Tuesday, October 19, 2010

Perkara Di sebalik PMS dan Senggugut

Assalamualaikum, apa khabar penonton  semua? Harap anda semua berada dalam keadaan kesihatan berwarna pink ye. Mengapa pink? Sebab hanya ada 'Pink of health', kalau ada 'Blue of Health', anda boleh menjadi Sihat seperti Makhluk Biru Avatar. Stop with the cowsh*t.Titik.

Hari ini, seperti yg anda dpt lihat di LCD skrin anda, tajuk yg akan dibincangkan adalah bersifat lebih kewanitaan ye rakan-rakan (first time ever aku rasa seperti seorang wanita sejati). Tetapi bukanlah hendak membincangkan tentang fakta or medical facts (tak sama ke?), tetapi lebih kepada pengalaman sebenar beberapa wanita di seluruh dunia untuk pengetahuan rakan-rakan kaum Adam supaya mereka lebih memahami apakah yang sebenarnya di maksudkan dengan PMS? dan sejauh mana kebenaran PMS ini.

areyuredi? lets cekodok!

Sebelum itu, anda perlu paham dan bezakan dua makna antara DUA perkataan ini, PMS (Prementrual syndrome) dan juga DISMENOREA (Senggugut).

PMS ataupun Premenstrual Syndrome adalah perkara yang terjadi SEBELUM kedatangan period seorang wanita, manakala SENGUGUT berlaku KETIKA kedatangan haid.

PMS selalunya dikaitkan dengan ketidak stabilan emosi seorang wanita misalnya sering marah-marah disebabkan hal yang kecil, misalnya kekasih anda tidak mahu mengikut kehendak anda memakai baju berwarna pink atau pun kekasih anda tidak memuji anda cantik sedangkan anda telah menempekkan mekap setebal kek lapis sarawak di muka anda. Kalau mengikut kajian Dr Frencesca Fusco, pakar dermatologi kulit kepala, eh, salah doktor pulak (melekat dowh nama minah tu kat otak aku), mengikut kajian medikal la, mengatakan perkara ketidak stabilan emosi itu adalah disebabkan oleh ketidakstabilan hormon testeron. (cam melekat jugak nama tu dalam otak aku), hormon yang lebih tepat adalah Estrogen dan Progesteron (correct me if i'm wrong).

Peningkatan estrogen dan penurunan progestrone yang merupakan hormon utama perempuan boleh menyebabkan PMS. Estrogen membuatkan tubuh kamu menyimpan lebih banyak cecair dan ini menjelaskan kenapa kamu merasa kembung dan terasa berat beberapa hari sebelum haid kamu. Ketidakseimbangan bahan kimia di dalam otak. Wanita yang mengalami PMS mempunyai tahap serotonin yang rendah dan ini menyebabkan perubahan emosi dan menjadi agak pemarah. (credit to www.kotex.com). Dan juga menyebabkan berlakunya pertumbuhan jerawat secara pukal di muka para wanita berkulit sensitif seperti aku. (chiss)

Manakala Senggugut, bukan sesungut berlaku ketika kedatangan haid pula akan menunjukkan simptom2 kesakitan ya amat pada hari pertama dan juga kedua dan ketiga.Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, korang boleh click di SINI.

Keterangan di atas adalah secara medik2, seperti skrip Cinta Medik yang disiarkan di TV9 pada suatu ketika dahulu. Tapi aku taknak pembaca blog aku dibayangi oleh muka doktor bersteteskop sepanjang masa untuk menunjukkan bahawa mereka adalah seorang doktor yang berkaliber, maka aku akan jelaskan secara lebih relax berdasarkan pengalaman hidup manusia sejagat.


Mengapa wanita beremosi tidak menentu ketika sebelum period?

Dan mengapa pula beremosi tidak menentu ketika period?

Jawapan boleh dikongsi adalah :

SEBELUM
Adalah dimaklumkan, Tiada Seorang Wanita Pun Yang Menyukai kedatangan haid/period. Ini adalah kerana, dah la sakit(bagi yang senggugut), rimas(nak kena tukar protection setiap 2-4 jam), kena extra careful (takut terbocor/leaking/bleeding dan sebagainya), tak boleh pakai seluar/baju yang berwarna cerah, apatah lagi putih (kalau terbocor,kantoi tak leh cover), dan juga jerawat konpem naik paling kurang satu dua.

Hormon mungkin penyumbang kepada ketidak stabilan tetapi KEADAAN period itu sendiri telah menyebabkan para wanita ni Tak Suka dan Rimas memikirkan kedatangan period mereka. Bukannya wanita ni sengaja hendak menguji kesetiaan pasangannya dengan berkelakuan tidak waras (melampau), tetapi ketidak warasan seorang wanita itu juga perlu ada batasnya, janganlah sampaikan seorang wanita itu bertindak mengiau-ngiau seperti ibu kucing kematian anak pertamanya pun anda masih mengatakan itu perkara biasa PMS.


Picture credit to Google, Edited by Alyaa Najwa.

KETIKA
Amaran kepada para kaum ADAM,JANGAN sesekali anda bertanyakan soalan ini kepada kaum HAWA ketika mereka sedang menderita kesakitan akibat senggugut, "Sakit tak awak?".
Jawapan kepada soalan itu adalah kesan tapak kaki saiz 5 di muka anda.

