Wednesday, November 10, 2010

Pagi Yang Sedar Menjamin Masa Petang Yang Cerah

Hai Hai Hai..Kembali Bersiaran Dalam Rancangan Selamat Pagi Manusia!

Segarkah anda pagi ini seperti ayam yang baru disembelih dan dijual di pasar? Jika tak segar, dun wori. Saya ada penyelesaiannya. Nak tahu mcm mna nak mendapatkan kesegaran pagi serta merta tanpa meningkatkan pemanasan global dunia? Lets cekodok!

Pertama
Ketika bangun pagi, perkara pertama yang anda perlu lakukan adalah BERENANG GAYA PATRICK STARFISH DI ATAS PASIR. Ilustrasi ini mungkin membantu.


Faham tak? Harap maaf, video ilustrasi oleh alyaa najwa tidak dapat diupload.Cara ini adalah cara termudah dan tidak memerlukan bahan tambahan dan peralatan sampingan, hanya memerlukan daya usaha dan cita-cita. Bukan hanya dapat mengurangkan ketegangan otot serta urat-urat anda, malah anda rasa berdaya untuk membuka mata pada pagi yang hening.... iyarkhh~


Kedua
Juga cara yang percuma tanpa faedah, eh, tanpa kos. Iaitu...LOMPAT BINTANG.

tgk tu..bagus keluarga haji azmir neh. sama-sama nak menyegarkan diri. macam ni la baru keluarga sihat.~ =)
(taken from keluarga haji azmir fotopages).So, lepas mandi or sebelum mandi or bila-bilalah sebelum korang keluar ke tenpat destinasi, korang buat lompat bintang paling kurang 5kali pun jadi la. Kompem korang segar-bugar seperti Sazali Samad baru lepas lumur minyak untuk pertandingan bina badan. Segar bukan? (euww~)


Ketiga.
Haa...penggunaan produk untuk mandian juga merupakan faktor penting menentukan tahap kesegaran pagi anda. Bau dan aroma yang bertepatan dapat menjana reseptor penggerak anda. Of cos la kan, takkan la korang suka bau sabun badan yang busuk? Masuk toilet je terus pitam,lantas amek MC tetiap ari sebab terbau aroma yang 'menusuk' kalbu setiap pagi. Takpun pegi keja/kelas dalam keadaan separa sedar ala zombie kampung pisang berbedak sejuk.

Antara pilihan-pilihan produk aku yang dapat memberikan aroma kesegaran adalah yang mempunyai based LAVENDER. Cos lavender can create a soothing and calming effect that will also work as anti-depression therapy.(tension sbb kena bangun pagi boleh dikurangkan). As for me, i will definitely AVOID the FRUIT BASED shower foam/sabun buku like orange/grapes/etc cos i dun want the feeling like eating my soap while taking my bath....huhu

Palmolive is the best Lavender Based shower foam in terms of the smell...But dun really like the sticky effect afterwards, payah nak bilas.

LUX's smell is the best! Various of refreshing aroma are available. I've tried, the blue one (pa nama tah), the purple (tak igt nama gak) and also the white one. Quite satisfying~ wangi2..and paling penting,senang bilas.

Bagi yang agak 'berada', boleh la p beli product yang lebih berjenama, sabun mahai kompem korang appreciate nak guna,guna setitik pun terus celik mata korang dan segar..(even tak best takat mana pun sabun tu~)


Keempat.
Dengar hitz.fm, hot fm, fly fm dan apa jua radio kegemaran anda yang mempunyai segmen pagi. Pasti anda terhibur. (takde eleboration..dengar je la radio tu)


Kelima
Get urself a simple and sufficient breakfast. Tak kisah la even sekeping roti pat segi (biskut kering) sekalipun. And a cup of ur favourite drink.Kalau malas, drive thru Mekdi or Kepci. Habiskan paling kurang RM5 terhadap meal yang menambahkan kolesterol. Breakfast is very important k. Serius2. Cos without having any meal/drinks from the moment u wake up, ur blood glucose level (glucose blood level? bloody hell level? watever) will getting lower and lower, this will cause dizzyness and low productivity kepada para pekerja.

