Showing posts with label petua-petua. Show all posts
Showing posts with label petua-petua. Show all posts

Monday, February 21, 2011

Tips Keselamatan Mudah Untuk Pemandu Perempuan

i'm not being a gender racist (ada ka istilah ni?) haha..just for my fellow gender thoughts only ye, kepada para kaum adam juga jika hendak mengaplikasi,tiada masalah dan yuran tambahan dikenakan. Jangan panik.

sebagai seorang wanita juga dan juga pemandu juga, saya juga rasa agak terpanggil untuk memberikan sedikit tips keselamatan kepada wanita-wanita lain agar kecelakaan seperti rompakan, kecemasan dan rompakan (penegasan di situ) dapat dielakkan. Insyallah~ so lets cekodok!

1. Hal Ehwal Beg Tangan.
Soalan paling wajib? Kalau kita drive sorang2, kat mana tempat paling selamat untuk diletakkan beg tangan anda yang pelbagai jenama itu?


a : adakah di bawah kaki anda?
b: adakah di atas riba anda?
c: adakah di seat sebelah anda?
d: adakah di seat belakang anda?
e: adakah di bawah seat depan bersebelahan anda?

mari kita kaji situasi setiap satu.


Jika A : di bawah kaki anda.
Mungkin kelihatan seperti selamat kerana payah orang luar nak nampak, tetapi..TETAPI, akan membahayakan pemanduan anda kerana adalah menjadi kesalahan besar jika diletakkan apa-apa barang seperti kasut,beg,bekas even slipar skali pun di bawah kaki anda kerana ianya akan mengganggu pemanduan anda, silap2 anda tersalah tekan pedal atau lagi teruk, kasut anda yang tolong tekan pedal dulu sebelum kaki anda sempat menekannya. Paham situasi tersebut?

Jika B : di atas riba anda.
wow, gebu paha cek....haha just kidding. Lihat2...anda sudah terbayangkan mata-mata sumbing yang sedang tersenyum kambing cuba mengambil kesempatan di sebalik tingkap kereta anda yang tidak ditinted dan cerah seperti akuarium. Tapi bukan itu maksud sebenar situasi. Maksud sebenar, adalah agak menyusahkan tuan punya badan jika anda meletakkan sebarang barang alatan bahan di atas riba anda ketika anda memandu, ibarat anda cuba membuka padlock solex dengan menggunakan sebelah tangan. (aku benci padlock solex..haish). Pendek kata, dah la payah untuk anda pulas stereng, tambahan pula jika beg anda boleh dikategorikan sebagai mini saiz of luggage Polo, tak rasa macam ada koala bear dok melekat depan muka ke cik kak? Bhaya2..


Jika C : di seat sebelah anda.
Ibarat pepatah, Buaya darat mana yang tak makan daging terdedah? It is so obvious kot. Bayangkan anda seorang peragut/perompak, mungkin ini dialog harian anda, " Mari kita rompak perempuan kereta biru itu, beg tangannya berada di atas kerusi shaja, dan cermin keretanya tidak bertinted,senang shaja untuk dipecahkan dan dilarikan. Tambahan pula dia bawak kereta manual, mesti dia terkejut dan enjin keretanya mati sebelum sempat mengejar kita." (begitu skema perompak zaman sekarang berbual..tapi kenapa mesti lelaki selalu cakap perempuan tak cekap bwk kereta manual haaa? panas neh..ok, teremo pulak.)
SO, DUN EVER EVER PUT UR HANDBAG ON THE FRONT SEAT NEXT TO U! Faham! cos dh banyak kes rompakan terjadi sebab hal macam ni.


Jika D : di seat belakang anda.
Ada dua jikalau di sini, if kereta anda tinted baik punya, ok..boleh. BUT, if kereta anda clear sperti akuarium baru keluar kedai ikan tak sempat membesar dan membiak, better NOT. Kenapa? Satu sebabnya, belakang seat anda ada siapa? Bodygad? Tiada sesiapa bukan? Dan..Mata anda berada di mana? Di hadapan kepala anda bukan? So....siapa yang akan tolong tengokkan beg anda di belakang mata anda? Jawapannya, "Mestilah aku!" Jawap si perompak tersebut. Even if korang cuba2 cover beg anda dengan jacket ke, fail ke hape ke, still bahaya la cos lagi lah mendatangkan curiga kepada orang yang memandang. Benda apa itu disebalik kelambu? Emas? Laptop? DSLR? dan pelbagai lagi tanggapan yang boleh dikemukakan oleh para perompak sedunia. Maka, it's a NO NO ye. Plus, payah kot korang nak ambil wallet or duit masa korang nak bayar tol or anythg emergency.


Jika E : di bawah seat hadapan bersebelahan anda.
This idea might sound good but from my thought, it's not good enough cos banyak restriction yang mungkin terjadi. Misalnya, jika anda pemandu sebuah MYVI atau kereta perodua lain, anda mesti sedar akan kewujudan sebuah compartment di bawah seat bersebelahan pemandu. Cmno korang nak sumbat beg korang yang bersaiz super XL tersebut di dalam compartment yang kalau letak wallet aku pun dah tak boleh tutup. SO, u all will end up putting ur handbag di kawasan kaki seat tersebut, bukan di BAWAH. Risiko untuk beg anda dirompak dengan mudahnya adalah sama sperti kes C tadi ye... Just angle untuk perompak bertindak tu je lain skit. Tapi u all have to bear in mind cos perompak/peragut neh kebanyakkannya terer merempit dan jenis yang amek cornering lutut rapat kat tanah punya lah...so setakat nak turunkan dengan badan sebanyak 45 degree tu is nothing la....Dorang boleh buat smpai 180 degree u know, smpai menyembah tanah wa cakap lu. So, beware!


Ish, kalau dah semua situasi tak bolehm habeh tu nak buat cmno? Pakai beg plastik pakai buang je la..


Haaa...menurut pendapat professor shirota pakar bakteria baik dan jahat yakult, ada satu penyelesaian yang mungking berguna dan boleh diaplikasikan untuk semua jenis kenderaan. Anda tidak perlukan apa-apa modifikasi tambahan kepada kereta anda, hanya perlukan...


Seat Belt dan Ruang Tengah Antara Pemandu dan Penumpang Hadapan.


Tak caya?

Meh nak eksplen, (harap maaf, gambar sebenar kejadian tidak sempat dirakamkan la) nanti2 aku terai pakai hp 3310 aku amek gambo tgk..sob2)


Begini caranya.

1. Masuk sahaja kedalam kereta, sebelum enjin dihidupkan lagi, terus anda kunci kereta. Especially jika anda berada di kawasan yang agak sunyi dan gelap.


2. Kemudian anda letakkan beg tangan anda di ruangan tengah antara pemandu dan penumpang hadapan. Atau dalam erti kata lain, di belakang hand break (bagi kereta yang hand break di tengah la).


3. Dah letak elok2, beg tangan anda mesti ada tangkai, tak kisah la satu atau dua atau lebih, anda hanya perlukan satu sahaja tangkai/tali beg tangan anda untuk langkah seterusnya.


4. Pasangkan tali pinggang kaledar anda melalui/menembusi/ menerusi salah satu tangkai/tali beg tangan anda. Jangan pasang menembusi/melalui kesemua tali/tangkai yang ada, nanti payah nak selak beg anda in case nak amek barang ke hape ke. Tak paham? adoih...jap nak try bagi sketch..



cantek kan saya sketch pakai paint? (payah gila pakai paint rupanya..wahahaha)

neway, i hope u guys paham la kot berdasarkan ilustrasi tersbut. Tujuan sebenar saya menyuruh anda 'mengikat' beg anda dengan seat belt dan diletak di kawasan tengah antara pemandu dan penumpang hadapan adalah kerana dua perkara.

Pertama, if ada peragut yang kental jugak nak meragut, lepas dia pecahkan tingkap, dia sentap beg anda, anda rasa siapa yang akan tersentap dahulu? At first mungkin, mungkin anda akan merasa sakit sedikit kerana seat belt anda disentap tapi trust me, if anda dah 'lock' beg anda di seat belt, seat belt tu akan tekan beg anda dengan kuatnya dan takkan tercabut pun if disentap oleh mat perompak seberat 50 kilogram. Ditambah dengan force dari kereta anda yang seberat beberapa tan, rasanya Badang Mawi je la kot yang mampu melawan kuasa beban. Unless if ur tali hand beg putus dulu, yang tu berserah kepada takdir je la...len kali tali beg tu pakai tali kapal. Payah nak putus.


Dan sebab kedua adalah, jarak antara kawasan tengah tersebut dengan tingkap kereta anda adalah agak jauh, lebih kurang 3 kaki jugak la,bukan cap kaki tiga tetapi ukuran 1 kaki bersamaan 30cm.(lebih kurang) Cuba anda ambil pembaris panjang (30cm) dan anda ukur tangan anda, berapa kaki kah tangan anda? Tangan saya berukuran tepat dua kaki. Anda? Jangan diukur pakai kaki anda pula ye. Paling kuat pun 2 kaki lebih je la kan, not more than 3 feet rite? SO, anda dah bagi gap untuk perompak dari directly hangkut beg anda dengan mudah compared to anda letakkan di atas seat atau di kawasan kaki penumpang hadapan. Tmbahan pula, anda boleh squeeze2 beg anda hingga betul2 berada di antara seat, lagi cun dowh..Konpem terlindung dari penglihatan manusia nakal punya la. Kalau si perompak tu kental jugak nak amek, dia kena at least masukkan suku badan beliau ke dalam kenderaan anda, time ut anda dah boleh tekan pedal minyak kuat2 bagi dia jatuh tergoleh terhantuk kat pintu kereta anda, of if anda tengah berhenti di trepik lite, anda mungkin sempat capai henpon anda untuk mengambil gambo si lahabau tersebut, letak kat youtube bagi kat polis atau ahloong. Sebab Lu Langsi, Lu mati loo...


