Showing posts with label makan-makan. Show all posts
Showing posts with label makan-makan. Show all posts

Monday, January 17, 2011

Rugi Woo Tak Kenai Aloq Staq Pt III

since ramai(ramai ke) yg msg memberitahu tntang betapa sukenyee mereka terhadap entri mengenai ALOR STAR bandar aman damai yg pernah di utarakan sebelum ini dalam dua bahagian, so, dengan ini adalah dimaklumkan bahawa entri mengenainya bahagian ketiga akan dijalankan bermula.....sekarang! yeah bebeh.

Areyuredi??

Lets cekodok.

Apa lagi yg tertinggal eh...Haa...we shall start with ..ROJAK!


ROJAK
Jika anda menyebut perkataan rojak di kedah(utara) hanya satu benda yang akan direfer, iaitu, ROJAK BUAH.
Tiada istilah rojak mee, rojak bihun, rojak kuetiau dan juga bahasa rojak di kedah kerana, ROJAK MEE TIDAK PERNAH WUJUD DI INGATAN PARA WARGA UTARA! Yang ada adalah PASEMBOR. Ingat ya, so kalau hang (sebutannya adalah HANG seperti hang tuah sekalian bukannya 'heng') order rojak kat kedai, jangan la harap ada mee kuning berkuah coklat yang akan muncul.

Kat mana nak dpt rojak best? Haaa... tak perlu ke hotel bertaraf bintang2 atau kedai makan berekondisi, hanya perlu ke tepi jalan aka gerai di hadapan sebuah sekolah menengah yang bunyinya tidak seperti sekolah menengah biasa yang mempunyai Sek. Men. Kebangsaan. Sekolah tersebut adalah Kolej Sultan Abdul Hamid atau lebih dikenali sebagai KSAH atauuu lebihhh dikenali di kalangan warga alor star sebagai Jelok.(Kolej di eja backward)..hahahaha school memory guys..jgn saman saya..gurau je..

ROJAK kat mana? ROJAK DEPAN KOLEJ. Apek tersebut dah lama bermastautin kat depan skolah bawah pokok besar nan merimbun itu sejak dari perang jepun, tak caya tanya apek tu...hehe walaubagaimanapun, kehebatan rojaknya memang tiada tandingan, bukan hanya murah tapi sedap. Dgn hanya RM1.00 anda boleh dapatkan pilihan rojak atau buah-buahan segar pilihan hati beserta kuah yang pekat, kacang yg banyakkk yang pasti membangkitkan keghairahan anda. Ditambah suasana cozy,lepak bawah pokok teduh dgn angin dan asap2 kereta yg lalu, memang feel lah makan rojak tepi jalan. Rasa cam dunia ana yg punya dan tak lengkap kalau balik kampung tak pekena rojak apek tu, at least dpt ubat kerinduan seperti di zaman persekolahan~ Beroperasi setiap hari persekolahan dan juga hujung minggu dari tengahari smpai petang, bolehlah p kirim salam kat apek tu ye kalau singgah...


picture courtesy of www.ksah.blogspot.com



next up!


BIHUN SUP DAN AIS KACANG
What is the most perfect combination of all, Beauty and the Beast? Jack and Jill? Kacang dan Kulit? Atau Siti Nurhaliza dan Datuk K?

Oh no no no! U r wrong! The answer is the sweet but hot and spicy BIHUN SUP berserta daging yang lembut AND the sweet,chill and smooth texture of AIS KACANG yang dinikmati dibawah panas terik mentari khatulistiwa~ slurrrppp

haaaa.....sounds so goood rite? kat mana? jauh skit la dari pekan alor star....well, nak menuntut ilmu biaq smpai ke negeri china kan~ so if u wanna get the ultimate pleasure of ur life, u have to struggle a bit, baru la kita appreciate segala kejayaan tu..chewah falsampah.

Location adalah berhampiran BALAI POLIS SIMPANG EMPAT. which simpang empat? Simpang empat yang ada trafik light. .......
STOP PLAYING AROUND!

Ni bukan 'simpang empat' yg berbentuk empat segi tu, this is the real place named SIMPANG EMPAT, near Tokai and Kangkong (keduanya adalah nama tempat). WATTT?? Tak tahu wadehell tempat tu cos of the name? Macam tak serius?? hahahahaha dun wori, tahu tak jalan belakang menghala ke Sungai Petani? Ala, kalau korang tahu kat mana Alor Star Mall, mesti korang tahu jalan tu. Korang straightttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttt je menghala ke Sungai Petani smpai korang jumpa Nasi Kandar Haji Ramli belah kiri, pastu ada trepik light simpang empat (for real) after trepik light korang straight dalam 100 metre ja, kedai tu on ur right next to kawasan lapang (kawasan pasar tani). Kat situlah kedainya. Kedai kampung je..Tapi rasanya sangat world~