So guys, sampai je office (if tak beli apa-apa breakfast) silalah serbu pantry. Bancuh neskepi classic (pilihan hati), setengah sudu teh neskepi classic (hidu dulu aroma mengasyikkannya) bersama 2.5 sudu teh gula halus, dicampurkan air panas dan sejuk untuk menjadikannya suam. A couple of jacobs wheat crackers disapu dengan peanut butter grape sudah cukop untuk brekpes saya. Now, i'm ready to update blog! Eh...to work!


Keenam.
All works and no play make Jakri a dull boy. U know wat i mean~ Kamonlah, we need some booster to make us hepi untuk memulakan 8 jam(konon) pekerjaan yang meletihkan (konon jugak). Apa cara saya 'beriadah' sebelum bekerja? I layan benda neh.

kihkihkih....

waktu lunch kalau dh abeh boring, aku layan benda neh..


Oggy And The Cockroaches. Watch more top selected videos about: Baby Laugh, Late Night with Jimmy Fallon

Laughter is not the best medicine, but at least it still one of the medicine~


Selamat mencuba!

Tuesday, November 9, 2010

Typo Seorang Blogger

TYPO? bukan TYCO ye, group animasi/imaginasi rekaan beradik bertiga KRU.

Dan bukan juga TYPOLOGY. Aku tak brapa rajin nak membincangkan jenis-jenis blogger yang ada di daerah kehidupan aku. Sbb aku bukan bizibodi sgt pun..Sikit-sikit ada la..hehe

Kepada para pengguna tetap papan kekunci teknologi terkini, pasti anda akan amatlah familiar dengan perkataan ini. Maka bagi mereka yang masih mengekalkan teknik konvensional penulisan berkertas, perkataan typo tidak akan wujud dalam kesalahan ejaan, kerana menulis adalah 'Writing' bukannya 'Typing', oleh itu 'Writo' mungkin adalah perkataan yang sesuai bagi cara penulisan begitu.

Pernahkan anda disound sebegini,

"Bro, asal la salah eja word "Floccinaucinihilipilification" tu...Sikit punya senang je pon"

atau

"Eh, ko mmg tak reti mengeja ke haa? Perkataan Assalamualaikumwarahmatullahhiwabarakatuh pun eja tak betul. Ada hati nak tulis blog~ "

(dialog adalah rekaan semata-mata, orang Malaysia semua berbudi bahasa la..tegur pun mesti cara berhemah kan?..heee)


Ehem... dan aku sebagai seorang yang memang terkenal sebagai seorang minah typo, bukan setakat typo penulisan, kadang-kdang 'typo' aku juga berlaku ketika percakapan aku berlangsung. Tak caya? Tanya kawan-kawan aku yg disayangi. Betul tak kawan-kawan?

Aku memang akan tergelak balik bila aku baca entri blog aku sebelum-sebelum ini dan segala bentuk typo pernah terjadi.

Antara yang paling di ingati adalah..


Anda sedang bershopping dgn boypren anda, anda ingin bertanyakan pendapay beliau tentang pakaian yang kita baru ambil dari rak display,

Sanay wala na wakas?(betul tak eja?serius aku tatao) Panday tambi? Wat r u trying to say hay hay??


Dan juga...

Sedikit sneek peak on wat happen on that day.....

Peak?? watdawat? Menuju puncak gemilang cahaya???hahahaha cheh


Dan juga

Jai BE SAFE ON THE ROAD, GOING TO FAST IS DANGEROUS

Jai?? U got to be kidding me...Jai mna pulak neh.... (dem~)




Dan juga


Kalau eksiden je mesti eksiden, kalau tak eksiden, cun je jalan tu even kereta berselisih 5cm dari bahu ke bahu.