Jadi, sekian sahajalah tips untuk kali ini, harap maaf..'ter'panjang la pulak tips neh secara tak sengaja...

Next time kita akan berbincang soal kedua iaitu, PEREMPUAN HARUS TAHU MENUKAR TAYAR KERETA SENDIRI.

Mungkin berguna untuk para wanita, if rasa ada kekurangan, boleh di komen2 di sini sebab ini pun berdasarkan pengalaman hidup sendiri sahaja~ Tidak dicilok dari mana2 akta hal ehwal dalam negeri dan lembaga filem negara.


GOOD LUCK!

p/s : antara alatan lain yang perlu ada dalam kereta untuk tujuan keselamatan adalah, spana boleh laras...tujuannya, untuk mengetuk orang yg tidak berguna tersebut. Cari laras yang paling besar punyaaa..

Sunday, January 23, 2011

Kelebihan dan Kekurangan 'A'

A? Ada Apa dengan A? Seperti yg anda sedia maklum, nama aku sememangnya bermula dengan huruf paling awal di kalangan golongan2 huruf alphabet. Manakala nama mama aku adalah huruf terakhir di golongan tersbut iaitu Z-zainab dan kesemuanya adik bradik aku adalah dimaklumkan kesemuanya dimulakan dengan A termasuklah abah aku. Maka A+Z = AAA. Begitulah formula famili aku.. Tapi bukan formula tersbut yang bakal dibincangkan disini. Muqadimmah sudah lari dari tajuk sebenarnya. Maaf.

Apa yg cuba dibincangkan disini adalah apakah kelebihan dan kekurangan bagi seseorang manusia yang mempunyai pangkal permulaan namanya bermula dengan alphabet terawal, iaitu huruf 'A'.. Adakah dengan meletakkan nama anak anda bermula dengan huruf tersebut, konfirm 'A'lah anak anda itu dalam semua bidang? Atau dengan huruf A juga anak anda akan sering teraniaya? haaa...lets cekodok kesannya sepanjang 24 tahun aku memegang huruf A di kad pengenalan negara malaysia ini.



1. Sering Dikambinghitamkan  Oleh Para Guru Ketika Bermula Sesi Persekolahan.
Selalunya orang nama bermula huruf A ni konfirm2 la dalam senarai pelajar2 dalam kelas, anda akan berada di carta tertinggi sebab ikut susunan alphabetical order (dah susunan, ada order lagi..punyalah penegasan). Dan tetiap kali bermula sesi persekolahan baru terutamanya sekolah rendah, mesti ada sesi ice breaking atau suai dan padan antara cikgu dan anak-anak ikannya. Dan time ni la cikgu akan menyenangkan tugasnya untuk ingat muka dan nama budak2, mesti akan panggil anak-anak ikannya mengikut susunan yang tertera di buka rekod mengajar yang selalunya setebal buku teks matematik skolah rendah itu. Jadi hamba allah yg nama mula ngan huruf A ni la yg akan dikambing hitamkan untuk menjadi orang pertama membuat dialog yang akan dicopy paste oleh pelajar seterusnya. "Nama Saya Alyaa Najwa, Ayah keja cikgu, Mak keja pejabat. Umor 7 tahun.Cita-cita saya nak jadi Doktor.(cita-cita standard, kalau bukan doktor, mesti cikgu, polis,peguam and kalau yg dari english based family mesti nak bagi anak jadi Lawyer...bukan peguam ye...Lawyerrr).. Dan Hobi saya mengumpul setem (chet poodah..padahal takdak hobi pun) ...bla bla bla". Dan pelajar seterusnya hanya perlu menggantikan butir2 peribadi mengikut salasilah keluarga dan diri sendiri. Chit..tak adil~




2. Sering Menjadi Penjaga Pintu Dewan Peperiksaan
Nak tau tak nombor siri PMR dan SPM aku? K**001...... 001 tu beb!!! sekali lagi..001 tu beb!!!! Nak lagi? Kosong kosong satu tu beb! hahahaha dah dah. Tak riak pun. Nyampah adalah...Dah la takleh tgk keadaan sekeliling, tgk kanan, ada pintu. Nak tgk kiri, ada cikgu. Nak tgk depan takdak apa. Nak tgk belakang, takdak side mirror pulak. So, tetiap kali exam, aku akan menjadi penunggu tetap di muka pintu, tgk cikgu sharipah(bukan nama sebenar) hari ini pakai baju apa, brooch kaler apa, cikgu ramli(bukan nama sebenar) brapa kali p jumpa pengetua, pengetua sekolah bawak kreta apa pulak rini datang sekolah dan sebagainya.... Maka aku akan sering kali menjadi orang paling terlambat untuk mengetahui apa yang terjadi dibelakang aku ketika berjalannya peperiksaan sebab ayat Jangan Pandang Belakang sgt sesuai diaplikasikan kepada calon peperiksaan bernombor siri seperti aku. Nak usha2 paper orang pun payah kot..hahaha Kentang kentang~






3. Senang nak cari nama if ada dalam list.
Haaa..yg ni best, kalau nama korang bermula huruf M atau N...brapa nombor giliran korang if dicampur ramai2 antara rakan-rakan kelas/kuliah/tutorial/sekerja yang lain? 70?48?120?....Payah kot nak cari dalam sekali imbas sebab brapa ratus orang bernama Mohd,Nur,Nurul,Nor.. Tapi kalau aku, rilex ja...mesti golongan teratas punya la..even kalau campor satu sekolah pun...hahaha tudia riak teruk. Kan kan? untung kan? Tmbah2 kalau korang lagi gigih nak bagi anak korang sentiasa di atas atau pun always on top of the list, korang letak la nama anak korang ada dua atau tiga huruf 'A' di hadapan seperti AAlyaa atau AAAlyaa supaya tidak kalah dengan orang yang bernama Abu atau Abi. Tapi satu je susunan yang aku takkan berada di atas lagi dah semasa zaman persekolahan menengah aku, Sususan Kedudukan atau Markah Peperiksaan. hahahahaha klau list tu,aku boleh start cari nombor '1' dari bawah. ampun mak ayah~




4. Nama anda akan mudah diingati.
Kenapa? Haaa..menurut pakar psikologi, manusia akan mudah mengingat 10 benda terawal yang dilihat/didengar atau dicakapkan olehnya dengan mudah berbanding 10 benda selepasnya. Tapi akan mendatangkan bahaya jika terlalu mudah cikgu mengingat nama anda sebab anda sekali lagi akan menjadi kambing hitam legam untuk tugasan ringan tapi meremehkan seperti mengambil buku di bilik guru sehingga lah ke tugasan paling membencikan iaitu membuat carta pembersihan harian bilik darjah. Tapi bergantung jugaklah kepada tahap kepanjangan dan kesukaran nama anda kerana nama sperti Annabellanurraniza Najuizawanita tidak akan mudah di ingat kot.




5. Telinga Akan Panas Jika Tidak Perform Dalam Apa Jua Bidang
Contoh ayat yang mungkin akan ditempek di telinga anda adalah, "Hang ni,Nama dah 'A' tapi result tak 'A' pun". Terasa? *buat-buat tak dengar*



p/s : INGAT! bilangan 'A' di dalam nama anda tidak berkadar terus dengan keputusan peperiksaan anda...

Monday, November 22, 2010

Tips Di saat-saat Maut Menghadapi SPM

Haaa...i think it's too late untuk bg tips cara belajar dan sebagainya kepada adik2 yang sedang menghadapi peperiksaan Sijil Payah Mak~aii... So, i shall give several tips on how to 'cheat' the faith of pelajar-pelajar yang suka mengulang kaji di saat-saat akhir (seperti aku~hehe).

Aku tak la pandai sgt dan layak menjadi ikon belia rakan muda seperti Fahrin Ahmad, tetapi boleh la sikit2 untuk melayakkan tajaan JPA ke luar negara (tudia......sejak bila) dan bagi tips yang berguna agar adik-adik lebih sihat pintar dan cerdas di kala menjawab peperiksaan tanpa memerlukan susu Dugro.




Perkara paling sinonim dengan SPM ialah...

Korang rasa mcm byk lagi benda korang tak cover!!!! kan? kan?

dun wori.. Caranya....

Korang tgk contoh soalan Past Year je...Soalan SPM selalunya tak jauh beza, especially Math, Add Math and Sejarah, Cos when it comes to deal with Facts and Figure, tak dak sapa berani buat kepala sendiri dengan mencipta formula dan fakta pelik2.


Cara senang...


