Wednesday, September 22, 2010

Tragedi Musim Tengkujuh

wada what? bila kadar kelembapan di luar tinggi, ram processor otak juga menjadi selo. Maka mengundang kepada pengabdian sebuah entri di blog ini tanpa pengetahuan bos. hahaha otak dh cramp dok ngadap 3d ja...nak mengadap tulisan 2d la pulak.

Tajuk entri sebenar mengimbau kembali nostalgia yang pernah terjadi secara langsung di depan mata aku suatu ketika dahulu. Alkisahnya adalah di antara aku, TNB (tenaga nasional berhad) dan juga sebijik kek. haaaa


Pada suatu hari.......... (masuk effect seperti batu dicampak ke dalam air yang tenang)

Tanggal 27 Oktober 2003( kalau tak salah tahun) adalah dimaklumkan terjadinya kejadian hari lahir aku disambut dengan meriahnya di kampung halaman. Adanya kerbau tumbang seekor, ayam 20 ekor, kambing golek juga ada. Eh, salah menu, tu menu kenduri kakak aku. Ok, jemuan biasa2 je, kek berdiameter 10cm yang disponsor oleh sesiapa yang berkenaan, tak ingat dh. Air sirap bandung, cikidis (keropok murahan) dan naget ayam ramly. Menu standard bukan? Kalau yang lagi gempak tu maybe kerana sirap bandung dicampur cincau. hahaha

Tetapi di alkisahkan, berlakunya ribut taufan yang agak dahsyat pada malam tersebut. Pokok kelapa bergoyangan dan meliuk lentok ke merata-rata arah. Tapi lebih ke arah timur ke barat kalau tak salah ingatanku. (gila hebat ingatan). Maka ketika lilin di kek sedang redi untuk aku tiup, salah seorang dari ahli keluarga aku ditugaskan untuk menutup lampu bagi meromantikkan keadaan semasa.

Tup! Lampu terpadam. Tetapi, kedengaran suara sumbing berkata.

"woit, awat tutup abeh semua lampu, tak nampak hapa pun neh"

Orang yang bertugas sebagai penutup lampu pun kehairanan.

"Aku tak tekan suis pun lagi neh"

Semua terdiam. Jeng Jeng Jeng....

Sekilas ternampak percikan api di luar rumah berdekatan jalan utama.

"Fuyooo...kabel letrik putus la pulak!!"

eh..salah ekspression. Ini ekspresi sebenar.

"Masyallah, kabel letrik putus!!! Danger danger!"

Kaget. Dan seperti kisah2 drama di talibesen, bukannya semua org akan bertindak, mesti akan terpegun dan terpacak di mana berada paling kurang selama 10 saat dulu. Pastu baru sedar diri untuk melarikan diri ataupun yang mempunyai IQ lebih tinggi berbanding yang lain, akan menelefon pihak yang berkenaan.

Maka, aku yang berlakon sebagai watak yang berIQ tinggilah menjadi heroin dalam crita tersebut. Lantas aku menelefon TNB. (sepatutnya aku kol siapa eh? takkan nak kol polis, polis bukan reti pasang kabel letrik. Bomba? Kalau ada mayat sangkut kat kabel letrik maybe bomba yang bertanggungjawab.Ntah..aku hanya mengikut skrip dan arahan)

Perbualan antara aku dan pegawai/operator TNB itu adalah seperti berikut.

Operator : Hello, TNB, boleh saya bantu anda?

Aku : Hello, saya dalam kecemasan ni. Saya cemas cemas.

Operator : Ok. Apa kecemasannya?

Aku : Cable letrik depan umah saya putus cik. Jatuh atas jalan. Kuar api nyala2. Angin kencang. Ombak bergelora.

Operator : Ohh... kat mna tu?

Aku : Depan umah saya kat No. ## Tandop, Alor Star.

Operator : Ok, boleh tak bagitau nombor tiang cable letrik tu? Kalau takde nombor tiang, kami tatao kat mna lokasi tu.Kami tak dapat hantar orang repair.

Aku : Kat mna ada nombor tu?

Operator : Kat tiang letrik tu la.

.............................................................

Paham tak?

Dialog ini di bawah ini adalah monolog di dalam hati aku selepas mendapat permintaan sedemikian oleh operator.

"Ok cik. Sat na. Saya nak p cari teropong.Terai teropong tgk kot-kot nampak. Superman cuti rini kak sempena besday saya, so takdak sapa yang ada ilmu kebal lagi dah yang boleh p dekat tiang letrik yang terbakar dan mengeluarkan  voltan berkuasa tinggi tersebut"

Sekian.

Tak paham jugak? buat2 paham je la....

3 comments:

Zulkarnain Azman said...

=)

fara-D said...

akak pahammmm!!! hahahaha. sabar je lah. sengal betul.

tp part:
...bukannya semua org akan bertindak, mesti akan terpegun dan terpacak di mana berada paling kurang selama 10 saat dulu.

itu AMAT benar. teringat dulu time firedrill kat asrama. loceng bunyi sejengkal je atas kepala, tapi pakat tenung loceng tu dulu baru tercapai akal sila kosongkan asrama. ngeng je! bingit kepala den, boleh pulak kan loceng tu berlokasi sebelah katil akak. T_T

alyaanajwa said...

=)

fara-D : tu org kata culture shocked seketika..hehe