Showing posts with label to my family n dear frens. Show all posts
Showing posts with label to my family n dear frens. Show all posts

Sunday, June 19, 2011

My Very Own SuperMAN

though it's actual date is yesterday...still wanna post this up..

Special entry dedicated to all da SUPERMAN around the globe! our father, papa, abah, ayah, daddy,dadeyh, walid, appa dan yang sama wktu dengannya.

Tak kisah la apa jua panggilan yang diberikan kepada mereka, mereka tetap juga seorang SUPERHERO dalam sebuah family.

kenapa saya sayang abah saya? 


kenapa saya sayang abah saya?


It is cos... he always did things with his very own way. Very wicked way that will always makes me wonder.. and thinking so deep...and it will takes me whole lot years to understand why he do such a way. hahaha sounds complicated, but thats the truth of my SUPERMAN!





i luv u daddy! i hope it will never be too late to express my luv to him~ 

Happy Father's Day!!

no money can buy the greatest love of all..

cekodoks dis special video of the Supermom to the Superdad


Friday, May 6, 2011

Biodata Ringkas Seorang Ibu Perkasa

Nama penuh :
Zainab bt Ahmad


Tarikh lahir :
23 November 1956


Tempat lahir :
Alor Star, Kedah


Tinggi : 160cm

Berat : 40kg (tahun 80-an), 54kg (tahun milenium)

Warna kulit : Putih Kuning Langsat Masak Ranum

Warna mata : Behind this hazel eyes

Status : Sudah berkahwin selama 30 tahun

Anak : 3 orang anak manusia dan hampir mencecah 40 ekor anak bukan manusia (kucing gebu dan kucing kampung)

Pekerjaan : Bekas Pegawai Audit, Bekas kerani sekolah, Bekas Pegawai Audit Maktab Perguruan dan Suri Rumah sepenuh masa.

Hobi : Menonton drama slot akasia,mengait alas meja dan mengait buah di dusun

Warna kegemaran : Warna pelangi

Makanan kegemaran : Pulut doghoyan dan aiskrim paddle pop pelangi

Minuman kegemaran : Jus belimbing suam

Lagu kegemaran : Kenangan Terindah -Samson (gila urban makcik neh)

Tempat kegemaran : Cameron Highland dan buaian depan umah



byk g kalu nak describe psal Puan Zainab neh...tapi korang bca je lah nnt buku biography 'Housewive in the house' by Puan Zainab Ahmad di pasaran gelap.

i have to make an early wish actually cos myb i wont be able to update this blog during that particular date. So, here we go...

HEPI MOTHER'S DAY TO MY SUPERMOM!!!

terima kasih kerana telah melahir dan membesarkan saya dengan sempurna tetapi apakan daya diri sendiri ini sememangnya tidak akan sempurna kerana tiada manusia di dunia ini lebih sempurna dari dirimu, mama...


i will try my best to be a perfect daughter of urs cos i am so blessed with the most amazing mother of all. how could i ever let those pure and noble heart been scratched by my silly behavior cos i couldnt bear having more and more 'debts' that will took me forever to settle....huhuhu 


levioo mama!




cuba teka wats wrong with this picca?
this photo is fake cos actually my mom is not there (sje sonok2 photoshop).. she couldnt attend to my convocation cos she was in the hospital at that time...but her love always surrounds me...


this is the real photo

tadaa..just me and my daddy..hehe gotcha!



this is where my mama's picture came from...hehe


p/s : sayangilah insan yg bernama IBU dan AYAH selagi mereka masih ada. bagi yg telah tiada, al-fatihah saya sedekahkan kepada mereka. Hanya jasad nyata yg tiada, kasih sayang dan doa tulus ikhlas mereka tidak akan pernah hilang walau dunia berakhir.