Hafal je bentuk2 soalan (JANGAN HAFAL JAWAPAN SAHAJA), hafal steps untuk dapatkan jawapan,contohnya masa zaman aku (tatao la zaman skang cmna), soalan math mesti mula dengan algebra, cari nilai 'x', pahtu pengkamiran, pahtu kebarangkalian ringkas, pahtu yang topik Set-subset suma tu dan ending mesti buat graf ogif bentuk S tak seksi. Haaa aku igt lagi sampai skrang...Bangga la..gagaga


Cuba buat/create formula sendiri untuk bagi anda senang igt if formula yang cikgu bagi tu terlalu tak menarik untuk di ingati. Untuk Mathematic, format soalan mmg sama ja, even format baru ke pe ke, tak byk beza la...1+1 tetap 2 jawapannya. Tak gitu? Alah, abah aku cikgu la...Aku tao la~ hahaha (riak seketika..astaga~)
Sama la macam formula aku nak igt nama pelangi, M-ichael J-ackson K-awin H-indu B-alik I-ndia U-tara. (merah,jingga,kuning,hijau,biru,indigo,ungu)...Dan juga formula untuk jenis Iron dalam jadual berkala....Ferum.....Tak igt dh.....Alkana Alkena Alkano...Tak igt jugak....Ala, budak-budak zaman skrang creative la. Buat blog pun terer, apatah lagi buat formula mengarut. Cikgu pun kalah.





Banyakkan mendengar rakan-rakan yang lebih rajin mengulang kaji bercerita mengenai soalan latihan yang dorang buat. Kadang-kadang dengan mendengar, otak kita akan lebih catch-up dari duduk berteleku 4-6 jam depan buku tapi hal baju baru kat blog hanis zalikha jugak yang anda ingat. Serius2, it works on me everytime. Sebab tu aku jarang (bukan tak pernah) tidur dalam kelas even kelas tu boring rasa mcm nak pupus sperti dinosor skalipun. Cos every words came out from our lecturer/teacher's mouth is very useful actually walau kadang-kadang menyembang pasal dia g holiday kat Koh Samui lagi banyak dari mengajar. Bayangkan rakan anda tengah menghafal formula fizik pasal momentum, "Momentum.. 'mv=m1v1' which means momentum sebelum mestilah sama dengan momentum selepas kejadian, tak boleh lebih, tak boleh kurang"....haa maka tertangkap la jugak di pendengaran korang tentang perkara tersebut. Dah ada satu point di situ. Hal yang sama untuk soalan sejarah, "Kijang(ke kancil?) tendang anjing parameswara time dia dok lepak bwh pokok melaka, so jadi nama Melaka"...Lagi satu point di situ. Ataupun "Korang tao tak, arini 15.11, besday aku sama dengan tahun Portugis jajah melaka dowh"... Walaupun bunyi cam tak betul sgt, tapi fakta itu tepat.




Akhir sekali, banyakkan hafal doa penerang hati...hehe di saat akhir ni la mcm2 petua ayat2 suci akan dapat kita dengari untuk menerangi kertas soalan kita nanti. Apa salahnya baca ayat suci banyak2, mudahan terang betul hatii kita di dewan peperiksaan nanti hingga tak perlu lagi dah lampu kalimantang.Tapi kalau tak terang jugak hati korang tu, maybe sebab dok kutuk filem 2 alam Dr Rozmey byk sgt kot......wallahualam~


GUD LUCK!!!

stop reading blogs (termasuk blog aku) n go to ur desk, i mean book desk, not laptop desk!

Friday, November 19, 2010

Hot Pants and Super Short Skirts are not SEXY!

*Amaran : Sila sediakan plastik bag atau baldi berdekatan anda, kerana imej yang bakal dipertontonkan mengandungi unsur-unsur kelemah batinan yang luar biasa.

Aku tak pernah merasakan perempuan yang memakai hot pants and super short skirt adalah seksi...anda tahu mengapa?

Lets cekodok gambar2 di bawah.

Kurang jelas?



Amek neh!


Dan juga...




And finally...................






Jika ada rasa macam mengandung 4 bulan? Itu adalah normal~


Bonus Round! Cuba teka kaki siapakah ini?

Cantik tak?? 'Chantek' kan~

Memperkenalkan tuan punya kaki 'menawan' ini!

Tak percaya? Sila Google Rihanna Sembelit. Eh, selulit, Cellulite, Cellunique dan yang sama waktu dengannya.


Sedangkan artis hollywood yang setiap satunya mempunyai personal trainer pelbagai jenis rutin kecantikan pun tidak terlepas dari cengkaman sejenis 'virus' bernama selulit ini. Apatah lagi manusia biasa yang mempunyai rutin pemakanan harian yang biasa dan kadang-kadang luar biasa sekali apabila tibanya musim perayaan.

Bukan stakat selulit je, yang mana kaki berparut la, mcm2 jenis penyakit lain pun ada pun lagi mao tayang ka? Aiyooo... Tak selera aku nak makan megi goreng kat mapley~

Kalau kaki korang ada gaya macam ni, ok la jugak mata aku menerimanya..







Bukankah gaya begini lebih kool and mengancam?

Ayu je...Seksi woo actually perempuan berbaju kurung~ hohoho



Skinny/ bot cut jeans are wayyyyyyyyy better than those seluar kenit tak cukop kain tu kan? Dah la harga sama cam seluar panjang kadang-kadang tu, tapi kain yg dorang guna untuk buat seluar tu tak sampai 1 meter pun. Bedebah betoi.Setuju tak?


p/s : seb bek kawan-kawan aku ramai yang lebih prefer seluar panjang dari seluar kenit and short skirt, kalau tak, kompem kena bahan beramai2. Hidup long pants!!!!

Wednesday, November 10, 2010

Pagi Yang Sedar Menjamin Masa Petang Yang Cerah

Hai Hai Hai..Kembali Bersiaran Dalam Rancangan Selamat Pagi Manusia!

Segarkah anda pagi ini seperti ayam yang baru disembelih dan dijual di pasar? Jika tak segar, dun wori. Saya ada penyelesaiannya. Nak tahu mcm mna nak mendapatkan kesegaran pagi serta merta tanpa meningkatkan pemanasan global dunia? Lets cekodok!

Pertama
Ketika bangun pagi, perkara pertama yang anda perlu lakukan adalah BERENANG GAYA PATRICK STARFISH DI ATAS PASIR. Ilustrasi ini mungkin membantu.


Faham tak? Harap maaf, video ilustrasi oleh alyaa najwa tidak dapat diupload.Cara ini adalah cara termudah dan tidak memerlukan bahan tambahan dan peralatan sampingan, hanya memerlukan daya usaha dan cita-cita. Bukan hanya dapat mengurangkan ketegangan otot serta urat-urat anda, malah anda rasa berdaya untuk membuka mata pada pagi yang hening.... iyarkhh~


Kedua
Juga cara yang percuma tanpa faedah, eh, tanpa kos. Iaitu...LOMPAT BINTANG.

tgk tu..bagus keluarga haji azmir neh. sama-sama nak menyegarkan diri. macam ni la baru keluarga sihat.~ =)
(taken from keluarga haji azmir fotopages).So, lepas mandi or sebelum mandi or bila-bilalah sebelum korang keluar ke tenpat destinasi, korang buat lompat bintang paling kurang 5kali pun jadi la. Kompem korang segar-bugar seperti Sazali Samad baru lepas lumur minyak untuk pertandingan bina badan. Segar bukan? (euww~)


Ketiga.
Haa...penggunaan produk untuk mandian juga merupakan faktor penting menentukan tahap kesegaran pagi anda. Bau dan aroma yang bertepatan dapat menjana reseptor penggerak anda. Of cos la kan, takkan la korang suka bau sabun badan yang busuk? Masuk toilet je terus pitam,lantas amek MC tetiap ari sebab terbau aroma yang 'menusuk' kalbu setiap pagi. Takpun pegi keja/kelas dalam keadaan separa sedar ala zombie kampung pisang berbedak sejuk.

Antara pilihan-pilihan produk aku yang dapat memberikan aroma kesegaran adalah yang mempunyai based LAVENDER. Cos lavender can create a soothing and calming effect that will also work as anti-depression therapy.(tension sbb kena bangun pagi boleh dikurangkan). As for me, i will definitely AVOID the FRUIT BASED shower foam/sabun buku like orange/grapes/etc cos i dun want the feeling like eating my soap while taking my bath....huhu

Palmolive is the best Lavender Based shower foam in terms of the smell...But dun really like the sticky effect afterwards, payah nak bilas.

LUX's smell is the best! Various of refreshing aroma are available. I've tried, the blue one (pa nama tah), the purple (tak igt nama gak) and also the white one. Quite satisfying~ wangi2..and paling penting,senang bilas.

Bagi yang agak 'berada', boleh la p beli product yang lebih berjenama, sabun mahai kompem korang appreciate nak guna,guna setitik pun terus celik mata korang dan segar..(even tak best takat mana pun sabun tu~)


Keempat.
Dengar hitz.fm, hot fm, fly fm dan apa jua radio kegemaran anda yang mempunyai segmen pagi. Pasti anda terhibur. (takde eleboration..dengar je la radio tu)


Kelima
Get urself a simple and sufficient breakfast. Tak kisah la even sekeping roti pat segi (biskut kering) sekalipun. And a cup of ur favourite drink.Kalau malas, drive thru Mekdi or Kepci. Habiskan paling kurang RM5 terhadap meal yang menambahkan kolesterol. Breakfast is very important k. Serius2. Cos without having any meal/drinks from the moment u wake up, ur blood glucose level (glucose blood level? bloody hell level? watever) will getting lower and lower, this will cause dizzyness and low productivity kepada para pekerja.

So guys, sampai je office (if tak beli apa-apa breakfast) silalah serbu pantry. Bancuh neskepi classic (pilihan hati), setengah sudu teh neskepi classic (hidu dulu aroma mengasyikkannya) bersama 2.5 sudu teh gula halus, dicampurkan air panas dan sejuk untuk menjadikannya suam. A couple of jacobs wheat crackers disapu dengan peanut butter grape sudah cukop untuk brekpes saya. Now, i'm ready to update blog! Eh...to work!


