Thursday, October 21, 2010

Mengenali Manusia Yang Terdesak Mencari Duit

korang mesti slalu je dpt inbox msg berbunyi begini, bukan berbunyi, bertulis begini,
SEMINAR "RAHSIA GAJI RM500-RM2500 SETIAP HARI" DGN GUNAKAN FACEBOOK DAN SMS

ataupun begini

PROGRAM USAHAWAN E-DUGONG BERSAMA DATO' N.B LILI

dan pelbagai lagi contoh2 yang anda boleh lihat sendiri di inbox anda, smpaikan aku tgk tittle je aku tak pernah bukak pun benda tu.

Maybe ada benarnya disebalik kejayaan-kejayaan manusia yang meletakkan profile picture bersama ribuan ringgit tunai di tangan (tak takot kena culik mcm sosilawati ke?). Tapi aku tanak kondem banyak la cos bagi aku, TIADA JALAN MUDAH UNTUK KAYA UNLESS KALAU BAPAK KAO ADALAH DONALD TRUMP.

Tapi, haa ada tapinya, anda perlu berwaspada dengan skim yang tak betol, sebab percentage skim yang tak betul lebih byk dari yang betul. Bukannya korang masuk skim tu korang jadi tak betul tapi mungkin jugak korang boleh jadi tak betul sebab dh kena tipu, duit semua dh abeh kepada org yang tak betul jugak. Brapa banyak betul daaa~

Tapi, aku ada sedikit tips untuk sesiapa yang rasa cm dah terpancing dengan skim2/kaedah/cara/teknik dan taktik begini di internet, agar korang lebih berwaspada.


Cara Pertama
Bukak je message yang diberi, tgk info, tgk wall siapa yg bagi tu then tgk gambo dorang. Gambo memegang duit dengan penuh kebanggaan adalah trademark wajib. Jangan mudah lembik lutut dengan umpan sebegitu sebab aku pun boleh buat 'kipas duit' sebegitu (tapi guna duit RM1 je la..haha).

After tgk gambo duit, anda teruskan tgk gambo yg bukan dari album promote skim tu, contohnya gambo beliau bersama family/rakan2 dan sebagainya. Kalau gambo lain2 tu takde, kompem tu profile tipu. Sila tutup dan sumpah seranah dia sebaldi kerana membuang masa anda.


Bakal dijumpai di Broga Hill..(sapa suroh letak muka besor2 kat FB dengan duit secekak gitu)



Cara Kedua
If gambo yang diletakkan adalah Tidak Logik (gambar artis dan sebagainya, sila cari info di dalam gambar tersebut)

Zaman skarang ni, manusia dh makin canggih dan pintar, kadang-kadang dorang pakai gambo artis/model/host/watever public figure yang kurang glemer. Misalnya aku terjumpa sorang minah neh, tgk gambo mmg muka cina abeh wa cakap lu, tapi tgk status FB dia cakap Melayu lebih fasih dari aku. Mula dari situ aku dh start curios dah. Pahtu aku ternampak salah satu gambo dia, ada tulis Miss Hypertune 1st Runner Up. Haaa, terus aku google.

Maka aku terjumpa la si tuan empunya diri sebenar, dan yang bestnya, pompuan tu ada blog. Haaa...tunggu pe lagi, aku bukak la blog dia. Her blog is written 100% in English. It's sooooo hard to find even a single malay words in her blog. Maka, korang conclude la sendiri kebenaran atau kesalahan...

So, mmg aku nak bantai gelak la...Bukan aku nak gelak kat blog minah tu, aku nk gelak kat skim tu la, agak2 la nak tarik pelanggan pun, tak yah la letak org yang boleh kita google dengan mudah di internet yang serba luas ini.



Cara Keempat
Trace FB orang yang berkaitan melalui komen2 atau 'like' link dr  page Skim tersebut.
Apa yang aku paham melalui pemerhatian aku terhadap setiap org yang terjebak dengan skim sebegini, mesti sumwhre at their page mesti ada punyala ayat nak promote supaya korang masuk downline diorang, Siapa ada yang bergaduh lagi sorang masuk dia punya lagi senang la apa la....

Antara contoh2 ayat memancing,
"Orang2 N9/Melaka/Selangor/KL sila layari http://www.hypromoney.blogspot.com/  atau call/sms 012-*******)

"jom3! rugi besaw oo kalau x join ini biz! http://ik.my/homebusiness"

"klik je sini lagi senang http://www.tinyurl.com/aminMASYUK"




dan banyak lagi la...eh, napa ayat aku ni dipotong pulak...hehe lupa buang style..sori2...ok, malas highlight. teruskan je..






Cara Kelima
Kalau korang terlebih rajin, sila bukak je web yg dorang bg link tu, tapi aku curious la, adakah dengan klik ke link dorang tu pun dorang dh dpt duit mcm nuffnang? haaa yg tu korang try la sendiri.






Begitulah serba sedikit yang dapat aku bantu anda untuk mengelakkan anda terus secara direct tertipu. At least kalau kita rajenkan diri sedikit untuk buat research, later kalau kena tipu pun, kita harus tabik org yang menipu kita itu kerana berjaya menjadikan Skim Cepat Kayap yang paling berjaya.




p/s : Setiap kekayaan memerlukan pengorbanan dan kerja keras, tiada rezeki datang bergolek dengan mudah. Even bergolek pun, takkan ianya tetap di tempat yang sama sepanjang masa, pabila ketika masanya untuk bergolek semula, orang lain pulak yang akan rasa penangan golekkannya.

Tuesday, October 19, 2010

Perkara Di sebalik PMS dan Senggugut

Assalamualaikum, apa khabar penonton  semua? Harap anda semua berada dalam keadaan kesihatan berwarna pink ye. Mengapa pink? Sebab hanya ada 'Pink of health', kalau ada 'Blue of Health', anda boleh menjadi Sihat seperti Makhluk Biru Avatar. Stop with the cowsh*t.Titik.

Hari ini, seperti yg anda dpt lihat di LCD skrin anda, tajuk yg akan dibincangkan adalah bersifat lebih kewanitaan ye rakan-rakan (first time ever aku rasa seperti seorang wanita sejati). Tetapi bukanlah hendak membincangkan tentang fakta or medical facts (tak sama ke?), tetapi lebih kepada pengalaman sebenar beberapa wanita di seluruh dunia untuk pengetahuan rakan-rakan kaum Adam supaya mereka lebih memahami apakah yang sebenarnya di maksudkan dengan PMS? dan sejauh mana kebenaran PMS ini.

areyuredi? lets cekodok!

Sebelum itu, anda perlu paham dan bezakan dua makna antara DUA perkataan ini, PMS (Prementrual syndrome) dan juga DISMENOREA (Senggugut).

PMS ataupun Premenstrual Syndrome adalah perkara yang terjadi SEBELUM kedatangan period seorang wanita, manakala SENGUGUT berlaku KETIKA kedatangan haid.

PMS selalunya dikaitkan dengan ketidak stabilan emosi seorang wanita misalnya sering marah-marah disebabkan hal yang kecil, misalnya kekasih anda tidak mahu mengikut kehendak anda memakai baju berwarna pink atau pun kekasih anda tidak memuji anda cantik sedangkan anda telah menempekkan mekap setebal kek lapis sarawak di muka anda. Kalau mengikut kajian Dr Frencesca Fusco, pakar dermatologi kulit kepala, eh, salah doktor pulak (melekat dowh nama minah tu kat otak aku), mengikut kajian medikal la, mengatakan perkara ketidak stabilan emosi itu adalah disebabkan oleh ketidakstabilan hormon testeron. (cam melekat jugak nama tu dalam otak aku), hormon yang lebih tepat adalah Estrogen dan Progesteron (correct me if i'm wrong).