Ini adalah kerana ada yang mengatakan sakit akibat senggugut adalah bersamaan 1/10 kesakitan melahirkan anak secara normal. Bayangkan ibu anda melahirkan anda? Bayangkan seorang bayi dikeluarkan dari perut seorang wanita melalui....ok, tak pyh bayang. Kalau nak tau, sila youtube. Serius ada kat youtube. (meremang bulu roma tringat video yang ditonton ketika kelas bio).

Sebab tu la memang serbei mengatakan, kaum wanita lebih Tahan Sakit berbanding Kaum Adam. Jangan marah aku sebab ini adalah fakta. Korang boleh bayang tak kalau lelaki yang mengandung dan melahirkan anak? Aku rasa la, doktor pun  tak brani nak dekat sebab silap hari bulan doktor yang masuk ICU kena penerajang pesakit. Kaum adam lebih kuat dari segi fizikalnya, tetapi kaum hawa dikurniakan dengan kekuatan mentalnya (dari segi psikologi menahan sakit).

Kekejangan badan tu perkara standet la, plus perut rasa mcm ada samurai-X tgh praktis dalam area usus paling bwh berdekatan uterus, plus rasa migrain mcm puting beliung colorado dlm kepala, kalau ada yg lebih teruk lagi siap muntah2 dan ada juga yang pengsan. Kes pengsan dan masuk ke sick bay sering dapat dilihat di sekolah aku (almaklumlah sekolah perempuan semua). Kalau mereka yang bersekolah campuran tu maybe para wanita ini ada perasaan segan dan ego yang tinggi jugak la kot nak kaver2 macho di hadapan lelaki pujaan. Maybe la kan..aku tiada pengalaman sebegitu..Syukur..hehe

Jadi, mungkin kerana tidak tahan sakit itulah yang menyebabkan para wanita itu berkelakuan tidak stabil emosinya. Dan mungkin juga seorang wanita itu lebih suka berdiam diri ketika berlakunya senggugut kerana cakap byk and emo2 pun tarak guna juga, tarak lega juga itu sakit. So better shut up and kiss me. eh shut up and setel ur work diam2.



Rawatan
Pelbagai rawatan terkini dan terlama yang boleh diaplikasikan. Kalau menurut pengalaman aku, secara tradisional dan paling simple adalah dengan meminum air suam. Ada juga rakan-rakan aku yang minum air Coke. Tatao la pulak berkesan ke tak sbb kalau aku lah,seboleh-bolehnya akan mengelak untuk menambahkan lagi angin di dalam badan dan juga perut ku tatkala penyakit bulanan melanda. Anda boleh cekodok cara-cara menghilangkan kesakitan KETIKA penyakit melanda di SINI. kat mana? SINILAH




Jadi para kaum Adam, pahamilah bahawasanya Sakit Wanita ini bukannya mainan mental sahaja seperti demam yang sebenarnya kalau kita melawan secara psikologinya kita mampu bebas dari penyakit itu. Penyakit wanita ini sememangnya BENAR dan bukannya rekaan minda semata-mata.Aku dh pernah try untuk cuba menafikan kesakitan itu ibarat menafikan kepedasan tergigit cili padi dalam nasi goreng kampung, tetapi tidak pernah berjaya. Nescaya the pain is real though it's not physically shown. hahah deep tak falsafah aku?

Maka, Janganlah kesakitan akibat Penyakit Wanita di anggap seperti gurauan bagi kaum Adam yang tidak mungkin akan merasakannya even sampai kiamat pun.

Hormatilah Kaum Hawa kerana Kami lah yang akan melahirkan zuriat anda! hahahahaha Sekian.

p/s : Kaum Hawa pula jangan terlebih mengada dan mengambil kesempatan terhadap penyakit bulanan yang kita hadapi ini untuk membuli Kaum Adam kerana tanpa mereka juga tiadalah Kita.

6 comments:

fiezafz said...

cikgu sains tingkatan tiga sy cakap, kalau senggugut minum 100 plus sebab apa sy dh lupa lah. tp mmg berkesan. jangan ambik pil pinky lady tu, bahaya untuk future. hehe berguna tak info ini? kehkeh

alyaanajwa said...

berguna2! btol2..dat pil tu tak baik sgt actually cos nnt akan membuatkan body kita imun dgn pil tu dh..so kita makan pun dh takde efek nanti. btol tak? 100 plus eh? ok, boleh terai

suehana said...

kwn ak masa skolah menengah dok terperosok bawah meja time rehat, punyala baik xnak g infirmary.. hoho

and nasihat saya kalu sakit sangat sampai xleh tdo, sila tidur secara mengiring sambil menekan perut dengan bantal sekuat hati.. haha..

alyaanajwa said...

sue : yeah bebeh. aku slalu gak buat cmtu, baring smbil tekan bantal kat perot..pahtu tertido..hehe

fara-D said...

haha! tips dari kakak akak dlu:
g menonggeng dengan tenang. tak tau la tapi aksi itu berhubungkait dengan hukum graviti (if u know what i mean lah kan!hehehe)

thilla said...

hye..
kalau ada masalah senggugut yang tidak pernah hilang setiap kali haid, cubalah produk sshapeup london.
ternyata ianya berkesan.
sila hubungi tol free numbor sshapeup london 1300-88-9338 untuk nasihat pakar secara percuma.