Keenam.
All works and no play make Jakri a dull boy. U know wat i mean~ Kamonlah, we need some booster to make us hepi untuk memulakan 8 jam(konon) pekerjaan yang meletihkan (konon jugak). Apa cara saya 'beriadah' sebelum bekerja? I layan benda neh.

kihkihkih....

waktu lunch kalau dh abeh boring, aku layan benda neh..


Oggy And The Cockroaches. Watch more top selected videos about: Baby Laugh, Late Night with Jimmy Fallon

Laughter is not the best medicine, but at least it still one of the medicine~


Selamat mencuba!

Monday, November 8, 2010

Pemandu Malaysia Yang Tegar

Setiap hari anda pasti akan berhadapan dengan pelbagai karenah masyarakat Malaysia yang memandu di jalan raya, tidak kisah lah jalan itu merayakan raya puasa, raya cina atau raya deepavali, jalan raya pasti menjadi tempat berlakunya pelbagai peristiwa yang diingini dan juga tidak diingini. Ibarat Menunggu Telur Separuh Masak Di Mapley, Kadang-kdang kadar kemasakkannya sempurna dan kadang-kdang boleh dipotong telur tersebut dan diletakkan bersama mee rebus. (.....)

Apa yang cuba disampaikan adalah....(napa aku tak leh fokus??)...aiyook

Tune jap....emmmmm..

Haa, nak crita pasai perkara yang aku pantang skali bila terjadi pada diriku ketika memandu. Mungkin ada antara korang-morang juga pernah merasakan dan berada dalam situasi begini. Lets cekodok serba sedikit pantang larang ketika memandu.


Pantang Larang 1
Situasinya adalah ketika anda sedang berada di persimpangan dilema jalan,dan telah memberikan signal untuk masuk ke simpang/corner jalan yang bertentangan. Keadaan lalu lintas masyaallah, bahaya lah bahaya. Tiba2 kenderaan di belakang anda membunyikan hon tanda menggesa anda untuk bergerak sedangkan dia sendiri nampak segala bapak tiri mak tiri semua laju-laju belaka.

Monolog luahan hatiku berkata :
"Hang rasa hang tera? Mai la kona... kita tgk sapa yang kena"




Pantang Larang 2
Anda nampak ada sebuah kereta .....(sila isi apa jua jenis kenderaan pilihan hati anda) di hadapan anda sedang terkial-kial nak masuk side parking. Anda selaku pemandu berhemah yang penyabar, anda tunggu je la belakang kereta tersebut tanpa membuat apa-apa perlakuan yang mampu menambahkan tahap adrenalin pemandu tersebut. Kejap ke depan, kejap ke belakang kereta tersebut. Sikit punya lama anda bersabar akhirnya lepeh la jugak untuk anda lalu, dan bila anda berselisih je ngn kereta tu, anda nampak pemandunya ada rokok di tangan.

Epiloq kesahku bersuara :
"Ampeh chop suey toi, patut la terkedek-kedek cam kora,tumbuh kulat aku tunggu dalam keta. Yang rokok pun nak isap, stereng pun nak pulaih. Aku suroh hang isap stereng smbil pulaih rokok baru ang tao~"



Pantang Larang 3
Anda berada di barisan paling hadapan di trepik lite. Lampu merah sedang berkumandang, sejurus selepas 0.3 saat lampu hijau menyala, anda baru ja lepas masuk gear, kedengaran bunyi hon sumbang dari kereta belakang.

Kebuloq jiwaku berucap :
"Wah, sungguh cepat,pantas dan saksama mereka. Tak sempat sampai satu saat dah dikira sebagai penalti. Sabaq la weh! Bukan aku nak tidoq kat sini! Chet~"



Ada lagi....To be continue...Battery hayat dah menyala~ Gudnite...

Tuesday, November 2, 2010

Nak cover malu?

Situasi 1
Anda sedang terlalu naik syeikh layan lagu adam lambert sambil membuat aksi gay beliau di dalam kereta ketika terkandas dalam kesesakan lalu lintas, dan kereta anda tidak ditinted walau 10 percent pun. Lantas anda menyedari kereta sebelah anda dah senyum2 kambing gurun.

Penyelesaian
Anda teruskan shaja aksi anda tetapi dalam cara yang lebih ke arah kesukanan. Contohnya membuat gaya taichi atau yoga, kononnya badan dah lenguh sbb terlalu lama terkandas dalam kereta. Kemudian anda ambil telefon bimbit anda dan membuat gaya seperti sedang bercakap telefon menggunakan loud speaker. Boleh bayangkan?



Situasi 2
Anda berada di kediaman anda.menekan button di lif untuk ke tingkat 8 tetapi ketika lif berhenti di tingkat 6, anda sudah keluar dan menyedari bahawa anda tersalah tingkat.

Penyelesaian
Anda buat2 hilang ingatan dengan mengatakan dengan agak kuat ayat ini, "Tingkat brapa tah umah member aku?"(sambil membuat muka penuh kerunsingan. Kononya anda bukan penghuni di tempat itu. Okla kalau pelawat kali pertama membuat salah.



Situasi 3
Anda sedang bershopping dgn boypren anda, anda ingin bertanyakan pendapay beliau tentang pakaian yang kita baru ambil dari rak display, tanpa melihat terlbih dahulu siapa di belakang, anda terus bertanya "Cantik tak baju ni u?". Tetapi kemudiannya anda sedar bahawa itu bukan teman anda.

Penyelesaian
Anda membuat muka garang dengan berkata, "Hey, whodahek are you? U ikot i eh? Tak malu!". Kemudian anda baling shaja baju tersebut kepada beliau dan berlalu pergi ke tempat lain dengan muka penuh emosi. (Sedangkan di dalam hati berkata, "dem dem dem malu gila!"). Janji konfiden beb~



Situasi 4
Anda telah membayar barangan yang anda beli di sebuah kedai serbaneka, tetapi tanpa disedari anda terlupa mengambil barang di atas kaunter tersebut dan cashier tu pun tak sibuk nak panggil anda sehingga anda tersedar sendiri..

Penyelesaian
Anda berlalu sahaja pergi dan datang semula selepas 5 minit ke kaunter dan berkata, "Cik, barang yang saya sedekah tadi tu ada org ambil lagi tak? Kalau takde org sudi ambil, saya ambilkan ye, saya nak sedekah kat tempat lain pulak lah". pfttt



Situasi 5
Anda memakai kasut tumit tinggi dengan penuh gaya sambil berjalan menuruni tangga di kawasan yang dipenuhi ramai umat manusia. Tiba-tiba anda tersilap langkah dan jatuh menjunam ke pusat graviti bumi.

Penyelesaian
Anda bangun dgn gaya penuh konfiden dan berkata dengan kuat, "OMG! Gempa bumi kuatnyeee. Korang tak rasa ke gegaran tadi. Terkejut I~"


Saturday, October 30, 2010

Simple Tips On How To Budget Your Financial

even though ramai  yang lebih prefer google sebagai the main search engine, but i still found that yahoo always been a very generous search engine that offers loads of meaningful and useful real life experience and tips.

thanx to yahoo newsfeed (ke yahoo pe ntah yg slalu muncul kat yahoo page bout highlighted arcticle tu)

here's some short update for all of my loyal readers. =)

just click HERE, and feel free to read the articles that might seems very boring to be read out but, somehow rather you may found that some simple things stated in the article can be applied in your life. (especially untuk warga malaysia yang menjadi sasaran sejenis virus yang bernama PTPTN..hehe)

Selamat membaca!

Thursday, October 21, 2010

Mengenali Manusia Yang Terdesak Mencari Duit

korang mesti slalu je dpt inbox msg berbunyi begini, bukan berbunyi, bertulis begini,
SEMINAR "RAHSIA GAJI RM500-RM2500 SETIAP HARI" DGN GUNAKAN FACEBOOK DAN SMS

ataupun begini

PROGRAM USAHAWAN E-DUGONG BERSAMA DATO' N.B LILI

dan pelbagai lagi contoh2 yang anda boleh lihat sendiri di inbox anda, smpaikan aku tgk tittle je aku tak pernah bukak pun benda tu.

Maybe ada benarnya disebalik kejayaan-kejayaan manusia yang meletakkan profile picture bersama ribuan ringgit tunai di tangan (tak takot kena culik mcm sosilawati ke?). Tapi aku tanak kondem banyak la cos bagi aku, TIADA JALAN MUDAH UNTUK KAYA UNLESS KALAU BAPAK KAO ADALAH DONALD TRUMP.

Tapi, haa ada tapinya, anda perlu berwaspada dengan skim yang tak betol, sebab percentage skim yang tak betul lebih byk dari yang betul. Bukannya korang masuk skim tu korang jadi tak betul tapi mungkin jugak korang boleh jadi tak betul sebab dh kena tipu, duit semua dh abeh kepada org yang tak betul jugak. Brapa banyak betul daaa~

Tapi, aku ada sedikit tips untuk sesiapa yang rasa cm dah terpancing dengan skim2/kaedah/cara/teknik dan taktik begini di internet, agar korang lebih berwaspada.


Cara Pertama
Bukak je message yang diberi, tgk info, tgk wall siapa yg bagi tu then tgk gambo dorang. Gambo memegang duit dengan penuh kebanggaan adalah trademark wajib. Jangan mudah lembik lutut dengan umpan sebegitu sebab aku pun boleh buat 'kipas duit' sebegitu (tapi guna duit RM1 je la..haha).

