Antara pekerjaan/pekerja yang bila dorng buat slack baru kita perasan akan kehadirannya adalah:
TOLGATE GIRL/PENJAGA TOL YANG TERTIDUR KETIKA MENJALANKAN TUGAS
Slalunya kehadiran tol gate girl kurang disedari bukan hapa, sbb kadang2 kita tak tgk pun muka dorang tima bagi duit, especially duit yg kita bg takde change, lagi la lebih excited tgk lampu hijau palang menyala especially kalau pukul 8.30 dh tapi masih berada di atas jalan (matila dgn boss). Tapi kita akan perasan jikalau geng2 penjaga gol ni tak buat keje. Sbb.....Haila cik kak. Patut la aku dok hulur duit RM1.60 ko tak hambek2. Slalunya pantang kita lambat sikit je mesti buat muncung Makcik Wok. Mentang2 la bulan ramadhan, jgn la tidur kat dlm tu kak, dh la dok panggil2 byk kali baru nk tersedar. Letih buat kuih raya eh smalam kak? hahaha..lawak pun de sbb first time aku tgk tolgate person tertidur time keje. Tringat lak kat kawan aku sorang yg bernama Iman (bukan nama penuh..haha) yang mempunyai kebolehan tidur dalam pelbagai posisi dan kondisi hatta sedang berdiri skalipun. hehe jgn marah Iman. PROMOTER YANG MENYURUH KITA MELAKUKAN PENGIRAAN MATEMATIK SENDIRI
Sempena musim sales yg pelbagai jenis ini, mid season la, end of season la, beginning of season,winter sales,autumn dan sebagainya (setahu aku Malaysia ada 3 season ja iaitu, Musim Sederhana Panas, Musim Panas dan Musim Terlampau Panas), dapatlah kita lihat berpusu-pusu manusia ber-uang yang sanggup beratur pnjg smpai ke tengah jalan tepi trafik light semata2 nk apply SOGO card sbb kalau tadak card kira normal price je. Cheh..pandai depa nooo... takpa2 nanti aku buat sopping complex sndiri, aku kenakan yuran per entry trus. haha cepat kaya.Dan pelbagai la juga simbol-simbol sebegini yang dapat dilihat. %%%. Bermakna diskaun la ye. Bukan markah kertas peperiksaan Julai. Dan harga yang diletak sebagai harga sebelum mesti lah dua kali ganda dari harga asal semasa bukan musim sales, so dat lepas dorang letak simbol 50% off tu, org dh jd macam Pussycat nampak Tweety. "WAH MURAHNYA!! 50% off TUUU". bengong bengong bengong.Cepat kaya la tokey kedai. (Aku jeles sbb aku bukan ber-uang)
Crita pasal promoter pulak, mestilah dorang pun sibuk la ikut punggung kita even kita hanya sekadar menjeling 3 saat ke arah barangan jagaannya. Maka bermulalah episod tragis.
Aku : "Dik, brapa harga wallet neh?"
Promoter : "30% diskaun kak"
Aku : ............ (berkata di dalam hati) "aku tny harga la..." Sekali lagi aku mencuba, "Harga before dia berapa sbb takde tag pun?"
Promoter : "Ada kt dalam" "Ada 30% diskaun"
Aku : "Oh. ok" " RM289.90 tinggal brapa?"
Promoter : "30% diskaun kak" (masih tercegat di situ tanpa berusaha untuk mengambil alat kiraan, sempoa ke calculator ke at least kertas and pen pun jadi la)
Lantas aku pun terus berkata smbil hati membengkek disebabkan kadar kelembapan promoter yang amat tinggi
Aku : "Ok, boleh pinjam kalkulator atas meja tu tak? Saya SPM math dpt gred 6 ja." (huh!)
I mean, kamon la...U DINT EXPECT ME TO DO MY OWN MATH KAN? kalau harga yg diberi tu dalam gandaan yang sempurna tanpa titik perpuluhan pelbagai jenis sen mungkin aku boleh terai congak sambil tercangak. Dh keje sbgai promoter, promote la benda tu elok2, bukannya kita nk dorang explain brpa peratusan kulit dan pvc serta dari sumber mnakah datangnya bahan mentah barangan tersebut. And paling tak leh blah, bab ikot punggung org cukop terer smpai rasa cam nk pusing ikot dia balik je bagi dia rasa apa feelingnya apabila punggung korang diperhatikan dari belakang. Adoi...letih den..aku pun pnh jadi promoter jugak, mmg la letih tapi dh tanggungjwab mcm tu...buat la dengan betul.(renungan untuk hari ini)
WAITER/WAITRESS YANG BILA DITANYA MEMBERIKAN JAWAPAN "TAK TAHU"
Clean n clear rite title ini? Bila ke kedai makan yang baru, nampak menu macam2, Siakap Takde Rasa, Nasi Goreng World, Mee Kongkang, Soteng California dan pelbagai lagi nama makanan yg membuatkan keghairahan ingin tahu sgt tinggi. Lantas kita mesti la akan bertanya kepada tukang amek order a.k.a waiter/waitress tentang hapa benda alah Bihun Goreng Tsunami?
Dan jawapan yg biasa di dengar adalah "TAK TAHU LA", "ENTAH", "DUNNO", "WO PU CHE TAO", "TARAK TAO" yg sama waktu dengannya. How disappointed!!! adoi.......abeh cmtu cmno nk order bnda2 yg gempak itu jikalau tidak mengetahui wadehell is dat thing?? Last22, end up order menu standet iaitu nasi putih, tomyam cendawan dan telur dadar. Sadis toi la..... Ye la, mmg bukan waiter yg masak suma tu tapi waiter sebagai perantara antara pelanggan dan tukang masak, unless la klu tukang masak sendiri yg jadi waiter, tu lain citer. So, they should amek tahu la benda2 mcm tu, bukannya sibuk amek tahu anak tukang masak cantik, umor baru 16 tahun, g skolah nek basikal. Yang tu dorang tahu lak. Haish..apa nk jadi....
pelbagai lagi contoh2 yg boleh dikongsi tapi xpela, byk g keje lain nk wat neh, so, to all people out there and also to my self, if we've been given a task, a responsibility even as tiny as mapley jual paper pun, at least perlu la tahu basic2 info yg slalunya yang akan ditanya oleh orang ramai. Barulah bos korang cepat kaya n korang pun leh dapat bonus byk2. Tak gitu?
Sekian, wabillahhitaufikwalhidayah. Salam Ramadhan!!
p/s : nak g bazaar ramadhan kt tempat lain lak la..hoho