Saturday, March 19, 2011

4 Jenis Manusia Yang Perlu Dihindari

very straight forward ait? so mari kita terus ke isi utama, mukadimah panjang2 pun tak guna sebab kalau mukadimah panjang perlu termasuk dalam kategori 'Jenis Blog Yang Perlu Dihindari' pulak..~


No. Uno
Manusia Dua Alam

Maksud disini bukanlah manusia yang mempunyai gen katak atau kura2 dan bukan juga manusia yang gemarkan filem Dua Alam keluaran Dr Jusmate dan bukan juga manusia yang mempunyai dua identiti jantina. Apa yg dimaksudkan adalah manusia yang tidak tetap pendiriannya a.k.a Manusia Hipokrit. Manusia hipokrit ni selalunya tidak mempunyai pendirian yg tetap dan sering menjadi bahan lawak manusia lain kerana mereka akan sering melakukan perkara yang akan dianggap sebagai 'Mengata Dulang Paku Serpih, Mengata Orang Dia Yang Lebih'. Manusia dua alam juga boleh dikategorikan sebagai Manusia Talam Bermuka-muka kerana mereka amat pandai memainkan watak seperti Fasha Sandha di dalam drama tetapi hakikatnya adalah sebaliknya. Manusia Dua Alam ini amat mudah ditemui di kalangan penuntut2 institusi kewangan eh pelajaran kerana semakin bijak seorang manusia tersebut, semakin terpelajarlah beliau untuk menguasai watak yang dimainkan. Agree with me? Sila angkat tgn mcm Usop... geleng geleng




No. Duo
Manusia Alien
Manusia ke alien? Manusia sebegini mungkin mempunyai sedikit gen makhluk asing kerana mereka agak sukar untuk adaptasikan diri mereka di dalam dunia manusia biasa dan selalunya pemikiran mereka agak berbeda dari pemikiran manusia normal di planet bumi. Ciri-ciri seperti suka mengasingkan diri dan kurang berkomunikasi apabila berada dalam kumpulan ramai adalah amat sinonim dengan perwatakan mereka. Walaupun orang sekeliling telah mencuba sedaya upaya untuk memasukkan beliau dan membuatkan beliau merasa 'welcome' oleh orang lain, tetapi beliau akan sedaya upaya untuk memberikan pelbagai alasan agar tidak termasuk dalam kumpulan ramai. Orang mcm neh buat perabih kredit je kalau ajak keluar sebab jawapan yg bakal diterima pastinya negatif, well.. if dat wat he/she wants, then leave him/her alone je la kan? Biarkan si luncai terjun dengan labu-labunya...biarkan~



No. Tres
Manusia Ular
Wow! Takutttt...Manusia sebegini bukan hanya memiliki kelebihan lidah yang bercabang, tetapi juga mempunyai kekuatan menjerut dengan hebat! Manusia sebegini biasanya akan mudah memberikan janji palsu sekaligus membuatkan anda seperti di pukau oleh segala kata-katanya yang berbisa sehingga diri anda sendiri merana.. gila hiperbola! hahaha... Manusia ular biasanya agak sukar dikesan kerana mereka amat licik dan pantas pergerakkan, mungkin hanya setelah terlewat dan terkena baru anda menyedari bahawa anda selama ini telah terjerut. Antara contoh yang mungkin berkaitan adalah kes rakan yang menceritakan tentang kehidupan beliau yang sering ditimpa masalah itu la ini la, lepas satu- satu, mmg tak habis la hidup dia dgn masalah,mcm crita sinetron bwg putih bwg merah, asyik2 dia ja jadi bwg putih...Lantas dia akan meminta belas kasihan anda untuk meminjamkannya sedikit wang, sikit2 lama2 bergunung, kalau bayar hutang Ptptn korang pun dah abeh bayar. Biasanya cerita beliau akan sedikit berbeza mengikut genre manusia yang diketemui, kalau dia jumpa anak orang kaya sikit, genre crita dia dah jadi ala2 classical balada, nak mahal je sume crita dia... Harus berhati2 ye dgn manusia sebegini, kalau rasa suspicious sgt, boleh la buat background check atau try uji dia dgn crita yg sedikit ditwist dari versi yg dia sendri cerita, kalau dia boleh igt balik crita yg sama, mmg beliau seorang ular yg hebat melingkar~



