Tuesday, March 2, 2010

Pantang dan Petua orang tua-tua dijamin benar Part II

assalamualaikum kak long. haaa jawab2, klu tak jawab berdosa... ayat2 standard geng2 kutu lepak klu nak ngorat anak gadis sunti macam aku neh..hahaha prasan nk mampos. wutever pun, mukaddimah ini tiada kaitan dengan tajuk yang bakal dibincangkan, sekadar pembuka selera sbb aku rasa aku perlukan diet baru untuk menguruskan badan. So diet yang terbaik adalah hanya dengan 'makan kata' shaja. (i dunno wadehell am i talking bout)

Straight to the point. Kali ini nak cakap pasal petua pulak cos bfore this dah cakap pasal pantang-larang. Al-kisahnya, aku penah la jatuh sakit(sapa yang tak pernah sakit?cuba habaq mai sat), bila g ke klinik, dh telan2 mcm2 jenis ubat pelbagai rupa,warna dan rasa..tapi masih tak lega2...apa masalah sebenarnya?

So, aku pun consult la kepada org yang lebih dulu makan garam dari aku (bukannya org yang ada penyakit darah tinggi sbb makan garam lagi banyak dari aku). Kadand-kadang jawapan yang kita terima untuk penawar penyakit kita tuh amat pelik dan tak logik pun ada, tapi keberkesanannya kadang-kala lebih mujarab dari ubat-ubatan moden yang perlu kita laburkan duit dengan banyaknya tapi tak lega-lega jugak. Magic kan?

So lets cekodok several petua yang mungkin berguna untuk dikongsi bersama!



Petua melegakan parut dimuka (parut jerawat/luka kecil/jeragat dan sebagainya)
Penah dengar istilah 'bedak sejuk' tak? bukannya bedak enchanteur yang disejukkan di dalam peti ais ye. Bedak sejuk adalah salah satu remedy yang paling berkesan untuk pelbagai penyakit kulit pada zaman dahulu sebelum adanya kemunculan SKII. Penah terpikir tak kenapa muka tok nenek kita zaman dulu kebanyakkannya putih melepak dan kulit mukanya halus saja, berbanding kita neh yang kulit muka kalau nak compare dengan kulit limau, limau tuh lagi bangga ada kulit yang lebih licin berbanding kita.


Petua yang sering diamalkan adalah hanya dengan menyapu bedak sejuk ke muka samada sebelum tidur ataupun selepas bangun tidur (preferable sebelum tidur la kot, sebab takot nanti bos kt opis kena sawan seminggu sebab nampak muka secretary  seperti pontianak haram saja putihnya)


Bedak sejuk (yang berharga sebotol kurang dari RM5.00) ada power penyejukkan sepertimana SKII(yang berharga sebotol RM100.++)tapi kesan yang bakal diterima adalah sama. Tak caya? Silalah cuba sendiri. Tapi jangan jadikan  aku sebagai contoh korang sbb aku dh lama gilerrrr tak pakai bedak sejuk tuh, dats y muka aku setanding kawah bulan gerhana.huhuhu




Petua melawas kencing
Lawas ye,bukan mawas. Sila jangan konpius. Penah tak korang rasa cam bila korang buang air kecil, tapi cam tak puas. Lepas tuh mesti cam ada je yang masih berbaki tidak dituntut?

Perkara begitu kalau ikutkan saintifik medical explanation, adalah disebabkan jangkitan pada organ yang berkaitan dengan pembuangan air kecil, dan menurut explanation Otai Tua, adalah disebabkan kepanasan dalam badan yang tidak betul.


Which one is true?


Well, maybe both ada kebenarannya. If korang g klinik dan ubatan yang diberikan tidka memberi kesan pun kat korang, inilah masa korang consult kepada Otai-otai kita. Otai Tua memberikan penyelesaian yang sangat mudah,murah dan berkesan serta dijamin lebih sedap dari ubat Dr Rozmey. Caranya hanyalah berbekal RM1.20 di mana-mana kedai makan yang menyediakan hidangan ini.


Sila ke kedai, dan orderlah BARLI SUAM/AIS. Senang dan jimat dan sedap kan? Tak caya? Serius neh. Tak tipoo. Buah barli mempunyai kesan penyejukkan terhadap badan manusia dan boleh meneutralkan toksin dalam badan.(fakta kebenarannya tatao la, tapi serius air barli dapat menyejukkan bdan) If ada doktor-doktor yang ilmiah boleh berkongsi pendapatnya disini, silalah beri penjelasan sebab aku pun nak tao apa sebenarnya khasiat barli neh smpai boleh menyembuhkan penyakit lawas kencing spertimana yang disyorkan oleh otai-otai tua. Yang aku tahu, dengan meminum air neh, insyallah penyakit anda akan berkurangan dan badan anda akan merasa lebih kurus, eh lebih sejuk.






