Thursday, September 16, 2010

Rugi woo tak kenal Aloq Staq

segmen tajaan Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah.


Aloq Staq? wadehell is dat? sejenis kuih tradisional yg makin pupus? atau kereta buatan nasional yg sehingga kini masih ditunggu-tunggu pelancarannya?

oh noo...sapa tak kenai aloq staq?? sila bunuh diri. aku serius.

Alor Star adalah ibu negeri Kedah Darul Aman atau lebih dikenali sebagai Negeri Jelapang Padi (tapi sayangnya hanya sekelumit manusia yang tahu apakah itu 'JELAPANG PADI'..anda tahukah?)...eh..aku penah tgk tao rupa sebenar jelepang padi tu..kalau tak tau...sila berkunjung ke Muzium Padi yang terletak berhampiran Gunung Keriangan Dunia di Alor Star. Anda boleh Google Muzium Padi Negeri Kedah untuk maklumat lanjut atau dial 103 untuk bertanya kepada operator serba tahu nombor telefon.

Seperti yang anda sedia maklum, negeri Kedah dan secara khususnya ALOR STAR telah melahirkan ramai tokoh-tokoh negera, contohnya Tun Mahathir Mohamad, Allahyarham Tunku Abdul Rahman, Dato Zakiah Hanum (Pengarah Pertama Arkib Negara) dan Cik Seri Alyaa Najwa.(wahaha).

Dan aku sebagai rakyat Jati negeri Kedah khususnya rakyat jati Aloq Staq, aku amat berbangga dengan tanah tumpah kelahiranku ini walaupun masih ramai manusia yang berakal sebesar otak burung unta yang masih tidak jemu-jemu untuk mengatakan tentang ketidakmodenan negeri Kedah dan memanggil negeri Kedah sebagai 'Kampung' tapi aku bangga what..KAMPUNG INILAH JUGAK YANG HAMPA DOK PULUN BALIK BERAYA SAMPAI JEM SAKAN DEPAN UMAH AKU!! hahaha


Aku mengukur sebuah KEMODENAN dari segi nilai moral dan sahsiah sebuah komuniti itu sendiri, bukannya diukur melalui berapa tinggi bangunan pencakar langit yang dibina kerana Arkitek seperti aku yang berasal dari KAMPUNG inilah yang membina kondominium 70 tingkat untuk orang 'BANDAR' diami. Buek!! hahaha kan kan?



Ok, sudah puas lari dari topik, aku actually nk bgtau benda yang aku alami sendiri sepanjang aku hidup di tanah tumpah darah ku ini. Ini real life experience k, bukan senang aku nk share neh..hehe Boleh juga dijadikan panduan kepada warga-warga negeri dan daerah lain yg ingin mengetahui tempat2 dan port2 menarik, makanan yang sedap yang boleh dilawati dan dirasai.



MAKANAN

Kalau sebut bab MAKANAN, fuh..gerenti tadak sapa yang akan kebuloq abaq hang kalau mai Aloq Staq. Dari gerai bertaraf banyak bintang (sebab tepi jalan tadak bumbung, ampa boleh kira sendri brapa banyak bintang kat langit) sehinggalah hotel bertaraf bintang kehidupan. Semuanya sedap! Serius2..tak tipu. Bulan Syawal tak elok menipu. Antara port2 yang disyorkan adalah :


1. Di sekitar Stadium Darul Aman.
Apa yang boleh didapati? Pi tgk sendiri la. Kedai-kedai kat situ beroperasi seawal 6.30 pagi sehinggalah tengah malam. Menu pagi boleh anda terai roti jala ataupun nasi tomato abang kat gerai ujung belah KFC (Kebtucky Fried Chicken ya..bukan Kelantan Freid Chicklen).



Menu Tengahari pula, Nasi Ayam Ady/Amy atau nasi ayam shukri, nasi ayam ni abaq hang...aku makan sejak aku Tadika kat Children's Corner tu, smpai abang tu kenai la aku neh. Terbaik dari ladang weh....sbb ayam dia goreng dua kali bagi garing betoi2 punya panas2..fuh2...lapaq pulak..esok kalau bukak kena p..

Menu malam pulak, macam2 boleh pilih sbb semua gerai kat situ majoriti bukak malam, dari goreng2 smpai ke roti nan capati, laksa, laksam, sate semua ada. Kiranya tempat ni shortcut la untuk sesiapa yang nak makan cepat dan pelbagai tanpa melilau cari pusing Aloq Staq. Satu ja yang tadak, Ikan Bakaq. haaa..nak makan ikan bakaq, jum jenguk kedai seterusnya.