After tgk gambo duit, anda teruskan tgk gambo yg bukan dari album promote skim tu, contohnya gambo beliau bersama family/rakan2 dan sebagainya. Kalau gambo lain2 tu takde, kompem tu profile tipu. Sila tutup dan sumpah seranah dia sebaldi kerana membuang masa anda.


Bakal dijumpai di Broga Hill..(sapa suroh letak muka besor2 kat FB dengan duit secekak gitu)



Cara Kedua
If gambo yang diletakkan adalah Tidak Logik (gambar artis dan sebagainya, sila cari info di dalam gambar tersebut)

Zaman skarang ni, manusia dh makin canggih dan pintar, kadang-kadang dorang pakai gambo artis/model/host/watever public figure yang kurang glemer. Misalnya aku terjumpa sorang minah neh, tgk gambo mmg muka cina abeh wa cakap lu, tapi tgk status FB dia cakap Melayu lebih fasih dari aku. Mula dari situ aku dh start curios dah. Pahtu aku ternampak salah satu gambo dia, ada tulis Miss Hypertune 1st Runner Up. Haaa, terus aku google.

Maka aku terjumpa la si tuan empunya diri sebenar, dan yang bestnya, pompuan tu ada blog. Haaa...tunggu pe lagi, aku bukak la blog dia. Her blog is written 100% in English. It's sooooo hard to find even a single malay words in her blog. Maka, korang conclude la sendiri kebenaran atau kesalahan...

So, mmg aku nak bantai gelak la...Bukan aku nak gelak kat blog minah tu, aku nk gelak kat skim tu la, agak2 la nak tarik pelanggan pun, tak yah la letak org yang boleh kita google dengan mudah di internet yang serba luas ini.



Cara Keempat
Trace FB orang yang berkaitan melalui komen2 atau 'like' link dr  page Skim tersebut.
Apa yang aku paham melalui pemerhatian aku terhadap setiap org yang terjebak dengan skim sebegini, mesti sumwhre at their page mesti ada punyala ayat nak promote supaya korang masuk downline diorang, Siapa ada yang bergaduh lagi sorang masuk dia punya lagi senang la apa la....

Antara contoh2 ayat memancing,
"Orang2 N9/Melaka/Selangor/KL sila layari http://www.hypromoney.blogspot.com/  atau call/sms 012-*******)

"jom3! rugi besaw oo kalau x join ini biz! http://ik.my/homebusiness"

"klik je sini lagi senang http://www.tinyurl.com/aminMASYUK"




dan banyak lagi la...eh, napa ayat aku ni dipotong pulak...hehe lupa buang style..sori2...ok, malas highlight. teruskan je..






Cara Kelima
Kalau korang terlebih rajin, sila bukak je web yg dorang bg link tu, tapi aku curious la, adakah dengan klik ke link dorang tu pun dorang dh dpt duit mcm nuffnang? haaa yg tu korang try la sendiri.






Begitulah serba sedikit yang dapat aku bantu anda untuk mengelakkan anda terus secara direct tertipu. At least kalau kita rajenkan diri sedikit untuk buat research, later kalau kena tipu pun, kita harus tabik org yang menipu kita itu kerana berjaya menjadikan Skim Cepat Kayap yang paling berjaya.




p/s : Setiap kekayaan memerlukan pengorbanan dan kerja keras, tiada rezeki datang bergolek dengan mudah. Even bergolek pun, takkan ianya tetap di tempat yang sama sepanjang masa, pabila ketika masanya untuk bergolek semula, orang lain pulak yang akan rasa penangan golekkannya.

Tuesday, October 19, 2010

Perkara Di sebalik PMS dan Senggugut

Assalamualaikum, apa khabar penonton  semua? Harap anda semua berada dalam keadaan kesihatan berwarna pink ye. Mengapa pink? Sebab hanya ada 'Pink of health', kalau ada 'Blue of Health', anda boleh menjadi Sihat seperti Makhluk Biru Avatar. Stop with the cowsh*t.Titik.

Hari ini, seperti yg anda dpt lihat di LCD skrin anda, tajuk yg akan dibincangkan adalah bersifat lebih kewanitaan ye rakan-rakan (first time ever aku rasa seperti seorang wanita sejati). Tetapi bukanlah hendak membincangkan tentang fakta or medical facts (tak sama ke?), tetapi lebih kepada pengalaman sebenar beberapa wanita di seluruh dunia untuk pengetahuan rakan-rakan kaum Adam supaya mereka lebih memahami apakah yang sebenarnya di maksudkan dengan PMS? dan sejauh mana kebenaran PMS ini.

areyuredi? lets cekodok!

Sebelum itu, anda perlu paham dan bezakan dua makna antara DUA perkataan ini, PMS (Prementrual syndrome) dan juga DISMENOREA (Senggugut).

PMS ataupun Premenstrual Syndrome adalah perkara yang terjadi SEBELUM kedatangan period seorang wanita, manakala SENGUGUT berlaku KETIKA kedatangan haid.

PMS selalunya dikaitkan dengan ketidak stabilan emosi seorang wanita misalnya sering marah-marah disebabkan hal yang kecil, misalnya kekasih anda tidak mahu mengikut kehendak anda memakai baju berwarna pink atau pun kekasih anda tidak memuji anda cantik sedangkan anda telah menempekkan mekap setebal kek lapis sarawak di muka anda. Kalau mengikut kajian Dr Frencesca Fusco, pakar dermatologi kulit kepala, eh, salah doktor pulak (melekat dowh nama minah tu kat otak aku), mengikut kajian medikal la, mengatakan perkara ketidak stabilan emosi itu adalah disebabkan oleh ketidakstabilan hormon testeron. (cam melekat jugak nama tu dalam otak aku), hormon yang lebih tepat adalah Estrogen dan Progesteron (correct me if i'm wrong).

Peningkatan estrogen dan penurunan progestrone yang merupakan hormon utama perempuan boleh menyebabkan PMS. Estrogen membuatkan tubuh kamu menyimpan lebih banyak cecair dan ini menjelaskan kenapa kamu merasa kembung dan terasa berat beberapa hari sebelum haid kamu. Ketidakseimbangan bahan kimia di dalam otak. Wanita yang mengalami PMS mempunyai tahap serotonin yang rendah dan ini menyebabkan perubahan emosi dan menjadi agak pemarah. (credit to www.kotex.com). Dan juga menyebabkan berlakunya pertumbuhan jerawat secara pukal di muka para wanita berkulit sensitif seperti aku. (chiss)

Manakala Senggugut, bukan sesungut berlaku ketika kedatangan haid pula akan menunjukkan simptom2 kesakitan ya amat pada hari pertama dan juga kedua dan ketiga.Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, korang boleh click di SINI.

Keterangan di atas adalah secara medik2, seperti skrip Cinta Medik yang disiarkan di TV9 pada suatu ketika dahulu. Tapi aku taknak pembaca blog aku dibayangi oleh muka doktor bersteteskop sepanjang masa untuk menunjukkan bahawa mereka adalah seorang doktor yang berkaliber, maka aku akan jelaskan secara lebih relax berdasarkan pengalaman hidup manusia sejagat.


Mengapa wanita beremosi tidak menentu ketika sebelum period?

Dan mengapa pula beremosi tidak menentu ketika period?

Jawapan boleh dikongsi adalah :

SEBELUM
Adalah dimaklumkan, Tiada Seorang Wanita Pun Yang Menyukai kedatangan haid/period. Ini adalah kerana, dah la sakit(bagi yang senggugut), rimas(nak kena tukar protection setiap 2-4 jam), kena extra careful (takut terbocor/leaking/bleeding dan sebagainya), tak boleh pakai seluar/baju yang berwarna cerah, apatah lagi putih (kalau terbocor,kantoi tak leh cover), dan juga jerawat konpem naik paling kurang satu dua.

Hormon mungkin penyumbang kepada ketidak stabilan tetapi KEADAAN period itu sendiri telah menyebabkan para wanita ni Tak Suka dan Rimas memikirkan kedatangan period mereka. Bukannya wanita ni sengaja hendak menguji kesetiaan pasangannya dengan berkelakuan tidak waras (melampau), tetapi ketidak warasan seorang wanita itu juga perlu ada batasnya, janganlah sampaikan seorang wanita itu bertindak mengiau-ngiau seperti ibu kucing kematian anak pertamanya pun anda masih mengatakan itu perkara biasa PMS.


Picture credit to Google, Edited by Alyaa Najwa.

KETIKA
Amaran kepada para kaum ADAM,JANGAN sesekali anda bertanyakan soalan ini kepada kaum HAWA ketika mereka sedang menderita kesakitan akibat senggugut, "Sakit tak awak?".
Jawapan kepada soalan itu adalah kesan tapak kaki saiz 5 di muka anda.

Ini adalah kerana ada yang mengatakan sakit akibat senggugut adalah bersamaan 1/10 kesakitan melahirkan anak secara normal. Bayangkan ibu anda melahirkan anda? Bayangkan seorang bayi dikeluarkan dari perut seorang wanita melalui....ok, tak pyh bayang. Kalau nak tau, sila youtube. Serius ada kat youtube. (meremang bulu roma tringat video yang ditonton ketika kelas bio).

