SEMINAR "RAHSIA GAJI RM500-RM2500 SETIAP HARI" DGN GUNAKAN FACEBOOK DAN SMS
ataupun begini
PROGRAM USAHAWAN E-DUGONG BERSAMA DATO' N.B LILI
dan pelbagai lagi contoh2 yang anda boleh lihat sendiri di inbox anda, smpaikan aku tgk tittle je aku tak pernah bukak pun benda tu.
Maybe ada benarnya disebalik kejayaan-kejayaan manusia yang meletakkan profile picture bersama ribuan ringgit tunai di tangan (tak takot kena culik mcm sosilawati ke?). Tapi aku tanak kondem banyak la cos bagi aku, TIADA JALAN MUDAH UNTUK KAYA UNLESS KALAU BAPAK KAO ADALAH DONALD TRUMP.
Tapi, haa ada tapinya, anda perlu berwaspada dengan skim yang tak betol, sebab percentage skim yang tak betul lebih byk dari yang betul. Bukannya korang masuk skim tu korang jadi tak betul tapi mungkin jugak korang boleh jadi tak betul sebab dh kena tipu, duit semua dh abeh kepada org yang tak betul jugak. Brapa banyak betul daaa~
Tapi, aku ada sedikit tips untuk sesiapa yang rasa cm dah terpancing dengan skim2/kaedah/cara/teknik dan taktik begini di internet, agar korang lebih berwaspada.
Cara Pertama
Bukak je message yang diberi, tgk info, tgk wall siapa yg bagi tu then tgk gambo dorang. Gambo memegang duit dengan penuh kebanggaan adalah trademark wajib. Jangan mudah lembik lutut dengan umpan sebegitu sebab aku pun boleh buat 'kipas duit' sebegitu (tapi guna duit RM1 je la..haha).After tgk gambo duit, anda teruskan tgk gambo yg bukan dari album promote skim tu, contohnya gambo beliau bersama family/rakan2 dan sebagainya. Kalau gambo lain2 tu takde, kompem tu profile tipu. Sila tutup dan sumpah seranah dia sebaldi kerana membuang masa anda.
Bakal dijumpai di Broga Hill..(sapa suroh letak muka besor2 kat FB dengan duit secekak gitu)
Cara Kedua
If gambo yang diletakkan adalah Tidak Logik (gambar artis dan sebagainya, sila cari info di dalam gambar tersebut) Zaman skarang ni, manusia dh makin canggih dan pintar, kadang-kadang dorang pakai gambo artis/model/host/watever public figure yang kurang glemer. Misalnya aku terjumpa sorang minah neh, tgk gambo mmg muka cina abeh wa cakap lu, tapi tgk status FB dia cakap Melayu lebih fasih dari aku. Mula dari situ aku dh start curios dah. Pahtu aku ternampak salah satu gambo dia, ada tulis Miss Hypertune 1st Runner Up. Haaa, terus aku google.
Maka aku terjumpa la si tuan empunya diri sebenar, dan yang bestnya, pompuan tu ada blog. Haaa...tunggu pe lagi, aku bukak la blog dia. Her blog is written 100% in English. It's sooooo hard to find even a single malay words in her blog. Maka, korang conclude la sendiri kebenaran atau kesalahan...
So, mmg aku nak bantai gelak la...Bukan aku nak gelak kat blog minah tu, aku nk gelak kat skim tu la, agak2 la nak tarik pelanggan pun, tak yah la letak org yang boleh kita google dengan mudah di internet yang serba luas ini.
Cara Keempat
Trace FB orang yang berkaitan melalui komen2 atau 'like' link dr page Skim tersebut.Apa yang aku paham melalui pemerhatian aku terhadap setiap org yang terjebak dengan skim sebegini, mesti sumwhre at their page mesti ada punyala ayat nak promote supaya korang masuk downline diorang, Siapa ada yang bergaduh lagi sorang masuk dia punya lagi senang la apa la....
Antara contoh2 ayat memancing,
"Orang2 N9/Melaka/Selangor/KL sila layari http://www.hypromoney.blogspot.com/ atau call/sms 012-*******)
"jom3! rugi besaw oo kalau x join ini biz! http://ik.my/homebusiness"
Cara Kelima
Kalau korang terlebih rajin, sila bukak je web yg dorang bg link tu, tapi aku curious la, adakah dengan klik ke link dorang tu pun dorang dh dpt duit mcm nuffnang? haaa yg tu korang try la sendiri.Begitulah serba sedikit yang dapat aku bantu anda untuk mengelakkan anda terus secara direct tertipu. At least kalau kita rajenkan diri sedikit untuk buat research, later kalau kena tipu pun, kita harus tabik org yang menipu kita itu kerana berjaya menjadikan Skim Cepat Kayap yang paling berjaya.
p/s : Setiap kekayaan memerlukan pengorbanan dan kerja keras, tiada rezeki datang bergolek dengan mudah. Even bergolek pun, takkan ianya tetap di tempat yang sama sepanjang masa, pabila ketika masanya untuk bergolek semula, orang lain pulak yang akan rasa penangan golekkannya.
7 comments:
haha..ad satu skim tu..sume yg kaya raya dgn skim diorg beli keta waja..sume gmbr ahli2 diorg n famili dgn keta yg sama..bengap ke ape..
haha keta company la tu..tak pun kalau kita masuk skim tu, kekayaan kita takat mampu beli keta waja je kot...hehe
No easy money. You have to really work hard for it. Bertahun2 belajar dan amalkan ilmu yg dipelajari, jadi doktor ke, lawyer ka atau usahawan yg berilmu macam Irfan Khairi, macam Datuk Dr Fadzillah Kamsah ker...
Mamawana : dats so true!! Kalau betul la duit boleh branak cmtu je, org dh taknak lahirkan baby, baik lahirkan duit je.. Tak gitu? Hehe
waaa..if bole beranak kan duet..esk jugak i nikah..hehe
haha jom branak duit! kihkih
Betul ada org kita kenal sanggup guna nm org lain utk menipu
Post a Comment