No. Quatro
Manusia I'm The Best!
Ni jenis manusia yg bukan hanya akan menyakitkan pendengaran anda tetapi akan menyebabkan dosa anda bertambah berkilo2 sebab korang konfirm akan menjadikan agenda mengutuk beliau sebagai menu harian, kalau tak kutuk tak lengkap hidup anda seperti coca cola tanpa cola...coca shaja tidak sedap bukan bunyinya? Manusia I'm The Best ni kalau bab bersembang, masyallah, seluruh kekayaan di langit dan bumi ini ana yg punyalah! Sembang pasal bola, haa dia la tao semua skill yg wujud,Alex Ferguson pernah offer dia main dgn MU tapi time tu lutut dia injured pulak,so tak dapat la terima offer.. sembang pasal MLM, dia la penah join 30 jenis MLM yg pernah ditubuhkan (tapi tak kaya2 jugak pun~), sembang pasal projek, dia dpt projek 10billion kat selatan Thai,pernah minum kopi sekali dengan thaksin sinawrat(tatao eja nama dia)...panjang kata, semua pendek kata ada kat dia la, Jikalau tidak penuh ilmu didada,masakan everest boleh ditakluki. Sekaligus kita akan merasakan seperti diri kita amat rendahhhhhh sekali jika hendak dibandingkan dengan beliau~ sob sob sob...Chek ada SPM ja.... Ampa ada degree..takpa la....




Pendek kata, ni la sebahagian dari shorlisted manusia2 yg kalau boleh anda berkawan ja, tapi jangan jadikan RAKAN. hehehe fikir2 lah sendiri.. tapi itulah dunia kan? kalau semua orang sama ja dlm dunia ni, tak meriah la pulak kan... =P

p/s : kawan makan kawan juga amat perlu dihindari!

Sunday, March 6, 2011

Terima Kasih Cinta

Last Saturday, i mean dua hari lepas, my first time went to IB (istana budaya) for a theatre (sooo jakoon)..sob2..

On friday nite, suddenly got a message from my gals, tnya soalan tergempaq , " weh ang nak tgk Terima Kasih Cinta dak? Sabtu malam tiket Rm30 ja...Nak, cepat. Nak book tiket (sumting like dat la message tu)"

Haaa...tunggu pa g, tiket morah ja, weekend lak tu, mmg baik mengeluarkan diri dari kepompong comforter untuk sesuatu yg lebih berfaedah. Maka tersampailah di Istana Budaya for the First time ever setelah sekian lama dok tangguh2 nak g tgk teater mcm2, last2 tak jadi.. so kali ni terjadi la jawabnya,amin...

Sedia maklum pakaian haruslah smart casual ye rakan2...No Flip flop (slipar jepun,korea,british,america dan sebagainya berbentuk selipar), Flats takpe, No faded jeans or terkoyak2 jeans, and No round neck shirt ye. Tapi alasan first time datang sini boleh diterima la jugak bergantung kepada tahap keikhlasan anda memberi alasan kepada penjaga pintu. Tapi....parking mcm tutttt...Jauh nak mampos, and wearing a high heels is not  good idea at all...ok Noted!


so, everybody like end up dress up like an office gal. haha hantam saja la labu..opss...ada seorang guy di gambar dan seorang lagi yg mengambil gambar.(to be reveal)



No food and drinks are allowed in the hall but since aku tak sempat nak jamah apa2 sebelum datang ke IB, so perut sudah mula berkeroncong Kalau Kelaparan Jangan Tunggu Lama-lama, Kalau dah berkenan, Marilah Makan Bersama.... Terima kasih kepada mokcik2 yg joai senwich depan pintu masuk, aku tatao la senwich t betol2 sedap or sedap secara tak sengaja sebab aku mmg kebuloq nak mampos time tu...haha


About the theatre, barisan pelakon yg agak hebat2 belaka, Safura,Norish Karman,Tony Yusoff, Anding (luv him in Ghost),Deja Moss and ramai lagi, this musical theatre is sumting not to be regret for. Thumbs up! Termasuk foot thumbs! Luv the sets and the songs. Macam tgk glee versi Malaysia la pulok.. 


oh silau...matahari dekat sgt keee.. haha


the sets can be moved in and out according to the hightlighted scenes. simple but cool~ luv the dance move and the harmonize background choir/dancer/supporting actor/actress. Evryone there is sooo talented!