Sebab tu la memang serbei mengatakan, kaum wanita lebih Tahan Sakit berbanding Kaum Adam. Jangan marah aku sebab ini adalah fakta. Korang boleh bayang tak kalau lelaki yang mengandung dan melahirkan anak? Aku rasa la, doktor pun  tak brani nak dekat sebab silap hari bulan doktor yang masuk ICU kena penerajang pesakit. Kaum adam lebih kuat dari segi fizikalnya, tetapi kaum hawa dikurniakan dengan kekuatan mentalnya (dari segi psikologi menahan sakit).

Kekejangan badan tu perkara standet la, plus perut rasa mcm ada samurai-X tgh praktis dalam area usus paling bwh berdekatan uterus, plus rasa migrain mcm puting beliung colorado dlm kepala, kalau ada yg lebih teruk lagi siap muntah2 dan ada juga yang pengsan. Kes pengsan dan masuk ke sick bay sering dapat dilihat di sekolah aku (almaklumlah sekolah perempuan semua). Kalau mereka yang bersekolah campuran tu maybe para wanita ini ada perasaan segan dan ego yang tinggi jugak la kot nak kaver2 macho di hadapan lelaki pujaan. Maybe la kan..aku tiada pengalaman sebegitu..Syukur..hehe

Jadi, mungkin kerana tidak tahan sakit itulah yang menyebabkan para wanita itu berkelakuan tidak stabil emosinya. Dan mungkin juga seorang wanita itu lebih suka berdiam diri ketika berlakunya senggugut kerana cakap byk and emo2 pun tarak guna juga, tarak lega juga itu sakit. So better shut up and kiss me. eh shut up and setel ur work diam2.



Rawatan
Pelbagai rawatan terkini dan terlama yang boleh diaplikasikan. Kalau menurut pengalaman aku, secara tradisional dan paling simple adalah dengan meminum air suam. Ada juga rakan-rakan aku yang minum air Coke. Tatao la pulak berkesan ke tak sbb kalau aku lah,seboleh-bolehnya akan mengelak untuk menambahkan lagi angin di dalam badan dan juga perut ku tatkala penyakit bulanan melanda. Anda boleh cekodok cara-cara menghilangkan kesakitan KETIKA penyakit melanda di SINI. kat mana? SINILAH




Jadi para kaum Adam, pahamilah bahawasanya Sakit Wanita ini bukannya mainan mental sahaja seperti demam yang sebenarnya kalau kita melawan secara psikologinya kita mampu bebas dari penyakit itu. Penyakit wanita ini sememangnya BENAR dan bukannya rekaan minda semata-mata.Aku dh pernah try untuk cuba menafikan kesakitan itu ibarat menafikan kepedasan tergigit cili padi dalam nasi goreng kampung, tetapi tidak pernah berjaya. Nescaya the pain is real though it's not physically shown. hahah deep tak falsafah aku?

Maka, Janganlah kesakitan akibat Penyakit Wanita di anggap seperti gurauan bagi kaum Adam yang tidak mungkin akan merasakannya even sampai kiamat pun.

Hormatilah Kaum Hawa kerana Kami lah yang akan melahirkan zuriat anda! hahahahaha Sekian.

p/s : Kaum Hawa pula jangan terlebih mengada dan mengambil kesempatan terhadap penyakit bulanan yang kita hadapi ini untuk membuli Kaum Adam kerana tanpa mereka juga tiadalah Kita.

Tuesday, August 24, 2010

Pantang dan Petua orang tua-tua dijamin benar Part 3

Mana part 2? haha aku malas nk sort out balik entri2 lama...trima je la part brapa pun aku nk letak..ada org kesah ke?hehe ampun.

Hari ni nak share beberapa petua yg melibatkan hanya satu jenis penyakit (kot) yang sering terjadi kepada diri sendiri dan baru2 ni terjadi kepada my hubby. hehe.. terimalah...


Petua Melegakan Sedu
Sedu. Bukan senduk. Tao kan apa itu sedu? Atau dalam bahasa omputihnya, HICCUP. aku pun tatao apa penyebab sebenar sedu ni, tapi menurut cakap2 sekitar yg pernah aku dengar adalah disebabkan kekurangan oksigen. Kalau kurang oksigen bukan K.O terus ke? Takpe2, aku rajin sikit, meh aku attach sikit explanation dari segi medical.

hiccup
[hik′É™p]
a characteristic sound that is produced by the involuntary contraction of the diaphragm, followed by rapid closure of the glottis. Hiccups have various causes, including indigestion, rapid eating, certain types of surgery, and epidemic encephalitis. They can also be caused by or associated with abdominal distension. Most episodes of hiccups do not persist longer than a few minutes, but recurrent and prolonged attacks sometimes occur. The condition is most often seen in men. Sedatives are used in extreme cases. Also spelled hiccough. Also called singultus. 
 -Mosby's Medical Dictionary, 8th edition. © 2009, Elsevier.

amacam? macam buat thesis tak? siap ada sumber plagiarism di situ supaya tidak disaman kelak. Walau apa pun penyebabnya, aku bukan nk membincangkan tentang penyebab berlakunya hiccup, kang smpai esok tak abeh dok berdebat dengan pakar-pakar medikasi. To cut it short, petua-petua melegakan hiccup ini didapati dari pelbagai pelusuk rakan-rakan yg aku kenali dan juga dari amalan keluarga aku sendiri.

1. Minum air dengan cepat dan sebanyak mungkin sehingga rasa nak termuntah. (mengapa? jangan ditanya..tatao! just do it! dun ask!)


2. Swallow a teaspoon of sugar. (petua abah aku) Korang amek gula halus, gula yg bancuh air tu la, bukan air gula, bukan gula kasar dan bukan juga gula icing yang nk buat kuih raya tu. Korang masukkan dalam mulut, kulum atau swallow gula tu pelan2 smpai abeh, tapi kena cool, takleh buat dalam keadaan kalut. Insyaallah lega.


3. Tarik nafas dan tahan ketika hiccup hendak terjadi.Means, hiccup tu dah terjadi tapi kan biasanya akan berterusan smpai saket segala organ dalaman ditarik2. Bila sedu tu nak terjadi lagi,cuba tarik nafas dalam2 dan try tahan nafas,kena lawan sikit hiccup neh,baru dia sedor diri. Kalau tak mampu melawan, boleh cuba teknik seterusnya.


4. Letakkan tuala basah di atas dahi (petua dari huzairie majid). Tak pernah try lagi, maybe boleh lega...jum terai.


5. Terkejutkan diri anda seperti Rugrats. (petua dari my hubby). hahaha ni pengaruh citer kartoon byk sgt neh. tapi betul la...tgk bukti ni





kan betul? tapi, ada jugak kebenarannya, kajian mengatakan, dengan mengalihkan perhatian anda kepada perkara/benda lain akan menghilangkan sedu anda.So, adakah sedu hanyalah penyakit psikologi? Ada sesiapa boleh jawab? Sila2..anda dialukan.


Korang boleh visit this web untuk dapatkan cara menghilangkan sedu dengan lebih detail. click SINI SINI.

Wednesday, August 18, 2010

Jem? Jom Isi Masa Lapang dengan..

Introduction.. If banyak kesalahan tatabahasa dan tatacara berlaku di dalam entri ini, harap dimaafkan, ini adalah ekoran sindrom tdo pkul 6.15pagi td dan bangun semula pada pukul 7.30 gara2 menyiapkan tugasan opis. (rajin wooo awal2..haha)

Menu rutin hari-hari aku baluk kerja adalah jem. Ya. Anda baca dengan betul, sbutannya adalah J.E.M. Atau dalam bahasa melayu tulinnya adalah kesesakan lalulintas tahap lahanat. Pada perkiraan dan peranalisisan aku, JEM ni bukan berlaku sbb kadar jumlah kenderaan yg banyak, tetapi JEM hanya akan berlaku jikalau terjadinya aral melintang tengah jalan seperti kereta yang disogok dari belakang, lori yang cuba membuat willy dan juga motosikal yang perasan dirinya sempit. Kalau eksiden je mesti eksiden, kalau tak eksiden, cun je jalan tu even kereta berselisih 5cm dari bahu ke bahu. Adoila...tlgla bwk kenderaan anda elok-elok, bukan hanya untuk diri sendiri, tapi untuk diri org lain. Anda yang berkelakuan tak senonoh di atas jalan raya bukannya hanya menyusahkan diri anda, tetapi juga menyebabkan rating kebencian manusia sejagat terhadap anda bertambah secara mendadak ibarat undi Mawi di dalam akademi fantasia. Sebab tiada seorangpun homosapien yang suka akan keadaan terkandas di atas jalan raya sambil setiap 5 minit dok jeling kat jam takot ayam percik kt bazar ramadhan licin dikebas. Jai BE SAFE ON THE ROAD, GOING TO FAST IS DANGEROUS. Ingatlah pesanan Valentino Rossi yg penuh ikhlas.