Peningkatan estrogen dan penurunan progestrone yang merupakan hormon utama perempuan boleh menyebabkan PMS. Estrogen membuatkan tubuh kamu menyimpan lebih banyak cecair dan ini menjelaskan kenapa kamu merasa kembung dan terasa berat beberapa hari sebelum haid kamu. Ketidakseimbangan bahan kimia di dalam otak. Wanita yang mengalami PMS mempunyai tahap serotonin yang rendah dan ini menyebabkan perubahan emosi dan menjadi agak pemarah. (credit to www.kotex.com). Dan juga menyebabkan berlakunya pertumbuhan jerawat secara pukal di muka para wanita berkulit sensitif seperti aku. (chiss)

Manakala Senggugut, bukan sesungut berlaku ketika kedatangan haid pula akan menunjukkan simptom2 kesakitan ya amat pada hari pertama dan juga kedua dan ketiga.Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, korang boleh click di SINI.

Keterangan di atas adalah secara medik2, seperti skrip Cinta Medik yang disiarkan di TV9 pada suatu ketika dahulu. Tapi aku taknak pembaca blog aku dibayangi oleh muka doktor bersteteskop sepanjang masa untuk menunjukkan bahawa mereka adalah seorang doktor yang berkaliber, maka aku akan jelaskan secara lebih relax berdasarkan pengalaman hidup manusia sejagat.


Mengapa wanita beremosi tidak menentu ketika sebelum period?

Dan mengapa pula beremosi tidak menentu ketika period?

Jawapan boleh dikongsi adalah :

SEBELUM
Adalah dimaklumkan, Tiada Seorang Wanita Pun Yang Menyukai kedatangan haid/period. Ini adalah kerana, dah la sakit(bagi yang senggugut), rimas(nak kena tukar protection setiap 2-4 jam), kena extra careful (takut terbocor/leaking/bleeding dan sebagainya), tak boleh pakai seluar/baju yang berwarna cerah, apatah lagi putih (kalau terbocor,kantoi tak leh cover), dan juga jerawat konpem naik paling kurang satu dua.

Hormon mungkin penyumbang kepada ketidak stabilan tetapi KEADAAN period itu sendiri telah menyebabkan para wanita ni Tak Suka dan Rimas memikirkan kedatangan period mereka. Bukannya wanita ni sengaja hendak menguji kesetiaan pasangannya dengan berkelakuan tidak waras (melampau), tetapi ketidak warasan seorang wanita itu juga perlu ada batasnya, janganlah sampaikan seorang wanita itu bertindak mengiau-ngiau seperti ibu kucing kematian anak pertamanya pun anda masih mengatakan itu perkara biasa PMS.


Picture credit to Google, Edited by Alyaa Najwa.

KETIKA
Amaran kepada para kaum ADAM,JANGAN sesekali anda bertanyakan soalan ini kepada kaum HAWA ketika mereka sedang menderita kesakitan akibat senggugut, "Sakit tak awak?".
Jawapan kepada soalan itu adalah kesan tapak kaki saiz 5 di muka anda.

Ini adalah kerana ada yang mengatakan sakit akibat senggugut adalah bersamaan 1/10 kesakitan melahirkan anak secara normal. Bayangkan ibu anda melahirkan anda? Bayangkan seorang bayi dikeluarkan dari perut seorang wanita melalui....ok, tak pyh bayang. Kalau nak tau, sila youtube. Serius ada kat youtube. (meremang bulu roma tringat video yang ditonton ketika kelas bio).

Sebab tu la memang serbei mengatakan, kaum wanita lebih Tahan Sakit berbanding Kaum Adam. Jangan marah aku sebab ini adalah fakta. Korang boleh bayang tak kalau lelaki yang mengandung dan melahirkan anak? Aku rasa la, doktor pun  tak brani nak dekat sebab silap hari bulan doktor yang masuk ICU kena penerajang pesakit. Kaum adam lebih kuat dari segi fizikalnya, tetapi kaum hawa dikurniakan dengan kekuatan mentalnya (dari segi psikologi menahan sakit).

Kekejangan badan tu perkara standet la, plus perut rasa mcm ada samurai-X tgh praktis dalam area usus paling bwh berdekatan uterus, plus rasa migrain mcm puting beliung colorado dlm kepala, kalau ada yg lebih teruk lagi siap muntah2 dan ada juga yang pengsan. Kes pengsan dan masuk ke sick bay sering dapat dilihat di sekolah aku (almaklumlah sekolah perempuan semua). Kalau mereka yang bersekolah campuran tu maybe para wanita ini ada perasaan segan dan ego yang tinggi jugak la kot nak kaver2 macho di hadapan lelaki pujaan. Maybe la kan..aku tiada pengalaman sebegitu..Syukur..hehe

Jadi, mungkin kerana tidak tahan sakit itulah yang menyebabkan para wanita itu berkelakuan tidak stabil emosinya. Dan mungkin juga seorang wanita itu lebih suka berdiam diri ketika berlakunya senggugut kerana cakap byk and emo2 pun tarak guna juga, tarak lega juga itu sakit. So better shut up and kiss me. eh shut up and setel ur work diam2.



Rawatan
Pelbagai rawatan terkini dan terlama yang boleh diaplikasikan. Kalau menurut pengalaman aku, secara tradisional dan paling simple adalah dengan meminum air suam. Ada juga rakan-rakan aku yang minum air Coke. Tatao la pulak berkesan ke tak sbb kalau aku lah,seboleh-bolehnya akan mengelak untuk menambahkan lagi angin di dalam badan dan juga perut ku tatkala penyakit bulanan melanda. Anda boleh cekodok cara-cara menghilangkan kesakitan KETIKA penyakit melanda di SINI. kat mana? SINILAH




Jadi para kaum Adam, pahamilah bahawasanya Sakit Wanita ini bukannya mainan mental sahaja seperti demam yang sebenarnya kalau kita melawan secara psikologinya kita mampu bebas dari penyakit itu. Penyakit wanita ini sememangnya BENAR dan bukannya rekaan minda semata-mata.Aku dh pernah try untuk cuba menafikan kesakitan itu ibarat menafikan kepedasan tergigit cili padi dalam nasi goreng kampung, tetapi tidak pernah berjaya. Nescaya the pain is real though it's not physically shown. hahah deep tak falsafah aku?

Maka, Janganlah kesakitan akibat Penyakit Wanita di anggap seperti gurauan bagi kaum Adam yang tidak mungkin akan merasakannya even sampai kiamat pun.

Hormatilah Kaum Hawa kerana Kami lah yang akan melahirkan zuriat anda! hahahahaha Sekian.

p/s : Kaum Hawa pula jangan terlebih mengada dan mengambil kesempatan terhadap penyakit bulanan yang kita hadapi ini untuk membuli Kaum Adam kerana tanpa mereka juga tiadalah Kita.

Saturday, October 16, 2010

Tribute To All of My Readers!

toche toche seshie nandre syukirah kepada anda-anda, ya! anda la yang rajen membuka dan membaca segala carutan yang aku tulis di blog serba sederhana ini. Sederhana dengan gambar, sederhana dengan info, sederhana dengan gosip dan pastinya sederhana dengan update. haha...biasala, i keje memang ngadap pc je tetiap ari tapi bukan ngadap untuk tulis blog. aiyooo...bz dowh...ari i sebagai hari yang sepatutnya warga bekerja akan bercuti, aku masuk opis jugak...camni la keja sebagai seorang suri rumah sepenuh masa..........

neway, sebagai tidak menghampakan mereka yang ketandusan bahan bacaan tak ilmiah dari blog aku ini, aku akan sajikan anda dengan sedikit sneek peek of benda yang tak pernah lagi aku buat selama setahun aku berblog ini. haaa.... iaitu.......

