Thursday, September 23, 2010

Arthur's Day. Muslim Should Be Banned From Attending!!

i dint know bout wadeholl is this arthur's day till i saw an advert in the cinema, this quote really caught my attention.

"TO ARTHUR's!!"

who is Arthur?

for a muslim like me, definitely i will never know the background history of an alcoholic drink. Wat for i want to know? Sedangkan pencipta Teh O Beng pun aku tatao...ish2.

After watching the full advert then i realize wat or who is Arthur. And why are they celebrating the Arthur's Day.

Here is some short info of it.


Arthur's Day refers to a series of music events which were first organised in 2009 to celebrate the 250th anniversary of the Guinness brewing company by its owner Diageo plc, using Freud Communications as public relations co-ordinators.
Those events took place internationally in the cities of Dublin, Kuala Lumpur, Lagos, New York and Yaoundé on 24 September 2009. The event was broadcast internationally on Sky TV, ITV2 and DirecTV.[1]6 million has been pledged to the Arthur Guinness Fund.


The Malaysian government had initially forbidden Muslims to attend as it contradicts sharia law due to the organiser promoting alcohol, a beverage which Muslims are not allowed to drink. Non-Muslims in Malaysia were allowed to attend if they wish.[14][15]  

Contrary to previous regulations, ANYONE above the age of 18 years can now participate.
 

Arthur Guinness (1725 – 23 January 1803) was an Irish brewer and the founder of the Guinness brewery business and family.

..................................................

Masih tak tahu apakah yg cuba saya perkatakan di sini?

Meh tgk image neh.



Guinness Beer

Ini pula sambutan yg bakal di adakan di MALAYSIA.





and also...


Happy Hour tidak bermaksud Waktu Bergembira. Happy Hour bermaksud free flow of beer to all yg datang. Tak kiralah anda seorang Muslim atau sebaliknya.

I am so confused......... why the government suddenly changed the rule of participation. Now, EVERYBODY CAN GO TO ARTHUR's DAY AND WILL DEFINITELY CHEERING THAT WORDS, "TO ARTHUR!!"

wat for??? i mean for a MUSLIM, want to celebrate this kind of celebration. Arthur is not our Legend, not our Tokoh Negara, and definitely NOT EVEN OUR TOKOH ISLAM!!!

Yang bertambah pelik, boleh pulak official radio offer free admission tickets to go to Arthur's Day. And KEBANYAKAN boleh dikatakan Majoriti manusia yang kol untuk dapatkan dat ticket is MUSLIM in name.

I dun mind if my Non-Muslim frens want to go there to celebrate, but kamonlah wahai umat Islam....Aku pun pernah g konsert gak tapi not under this kind of Specific Celebration. If the reason of going there is to watch Flo-Rida,Sean Kingston or MIZZ NINA (muslim artist), korang boleh janji kepada diri sendiri atau even janji kepada tuhan yang korang tak akan sebut perkataan "TO ARTHUR's!!" tu? Konfirm la semua artis yang naik mesti end or first word dorang akan laungkan pastilah "TO ARTHUR's!!!"

Adoih...siapalah punya keje bangang yg boleh buatkan benda yang haram jd halal neh....Siap promote kt radio, means mmg no restriction la untuk sesiapa pun pergi ke celebration sebegitu.




Yang menambahkan kepelikan aku, takde pun aku dengar bantahan dr mana-mana pihak even di FB skalipun, takde org yang kesah ke dengan benda neh? Ke aku sorang je yang sengaja nak mengecohkan keadaan?




Konpius2!!!!


To all my MUSLIM frens, Say...

"HARAMKAN MUSLIM DARI MENGHADIRI ARTHUR's DAY!!  Non- MUSLIM ONLY ALLOWED."


Kalau nak sgt tgk artis2, tunggu konsert yang tiada kena mengena dengan celebration of mana-mana tokoh penggiat alkohol. Paham?

Wednesday, September 22, 2010

Tragedi Musim Tengkujuh

wada what? bila kadar kelembapan di luar tinggi, ram processor otak juga menjadi selo. Maka mengundang kepada pengabdian sebuah entri di blog ini tanpa pengetahuan bos. hahaha otak dh cramp dok ngadap 3d ja...nak mengadap tulisan 2d la pulak.