Pendek kata it's a great first time experience watching a musical theater for me with my fellas and my beloved 'photographer'.


and here's the cats!! eh.the casts!! the real casts kena berator la pulok kalau nak bergmbar, xpe la...my frens picca worth more than any artist picca...hahaha snob gila aku...


and wats worth more than that is this...

haaa...Bukannnn!

ni la..

me n my photographer....hihihi btw, that guy in black..what is he doing there? syuhh


untuk perjalanan pulang ke kenderaan, korang boleh singgah depan balai seni lukis untuk posing di sculpture ni plus the lighting is damn good, thanx to the kilowattss spotlight!

and u dont need any fair and luvly or any skills in photoshop anymore to make u look 'brighter' than usual. =P


p/s : cant wait for LAT THE MUSICAL this 2nd of April. See ya guys!!

Monday, February 21, 2011

Tips Keselamatan Mudah Untuk Pemandu Perempuan

i'm not being a gender racist (ada ka istilah ni?) haha..just for my fellow gender thoughts only ye, kepada para kaum adam juga jika hendak mengaplikasi,tiada masalah dan yuran tambahan dikenakan. Jangan panik.

sebagai seorang wanita juga dan juga pemandu juga, saya juga rasa agak terpanggil untuk memberikan sedikit tips keselamatan kepada wanita-wanita lain agar kecelakaan seperti rompakan, kecemasan dan rompakan (penegasan di situ) dapat dielakkan. Insyallah~ so lets cekodok!

1. Hal Ehwal Beg Tangan.
Soalan paling wajib? Kalau kita drive sorang2, kat mana tempat paling selamat untuk diletakkan beg tangan anda yang pelbagai jenama itu?


a : adakah di bawah kaki anda?
b: adakah di atas riba anda?
c: adakah di seat sebelah anda?
d: adakah di seat belakang anda?
e: adakah di bawah seat depan bersebelahan anda?

mari kita kaji situasi setiap satu.


Jika A : di bawah kaki anda.
Mungkin kelihatan seperti selamat kerana payah orang luar nak nampak, tetapi..TETAPI, akan membahayakan pemanduan anda kerana adalah menjadi kesalahan besar jika diletakkan apa-apa barang seperti kasut,beg,bekas even slipar skali pun di bawah kaki anda kerana ianya akan mengganggu pemanduan anda, silap2 anda tersalah tekan pedal atau lagi teruk, kasut anda yang tolong tekan pedal dulu sebelum kaki anda sempat menekannya. Paham situasi tersebut?

Jika B : di atas riba anda.
wow, gebu paha cek....haha just kidding. Lihat2...anda sudah terbayangkan mata-mata sumbing yang sedang tersenyum kambing cuba mengambil kesempatan di sebalik tingkap kereta anda yang tidak ditinted dan cerah seperti akuarium. Tapi bukan itu maksud sebenar situasi. Maksud sebenar, adalah agak menyusahkan tuan punya badan jika anda meletakkan sebarang barang alatan bahan di atas riba anda ketika anda memandu, ibarat anda cuba membuka padlock solex dengan menggunakan sebelah tangan. (aku benci padlock solex..haish). Pendek kata, dah la payah untuk anda pulas stereng, tambahan pula jika beg anda boleh dikategorikan sebagai mini saiz of luggage Polo, tak rasa macam ada koala bear dok melekat depan muka ke cik kak? Bhaya2..


Jika C : di seat sebelah anda.
Ibarat pepatah, Buaya darat mana yang tak makan daging terdedah? It is so obvious kot. Bayangkan anda seorang peragut/perompak, mungkin ini dialog harian anda, " Mari kita rompak perempuan kereta biru itu, beg tangannya berada di atas kerusi shaja, dan cermin keretanya tidak bertinted,senang shaja untuk dipecahkan dan dilarikan. Tambahan pula dia bawak kereta manual, mesti dia terkejut dan enjin keretanya mati sebelum sempat mengejar kita." (begitu skema perompak zaman sekarang berbual..tapi kenapa mesti lelaki selalu cakap perempuan tak cekap bwk kereta manual haaa? panas neh..ok, teremo pulak.)
SO, DUN EVER EVER PUT UR HANDBAG ON THE FRONT SEAT NEXT TO U! Faham! cos dh banyak kes rompakan terjadi sebab hal macam ni.