Enterprem Muka Sendiri Sebesar-besar Alam Maya!

 Kini



Lagi 20 tahun..... (mungkinkah?




Sumpah!! aku tak buat dah entri camneh...entah mengapa tengah taip ayat ni pon dh rasa cam blushing (malu sampai tahap ) dah...tengok kiri kanan kot2 ada yang melihat smbil menahan ketawa dan membuat muka seperti baru dicucuk botox...wahahaha cmna lah org leh cam whoring dengan menunjukkan jerawat di lubang hidung untuk tatapan umum. (muntah hijo)


dah agak2 freeee aku akan upload secara pukal! smpai meloya mengandung 3 bulan la korang baca nanti...wahahaha (janji palsu lagi) =(

Friday, October 8, 2010

Must Watch Cool Video Terlampau R-Rated

 this is....speechlesssss........


BIG BANG BIG BOOM - the new wall-painted animation by BLU from blu on Vimeo.




MUTO a wall-painted animation by BLU from blu on Vimeo.


to watch more, click SINI.


Gila rajin /tadak keje org neh....... Terlampau R...itu adalah RAJIN. ehehehe

Monday, October 4, 2010

Kehidupan Peribadi Alyaa Najwa (limited edition)

..............

Sekian.

Klu korang prasan la, kt blog aku nih, jarang-jarang, kadang-kadang sekali aku meletakkan entri berbaur seperti "Hari Ini Pegi Date Lagi Buat Kali KeSeribu", "Muka Tumbuh Jerawat Besi", "Mekap Tebal Sangat La Hari ni","Handphone Baru, Yeay!(dan meletakkan gambar henpon Blueberry baru dengan harapan para pembaca akan mengomen sperti - 'Wah, nak jugak!!Jeles jeles jeles!!!).

Jauh skali entri untuk mengeji perlakuan stalker tegar yang mengusha blog aku dan kemudiannya mengepost entri berkenaan diriku dalam entri beliau yg berunsurkan ketidakpuasan hati. (ada ke org post entri psal aku? whodahetareyu?)

Entri berunsurkan diari peribadi hanya berlaku sekali dalam 6 bulan bukan?Ataupun tak berlaku langsung dalam lebih dari 6 bulan.Entri blog aku lebih mengisarkan kehidupan secara general through my own lens (eyes) and speedlight (ear)...(speedlight is the EAR????). Walaupun ada juga yang mengesyorkan aku mengadakan sekali skala entri lebih ke arah keperempuanan,tetapi naluri lelakiku masih kuat dan teguh. hihihihi

Mengapakah begitu? Mengapa aku tidak menjadikan blog sebagai medium untuk membangga diri, mengutuk insan lain da juga sebagai diari elektronik yang bila ada org lain membacanya dan meletakkan komen negatif kita mula melenting?

Mudah sahaja jawapan aku.

THE WORD PRIVACY DOES NOT EXIST IN THE INTERNET's DICTIONARY.

and,

IF EVERY SINGLE SECOND WE HEARD BOUT LINDSAY LOHAN, HOLLYWOOD IS NOT AN INTERESTING PLACE TO BE ANYMORE.

IF I WANNA BRAG BOUT MY LUNCH MEAL, IT'S BETTER FOR ME TO CALL UP THE McD, AND ASK THEM TO SEND IT FASTER, INSTEAD OF POSTING BOUT THEIR LATE DELIVERY ON THE WEB COS THEY WILL NEVER HEAR BOUT IT AND NOBODY COULD EVER HELP YOU ON THAT.

and again... i dunno wadehell am i talking about. sori la, english i tahap SPM ja....tu pun cegu nyampah tgk muka aku je yg asyik tak buat keje literature The Pearl.

by the road, korang faham tak apa yg aku cuba sampaikan dengan bersusah payah dalam bahasa asing bagiku itu? Paham kan?

So, kalau korang nak dapatkan cerita sensasi aku yang bukanlah sesiapa ini, bukannya artis mahalan, bukannya artis jalanan, bukannya blogger terhebat yg mempunyai beribu-ribu follower, yang mempunyai FB fan page juga beribu2 Like, maka tiada gunanya aku hendak menonjolkan kehidupan peribadi aku yang setiap ari aku bangun pukul 7 untuk merebus urat spagheti dan memasukkannya ke dalam bekas utuk dijual, kemudiannya hantar ke tempat penjualan, kemudiannya bergerak ke opis dan bekerja sehingga pukul 6 ptg, balik umah makan dan masak kuah spagheti, kemudiannya tidur dalam keadaan keletihan.

Haa....eh, tercerita pulak kisah seharian aku secara tak sengaja...hahahahah saja ja tease...bak kata Katy Perry, "It's OK to tease..."  =)

Jadi, tidak perlu rasanya aku menceritakan kisah peribadiku yang tidak menarik langsung menurut pendapat peribadiku sendiri. Cos, people dun want to hear bout ur boyfriend datang pickup u lewat  n then tali kasut dia terbalik....daaa~

Jadi, kepada sesiapa yang mahu membuat blognya sperti diari harian rafiq di bulan bukan ramadhan, tetapi bila ada org membacanya dan mengomen, anda cepat melenting dengan mengatakan "NI BLOG I, SUKE ATI I LERW".

Aku cadangkan korang g kedai alat tulis macha, beli diari kecik yang ada padlock kecik yang glitter2 tu, tulis la luahan hati korang dalam tu pastu simpan dalam drawer baju-baju kenit korang. Takde sape teringin nak baca klu korang letak dalam tu. amacam? ok?

chows~



Mengapa saya sayang Adam Lambert?

Sebab dia Gay.
hahahahaha no no!
Sexual orientation tidak termasuk dalam pilihan jawapan. Lantak la dia nak Gay ke Day ke Tay ke pe ke. Takde kena mengena dalam idup aku. Tapi yang aku hargai adalah bakatnya yg bagi aku sgt talented kerana seorang lelaki dapat menyanyikan lagu bernada tinggi seperti seorang wanita, itu adalah sesuatu yang boleh di tabik. Haip!

Eyh, korang dengar tak adam lambert nak dtg malaysia??? OMG, i'm so going! hahaha (contoh2 ayat gewdiks yang boleh kedengaran di sekitar anda...muntah darah hijo aku dengor english versi paris hilton)

haa..tp mmg pokcik tuh nak dtg sini pun. Ini details yang boleh diusha.

Tapi sebelum tu, ada 2 (DUA) cara untuk anda dapat menyaksikan kehebatan aura gay beliau.

1. Dengan menggunakan tenaga kekayaan dunia yang anda miliki.

2. Dengan menggunakan tenaga fizikal dan kesabaran.

Cara manakah menjadi pujaan hati?Lu fikir lah sendiri.

Cara ketiga juga boleh diaplikasi tetapi tidak digalakkan.

Iaitu : Merayu kepada saudara/kenalan, saudara kepada kenalan anda yang bekerja dengan pihak berwajib menjayakan konsert tersebut untuk mendapat tiket percuma. hahahaha aku pilih yang tu!!! Pls pls pls..






click di link bwh ini untuk mendapatkan xtra pleasure..haha


SINI SINI

Dan sperti biasa, tiket2 konsert artis2 antrabangsa neh sememangnya mampu menghabiskan gaji sebulan anda dalam masa sehari sahaja.