Wat!! Who wrote dis?? (simpan muka bwh tilam~huuu)



Dan juga

..............


macam2 lagi la..if korang ada terperasan ke-typoan aku di mna2 entri hatta di entri ini sekalipun, mohon maaf beribu batu sbb aku mengaku aku rabun. gagagaga

peace~


murni tak niat aku mencari kesalahan sendiri? (terus jadi tak murni sebab riak)




p/s : boleh tambah nasi...silakan..(JANGAN!) hihi

Monday, November 8, 2010

Pemandu Malaysia Yang Tegar

Setiap hari anda pasti akan berhadapan dengan pelbagai karenah masyarakat Malaysia yang memandu di jalan raya, tidak kisah lah jalan itu merayakan raya puasa, raya cina atau raya deepavali, jalan raya pasti menjadi tempat berlakunya pelbagai peristiwa yang diingini dan juga tidak diingini. Ibarat Menunggu Telur Separuh Masak Di Mapley, Kadang-kdang kadar kemasakkannya sempurna dan kadang-kdang boleh dipotong telur tersebut dan diletakkan bersama mee rebus. (.....)

Apa yang cuba disampaikan adalah....(napa aku tak leh fokus??)...aiyook

Tune jap....emmmmm..

Haa, nak crita pasai perkara yang aku pantang skali bila terjadi pada diriku ketika memandu. Mungkin ada antara korang-morang juga pernah merasakan dan berada dalam situasi begini. Lets cekodok serba sedikit pantang larang ketika memandu.


Pantang Larang 1
Situasinya adalah ketika anda sedang berada di persimpangan dilema jalan,dan telah memberikan signal untuk masuk ke simpang/corner jalan yang bertentangan. Keadaan lalu lintas masyaallah, bahaya lah bahaya. Tiba2 kenderaan di belakang anda membunyikan hon tanda menggesa anda untuk bergerak sedangkan dia sendiri nampak segala bapak tiri mak tiri semua laju-laju belaka.

Monolog luahan hatiku berkata :
"Hang rasa hang tera? Mai la kona... kita tgk sapa yang kena"




Pantang Larang 2
Anda nampak ada sebuah kereta .....(sila isi apa jua jenis kenderaan pilihan hati anda) di hadapan anda sedang terkial-kial nak masuk side parking. Anda selaku pemandu berhemah yang penyabar, anda tunggu je la belakang kereta tersebut tanpa membuat apa-apa perlakuan yang mampu menambahkan tahap adrenalin pemandu tersebut. Kejap ke depan, kejap ke belakang kereta tersebut. Sikit punya lama anda bersabar akhirnya lepeh la jugak untuk anda lalu, dan bila anda berselisih je ngn kereta tu, anda nampak pemandunya ada rokok di tangan.

Epiloq kesahku bersuara :
"Ampeh chop suey toi, patut la terkedek-kedek cam kora,tumbuh kulat aku tunggu dalam keta. Yang rokok pun nak isap, stereng pun nak pulaih. Aku suroh hang isap stereng smbil pulaih rokok baru ang tao~"



Pantang Larang 3
Anda berada di barisan paling hadapan di trepik lite. Lampu merah sedang berkumandang, sejurus selepas 0.3 saat lampu hijau menyala, anda baru ja lepas masuk gear, kedengaran bunyi hon sumbang dari kereta belakang.

Kebuloq jiwaku berucap :
"Wah, sungguh cepat,pantas dan saksama mereka. Tak sempat sampai satu saat dah dikira sebagai penalti. Sabaq la weh! Bukan aku nak tidoq kat sini! Chet~"



Ada lagi....To be continue...Battery hayat dah menyala~ Gudnite...

Sunday, November 7, 2010

I'm Feeling SOoo Gay Today!

Gay = Hepi.. Jangan tatao~

so, let's brighten up our day with dis energetic isotonic video bebeh! (nak update lagi, tapi wat keje dulu..hehe)