Jika D : di seat belakang anda.
Ada dua jikalau di sini, if kereta anda tinted baik punya, ok..boleh. BUT, if kereta anda clear sperti akuarium baru keluar kedai ikan tak sempat membesar dan membiak, better NOT. Kenapa? Satu sebabnya, belakang seat anda ada siapa? Bodygad? Tiada sesiapa bukan? Dan..Mata anda berada di mana? Di hadapan kepala anda bukan? So....siapa yang akan tolong tengokkan beg anda di belakang mata anda? Jawapannya, "Mestilah aku!" Jawap si perompak tersebut. Even if korang cuba2 cover beg anda dengan jacket ke, fail ke hape ke, still bahaya la cos lagi lah mendatangkan curiga kepada orang yang memandang. Benda apa itu disebalik kelambu? Emas? Laptop? DSLR? dan pelbagai lagi tanggapan yang boleh dikemukakan oleh para perompak sedunia. Maka, it's a NO NO ye. Plus, payah kot korang nak ambil wallet or duit masa korang nak bayar tol or anythg emergency.


Jika E : di bawah seat hadapan bersebelahan anda.
This idea might sound good but from my thought, it's not good enough cos banyak restriction yang mungkin terjadi. Misalnya, jika anda pemandu sebuah MYVI atau kereta perodua lain, anda mesti sedar akan kewujudan sebuah compartment di bawah seat bersebelahan pemandu. Cmno korang nak sumbat beg korang yang bersaiz super XL tersebut di dalam compartment yang kalau letak wallet aku pun dah tak boleh tutup. SO, u all will end up putting ur handbag di kawasan kaki seat tersebut, bukan di BAWAH. Risiko untuk beg anda dirompak dengan mudahnya adalah sama sperti kes C tadi ye... Just angle untuk perompak bertindak tu je lain skit. Tapi u all have to bear in mind cos perompak/peragut neh kebanyakkannya terer merempit dan jenis yang amek cornering lutut rapat kat tanah punya lah...so setakat nak turunkan dengan badan sebanyak 45 degree tu is nothing la....Dorang boleh buat smpai 180 degree u know, smpai menyembah tanah wa cakap lu. So, beware!


Ish, kalau dah semua situasi tak bolehm habeh tu nak buat cmno? Pakai beg plastik pakai buang je la..


Haaa...menurut pendapat professor shirota pakar bakteria baik dan jahat yakult, ada satu penyelesaian yang mungking berguna dan boleh diaplikasikan untuk semua jenis kenderaan. Anda tidak perlukan apa-apa modifikasi tambahan kepada kereta anda, hanya perlukan...


Seat Belt dan Ruang Tengah Antara Pemandu dan Penumpang Hadapan.


Tak caya?

Meh nak eksplen, (harap maaf, gambar sebenar kejadian tidak sempat dirakamkan la) nanti2 aku terai pakai hp 3310 aku amek gambo tgk..sob2)


Begini caranya.

1. Masuk sahaja kedalam kereta, sebelum enjin dihidupkan lagi, terus anda kunci kereta. Especially jika anda berada di kawasan yang agak sunyi dan gelap.


2. Kemudian anda letakkan beg tangan anda di ruangan tengah antara pemandu dan penumpang hadapan. Atau dalam erti kata lain, di belakang hand break (bagi kereta yang hand break di tengah la).


3. Dah letak elok2, beg tangan anda mesti ada tangkai, tak kisah la satu atau dua atau lebih, anda hanya perlukan satu sahaja tangkai/tali beg tangan anda untuk langkah seterusnya.


4. Pasangkan tali pinggang kaledar anda melalui/menembusi/ menerusi salah satu tangkai/tali beg tangan anda. Jangan pasang menembusi/melalui kesemua tali/tangkai yang ada, nanti payah nak selak beg anda in case nak amek barang ke hape ke. Tak paham? adoih...jap nak try bagi sketch..



cantek kan saya sketch pakai paint? (payah gila pakai paint rupanya..wahahaha)

neway, i hope u guys paham la kot berdasarkan ilustrasi tersbut. Tujuan sebenar saya menyuruh anda 'mengikat' beg anda dengan seat belt dan diletak di kawasan tengah antara pemandu dan penumpang hadapan adalah kerana dua perkara.