Dan juga seperti kebiasaan, konsert nasyid sperti raihan da rabbani selalunya hanya FREE sahaja, tetapi masih kurang medapat sambutan. Kenapa eh? wallahualam. adeh, aku kena panah petir.


Cara Pertama.

Menggunakan kekayaan dunia. Apalagi...Lets cekodok harga tiket beliau.



cayalah alyaa..siap layout plan, ni rupanya keje ko tetiap ari dok kat opis, org swoh wat layout plan umah, ko wat layout plan stadium. Gila advance. kihkih (courtesy of www.ticketpro.com)

Yang harga RM103 tu aku konfirm akan nampak bulu ketiak org hadapan aku sahaja. Chiss

Dan Cara Kedua.
Menggunakan keupayaan fizikal dan kesabaran.
Silalah kol Hitz.FM atau pun Fly FM untuk mendapatkan tiket free. Bagi yg berkerja, boleh mintak tolong bibik anda kol sepanjang hari, selagi tak dpt tiket free, takyah bagi gaji dorang.. kejam.

Atau jika anda pelanggan setia digi, boleh dapat diskon brapa percent ntah. eh, yg ni falls under cara number satu sbb proses pengeluaran duit masih berlaku. Sori, salah tempat. Sila letakkan di bawah cara pertama. Copy and paste masuk word dan copy ayat ini naik ke atas. Pahtu save as dan post di blog saya. (takdak pasai...hehe)

masih tak kenal siapakah adam lambert? aiyooo...meh2 nk bg dengaq sikit lagu dia..



"birds...flying highh....u know how i feel...."

ok, sila bagi lagu yg lebih familiar.

"i'm here for your entertainment! owh!! do you know what u got into. Can u handle what i'm about to do....cheng cheng cheng...i'm here for your entertainment!!"

haaa...igt? he's former first runner up of American Idol season 8. Dia sama umor ngan kakak aku. Dia dok kat USA. Dia seorang penyanyi. (lengkap kan info aku?) Cari sendiri la info pasal Pokcik Adam. Wikipedia sgt membantu.

Jom kita skodeng video pulak yg menunjukkan betapa hebatnya beliau di pentas. Kalau tak hebat kita mintak balik duit beramai-ramai nanti kat sonymusic.









oooo....dah dah..nak tau lebih lanjut, jom beramai2 cari tiket dia dengan apa jua cara yang mampu.

Tarikh :14 Oktober 2010. Jam sebelum maghrib. (astafirullah)




I'll be waiting for you gays!! eh, guys!!

Tuesday, September 28, 2010

Adakah Bahasa Malaysia berubah dengan begitu mendadak?

Ok. Last skali aku tgk kertas peperiksaan Bahasa Malaysia adalah pada tahun 2004 tatkala mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. Lepas tu aku secara rasminya tidak mempunyai kegiatan rasmi yang melibatkan pengambilan ujian Bahasa Malaysia lagi dah. Tetapi i still can speak Malay u know. Cos for me, 'I think I look more stupid if i can speak in English much better than my very own nation language you see".

I press-press my brake, my brake kenot eat because my tayar no flower. haaa...mengarut dah.


Apa yang cuba ditekankan disini ialah, adakah mata ku tertipu atau pembuat banner ini telah ditipu oleh Perbadanan Perpustakaan Awam Malaysia? Atau adakah patut untuk aku mengambil semula kertas Bahasa Malaysia SPM 2004 aku yang aku lulus (walaupun kurang cemerlang) suatu ketika dahulu?

Renungkan.....






sila click di image untuk memenuhkan skrin anda.

correct me if i'm wrong. tapi setahu aku, ejaannya bukan sebegitu. Patut ada huruf 'M' di situ bukan? Ke huruf Mim?

Mungkin betul la kot, tu ejaan milenium sbb takkan tak betul... tgk la siapa penganjur event tu, Otai2 yang tak sepatutnya tersalah dari segi ejaan2 Bahasa Malaysia. Kan? Kan? Komen? No komen~



p/s : sesetengah perkataan terpaksa disensodkan untuk tidak menimbulkan pelbagai lagi kontrolbesi yang menimpa2 sebelum ini. No more camera please! haha

Maafkan saya kerana mengecewakan anda..

ampun pak....i bz skit la this week untuk mengupdate belog. sbok dok buat rumah org, rumah sendiri tatao la bila berkemampuan nak dibangunkan...design dh de lama dh neh, funding je tiada. sdih...

walaupun aku tidaklah sehebat blogger2 terhebat yang mempunyai ramai fans hatta difacebook group beliau sekalipun, tapi aku tahu masih ada yg sudi meluangkan masa menjenguk ke belog aku tetapi pasti anda akan merasa hampa kerana tiada update terbaru yang dilakukan. oh, no! patutla aku tak leh jadi artis, aku kurang concern dengan para peminat. ahaha (bajet2)

tapi it's ok. Aku berjanji akan ada update terbaru (ada ke UPdate TerLAMA) yang bakal di utarakan. Aku tgh kumpul sources neh..hehe (janji palsu artis kepada peminat).


korang semua penyabar kan? tunggu ye...  untuk meringankan bebanan siksaan batin anda, hayatilah dulu gambar eksklusif I to u guys.


hot tak I dengan body six pax yang I pinjam dari lelaki lain? (matila aku dengan peminat Jacob)


p/s : aku neutral....

Thursday, September 23, 2010

Arthur's Day. Muslim Should Be Banned From Attending!!

i dint know bout wadeholl is this arthur's day till i saw an advert in the cinema, this quote really caught my attention.

"TO ARTHUR's!!"

who is Arthur?

for a muslim like me, definitely i will never know the background history of an alcoholic drink. Wat for i want to know? Sedangkan pencipta Teh O Beng pun aku tatao...ish2.

After watching the full advert then i realize wat or who is Arthur. And why are they celebrating the Arthur's Day.

Here is some short info of it.


Arthur's Day refers to a series of music events which were first organised in 2009 to celebrate the 250th anniversary of the Guinness brewing company by its owner Diageo plc, using Freud Communications as public relations co-ordinators.
Those events took place internationally in the cities of Dublin, Kuala Lumpur, Lagos, New York and Yaoundé on 24 September 2009. The event was broadcast internationally on Sky TV, ITV2 and DirecTV.[1]6 million has been pledged to the Arthur Guinness Fund.


The Malaysian government had initially forbidden Muslims to attend as it contradicts sharia law due to the organiser promoting alcohol, a beverage which Muslims are not allowed to drink. Non-Muslims in Malaysia were allowed to attend if they wish.[14][15]  

Contrary to previous regulations, ANYONE above the age of 18 years can now participate.
 

Arthur Guinness (1725 – 23 January 1803) was an Irish brewer and the founder of the Guinness brewery business and family.

..................................................

Masih tak tahu apakah yg cuba saya perkatakan di sini?

Meh tgk image neh.



Guinness Beer

Ini pula sambutan yg bakal di adakan di MALAYSIA.





and also...


Happy Hour tidak bermaksud Waktu Bergembira. Happy Hour bermaksud free flow of beer to all yg datang. Tak kiralah anda seorang Muslim atau sebaliknya.

I am so confused......... why the government suddenly changed the rule of participation. Now, EVERYBODY CAN GO TO ARTHUR's DAY AND WILL DEFINITELY CHEERING THAT WORDS, "TO ARTHUR!!"

wat for??? i mean for a MUSLIM, want to celebrate this kind of celebration. Arthur is not our Legend, not our Tokoh Negara, and definitely NOT EVEN OUR TOKOH ISLAM!!!

