazen aku ngan penyapu lidi balik umah bila time maghrib kitorang dok sibuk lagi mengayuh 'gerek'(basikal) sampai tak hengat donia.eh..xdak kaitan.

Tapi kalau diikotkan memang kalau kita tido time maghrib pastu tiba2 bangun, konfirm otak rasa cam weng-weng pastu mula la ingat biologikal jam dah terbalik. Ingat dah pagi la, ingat dah terlepas sehari, rasa cam nak moody dan sebagainya. Semuanya melibatkan psikologi otak kita.(Aku pernah bangun lepas maghrib pastu terus sibuk pakai baju sekolah dan sedia di meja untuk bersarapan, ingatkan dh pagi~ chess)


Pantang pinggan yang setelah selesai makan dibiarkan kering, nanti takde orang nak siram kubur kita.
Spooky dan menginsafkan bunyinya. Kalau aku teringat je cakap tok aku neh, terus aku tuangkan sedikit air ke dalam pinggan aku. Sedih woo kalau takde siapa nak ziarah kubur kita nanti...Insaf2.

Dan secara logical explanationnya, aku rasa la kan, reason taknak bagi kering adalah supaya menyenangkan pinggan itu untuk dibasuh nanti. Kalau kita biarkan kering je sambal-sambal belacan, minyak2 yang berkerak tuh, tak pasal-pasal pulak orang yang nak membasuh tuh kena menyental pinggan-pinggan korang makan. If korang basuh sendiri, baru padan muka korang. haha logik tak?


So, any other pantang larang yg boleh dishare?

9 comments:

Adian said...

"Aku pernah bangun lepas maghrib pastu terus sibuk pakai baju sekolah dan sedia di meja untuk bersarapan, ingatkan dh pagi"

aku rasa cam pernah mengalami situasi seperti di atas, tapi xdela g pakai baju skolah segala. haha

haha entry camni dah lama aku rasa nak buat tp kemalasan menghantui hidup ini. hahaha... lagi satu pantang larang yang menipu ialah "jangan makan ____" (untuk diisi dengan makanan2 tertentu seperti tengkuk ayam, cencaluk dan sebagainya "nanti bersanding kepala senget la, nanti kenduri kawin hujan lebat la"... itu semua penipuan orang2 tua yg sebenarnya MAHU MEMAKAN MAKAN ITU SENDIRI! hahaha.. pendapat aku jela, tatau la kot2 nanti ada saintis NASA dapat membuktikan adanya jaringan dan kaitan antara makanan dan fenomena2 aneh tersebut.

alyaanajwa said...

haha tuh la..mmg weng toi.. aku siap dh duduk kt meja g tny breakfast kt mama aku..hahahaha dem kena gelak sebulan

haah, yg tuh pun de gak, betol2!! dorang yg nak makan tengkuk ayam tuh, dats y dorang tak bg kita makan..hehe

wan mohd said...

ade g alya....kalo kenduri baling kasut atau seluaq kecik naik atas bumbung hahaha dgn alasan xmau bg ujan??cmna tu..hahaha pelikkan..tp kalo pikir blk xda makna tp tah la ahhaha

kimura said...

Hye..sje nk bg pndapt sket..tp klw slh tlg tunjuk'n ye..hehe

Klw yg 'berpantang maut sblm ajal' tu kan dr priBahasa English 'don't say die before U try'..mksudnye jgn la kite mbahayakan diri(bole mlibatkan maut..contoh yg plg ktara cam cik alya ckp tu 'Mat Rempit'..

Klw yg 'anak dara menyanyi kat dapur' tu adlh cara org tue menakut2'n ank2nye...yela suara pmpuan kan aurat..so, free2 je dpt dosa nyanyi kt dpur tu...

Yg ni plk 'tidur meniarap dan mengangkat kaki ke belakang' dlm agama pun melarang prbuatan ni...yg sy pnh dgr, klw tdo mniarap sama sprti brzina dgn syaitan jantan or betina..tp yg lbih tpat lg, kt bdan kita kan ada organ2..so,klw kte slh posisi effect plk ksihatan kte nt...

'duduk depan pintu/atas bendul pintu'..ha yg ni plk utk org2 dulu la..dulu rmh dorg bukak2 je pntu trus npk tangga..so, bahaya kot ddk dpn pntu kot tegolek kt tngga tu spe yg ssh...

'duduk atas bantal, nanti naik bisul kat punggung'..yg ni mmg bahaya..aku pnh la konon2 nk try...last2 betul2 bisul tmbuh kt pnggung aku..len kl jgn melawan ckp org tue..hehe..tp dfkir scra logik pon xbaik la kan lapik kepala kite diduduk2..cntohnye Cap ke, songkok ke, tudung ke..ape prasaan korg klw kne dduk2??

'Pantang tidur waktu maghrib, nanti kena sawan/epilepsi/gila'..yg ni mmg betul pun...wktu mgrib kan time setan brkeliaran..so,snang2 je setan kacau time kte tdo...bahaya ooo..jgn buat!!!

'Pantang pinggan yang setelah selesai makan dibiarkan kering, nanti takde orang nak siram kubur kita'..yg ni cara org tua mengsuh kite spya jd rajin kot..scara logik pon pggan yg bekerak2 ng pnggan yg msih basah lg snang nk bsuh pggan yg bsh..

tu lah pndpat sy..so' jgn sesekali melawan ckp org tua or ibu bapa kite...

alyaanajwa said...

wan : haha yg tu no idea, maybe sbb klu simpan je sluar buruk kt umah wat nyemak je, nak buang dlm tong smmpah takot kantoi t anjing korek..so buang la kat atas bumbung, org x nampak sgt..haha

kimura: thanx for da comment, betol2 jgn melwan cakap org yg lebih dulu makan garam belacan dari kita!!

Useriez said...

orang2 tua memang bnyk pantang larang.. tapi ada yg betui walaupun x dapat diterima akal~

f.i.e.z.a said...

sy juge penah tdo wktu mgrb. bgn2 gabra sbb ingatkan dah pg. pastu pk. ALAMAK HABISLAH AKU, SPE NK HNTR AKU BLK HOSTEL? SKNG DAH PUKUL 7. KNG LMBT G SKOLAH! yang takley bla, time tu mmg tgh pkai bju hostel. *bru blk dr hstel*. so cm k.alya gak la. tp k.alya lg lawak siap sarung bju skola. HAHAHAHAHAHAHAHAHAHA

f.i.e.z.a said...

sy juge penah tdo wktu mgrb. bgn2 gabra sbb ingatkan dah pg. pastu pk. ALAMAK HABISLAH AKU, SPE NK HNTR AKU BLK HOSTEL? SKNG DAH PUKUL 7. KNG LMBT G SKOLAH! yang takley bla, time tu mmg tgh pkai bju hostel. *bru blk dr hstel*. so cm k.alya gak la. tp k.alya lg lawak siap sarung bju skola. HAHAHAHAHAHAHAHAHAHA

alyaanajwa said...

haha eksiden sebegitu mmg semua org akan pnh terjadi...seb bek x siap jalan kaki g skolah suma siap...hahaha malu2