demonstrasi? isu perkauman? isu minyak tinggi? isu gula,tepung,telur,ayam mahal? isu jem semakin teruk? isu pembangkang dan kerajaan? dan pelbagai lagi isu?
walau apa pun isu, kita patut bersyukurrrrrrrrrrrrrrrr sangat-sangat sebab sebesar mana pun isu di negara kita, korang perlu tanya kepada diri sendiri,
ada tak isu seperti di bawah ini berlaku di negara kita.
ISU PEPERANGAN?
perang di palestin
ISU TSUNAMI?
tsunami di Acheh dan Sri lanka dan Phuket
ISU GEMPA BUMI?
gempa bumi di Chile
gempa bumi di Jepun
gempa bumi di Yinhua, China
ISU KEBULURAN?
kebuluran di Somalia
ISU BANJIR BESAR YANG MENGORBANKAN JUTAAN NYAWA?
banjir besar di Pakistan
ISU PEMBUNUHAN BERAMAI-RAMAI?
pembunuhan Srebenica (Julai 1995)
pembunuhan beramai-ramai di Filipina
ISU GUNUNG BERAPI?
Gunung berapi di Filipina
Gunung Berapi Krakatau di Indonesia
ISU TAUFAN?
Taufan Katrina di USA
ISU DITINDAS DI NEGARA SENDIRI?
TIADA BUKAN?
tidak sedarkah anda bahawa jika dibandingkan dengan banyak lagi negara di dunia ini,
MALAYSIA ADALAH NEGARA YANG PALING DILINDUNGI TUHAN?
even if compared to lingkungan Asia Tenggara pun jadi la, kalau korang igt lagi geografi/kajian tempatan darjah 6, MALAYSIA berada di kawasan lindungan dari segala Lingkaran Api iaitu Gempa bumi dan gunung berapi, sedangkan negara jiran kita
INDONESIA dan
FILIPINA mempunyai sekurang-kurangnya 3 gunung berapi yang masih aktif dan berpuluh-puluh gempa bumi yang boleh menyebabkan tsunami dan pelbagai lagi bencana alam.
TIDAK BERSYUKUR LAGIKAH ANDA DENGAN KEAMANAN SEMULAJADI YANG DIBERIKAN TUHAN?
KENAPA KITA NAK CIPTA KESENGSARAAN SENDIRI DENGAN ISU YANG DIREKA OLEH UMAT MANUSIA SENDIRI?
Bersyukur lah anda dalam apa agama sekalipun anda, dats y aku menggunaka kata ganti
TUHAN, instead of
ALLAH s.w.t kerana aku maksudkan entri ini kepada
semua warga MALAYSIA tak kira apa jenis agama yang dianuti, yang masih sayangkan negara kita ini kerana korang rasa dengan pergi pindah ke negara-negara lain korang akan hidup lebih aman berbanding dengan negara kita yang kecil tapi indah ini?
Korang rasa kalau korang duduk kat Europe,USA,Russia,Jepun dan sebagainya, korang tak akan ada apa-apa masalah ke? Tuhan telah tetapkan kita dengan sebaiknya di tempat kita sekarang, kalau korang masih sayangkan negara kelahiran diri sendiri (bukannya kelahiran nenek moyang yang kita tidak kenal..aku pun tatao entah2 nenek moyang aku bukan asal tanah melayu) tapi aku bersyukur kerana
AKU DILAHIRKAN DI MALAYSIA dan TEMPAT LAHIR AKU DICATATKAN SEBAGAI DI NEGARA MALAYSIA.
korang selidik balik sejarah tragedi yang terjadi diakibatkan oleh tindakan sesama rakyat sendiri. Tidak ada apa yang perlu dibanggakan disebalik tragedi tersebut, malah merugikan diri sendiri.
mahukah anda perkara ini terjadi lagi?
I dun want to live a life like this.Aku tak mahu kehilangan rakan yang pernah aku kenali tidak kiralah apa agama dan bangsa sekalipun kerana tuhan telah berikan kemewahan hidup yang tidak dapat dikecapi oleh negara lain.
MENGAPA KITA HENDAK MENCIPTA SENGKETA YANG TIDAK PERLU ADA HATTA DALAM FIKIRAN SEKALIPUN?
AMAN MALAYSIA!
Inilah hidup yang aku mahu!!