Yang bertambah pelik, boleh pulak official radio offer free admission tickets to go to Arthur's Day. And KEBANYAKAN boleh dikatakan Majoriti manusia yang kol untuk dapatkan dat ticket is MUSLIM in name.

I dun mind if my Non-Muslim frens want to go there to celebrate, but kamonlah wahai umat Islam....Aku pun pernah g konsert gak tapi not under this kind of Specific Celebration. If the reason of going there is to watch Flo-Rida,Sean Kingston or MIZZ NINA (muslim artist), korang boleh janji kepada diri sendiri atau even janji kepada tuhan yang korang tak akan sebut perkataan "TO ARTHUR's!!" tu? Konfirm la semua artis yang naik mesti end or first word dorang akan laungkan pastilah "TO ARTHUR's!!!"

Adoih...siapalah punya keje bangang yg boleh buatkan benda yang haram jd halal neh....Siap promote kt radio, means mmg no restriction la untuk sesiapa pun pergi ke celebration sebegitu.




Yang menambahkan kepelikan aku, takde pun aku dengar bantahan dr mana-mana pihak even di FB skalipun, takde org yang kesah ke dengan benda neh? Ke aku sorang je yang sengaja nak mengecohkan keadaan?




Konpius2!!!!


To all my MUSLIM frens, Say...

"HARAMKAN MUSLIM DARI MENGHADIRI ARTHUR's DAY!!  Non- MUSLIM ONLY ALLOWED."


Kalau nak sgt tgk artis2, tunggu konsert yang tiada kena mengena dengan celebration of mana-mana tokoh penggiat alkohol. Paham?

Wednesday, September 22, 2010

Tragedi Musim Tengkujuh

wada what? bila kadar kelembapan di luar tinggi, ram processor otak juga menjadi selo. Maka mengundang kepada pengabdian sebuah entri di blog ini tanpa pengetahuan bos. hahaha otak dh cramp dok ngadap 3d ja...nak mengadap tulisan 2d la pulak.

Tajuk entri sebenar mengimbau kembali nostalgia yang pernah terjadi secara langsung di depan mata aku suatu ketika dahulu. Alkisahnya adalah di antara aku, TNB (tenaga nasional berhad) dan juga sebijik kek. haaaa


Pada suatu hari.......... (masuk effect seperti batu dicampak ke dalam air yang tenang)

Tanggal 27 Oktober 2003( kalau tak salah tahun) adalah dimaklumkan terjadinya kejadian hari lahir aku disambut dengan meriahnya di kampung halaman. Adanya kerbau tumbang seekor, ayam 20 ekor, kambing golek juga ada. Eh, salah menu, tu menu kenduri kakak aku. Ok, jemuan biasa2 je, kek berdiameter 10cm yang disponsor oleh sesiapa yang berkenaan, tak ingat dh. Air sirap bandung, cikidis (keropok murahan) dan naget ayam ramly. Menu standard bukan? Kalau yang lagi gempak tu maybe kerana sirap bandung dicampur cincau. hahaha

Tetapi di alkisahkan, berlakunya ribut taufan yang agak dahsyat pada malam tersebut. Pokok kelapa bergoyangan dan meliuk lentok ke merata-rata arah. Tapi lebih ke arah timur ke barat kalau tak salah ingatanku. (gila hebat ingatan). Maka ketika lilin di kek sedang redi untuk aku tiup, salah seorang dari ahli keluarga aku ditugaskan untuk menutup lampu bagi meromantikkan keadaan semasa.

Tup! Lampu terpadam. Tetapi, kedengaran suara sumbing berkata.

"woit, awat tutup abeh semua lampu, tak nampak hapa pun neh"

Orang yang bertugas sebagai penutup lampu pun kehairanan.

"Aku tak tekan suis pun lagi neh"

Semua terdiam. Jeng Jeng Jeng....

Sekilas ternampak percikan api di luar rumah berdekatan jalan utama.

"Fuyooo...kabel letrik putus la pulak!!"

eh..salah ekspression. Ini ekspresi sebenar.

"Masyallah, kabel letrik putus!!! Danger danger!"

Kaget. Dan seperti kisah2 drama di talibesen, bukannya semua org akan bertindak, mesti akan terpegun dan terpacak di mana berada paling kurang selama 10 saat dulu. Pastu baru sedar diri untuk melarikan diri ataupun yang mempunyai IQ lebih tinggi berbanding yang lain, akan menelefon pihak yang berkenaan.

Maka, aku yang berlakon sebagai watak yang berIQ tinggilah menjadi heroin dalam crita tersebut. Lantas aku menelefon TNB. (sepatutnya aku kol siapa eh? takkan nak kol polis, polis bukan reti pasang kabel letrik. Bomba? Kalau ada mayat sangkut kat kabel letrik maybe bomba yang bertanggungjawab.Ntah..aku hanya mengikut skrip dan arahan)

Perbualan antara aku dan pegawai/operator TNB itu adalah seperti berikut.

Operator : Hello, TNB, boleh saya bantu anda?

Aku : Hello, saya dalam kecemasan ni. Saya cemas cemas.

Operator : Ok. Apa kecemasannya?

Aku : Cable letrik depan umah saya putus cik. Jatuh atas jalan. Kuar api nyala2. Angin kencang. Ombak bergelora.

Operator : Ohh... kat mna tu?

Aku : Depan umah saya kat No. ## Tandop, Alor Star.

Operator : Ok, boleh tak bagitau nombor tiang cable letrik tu? Kalau takde nombor tiang, kami tatao kat mna lokasi tu.Kami tak dapat hantar orang repair.

Aku : Kat mna ada nombor tu?

Operator : Kat tiang letrik tu la.

.............................................................

Paham tak?

Dialog ini di bawah ini adalah monolog di dalam hati aku selepas mendapat permintaan sedemikian oleh operator.

"Ok cik. Sat na. Saya nak p cari teropong.Terai teropong tgk kot-kot nampak. Superman cuti rini kak sempena besday saya, so takdak sapa yang ada ilmu kebal lagi dah yang boleh p dekat tiang letrik yang terbakar dan mengeluarkan  voltan berkuasa tinggi tersebut"

Sekian.

Tak paham jugak? buat2 paham je la....

Thursday, September 16, 2010

Rugi woo tak kenal Aloq Staq Jugak

hai hai hai...i am bekk!! haha haaa..seperti yang dijanjikan, segmen kedua tajaan muzium kesenian negeri kedah akan diteruskan dengan kesedapan yang lebih terancam. Ayuredi?? Jom terpa!!

kedai dan makanan pilihan seterusnya adalah nama-nama otai yang memang gerenti setiap umat yang mengaku warga Aloq Staq mesti mengetahui akan kewujudan otai-otai ini. Iaitu :

Nasi Lemak Haji Ali atau lebih dikenali sebagai Nasi Ali


Nasi Royale


Mee Abu 


Popia Mahkamah a.k.a Popia Jamal


Nasi Kandar Yasmeen

Familiar?

Kalau tak familiar, mari berkenalan, org kata..Tak Kenai maka Tak Chenta...tak gitu?


