Tuesday, January 18, 2011

Will Justin Bieber hit Puberty?

Justin Bieber? Siapa yg tak kenai mamat jamboo bersuara ala kanak-kanak ini? First time i heard her song, eh..her pulak... kan dah igt mcm suara seorang perempuan riang.... tapi ada la alasan untuk beliau bersuara begitu sebab adalah dimaklumkan bahawa beliau belum mencapai umur kematangan beliau untuk bermimpi basah lagi.. Tapi mesti ramai nak tahu, bila agaknya suaranya akan bertukar menjadi seperti Arnold Scusahnakejanamadia atau akan kekal sebegitu?





Mari kita tanya google translate. Kenapa google translate? Tak caya google translate leh bagi jawapan? Meh usha tgk.



 Sila click image untuk tumbesaran.

Alamak, bahasa vietnam tak paham la...
So, jum tukar balik kepada bahasa inggeris.





here's the answer from google.
sila click image untuk tumbesaran.


oooo...OK.


p/s: boleh la try sendiri, translate into vietnamese first, then copy and paste back into the box and translated back to english. Selamat Mencuba!

Jangan marah peminat bieber. Just for fun~ hehe sila saman google.

Monday, January 17, 2011

Rugi Woo Tak Kenai Aloq Staq Pt III

since ramai(ramai ke) yg msg memberitahu tntang betapa sukenyee mereka terhadap entri mengenai ALOR STAR bandar aman damai yg pernah di utarakan sebelum ini dalam dua bahagian, so, dengan ini adalah dimaklumkan bahawa entri mengenainya bahagian ketiga akan dijalankan bermula.....sekarang! yeah bebeh.

Areyuredi??

Lets cekodok.

Apa lagi yg tertinggal eh...Haa...we shall start with ..ROJAK!


ROJAK
Jika anda menyebut perkataan rojak di kedah(utara) hanya satu benda yang akan direfer, iaitu, ROJAK BUAH.
Tiada istilah rojak mee, rojak bihun, rojak kuetiau dan juga bahasa rojak di kedah kerana, ROJAK MEE TIDAK PERNAH WUJUD DI INGATAN PARA WARGA UTARA! Yang ada adalah PASEMBOR. Ingat ya, so kalau hang (sebutannya adalah HANG seperti hang tuah sekalian bukannya 'heng') order rojak kat kedai, jangan la harap ada mee kuning berkuah coklat yang akan muncul.

Kat mana nak dpt rojak best? Haaa... tak perlu ke hotel bertaraf bintang2 atau kedai makan berekondisi, hanya perlu ke tepi jalan aka gerai di hadapan sebuah sekolah menengah yang bunyinya tidak seperti sekolah menengah biasa yang mempunyai Sek. Men. Kebangsaan. Sekolah tersebut adalah Kolej Sultan Abdul Hamid atau lebih dikenali sebagai KSAH atauuu lebihhh dikenali di kalangan warga alor star sebagai Jelok.(Kolej di eja backward)..hahahaha school memory guys..jgn saman saya..gurau je..

ROJAK kat mana? ROJAK DEPAN KOLEJ. Apek tersebut dah lama bermastautin kat depan skolah bawah pokok besar nan merimbun itu sejak dari perang jepun, tak caya tanya apek tu...hehe walaubagaimanapun, kehebatan rojaknya memang tiada tandingan, bukan hanya murah tapi sedap. Dgn hanya RM1.00 anda boleh dapatkan pilihan rojak atau buah-buahan segar pilihan hati beserta kuah yang pekat, kacang yg banyakkk yang pasti membangkitkan keghairahan anda. Ditambah suasana cozy,lepak bawah pokok teduh dgn angin dan asap2 kereta yg lalu, memang feel lah makan rojak tepi jalan. Rasa cam dunia ana yg punya dan tak lengkap kalau balik kampung tak pekena rojak apek tu, at least dpt ubat kerinduan seperti di zaman persekolahan~ Beroperasi setiap hari persekolahan dan juga hujung minggu dari tengahari smpai petang, bolehlah p kirim salam kat apek tu ye kalau singgah...


picture courtesy of www.ksah.blogspot.com



next up!


BIHUN SUP DAN AIS KACANG
What is the most perfect combination of all, Beauty and the Beast? Jack and Jill? Kacang dan Kulit? Atau Siti Nurhaliza dan Datuk K?

Oh no no no! U r wrong! The answer is the sweet but hot and spicy BIHUN SUP berserta daging yang lembut AND the sweet,chill and smooth texture of AIS KACANG yang dinikmati dibawah panas terik mentari khatulistiwa~ slurrrppp

haaaa.....sounds so goood rite? kat mana? jauh skit la dari pekan alor star....well, nak menuntut ilmu biaq smpai ke negeri china kan~ so if u wanna get the ultimate pleasure of ur life, u have to struggle a bit, baru la kita appreciate segala kejayaan tu..chewah falsampah.

Location adalah berhampiran BALAI POLIS SIMPANG EMPAT. which simpang empat? Simpang empat yang ada trafik light. .......
STOP PLAYING AROUND!

Ni bukan 'simpang empat' yg berbentuk empat segi tu, this is the real place named SIMPANG EMPAT, near Tokai and Kangkong (keduanya adalah nama tempat). WATTT?? Tak tahu wadehell tempat tu cos of the name? Macam tak serius?? hahahahaha dun wori, tahu tak jalan belakang menghala ke Sungai Petani? Ala, kalau korang tahu kat mana Alor Star Mall, mesti korang tahu jalan tu. Korang straightttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttt je menghala ke Sungai Petani smpai korang jumpa Nasi Kandar Haji Ramli belah kiri, pastu ada trepik light simpang empat (for real) after trepik light korang straight dalam 100 metre ja, kedai tu on ur right next to kawasan lapang (kawasan pasar tani). Kat situlah kedainya. Kedai kampung je..Tapi rasanya sangat world~

Dah merata tempat ais kacang dalam Malaysia ni aku pernah rasa, BUT none, tegasan TIADA YANG DAPAT MENANDINGINYA! menu wajib famili aku time raya, mesti ada punya la sorang wakil pi beli the BEST COUPLE OF ALL ni sebab kalau masuk bertanding dengan menu2 lain, kompem menang tanpa bertanding. Kalau tersesat jalan, sila hubungi saya. Serius2. (drooling.....dem kempunan~)

kebenaran kesedapannya diakui ramai, tak caya korang leh bukak link INI untuk medapatkan image ais kacang yg humble tapi terbaik lah! Link I AM A PLAIN PAPER ye..

picture courtesy of portalniaga.com.



even di portalniaga dan kadirjasin pun ada listed wooo... dan ramai lagi lah, tak caya sila google ais kacang/bihun sup simpang empat alor star...hehehe


sekian untuk kali ini! akan dihapdate suunnn...selamat berjalan2 di kedah!