2. D'Perindu Ikan Bakar (Jalan Kuala Kedah)
Ini adalah antara pilihan kedai untuk ikan bakaq yg boleh tahan sedap. Dulu masa tokey tua dok jaga kedai neh, kualiti makanan is much more better then now...tapi hari itu aku p makan, still memuaskan la dengan harganya yang berpatutan. Ikan bakaq pelbagai jenis ikan ada dan sgt fresh sbb stok ikan ambil di Kuala Kedah, dekat je la ngan restoran ni. Menu lain yang tidak kurang popularnya adalah Mee Udang. Boleh jugak terai, udang besaq2 kaw2 punya, sotong goreng tepung yang crunchy dan tomyam yang menarik hati. Lokasi adalah jalan menghala ke Kuala Kedah, it's on your left side, right after masjid. Satu lagi cawangan kedai ni adalah di Hutan Kampong, namanya aku tak hengat la pulak tapi tokey yg sama la. Selamat Mencuba!!


3. Restoran Pakda Mergong
Ini antara Restoran Oldskul yang sejak dari aku takdak gigi sehingga aku takdak gigi balik pun aku selalu p makan kat sana ngn family aku. Tapi Allahyarham Pakda dah meninggal dunia 2 tahun lalu if i'm not mistaken. Walau bagaimanapun, tahap kesedapan makanannya masih berterusan dengan legasi baru Pakda. Favourite must try dishes adalah Siakap Goreng Halia (sangat crispy dan yummy), Tomyam Putih Siam (pedaih kaw2 punya), kangkong belacan terhebat, Saikrop (isi ketam goreng crispy macam kopok lekor), dan juga Sotong Goreng Tepung Crispy juga. hahaha Dan lagi satu yang palinggg aku gemari adalah Nasi Goreng Ketam kerana mereka menggunakan isi ketam Sebenar, bukannya ketam batang kaler merah yang orang dok letak dalam steambot moden tu. Aku tak pernah order nasi goreng ketam kat tempat lain sbb konfirm ketam yang diletak adalah ketam palsu. Pastu dok argue jugak ngan aku kata yang tu ketam ori. Chiss meniaga pun nak menipu ka? ish2... Lokasi restoran ini adalah Jalan menghala ke Stesyen Bas Shahab Perdana dan Tesco. Lepas dari Sekolah Agama Kedah, trepik lite belok kanan. haaa kt situlah Restoran Pakda. Walaupun signbod nampak macam lampu tak cukop watt, tapi makanannya masih cukop zat. Ewah..pantun. hehe Selamat mencuba!


4. Laksa Telok Kechai
Kalau sebut bab laksa, mesti ramai org Aloq Staq yang akan sebut port neh. Jalan Kuala Kedah jugak tapi on the right side. So kena U-turn dulu la. Antara kedai yang aku selalu p adalah Pakya dan Pakdin Laksa Telok Kechai. Pakya dan pakdin adalah adik bradik, pak ya tu abang kot. Tatao la...sila buat rujukan sejarah sendiri. Laksa aslinya yang diperbuat dari beras adalah keistimewaan Laksa ini. Urat laksa tu tuan kedai ni buat sendiri ye, bukannya beli Laksa Cap Eka kat kedai runcit tu. Dan kalau ada laksa, mesti geng atau org kedah cakap Gu Ngan Sate. haaa.. Sate dia terbaik! Kuah kacang pekat kaw2 punya. Mesti terai!!





5. Kueteow Iman Mergong.
haaa..jangan dok sengih2 ye. mesti ramai yang tao port glemer neh. Gerai tepi jalan menghala ke Stesyen Bas Shahab Perdana. Kalau dah nama kedai pun kedai kueteow, takkan dia joai Nasi Campoq Ayaq Asam. Kedai neh mesti specialist kt kueteow goreng ja. And ada la nasi lemak 5 kupang sebagai menu sampingan, tapi dia punya regular customer, sejak dari pukui 6 ptang dia bukak kedai, smpai ke tengah malam nak tutup dok menggoreng kueteow tak abih2. Jangan main2. Juai kueteow pun boleh pakai 7 series BMW okeh!! sebelum dia pindah ke mergong, sat aku nak recall dulu kedai dia kat mana....hmmm...tak ingat. hahaha pa ja la yg the latest, buat pa nak tau sejarah permulaan perniagaan depa pulak.

Tapi jangan risau, kalau tak dapat nk makan kueteow Iman, kita boleh p makan KueteowJoned kat Jalan Stadium. Dekat dengan Pustaka Union. Kat situ ada macam2 lagi variety makanan selaian kueteown Joned, western food pun dah ada sekarang neh. Dulu gerai dia kecik ja, meja ada kot dua ketoi, la neh..haaa...amek hang, dengaq kata ada cawangan tapi tatao kat mana. Selamat Mencuba!!


ateh...ada lagi neh...dun wori,,nanti aku smbung lagi k...antara paparan entri sterusnya adalah, Rojak Terbaik,  Asam Laksa dan Laksa Lemak Terhebat serta Cendol Terangkat!! tunggguuuuuu...

4 comments:

Unknown said...

mmg terbaik la alyaa!!klah promosi jln2 cri mkn..hehe..

alyaanajwa said...

haha..makasih2...ni version utara abaq hang..haha

zul said...

alyaaa..tlg aku cari keja kat kedah..ang wat aku rasa nak balek kampung~uhuhu T_T

alyaanajwa said...

Nak keja pkt jobstreet.. Kihkih