Nasi Lemak Haji Ali
Dah lama gila tokwan ali neh meniaga nasik lemak ala nasik kandaq. Dari kedai berbentuk gerai tepi jalan sampai la dah jadi kedai dua tingkat dan siap ada bukak cawangan kat tmpat lain lagi..Kelas gitu tokwan ali!!
Masa aku kecik, aku slalu p makan ngn family aku, menu wajib aku ayam goreng berempah panas2 ngn telur rebus je pun, tapi kesedapannya tiada tandingan. Campuran kuahnya pasti memikat selera anak anda yang tidak berselera skalipun. Kalau time festive season, konfirm beratur la kalau nak membeli nasi kat kedai tu. Apa tak nya, kalau dah sorang customer pakat bungkus smpai 7-8 bungkus, kalau 5 org bratur dan 40 bungkus, kalau 10 orang? Congaklah sendiri. Menurut hikayat mak ayah aku yang juga warga jati Aloq Staq, kedai Nasi Ali ni dulu2 adalah antara tempat favourite Tun Mahathir melepak masa zaman beliau muda remaja. Sejauh mana kebenarannya, kita tanya Che Det sendiri la ye nanti kalau dia balik Aloq Staq.

Lupa pulak nak bgtau location kedai, Kedai Nasi Lemak Hj Ali terletak berhampiran dengan Sungai Kedah ataupun Tanjung Chali. Tepi jalan besar menghala ke Jalan Pegawai (Persiaran Sultan Abdul Hamid). Ada juga yg panggil area tu dekat dengan Looking Good zaman tok nadoq dulu nuu..La dah Tak Looking So Good dah pun tempat tu. Jum kita berator!





Nasi Royale
Antara nasik2 mapley yang menjadi kegilaan umat Aloq Staq dan warga Aloq Staq yang berpindah ke luar negeri Kedah dan tiba musim perayaan mula baru menunjukkan muka di negeri kelahiran adalah Nasi Royale. Terletak di Lebuhraya Sultan Abdul Halim ataupun lebih senang di ketahui, terletak berdekatan Kompleks Hijau Kuning dan Teknik Highway(Teknik Alor Star). Kedai ini masih mengekalkan identiti berbentuk gerai yang sempoi. Tapi orang yang mengunjunginya masyaallah, dari dia start bukak on 3rd day raya pun, aku dh tengok line queue nak membeli nasik tu smpai naik ke atas jalan raya. Jaga-jaga sikit ye pakcik makcik, kang jadi tragedi raya ketiga, keluar tagline kat paper, 'Hanya disebabkan Nasi Royale'. Malam kelmarin kazen aku ada menggagahkan diri menjadi sebahagian dari umat yang dikategorikan sebagai Royalis Tegar membeli Nasik Royale sebanyak 8 bungkus dan setiap satunya berisi paling kurang 3 jenis lauk.

Antara combination setiap satu adalah, udang + ikan + ayam, kambing + sotong + telur+puyuh, ayam + itik + angsa + keldai..dan sebagainya...Punya la banyak lauk smpai tak kenai dah pun binatang apa yang di sertakan didalam hidangan. Sedap tak ? haaa kena cuba sendiri la...





Mee Abu dan Popia Jamal (Popia Mahkamah)
Mereka bukanlah adik bradik, jauh skali husband and wife. Sja ja aku nk cut it short crita skali je sebab...skang dorang dh de join venture bukak kedai skali..hahaha hebat tak mereka? Mee abu, kedainya berlunggok di Aloq Staq. Satu di Jalan Teluk Wanjah, satu di Jalan Sultanah dan satu lagi yang terkini adalah di Persiaran Sultan Abdul Hamid atau dahulunya dikenali sebagai Jalan Pegawai. Tetapi yang di Jalan Pegawai tu bukan nama Restoran Mee Abu lagi dah. Satgi aku abaq nama baru bagi kedai tersbut.

Macam sempoi kan nama Kedai Mee Abu. Simple dan mudah diingati. Seperti mana rasa makanannya, sedap dan mudah diingati...Ewah. Kedai Mee Abu neh, specialitynya adalah pada makanan berunsurkan mee lah, seperti Mee Goreng, Mee Rebus dan Meehoon (mee jugak..). Mee pun special ke? Eh...jangan tatao, setiap hidangan Mee akan disertai oleh Cucur Pasembor. dan juga sedikit kuah Pasembor..haa tu yang special tu. Bukan mee goreng bodoh ada fish ball dua ketol tu. No No... Sama seperti kedai di atas tadi, Kedai Mee Abu ini adalah di antara yang paling otai dalam sejarah kedai-kedai lama. Dah pelbagai keturunan dah dijalankan perniagaan ini. Bukan senang aku nk ikot dh brapa keturunan dan dok menggoreng mee tu. Kalau korang nk datang pagi-pagi pun boleh tapi hanya di cawangan Jalan Sultanah la ye..sebab di cawangan itu shaja yang dijual Roti Canai Bulat (ada roti canai segi 8 ke?) dan Apom Lenggang Kangkong..Mesti layan la....

Popia Jamal atau juga dikenali sebagai Popia Mahkamah diambil sempena letak gerainya dahulu dijual di hadapan Mahkamah Besar Alor Star..La ni dh canggih, haaa..ni nak crita..ada 3 otai makanan yang bergabung tenaga mewujudkan kamehameha di satu sudut di Alor Star. Sebuah kedai yang menghimpunkan 3 otai makanan iaitu, Mee Abu, Nasi Lemak Haji Ali dan Popia Jamal, lalu terbentuklah Restoran Zefee!! Terletak di Persiaran Sultan Abdul Hamid (Jalan Pegawai). So kalau nak dapatkan One Stop Centre untuk mencuba kesemua makanan-makanan otai, boleh la pi kat kedai ni sja, senang..3 in 1.Pandai depa noo...







Nasi Kandar Yasmeen.
haa...ni port lepak aku n the geng kalau nak cari dadih sedap. hehe..sama juga seperi nasi kandar lain, yang meembezakan maybe kuah la kot, aku pon tatao sgt sbb aku rajin lepak ja, tak rajin makan. Tapi menurut ilmu pengetahuan fizik aku, nasi kandar Yasmeen ini turut glemer di Pulau Pinang. haa..spa2 org penang mesti tao gak neh. Ayam goreng panas2 dengan dadih kaw2...Terbaik! Roti canai pun ada, tapi yang best sebab tempat lepak dia agak luas dan open air, tepi sungai pulak tu..Tapi tak nampak sungai sgt pun. Mari Mencuba jugak!


Orait, crita psal Rojak dan Cendoi tak kluaq lagi...tungguuuuuu. Sila terai dulu mana yang telah disyorkan oleh pakar.

p/s : gambar adalah courtesy google images, so kalau dari blog atau webpage sesiapa, jangan saman saya, google yang menlinkkan anda kepada saya. Walau bagaimanapun, toche toche!!! nandre! syukriyah! arigato! makasih! sheshie! 

Rugi woo tak kenal Aloq Staq

segmen tajaan Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah.


Aloq Staq? wadehell is dat? sejenis kuih tradisional yg makin pupus? atau kereta buatan nasional yg sehingga kini masih ditunggu-tunggu pelancarannya?

oh noo...sapa tak kenai aloq staq?? sila bunuh diri. aku serius.

Alor Star adalah ibu negeri Kedah Darul Aman atau lebih dikenali sebagai Negeri Jelapang Padi (tapi sayangnya hanya sekelumit manusia yang tahu apakah itu 'JELAPANG PADI'..anda tahukah?)...eh..aku penah tgk tao rupa sebenar jelepang padi tu..kalau tak tau...sila berkunjung ke Muzium Padi yang terletak berhampiran Gunung Keriangan Dunia di Alor Star. Anda boleh Google Muzium Padi Negeri Kedah untuk maklumat lanjut atau dial 103 untuk bertanya kepada operator serba tahu nombor telefon.

Seperti yang anda sedia maklum, negeri Kedah dan secara khususnya ALOR STAR telah melahirkan ramai tokoh-tokoh negera, contohnya Tun Mahathir Mohamad, Allahyarham Tunku Abdul Rahman, Dato Zakiah Hanum (Pengarah Pertama Arkib Negara) dan Cik Seri Alyaa Najwa.(wahaha).