Tapi, jikalau tersangkut jugak di jalan raya, jangan risau.. Ada jalan penyelesaian supaya anda tidak kebosanan dan kebengkakan hatinya. Apa dia? Beli ayam percik semalam dan makan hari ini? Oh tidak, jangan dibuat begitu. Caranya adalah :

1. Mendengar radio. Terlalu skeptikal? Bosan la alyaa. Apa kata kita bagi RADIO DENGAR KITA. Haa..amacam? Tak yah penat2 kol radio, just menggunakan sepenuh daya imaginasi, anda boleh menjadi penyanyi utama, penyanyi latar dan juga boleh jadi deejay radio sendiri. Bila lagi nak terai bakat terpadam... tambah2 kalau kereta korang tinted baik punya. Lagi mengancam. Korang boleh jadi penari latar sekaligus tanpa segan silu. Korang hanya perlu meletakkan volume radio anda di tahap sederhana, bagi dengar music la skit, boring pulak nyanyi tadak music, pahtu korang melalakla sekuat hati menandingi kekuatan vokal artis di radio. Silap2 korang rasa suara korang lagi sedap dari artis tu. Gesture tangan dan mimik muka jangan dilupa. Gerak badan pelengkap bicara. Ewah! Agak2 dh bosan melalak sorang2, korang bukak tingkap luas2, ajak kereta sekeliling anda berkoir bersama. Pahtu korang bukak pintu kereta, menari tgh jalan macam Flash Mob. Wohoho..style2...(terlebih berangan).


2. Sempena bulan ramadhan, korang boleh menjadikan mengatur menu berbuka puasa sebagai satu rutin ketika jem. Hari ini nak makan nasi kerabu kaw seksyen 1, esok nasi briani kaw2 seksyen 3, esok makan angin kaw3 kt mahkamah sesyen. Cakap shaja tanpa membayangkan kesedapannya juga tidak guna, korang kena imagine rasa, rupa dan juga susunan di atas pinggan sekaligus. Air jangan dilupa, kalau makan pasembor penang, mesti kena dengan cendoi padang kota baik punya. Baru la orang kata Buku Bertemu Ruas.....Means, sama padan la...


3. Bagi sesetengah manusia yang dah ketandusan idea, mesti ada jugak yang buat habit tikam nombor ekor guna nombor plate kereta mewah di jalan raya. Mesti amek kereta canggih2,, baru ada Ong. Paling lekeh adalah Lamboghini. hahaha sori2...agak2 je..


4. Bagi penggemar aksesori kereta pula, masa ni la nak usha sport rim, spoiler tinggi macam penyidai ke, body kit 5 mata ke, lampu bercelak dan sebagainya di kereta org lain sebagai contoh untuk diaplikasi. Tapi perlu diingat, jangan pulak korang mengutuk hasil pembuangan duit tuan punya kereta itu jika keadaan asal keretanya lebih menawan berbanding dengan yang telah direnovate, kang batai posa pulak..ish2...Pinjam spoiler bang, nak sangkut jemuran. hihihi

5. Usha tabiat sekeliling. Tak kisah la tabiat apa pun, manusia ke, haiwan ke hatta tumbuhan sekalipun. Kalau kita berhenti di tepi lembu yang sedang meragut rumput di tepi highway, korang boleh kaji tabiat lembu tersbut. Bagaimanakah mekanisma pemakanannya berlaku? Dia gigit dulu ke rumput tu, or dia belit rumput tu dengan lidah dulu,pastu baru dia gigit? haaa...jawab2

6. Lebih alert dengan perkembangan di sekitar jalan yang dilalui. Kalau kita biasa bwk kereta dalam keadaan laju, kita kurang aware dengan apa yg ada di sepanjang jalan bukan? Haa..time jem ni la kita nak tao, ataupun baru tahu rupanya ada flat 20 tingkat di sebelah SKVE. Tak penah pun aku prasan sebelum ni.. ooooo..Bagus jugak jem neh.

7. Dan terakhir sekali, kalau jem tu sampai tahap tak bergerak walau sejengkal sekalipun, apa lagi...Tido je la...Takyah set alarm , kereta belakang mesti akan tolong bagi alarm hon punya la kalau korang tak jalan lebih dari 1.5 saat.

Selamat berbuka!!!!

Appertizer....


Wednesday, July 28, 2010

I think i'm weird cos...

Evrybody definitely will have sumtink/sum habit/ or just a slight simple things that for other people it is just a silly subject to discuss. But for that particular person, that slightly tiny 'thing' or matter is everything that can really turn over the goodie mood into makhluk hijo!(not exactly la...hiperbola penting untuk menggambarkan keseriusan).

As for me, people might think that those matter that i really concern about maybe just one of the stupid thing for them.. but i think, i have to admit, maybe i'm weird. hahaha lets cekodok hapa kemenatang yang aku sibuk2 bother nk ceherita dr td intro yg tak menarik tu (my essay sux...pardon me..haha)



I think i'm weird cos...


1. I DUN LIKE THE OPEN FLOOR TRAP.
For ur info, floor trap tu kalau korang seorang yg sgt 'concern' sperti aku, ianya adalah lubang untuk air keluar dari lantai toilet tak kiralah any kind of anywhere pun toilet pun. Ala, the circle or rectangular shape tu la, kadang2 made of metal, tapi most of the time made of plastic pvc je. Dapat bayang rupa asalnya? Yang bulat/petak then ada lubang2 halus berdiameter lebih kurang 5mm di permukaannya. (ada yg lubang di tepi). haa detail aku citer, kalau tak dpt jugak byg wadehell is floor trap, kenal tak perkataan google.com? Sila google.

Mengapakah open floor trap (lubang air yang tidak berpenutup) menjadi perkara yg amat aku geruni(geli geleman actually)?

Ini adalah kerana aku seorang yang sgt particular terhadap kebersihan toilet di pandangan mata aku. Bagi aku la, even jubin toilet tu berkilat smpai tahap kena pakai shades dlm toilet akibat silau sekalipun, but whenever i see that circle hole on the floor is not covered sehingga boleh nampak segala 'moisturizer' di dalamnya yang berwarna pelbagai (selalunya earth colour-koko,hitam,hijau gelap dan sebagainya). That toilet FAILED!! Serius. Can u imagine, sedang korang melayan perasaan gelora di dalam usus dgn tenang, kang tiba2 ada haiwan amfibia ataupun amoeba tiba2 melompat keluar dari lubang tersebut, haa..ape korang nk wat? kalau haiwan amfibia ok lagi, kena tiba2 murah rezeki terjumpa dengan Cik Lar.haaa....lu fikirlah sendiri. I will never enter that toilet kecualilah tsunami melanda di dalam perut dan aku akan pretend sehabis daya untuk mengabaikan kwujudan floor trap tu dengan cuba menganalisis dan mengira jumlah siling.

Bagi aku that was the most offensive thing that can offended me!!(ayat tak leh blah, sorry teacher rahmah, i am definitely not ur fav student..haha) Pls la....especially kepada pengusaha toilet awam sedunia, tak perlu anda menggunakan pencuci termahal untuk mencuci lantai anda sehingga silau tetapi anda tidak mampu mengganti floor trap yg tidak berpenutup. Paling lekeh pun, korang buat la inisiatif sendiri untuk tutup floor trap tu pakai penapis teh ke hape ke. I dunno la if i am the only one yg rasa benda tu 'menakutkan' or aku ada geng ANOFTRA (geng Anti-Open Floor Trap). hahahaha bodohla alyaa.



2. PANTANG AKU TINGGALKAN BERUS GIGI DALAM TOILET

why? why? penting sgt ke benda neh?? WOi...penting woo bg aku sbb aku PANTANG KALAU BERUS GIGI AKU ADA KESAN2 DEGIL BERWARNA KEHITAMAN DI PANGKAL PEMEGANGNYA AKIBAT DARI PENINGGALAN DI KAWASAN YANG LEMBAP SECARA BERTERUSAN.
haa, kan dh ada ayat penegasan di situ. For ur info, if korang perasan la, kalau korang tinggal berus gigi korang dalam bekas/cawan/small basket dalam toilet lama2, nnti di pangkal pemegangnya mesti akan ada seperti warna kehitaman di situ. Aku akan menjadi geli untuk memegang even my very own toothbrush jika kondisinya sebegitu cos imagine what caused the toothpaste to turn out dat way? of cos la due to surrounding, it's damp,it's damn and it's totally full of bacteria cos it's  toilet!! demmit.. and if korang perasan jugak la, our tap water is not clean at all. Seriusly, if korang tinggal ur toilet with water splash on the floor for quite a long time, the tiles will have sumkind of brownish colour percipitate. Mcm warna berkarat cmtu la...even korang de ltak water filter pat lapis skali pun, the end product still leave stains. Jabatan Bekalan Air, pls do sumtink~

So, thats why aku kalau boleh sedaya upaya aku akan keluarkan berus gigi aku dr terlibat dengan kancah kebakteriaan di dalam toilet dan remember ye, DUN FORGOT TO CHANGE UR TOOTHBRUSH, at least twice a year. Jangan la smpai berus gigi dah takde berus pun korang masih memanggilnya sebagai 'berus' gigi. Yang tu boleh digelar sebagai pencuci gusi je.





3. AKU LEBIH PREFER WC CANGKUNG BERBANDING DUDUK.

hahaha jgn marah, sdikit sensod di sini. bukan hape just wanna share my experience (by watching tv..boleh panggil sebagai experience ke?) .Mmg dr dulu bagi aku, aku lebih prefer mangkuk tandas cangkung berbnding jenis duduk cos of beberapa sebab peribadi yang tidak patut ditonjolkan dikhalayak ramai la kot. Kang blog aku kena repot as spam dan kemungkinan di letak di bawah entri MELAYU KINI.