Pertama, if ada peragut yang kental jugak nak meragut, lepas dia pecahkan tingkap, dia sentap beg anda, anda rasa siapa yang akan tersentap dahulu? At first mungkin, mungkin anda akan merasa sakit sedikit kerana seat belt anda disentap tapi trust me, if anda dah 'lock' beg anda di seat belt, seat belt tu akan tekan beg anda dengan kuatnya dan takkan tercabut pun if disentap oleh mat perompak seberat 50 kilogram. Ditambah dengan force dari kereta anda yang seberat beberapa tan, rasanya Badang Mawi je la kot yang mampu melawan kuasa beban. Unless if ur tali hand beg putus dulu, yang tu berserah kepada takdir je la...len kali tali beg tu pakai tali kapal. Payah nak putus.


Dan sebab kedua adalah, jarak antara kawasan tengah tersebut dengan tingkap kereta anda adalah agak jauh, lebih kurang 3 kaki jugak la,bukan cap kaki tiga tetapi ukuran 1 kaki bersamaan 30cm.(lebih kurang) Cuba anda ambil pembaris panjang (30cm) dan anda ukur tangan anda, berapa kaki kah tangan anda? Tangan saya berukuran tepat dua kaki. Anda? Jangan diukur pakai kaki anda pula ye. Paling kuat pun 2 kaki lebih je la kan, not more than 3 feet rite? SO, anda dah bagi gap untuk perompak dari directly hangkut beg anda dengan mudah compared to anda letakkan di atas seat atau di kawasan kaki penumpang hadapan. Tmbahan pula, anda boleh squeeze2 beg anda hingga betul2 berada di antara seat, lagi cun dowh..Konpem terlindung dari penglihatan manusia nakal punya la. Kalau si perompak tu kental jugak nak amek, dia kena at least masukkan suku badan beliau ke dalam kenderaan anda, time ut anda dah boleh tekan pedal minyak kuat2 bagi dia jatuh tergoleh terhantuk kat pintu kereta anda, of if anda tengah berhenti di trepik lite, anda mungkin sempat capai henpon anda untuk mengambil gambo si lahabau tersebut, letak kat youtube bagi kat polis atau ahloong. Sebab Lu Langsi, Lu mati loo...


Jadi, sekian sahajalah tips untuk kali ini, harap maaf..'ter'panjang la pulak tips neh secara tak sengaja...

Next time kita akan berbincang soal kedua iaitu, PEREMPUAN HARUS TAHU MENUKAR TAYAR KERETA SENDIRI.

Mungkin berguna untuk para wanita, if rasa ada kekurangan, boleh di komen2 di sini sebab ini pun berdasarkan pengalaman hidup sendiri sahaja~ Tidak dicilok dari mana2 akta hal ehwal dalam negeri dan lembaga filem negara.


GOOD LUCK!

p/s : antara alatan lain yang perlu ada dalam kereta untuk tujuan keselamatan adalah, spana boleh laras...tujuannya, untuk mengetuk orang yg tidak berguna tersebut. Cari laras yang paling besar punyaaa..

Wednesday, January 26, 2011

Janji Alyaa

amacam tajuk? ada klasik tak? mcm janji diana~

bak kata pepatah, hutang emas dibawa belayar,hutang budi dibawa mati.. eh... apa2 la..yg penting, apa yg cuba disampaikan adalah, I STILL OWE U GUYS LOADS OF ENTRIES! kan kan? kan~....

dun wori, walaupun vitamin N (nyanyuk) ada banyak dalam punya duduk, tapi dengan berbekalkan blog ini yg masih wujud, maka segala hutang akan saya selesaikan dalam jangka masa ter'dekat'. ye...jangan la emo bila ada entri senikpik tapi dari tahun lepas dok senikpik tu la,sampai senokperok dah korang tunggu..semok semok..

almaklumla,saya ni berkerje...(alasan...)

akan datang seperti yg dijanjikan ye, Dun wori naik ferrari be happy~ (tgh angkat pledge nih)

Saturday, January 8, 2011

Koleksi Gambar Panas Si mata biru, Kelabu dan dot dot dot

as promised....tadaaaa...a short picture-story of my anak-anak yg limited edition. Lets Cekodok!