Dan aku sebagai rakyat Jati negeri Kedah khususnya rakyat jati Aloq Staq, aku amat berbangga dengan tanah tumpah kelahiranku ini walaupun masih ramai manusia yang berakal sebesar otak burung unta yang masih tidak jemu-jemu untuk mengatakan tentang ketidakmodenan negeri Kedah dan memanggil negeri Kedah sebagai 'Kampung' tapi aku bangga what..KAMPUNG INILAH JUGAK YANG HAMPA DOK PULUN BALIK BERAYA SAMPAI JEM SAKAN DEPAN UMAH AKU!! hahaha


Aku mengukur sebuah KEMODENAN dari segi nilai moral dan sahsiah sebuah komuniti itu sendiri, bukannya diukur melalui berapa tinggi bangunan pencakar langit yang dibina kerana Arkitek seperti aku yang berasal dari KAMPUNG inilah yang membina kondominium 70 tingkat untuk orang 'BANDAR' diami. Buek!! hahaha kan kan?



Ok, sudah puas lari dari topik, aku actually nk bgtau benda yang aku alami sendiri sepanjang aku hidup di tanah tumpah darah ku ini. Ini real life experience k, bukan senang aku nk share neh..hehe Boleh juga dijadikan panduan kepada warga-warga negeri dan daerah lain yg ingin mengetahui tempat2 dan port2 menarik, makanan yang sedap yang boleh dilawati dan dirasai.



MAKANAN

Kalau sebut bab MAKANAN, fuh..gerenti tadak sapa yang akan kebuloq abaq hang kalau mai Aloq Staq. Dari gerai bertaraf banyak bintang (sebab tepi jalan tadak bumbung, ampa boleh kira sendri brapa banyak bintang kat langit) sehinggalah hotel bertaraf bintang kehidupan. Semuanya sedap! Serius2..tak tipu. Bulan Syawal tak elok menipu. Antara port2 yang disyorkan adalah :


1. Di sekitar Stadium Darul Aman.
Apa yang boleh didapati? Pi tgk sendiri la. Kedai-kedai kat situ beroperasi seawal 6.30 pagi sehinggalah tengah malam. Menu pagi boleh anda terai roti jala ataupun nasi tomato abang kat gerai ujung belah KFC (Kebtucky Fried Chicken ya..bukan Kelantan Freid Chicklen).



Menu Tengahari pula, Nasi Ayam Ady/Amy atau nasi ayam shukri, nasi ayam ni abaq hang...aku makan sejak aku Tadika kat Children's Corner tu, smpai abang tu kenai la aku neh. Terbaik dari ladang weh....sbb ayam dia goreng dua kali bagi garing betoi2 punya panas2..fuh2...lapaq pulak..esok kalau bukak kena p..

Menu malam pulak, macam2 boleh pilih sbb semua gerai kat situ majoriti bukak malam, dari goreng2 smpai ke roti nan capati, laksa, laksam, sate semua ada. Kiranya tempat ni shortcut la untuk sesiapa yang nak makan cepat dan pelbagai tanpa melilau cari pusing Aloq Staq. Satu ja yang tadak, Ikan Bakaq. haaa..nak makan ikan bakaq, jum jenguk kedai seterusnya.


2. D'Perindu Ikan Bakar (Jalan Kuala Kedah)
Ini adalah antara pilihan kedai untuk ikan bakaq yg boleh tahan sedap. Dulu masa tokey tua dok jaga kedai neh, kualiti makanan is much more better then now...tapi hari itu aku p makan, still memuaskan la dengan harganya yang berpatutan. Ikan bakaq pelbagai jenis ikan ada dan sgt fresh sbb stok ikan ambil di Kuala Kedah, dekat je la ngan restoran ni. Menu lain yang tidak kurang popularnya adalah Mee Udang. Boleh jugak terai, udang besaq2 kaw2 punya, sotong goreng tepung yang crunchy dan tomyam yang menarik hati. Lokasi adalah jalan menghala ke Kuala Kedah, it's on your left side, right after masjid. Satu lagi cawangan kedai ni adalah di Hutan Kampong, namanya aku tak hengat la pulak tapi tokey yg sama la. Selamat Mencuba!!


3. Restoran Pakda Mergong
Ini antara Restoran Oldskul yang sejak dari aku takdak gigi sehingga aku takdak gigi balik pun aku selalu p makan kat sana ngn family aku. Tapi Allahyarham Pakda dah meninggal dunia 2 tahun lalu if i'm not mistaken. Walau bagaimanapun, tahap kesedapan makanannya masih berterusan dengan legasi baru Pakda. Favourite must try dishes adalah Siakap Goreng Halia (sangat crispy dan yummy), Tomyam Putih Siam (pedaih kaw2 punya), kangkong belacan terhebat, Saikrop (isi ketam goreng crispy macam kopok lekor), dan juga Sotong Goreng Tepung Crispy juga. hahaha Dan lagi satu yang palinggg aku gemari adalah Nasi Goreng Ketam kerana mereka menggunakan isi ketam Sebenar, bukannya ketam batang kaler merah yang orang dok letak dalam steambot moden tu. Aku tak pernah order nasi goreng ketam kat tempat lain sbb konfirm ketam yang diletak adalah ketam palsu. Pastu dok argue jugak ngan aku kata yang tu ketam ori. Chiss meniaga pun nak menipu ka? ish2... Lokasi restoran ini adalah Jalan menghala ke Stesyen Bas Shahab Perdana dan Tesco. Lepas dari Sekolah Agama Kedah, trepik lite belok kanan. haaa kt situlah Restoran Pakda. Walaupun signbod nampak macam lampu tak cukop watt, tapi makanannya masih cukop zat. Ewah..pantun. hehe Selamat mencuba!


4. Laksa Telok Kechai
Kalau sebut bab laksa, mesti ramai org Aloq Staq yang akan sebut port neh. Jalan Kuala Kedah jugak tapi on the right side. So kena U-turn dulu la. Antara kedai yang aku selalu p adalah Pakya dan Pakdin Laksa Telok Kechai. Pakya dan pakdin adalah adik bradik, pak ya tu abang kot. Tatao la...sila buat rujukan sejarah sendiri. Laksa aslinya yang diperbuat dari beras adalah keistimewaan Laksa ini. Urat laksa tu tuan kedai ni buat sendiri ye, bukannya beli Laksa Cap Eka kat kedai runcit tu. Dan kalau ada laksa, mesti geng atau org kedah cakap Gu Ngan Sate. haaa.. Sate dia terbaik! Kuah kacang pekat kaw2 punya. Mesti terai!!





5. Kueteow Iman Mergong.
haaa..jangan dok sengih2 ye. mesti ramai yang tao port glemer neh. Gerai tepi jalan menghala ke Stesyen Bas Shahab Perdana. Kalau dah nama kedai pun kedai kueteow, takkan dia joai Nasi Campoq Ayaq Asam. Kedai neh mesti specialist kt kueteow goreng ja. And ada la nasi lemak 5 kupang sebagai menu sampingan, tapi dia punya regular customer, sejak dari pukui 6 ptang dia bukak kedai, smpai ke tengah malam nak tutup dok menggoreng kueteow tak abih2. Jangan main2. Juai kueteow pun boleh pakai 7 series BMW okeh!! sebelum dia pindah ke mergong, sat aku nak recall dulu kedai dia kat mana....hmmm...tak ingat. hahaha pa ja la yg the latest, buat pa nak tau sejarah permulaan perniagaan depa pulak.