Tajuk entri sebenar mengimbau kembali nostalgia yang pernah terjadi secara langsung di depan mata aku suatu ketika dahulu. Alkisahnya adalah di antara aku, TNB (tenaga nasional berhad) dan juga sebijik kek. haaaa


Pada suatu hari.......... (masuk effect seperti batu dicampak ke dalam air yang tenang)

Tanggal 27 Oktober 2003( kalau tak salah tahun) adalah dimaklumkan terjadinya kejadian hari lahir aku disambut dengan meriahnya di kampung halaman. Adanya kerbau tumbang seekor, ayam 20 ekor, kambing golek juga ada. Eh, salah menu, tu menu kenduri kakak aku. Ok, jemuan biasa2 je, kek berdiameter 10cm yang disponsor oleh sesiapa yang berkenaan, tak ingat dh. Air sirap bandung, cikidis (keropok murahan) dan naget ayam ramly. Menu standard bukan? Kalau yang lagi gempak tu maybe kerana sirap bandung dicampur cincau. hahaha

Tetapi di alkisahkan, berlakunya ribut taufan yang agak dahsyat pada malam tersebut. Pokok kelapa bergoyangan dan meliuk lentok ke merata-rata arah. Tapi lebih ke arah timur ke barat kalau tak salah ingatanku. (gila hebat ingatan). Maka ketika lilin di kek sedang redi untuk aku tiup, salah seorang dari ahli keluarga aku ditugaskan untuk menutup lampu bagi meromantikkan keadaan semasa.

Tup! Lampu terpadam. Tetapi, kedengaran suara sumbing berkata.

"woit, awat tutup abeh semua lampu, tak nampak hapa pun neh"

Orang yang bertugas sebagai penutup lampu pun kehairanan.

"Aku tak tekan suis pun lagi neh"

Semua terdiam. Jeng Jeng Jeng....

Sekilas ternampak percikan api di luar rumah berdekatan jalan utama.

"Fuyooo...kabel letrik putus la pulak!!"

eh..salah ekspression. Ini ekspresi sebenar.

"Masyallah, kabel letrik putus!!! Danger danger!"

Kaget. Dan seperti kisah2 drama di talibesen, bukannya semua org akan bertindak, mesti akan terpegun dan terpacak di mana berada paling kurang selama 10 saat dulu. Pastu baru sedar diri untuk melarikan diri ataupun yang mempunyai IQ lebih tinggi berbanding yang lain, akan menelefon pihak yang berkenaan.

Maka, aku yang berlakon sebagai watak yang berIQ tinggilah menjadi heroin dalam crita tersebut. Lantas aku menelefon TNB. (sepatutnya aku kol siapa eh? takkan nak kol polis, polis bukan reti pasang kabel letrik. Bomba? Kalau ada mayat sangkut kat kabel letrik maybe bomba yang bertanggungjawab.Ntah..aku hanya mengikut skrip dan arahan)

Perbualan antara aku dan pegawai/operator TNB itu adalah seperti berikut.

Operator : Hello, TNB, boleh saya bantu anda?

Aku : Hello, saya dalam kecemasan ni. Saya cemas cemas.

Operator : Ok. Apa kecemasannya?

Aku : Cable letrik depan umah saya putus cik. Jatuh atas jalan. Kuar api nyala2. Angin kencang. Ombak bergelora.

Operator : Ohh... kat mna tu?

Aku : Depan umah saya kat No. ## Tandop, Alor Star.

Operator : Ok, boleh tak bagitau nombor tiang cable letrik tu? Kalau takde nombor tiang, kami tatao kat mna lokasi tu.Kami tak dapat hantar orang repair.

Aku : Kat mna ada nombor tu?

Operator : Kat tiang letrik tu la.

.............................................................

Paham tak?

Dialog ini di bawah ini adalah monolog di dalam hati aku selepas mendapat permintaan sedemikian oleh operator.

"Ok cik. Sat na. Saya nak p cari teropong.Terai teropong tgk kot-kot nampak. Superman cuti rini kak sempena besday saya, so takdak sapa yang ada ilmu kebal lagi dah yang boleh p dekat tiang letrik yang terbakar dan mengeluarkan  voltan berkuasa tinggi tersebut"

Sekian.

Tak paham jugak? buat2 paham je la....