Petua membuang angin dalam badan
Hal-hal angin dalam badan jangan dibuat main-main tao. Walaupun nampak cam lawak je cakap pasal angin-angin tapi mcm2 angin yang boleh membahayakan kesihatan. Misalnya angin ahmar. Kalau terkena, silap haribulan boleh lumpuh woo. Tapi angin yang dimaksudkan di sini bukanlah angin ahmar, tp angin atau kembong perot yang sering terjadi dalam iklan ENO.


Org zaman sekarang mungkin hanya menyedari kehadiran Eno Halia tetapi actually bukan Eno tuh yg melegakan, HALIA itu sendiri yang menjadi penawarnya. Bukannya aku suroh korang gigit halia setongkol hidup-hidup, korang boleh mengalternatifkan makanan korang dengan menggunakan halia.


If nak masak, masaklah Ayam/Ikan/Daging/Udang goreng atau masak halia. Janganlah asyik sweet and sour je. Bukankah cara begitu lebih terjamin kesedapan dan tidak membantutkan selera anda. Walaupun rasa halia yang agak perit dan pahit sedikit tapi kalau di hancur-hancur atau dipotong halus, korang tak perasan pun kwujudan halia tuh, yang korang tahu, bantai saja makan kalau dh sedap.




Petua melegekan bengkak-bengkak kecil (misalnya terlajak potong kuku)
If korang pernah tersalah potong kuku sebab smbil potong kuku sambil excited tgk bola. Perit wooo... Bengkak kecil ditepi sisi kuku walaupun nampak kecil dan tidak memudaratkan, tapi kalau dibiarkan akan menjadi parah especially if ada infection ke ape ke. Silap hari bulan boleh menanah dan boleh jadi lagi teruk(lu pikir la sndiri keterukkan yang mungkin terjadi)


Kalau korang g klinik, kompem2 korang dapat antibiotik cream, pain killer dan sebagainya yang berkaitan yang berharga paling kurang RM50 skali jalan. Disini aku nak syorkan petua OtaiTua yang free of charge!!!(if kat umah korang ada pokok ini)



Tau tak apa itu INAI? Jangan time nak kawin je baru terhegeh2 nak cari and kenal inai. Inai bukan hanya sebagai hiasan tetapi juga boleh dijadikan sebagai penawar bengkak-bengkak kecil di jari terutamanya. daun inai dikatakan mempunyai power of suction yang dapat mengecutkan bengkak dengan kadar yang cepat dan tidak menyakitkan. Pada mulanya aku pun tak caya sgt tapi bila aku dh tgk bukti2 di depan mata, aku jadi percaya dan tak berani lagi nak argue. Cuma dari segi medical explanation  je aku kurang ilmu.


So if korang nak try, silakan la.If kat area aku nih, pokok inai pun maybe ramai yang tak tau rupanya sbb dh slalu dikaburi dengan inai picit yang banyak dijual oleh 'ane' kt CM. Tapi jangan pulak jadikan inai sebagai penawar penyakit gout walaupun ianya juga dikategorikan sebagai bengkak.


Ok, so far ni je la. Ada lagi untuk dikongsi tapi masa tidak mengizinkan ketika ini. Till next time.


p/s: Anything to share?

4 comments:

fara-D said...

ada satu petua yg akak dpt from member studio dulu...

kalo dok saket prot 'seruan alam' tu, tapi tak dapat ke lokasi berkenaan (cth: stuck dlm trafik ke, tunggu turn lama ke...etc), berborak lah dgn otak dan organ berkenaan. beritau kat otak, dia di bawah, dan beritau organ berkenaan dia di atas... kira macam berusaha konfiuskan otak dan organ berkenaan ttg kedudukan dia supaya dia konfius dan kemudian makin konfius dan saket perut tu pun macam konfius.

ok. pendek kata, menyaiko diri sendiri yg dah sedia saiko! :P

alyaanajwa said...

oh...yg tuh petua org lama ka org terkini kak farah? bab2 psiko otak neh, mcm2 jenis psiko leh wat, contohnya psiko tak siap design pun perlukan psiko...hahaha mampos kita

fievelski said...

itu bukan petua orang lama atau terkini, itu petua farah diana jer.haha

alyaanajwa said...

hahaha adakah gedix cuba memberitahu bahawa fara diana boleh dikategori sebagai org otai?hahaha jgn marah~