Tapi jangan risau, kalau tak dapat nk makan kueteow Iman, kita boleh p makan KueteowJoned kat Jalan Stadium. Dekat dengan Pustaka Union. Kat situ ada macam2 lagi variety makanan selaian kueteown Joned, western food pun dah ada sekarang neh. Dulu gerai dia kecik ja, meja ada kot dua ketoi, la neh..haaa...amek hang, dengaq kata ada cawangan tapi tatao kat mana. Selamat Mencuba!!


ateh...ada lagi neh...dun wori,,nanti aku smbung lagi k...antara paparan entri sterusnya adalah, Rojak Terbaik,  Asam Laksa dan Laksa Lemak Terhebat serta Cendol Terangkat!! tunggguuuuuu...

Pertambahan dan Pengurangan Selepas Raya

Pertambahan :

1. Berat badan
2. Kandungan lemak
3. Kandungan garam galian, glukosa, laktosa, sukrosa, pedrosa dan rossa
4. Jerawat akibat minyak berlebihan



Pengurangan :

....... DUIT GAJI!!!.........


Matilah nak byor sewa umah tak cukop....wawawa

t aku eleborate, mak abah kalut dok ajak pi beraya lagi..adeh... sat sat...



p/s : mak aku dh dok bagi radio rosak kt aku " Adik Jom.. Adik Jom...Adik Jom..."

Wednesday, September 1, 2010

Justin Bieber come to Malaysia?

ok..my ears bleeding..since this morning.  Hitz.fm will be playing bieber's song throughout the day till they reached up to 15,000 love note on their facebook page. The intention is, to bring Justin Bieber down to Malaysia. So to all BIEBER's KIPAS. Go to HERE to post your love notes that definitely will never be read out one by one by Bieber. hahaha omg...knapa la org minat sgt kt mamat neh, aku pun tatao.Aku pun minat jugak artis2 neh tapi aku tak pernah fanaticly stick to one particular artist cos whoever artist yang boleh menyedapkan lagu yg sumbang, aku terima je....

I admit that he got the talent but hearing to his 5 songs only for the whole day??? U must be kidding me....adoih xpa la..neway it's fun to watch how KIPAS SUSAH MATI those people who already posted their love note to that young and lady-like voice boy. Antara contoh2 yang boleh dirujuk adalah :


Hitz.FM rocks! Me and my sister ....... are HUGE Fans of Justin Bieber. She's crazy bout him =_= her calculator is full of JB pictures, it hardly looks like a calculator anymore. Soo, please justin! Come down to malaysia! I'm calling for you JB, please let me inside your world 

 

OMG!! Justin Bieber, pleeeeaaaaasssseee come down to Malaysia!! Your my common denominator! I'm a Bielieber!! Justin pleaseee. I need somebody to love! Please let me be your one love,, your one heart.. Your one life for sure.. I'll give you everything you need.. Down to my last dime Imma tell you one time Justin, I LOVE YOU ;)

 

and so much more....

tapi...dalam2 love note tu..ada jugak 'love note' to bieber... antaranya..

 

I want to see that immature brat messes up every shits. Seriously, leave Malaysia alone.

 

dan sebagainya..hehe no offence...aku terima je mna2 artis yg bagus, tak kira lah cmna rupa paras dan tahap kejambuannya.

 

Tuesday, August 31, 2010

I Am Proud To Be Malaysian No Matter What

demonstrasi? isu perkauman? isu minyak tinggi? isu gula,tepung,telur,ayam mahal? isu jem semakin teruk? isu pembangkang dan kerajaan? dan pelbagai lagi isu?

walau apa pun isu, kita patut bersyukurrrrrrrrrrrrrrrr sangat-sangat sebab sebesar mana pun isu di negara kita, korang perlu tanya kepada diri sendiri, ada tak isu seperti di bawah ini berlaku di negara kita.

ISU PEPERANGAN?

 perang di palestin




ISU TSUNAMI?



tsunami di Acheh dan Sri lanka dan Phuket



ISU GEMPA BUMI?

gempa bumi di Chile


gempa bumi di Jepun


gempa bumi di Yinhua, China



ISU KEBULURAN?

 kebuluran di Somalia




ISU BANJIR BESAR YANG MENGORBANKAN JUTAAN NYAWA?



 banjir besar di Pakistan



ISU PEMBUNUHAN BERAMAI-RAMAI?

 pembunuhan Srebenica (Julai 1995)


pembunuhan beramai-ramai di Filipina



ISU GUNUNG BERAPI?

Gunung berapi di Filipina 


Gunung Berapi Krakatau di Indonesia



ISU TAUFAN?

Taufan Katrina di USA



ISU DITINDAS DI NEGARA SENDIRI?







TIADA BUKAN?

tidak sedarkah anda bahawa jika dibandingkan dengan banyak lagi negara di dunia ini,  

MALAYSIA ADALAH NEGARA YANG PALING DILINDUNGI TUHAN? 

even if compared to lingkungan Asia Tenggara pun jadi la, kalau korang igt lagi geografi/kajian tempatan darjah 6, MALAYSIA berada di kawasan lindungan dari segala Lingkaran Api iaitu Gempa bumi dan gunung berapi, sedangkan negara jiran kita INDONESIA dan FILIPINA mempunyai sekurang-kurangnya 3 gunung berapi yang masih aktif dan berpuluh-puluh gempa bumi yang boleh menyebabkan tsunami dan pelbagai lagi bencana alam.

TIDAK BERSYUKUR LAGIKAH ANDA DENGAN KEAMANAN SEMULAJADI YANG DIBERIKAN TUHAN?

KENAPA KITA NAK CIPTA KESENGSARAAN SENDIRI DENGAN ISU YANG DIREKA OLEH UMAT MANUSIA SENDIRI?

Bersyukur lah anda dalam apa agama sekalipun anda, dats y aku menggunaka kata ganti TUHAN, instead of ALLAH s.w.t kerana aku maksudkan entri ini kepada semua warga MALAYSIA tak kira apa jenis agama yang dianuti, yang masih sayangkan negara kita ini kerana korang rasa dengan pergi pindah ke negara-negara lain korang akan hidup lebih aman berbanding dengan negara kita yang kecil tapi indah ini?

Korang rasa kalau korang duduk kat Europe,USA,Russia,Jepun dan sebagainya, korang tak akan ada apa-apa masalah ke? Tuhan telah tetapkan kita dengan sebaiknya di tempat kita sekarang, kalau korang masih sayangkan negara kelahiran diri sendiri (bukannya kelahiran nenek moyang yang kita tidak kenal..aku pun tatao entah2 nenek moyang aku bukan asal tanah melayu) tapi aku bersyukur kerana AKU DILAHIRKAN DI MALAYSIA dan TEMPAT LAHIR AKU DICATATKAN SEBAGAI DI NEGARA MALAYSIA.

korang selidik balik sejarah tragedi yang terjadi diakibatkan oleh tindakan sesama rakyat sendiri. Tidak ada apa yang perlu dibanggakan disebalik tragedi tersebut, malah merugikan diri sendiri.

mahukah anda perkara ini terjadi lagi?




I dun want to live a life like this.Aku tak mahu kehilangan rakan yang pernah aku kenali tidak kiralah apa agama dan bangsa sekalipun kerana tuhan telah berikan kemewahan hidup yang tidak dapat dikecapi oleh negara lain.

MENGAPA KITA HENDAK MENCIPTA SENGKETA YANG TIDAK PERLU ADA HATTA DALAM FIKIRAN SEKALIPUN?

AMAN MALAYSIA!

Inilah hidup yang aku mahu!!