Tapi watever pun, alkisah sedikit la, happen to watch the HOUSE tv series yg doktor tak mcm doktor tu tapi best dan doktor perempuan dia agak hot serta mempunyai scene2 kejadian ER yg lebih real berbanding CINTA MEDIK di TV9 satu ketika dulu (wajib ke doktor hensem2 dan usung steteskop sampai ke dalam toilet?sumpah aku tak tengok citer tu...raja farah eh berlakon dlm tu? hahaha tau jugak pelakon dlm tu even tak tengok). Berbalik ke siri HOUSE yg aku tgk tu, adalah sdikit fenomena sakit ape ntah tapi cm teruk jgak la sbb dat person yg sakit tu smpai masuk wad dua tiga kali sebab kena infection pe ntah, but the cause of the disease adalah sebab menggunakan mangkuk tandas duduk awam tanpa melapitkan tisu di tempat duduk wc tersebut. Mesti ramai di kalangan rakyat kita yg not aware of that situation n maybe rasa cm its not a big deal pun but for me, i can see that zillionsss of bacteria can be transfered to our skin (especially at kawasan paha) if we share the mangkuk tandas duduk tu di tempat awam. Do u aware of that? Kalau kita terai scan kawasan mangkuk tandas tu dengan lampu biru seperti iklan sabun Lifebouy dan Colgate (tapi saya baru sja berus gigi saya), pasti segala mak datuk cicit cucun cicot bakteria yang berkeliaran secara bebas di situ. Tak rasa cam scary ke?

ini siri yang HOUSE... dan ini pula..





 hebat tak doktor2 malaysia? spot the steteskop?

I think, penjelasan aku di atas telah menerangkan segala sebab mengapa aku sgt particular terhadap sesetengah perkara. Korang rasa korang ada tabiat pelik yang korang rasa korang je yg buat camtu sedangkan bagi org lain benda tu takdehal pun la. Anyway, everybody is different and unique on their own way. Meh share2 kepelikan anda!!

Tuesday, March 2, 2010

Pantang dan Petua orang tua-tua dijamin benar Part II

assalamualaikum kak long. haaa jawab2, klu tak jawab berdosa... ayat2 standard geng2 kutu lepak klu nak ngorat anak gadis sunti macam aku neh..hahaha prasan nk mampos. wutever pun, mukaddimah ini tiada kaitan dengan tajuk yang bakal dibincangkan, sekadar pembuka selera sbb aku rasa aku perlukan diet baru untuk menguruskan badan. So diet yang terbaik adalah hanya dengan 'makan kata' shaja. (i dunno wadehell am i talking bout)

Straight to the point. Kali ini nak cakap pasal petua pulak cos bfore this dah cakap pasal pantang-larang. Al-kisahnya, aku penah la jatuh sakit(sapa yang tak pernah sakit?cuba habaq mai sat), bila g ke klinik, dh telan2 mcm2 jenis ubat pelbagai rupa,warna dan rasa..tapi masih tak lega2...apa masalah sebenarnya?

So, aku pun consult la kepada org yang lebih dulu makan garam dari aku (bukannya org yang ada penyakit darah tinggi sbb makan garam lagi banyak dari aku). Kadand-kadang jawapan yang kita terima untuk penawar penyakit kita tuh amat pelik dan tak logik pun ada, tapi keberkesanannya kadang-kala lebih mujarab dari ubat-ubatan moden yang perlu kita laburkan duit dengan banyaknya tapi tak lega-lega jugak. Magic kan?

So lets cekodok several petua yang mungkin berguna untuk dikongsi bersama!



Petua melegakan parut dimuka (parut jerawat/luka kecil/jeragat dan sebagainya)
Penah dengar istilah 'bedak sejuk' tak? bukannya bedak enchanteur yang disejukkan di dalam peti ais ye. Bedak sejuk adalah salah satu remedy yang paling berkesan untuk pelbagai penyakit kulit pada zaman dahulu sebelum adanya kemunculan SKII. Penah terpikir tak kenapa muka tok nenek kita zaman dulu kebanyakkannya putih melepak dan kulit mukanya halus saja, berbanding kita neh yang kulit muka kalau nak compare dengan kulit limau, limau tuh lagi bangga ada kulit yang lebih licin berbanding kita.


Petua yang sering diamalkan adalah hanya dengan menyapu bedak sejuk ke muka samada sebelum tidur ataupun selepas bangun tidur (preferable sebelum tidur la kot, sebab takot nanti bos kt opis kena sawan seminggu sebab nampak muka secretary  seperti pontianak haram saja putihnya)


Bedak sejuk (yang berharga sebotol kurang dari RM5.00) ada power penyejukkan sepertimana SKII(yang berharga sebotol RM100.++)tapi kesan yang bakal diterima adalah sama. Tak caya? Silalah cuba sendiri. Tapi jangan jadikan  aku sebagai contoh korang sbb aku dh lama gilerrrr tak pakai bedak sejuk tuh, dats y muka aku setanding kawah bulan gerhana.huhuhu




Petua melawas kencing
Lawas ye,bukan mawas. Sila jangan konpius. Penah tak korang rasa cam bila korang buang air kecil, tapi cam tak puas. Lepas tuh mesti cam ada je yang masih berbaki tidak dituntut?

Perkara begitu kalau ikutkan saintifik medical explanation, adalah disebabkan jangkitan pada organ yang berkaitan dengan pembuangan air kecil, dan menurut explanation Otai Tua, adalah disebabkan kepanasan dalam badan yang tidak betul.


Which one is true?


Well, maybe both ada kebenarannya. If korang g klinik dan ubatan yang diberikan tidka memberi kesan pun kat korang, inilah masa korang consult kepada Otai-otai kita. Otai Tua memberikan penyelesaian yang sangat mudah,murah dan berkesan serta dijamin lebih sedap dari ubat Dr Rozmey. Caranya hanyalah berbekal RM1.20 di mana-mana kedai makan yang menyediakan hidangan ini.


Sila ke kedai, dan orderlah BARLI SUAM/AIS. Senang dan jimat dan sedap kan? Tak caya? Serius neh. Tak tipoo. Buah barli mempunyai kesan penyejukkan terhadap badan manusia dan boleh meneutralkan toksin dalam badan.(fakta kebenarannya tatao la, tapi serius air barli dapat menyejukkan bdan) If ada doktor-doktor yang ilmiah boleh berkongsi pendapatnya disini, silalah beri penjelasan sebab aku pun nak tao apa sebenarnya khasiat barli neh smpai boleh menyembuhkan penyakit lawas kencing spertimana yang disyorkan oleh otai-otai tua. Yang aku tahu, dengan meminum air neh, insyallah penyakit anda akan berkurangan dan badan anda akan merasa lebih kurus, eh lebih sejuk.






Petua membuang angin dalam badan
Hal-hal angin dalam badan jangan dibuat main-main tao. Walaupun nampak cam lawak je cakap pasal angin-angin tapi mcm2 angin yang boleh membahayakan kesihatan. Misalnya angin ahmar. Kalau terkena, silap haribulan boleh lumpuh woo. Tapi angin yang dimaksudkan di sini bukanlah angin ahmar, tp angin atau kembong perot yang sering terjadi dalam iklan ENO.


Org zaman sekarang mungkin hanya menyedari kehadiran Eno Halia tetapi actually bukan Eno tuh yg melegakan, HALIA itu sendiri yang menjadi penawarnya. Bukannya aku suroh korang gigit halia setongkol hidup-hidup, korang boleh mengalternatifkan makanan korang dengan menggunakan halia.


If nak masak, masaklah Ayam/Ikan/Daging/Udang goreng atau masak halia. Janganlah asyik sweet and sour je. Bukankah cara begitu lebih terjamin kesedapan dan tidak membantutkan selera anda. Walaupun rasa halia yang agak perit dan pahit sedikit tapi kalau di hancur-hancur atau dipotong halus, korang tak perasan pun kwujudan halia tuh, yang korang tahu, bantai saja makan kalau dh sedap.




Petua melegekan bengkak-bengkak kecil (misalnya terlajak potong kuku)
If korang pernah tersalah potong kuku sebab smbil potong kuku sambil excited tgk bola. Perit wooo... Bengkak kecil ditepi sisi kuku walaupun nampak kecil dan tidak memudaratkan, tapi kalau dibiarkan akan menjadi parah especially if ada infection ke ape ke. Silap hari bulan boleh menanah dan boleh jadi lagi teruk(lu pikir la sndiri keterukkan yang mungkin terjadi)


Kalau korang g klinik, kompem2 korang dapat antibiotik cream, pain killer dan sebagainya yang berkaitan yang berharga paling kurang RM50 skali jalan. Disini aku nak syorkan petua OtaiTua yang free of charge!!!(if kat umah korang ada pokok ini)



Tau tak apa itu INAI? Jangan time nak kawin je baru terhegeh2 nak cari and kenal inai. Inai bukan hanya sebagai hiasan tetapi juga boleh dijadikan sebagai penawar bengkak-bengkak kecil di jari terutamanya. daun inai dikatakan mempunyai power of suction yang dapat mengecutkan bengkak dengan kadar yang cepat dan tidak menyakitkan. Pada mulanya aku pun tak caya sgt tapi bila aku dh tgk bukti2 di depan mata, aku jadi percaya dan tak berani lagi nak argue. Cuma dari segi medical explanation  je aku kurang ilmu.


So if korang nak try, silakan la.If kat area aku nih, pokok inai pun maybe ramai yang tak tau rupanya sbb dh slalu dikaburi dengan inai picit yang banyak dijual oleh 'ane' kt CM. Tapi jangan pulak jadikan inai sebagai penawar penyakit gout walaupun ianya juga dikategorikan sebagai bengkak.


Ok, so far ni je la. Ada lagi untuk dikongsi tapi masa tidak mengizinkan ketika ini. Till next time.


p/s: Anything to share?