Thursday, February 18, 2010

Apa Yang Wanita Inginkan Bukanlah...

 ........



Apa Yang Wanita Inginkan adalah...

jawapan pendek yang jujur

Bukanlah...

Alasan yang panjang berjela tapi tak memberi apa-apa makna




Apa Yang Wanita Inginkan adalah...

Masa gembira bersama walaupun hanya makan malam yang sederhana yang amat pendek tempohnya

Bukanlah...

Masa seperti kamu bersama rakan-rakan lelakimu bermain snuker ataupun lepak-lepak sampai ke pagi bergelak ketawa




Apa Yang Wanita Inginkan adalah...

Menatap senyuman ikhlas terukir di wajah orang yang tersayang walau sedetik cuma

Bukanlah...

Ekspresi tertekan bersamaku sedangkan bersama rakan sepejabatmu tak pernah kamu berkelakuan sebegitu.



Apa Yang Wanita Inginkan Adalah....

Ucapan ringkas selamat pagi darimu. Hanya untuk mengetahui keadaan dirimu pada hari baru.

Bukanlah...

Madah pujangga mencairkan telinga dan sarapan berserta bunga ros di tepi katil ataupun nasi lemak sambal udang di atas meja




Apa Yang Wanita Inginkan Adalah...

Pertanyaan dan kerisauan tentang khabar kesihatan diriku kerana sakit di dalam badanku,hanya aku yang merasakannya.Siapa lagi yang akan bertanya khabarku kerana kipas angin di rumah takkan berbuat demikian.

Bukanlah...

Pertanyaan dan kerisauan tentang baju apa yang aku pakai hari ini kerana perkara itu tidak akan membuatkan aku terlantar di rumah kerana kesakitan




Apa Yang Wanita Inginkan Adalah...

Hadiah kenangan termanis yang dapat diingati sampai mati walaupun hadiah itu adalah recycle daripada koleksi anda sendiri
Bukanlah...

Wang tunai di dalam case Louis Vuitton tetapi di kemudian harinya setiap sen yang diberi akan diminta kembali,termasuklah patch LV yang ada di tepi beg tersebut.



Apa Yang Wanita Inginkan Adalah...

Perbuatan yang menunjukkan betapa kamu menyayangi orang tersayang

Bukanlah...

Ucapan sayang setiap saat tetapi sayang itu hanya di bibir semata-mata. Jauh sekali saraf mulut itu hendak bercantum dengan hati apatah lagi untuk dihantar ke kepala otak.



Ramai sgt org cakap, MAN IS SIMPLE, WOMAN IS COMPLICATED.

Is it true? Perkataan complicated hanya akan terjadi bila bertembungnya kedua-dua jantina ini bersama,bercanggah pendapat, bercanggah minat dan sebagainya. Hanya dengan itu barulah timbulnya perkataan COMPLICATED.

Seseorang manusia itu takkan meng-COMPLICATED-kan dirinya sendiri tanpa sebab. Nobody likes the complicated thing. So, dun ever judge others as COMPLICATED person cos kalau tak ada manusia di sekeliling DIA yang akan menyebabkan hidupnya COMPLICATED, DIA itu takkan ter-COMPLICATED dengan sendirinya. Unless kalau manusia itu mempunyai hormon Amoeba yang boleh mengkomplikasikan dirinya sendiri..eh..mengduplikasikan.


Sekian renungan untuk hari ini.

*perkara di atas tiada kaitan dengan yang hidup ataupun yang sudah kembali ke rahmatullah. Hanya secebis perasaan untuk dikongsi.

4 comments:

Adian said...

woah ni taraf2 ruangan "Perhubungan" dalam majalah Remaja ni. Atau Cleo versi Melayu (kantoi baca adik aku punye hoho)

alyaanajwa said...

hahaha adik punya ka sndri beli tapi x nak ngaku adian oi~ hehehehe

yin said...

dulu..aku suka layan blog senior...skang aku suka baca blog ko..simple,santai n more general reading...yang sometime bole buat aku terfikir n berkata.."a'ah kan.."..."betul2"...n "hemm"...no wonder semakin ramai pengikut ko skng.hehehehe

alyaanajwa said...

hahaha kembang lobang idung aku yin!!! tq tq