(Amaran !!: gambar-gambar beresolusi agak tinggi untuk kepuasan maksimum. Harap maaf jika mengambil masa yg agak lama untuk loading..hehe)




we shall started with...



 hi..my name is Bubu Junior. I look exactly like my mother (Bubu - passed away..huhu). Except for me having two different brightness of eyes. One is darker than the other. Hot aite?~ do add me on Facebook y'all!
You might also like my sista and brothers. Lets cekodok~ miaooo






 the white one is Uteh. Her name is so 'kampong' u noe, but she can speaks london cos she has a pair of ocean blue eyes.. blue eyes blue eyes, wats the matter matter~







This time for africa! this one is also my brother/sista. i dunno~ getting confused with their gender lately... his name is Aboo.. yeah rite, another kampong name. Though he also blessed wit blue greenish eyes, but he couldnt reli speaking london yeah cos he's from africa.. man.. See the colour la... waka waka eh eh..

 Oh hey hi! I'm Aboo. Nice meeting y'all. Miaooo







 And meet Titan Junior! Why always put the title 'Junior' on the new generation of mafia haa? Hmm it is bcos, takkan nak letak nama Siti Salmoon bt Salikin pulak kan. (no more idea of giving name sebab terlalu banyak new generation every year...)


 Oh gosh! She capturing me again....Can u give me some privacy???







 Oh, the blue eyes blue eyes wats the matter matter again. C'mon, say hi to people, u arrogant.






 Oh, almost forgot. Thanx to the gebu one, Snowi, for giving birth of those lil monters mentioned above reference. Congrats! U r a mommy! Hari ibu boleh bagi kad ucapan terima kasih kerana melahir dan membesarkan anak-anak dengan sehat dan cergas.







 This orange freak(Merah) is one of the older generation. He's sooo freak man..  Try to get closer to him, definitely he will say , " U monster! Stay away from me, 100 yards away! And i meant it!"... Ok, fine~ pfttt






 Me (bubu junior) always wanna take a gud care of my sista/brothers cos im the older one and im a very caring sista you know~







Snowi : Yeah, watever ~






 Snowi : Hey watchout! Jatuh nanti jd bengap. Mama tamao ngaku anak lagi dah~






 Aboo : Mommy look! I win! arghh gayat~
Titan junior : makan pokok lagi best, tak educated langsung pnjat pokok. Dumb cat.







 Oh, this is Jelo! My fav cat!






 Dah tua bangka dok menyusu mak lagi..Tak malu~






 Hey, i want to show my eyes again! Look!






 Mee too! owh, hitam itu menawan~








Watever u guys, im the hottest cos i can be inside the house. And u noe why, cos Im J-LO. Do i need to explain that to u hah? Nah~




Sekian!

p/s : semua ini adalah generation ke brapa ntah yg dah bersarang kat umah aku. Ada lagi yg berkeliaran di skitar kawasan rumah tapi tak nampak sgt batang idung. harap terhibur!

Thursday, January 6, 2011

CUit-cuit Sikit

hola my blog/blogger! miss me? alolo, majuk lak.. nanti kite beli eskrem malaysia 10 sen tu eh..perisa sirap ok?

picca uplod dulu ye...kena tunjuk sikit2 dulu, baru keghairahan untuk dapatkan lebih tu berkemuncak. Bak kata pepatah, "Bagi betis mesti nak paha" kan? =P


 final seconds of 2010





 apabila anak harimau di kurung






 akibat kurang didikan moral kepada anak-anak






 koleksi gambar panas si mata biru






konspirasi menjatuhkan empayar terhebat


coming soon in theatre as soon as possible (depending on the buzinesss of the producer)

Tuesday, December 28, 2010

The Cutest Cat ever is Back!!

sebelum ni, kpd sesiapa yg dh pernah tajuk entri seakan-akan begini di blog aku mesti akan tertunggu kemunculan makhluk berbulu gebu berwarna putih dah bermata kenit ini muncul kembali. tanpa melengahkan masa...sebelum tu, sila ambik bantal busuk anda atau apa-apa bahan lembut yang bakal menjadi pelepas geram anda.

are you redi bebeh?

PRESENTING!!
















































puas tak? kalau tak puas jom g jepun, kita ganyang kucing ni! hahaha

p/s : tumbuk bantal stoberi~