Dah merata tempat ais kacang dalam Malaysia ni aku pernah rasa, BUT none, tegasan TIADA YANG DAPAT MENANDINGINYA! menu wajib famili aku time raya, mesti ada punya la sorang wakil pi beli the BEST COUPLE OF ALL ni sebab kalau masuk bertanding dengan menu2 lain, kompem menang tanpa bertanding. Kalau tersesat jalan, sila hubungi saya. Serius2. (drooling.....dem kempunan~)

kebenaran kesedapannya diakui ramai, tak caya korang leh bukak link INI untuk medapatkan image ais kacang yg humble tapi terbaik lah! Link I AM A PLAIN PAPER ye..

picture courtesy of portalniaga.com.



even di portalniaga dan kadirjasin pun ada listed wooo... dan ramai lagi lah, tak caya sila google ais kacang/bihun sup simpang empat alor star...hehehe


sekian untuk kali ini! akan dihapdate suunnn...selamat berjalan2 di kedah!

Thursday, September 16, 2010

Rugi woo tak kenal Aloq Staq Jugak

hai hai hai...i am bekk!! haha haaa..seperti yang dijanjikan, segmen kedua tajaan muzium kesenian negeri kedah akan diteruskan dengan kesedapan yang lebih terancam. Ayuredi?? Jom terpa!!

kedai dan makanan pilihan seterusnya adalah nama-nama otai yang memang gerenti setiap umat yang mengaku warga Aloq Staq mesti mengetahui akan kewujudan otai-otai ini. Iaitu :

Nasi Lemak Haji Ali atau lebih dikenali sebagai Nasi Ali


Nasi Royale


Mee Abu 


Popia Mahkamah a.k.a Popia Jamal


Nasi Kandar Yasmeen

Familiar?

Kalau tak familiar, mari berkenalan, org kata..Tak Kenai maka Tak Chenta...tak gitu?


Nasi Lemak Haji Ali
Dah lama gila tokwan ali neh meniaga nasik lemak ala nasik kandaq. Dari kedai berbentuk gerai tepi jalan sampai la dah jadi kedai dua tingkat dan siap ada bukak cawangan kat tmpat lain lagi..Kelas gitu tokwan ali!!
Masa aku kecik, aku slalu p makan ngn family aku, menu wajib aku ayam goreng berempah panas2 ngn telur rebus je pun, tapi kesedapannya tiada tandingan. Campuran kuahnya pasti memikat selera anak anda yang tidak berselera skalipun. Kalau time festive season, konfirm beratur la kalau nak membeli nasi kat kedai tu. Apa tak nya, kalau dah sorang customer pakat bungkus smpai 7-8 bungkus, kalau 5 org bratur dan 40 bungkus, kalau 10 orang? Congaklah sendiri. Menurut hikayat mak ayah aku yang juga warga jati Aloq Staq, kedai Nasi Ali ni dulu2 adalah antara tempat favourite Tun Mahathir melepak masa zaman beliau muda remaja. Sejauh mana kebenarannya, kita tanya Che Det sendiri la ye nanti kalau dia balik Aloq Staq.

Lupa pulak nak bgtau location kedai, Kedai Nasi Lemak Hj Ali terletak berhampiran dengan Sungai Kedah ataupun Tanjung Chali. Tepi jalan besar menghala ke Jalan Pegawai (Persiaran Sultan Abdul Hamid). Ada juga yg panggil area tu dekat dengan Looking Good zaman tok nadoq dulu nuu..La dah Tak Looking So Good dah pun tempat tu. Jum kita berator!





Nasi Royale
Antara nasik2 mapley yang menjadi kegilaan umat Aloq Staq dan warga Aloq Staq yang berpindah ke luar negeri Kedah dan tiba musim perayaan mula baru menunjukkan muka di negeri kelahiran adalah Nasi Royale. Terletak di Lebuhraya Sultan Abdul Halim ataupun lebih senang di ketahui, terletak berdekatan Kompleks Hijau Kuning dan Teknik Highway(Teknik Alor Star). Kedai ini masih mengekalkan identiti berbentuk gerai yang sempoi. Tapi orang yang mengunjunginya masyaallah, dari dia start bukak on 3rd day raya pun, aku dh tengok line queue nak membeli nasik tu smpai naik ke atas jalan raya. Jaga-jaga sikit ye pakcik makcik, kang jadi tragedi raya ketiga, keluar tagline kat paper, 'Hanya disebabkan Nasi Royale'. Malam kelmarin kazen aku ada menggagahkan diri menjadi sebahagian dari umat yang dikategorikan sebagai Royalis Tegar membeli Nasik Royale sebanyak 8 bungkus dan setiap satunya berisi paling kurang 3 jenis lauk.

Antara combination setiap satu adalah, udang + ikan + ayam, kambing + sotong + telur+puyuh, ayam + itik + angsa + keldai..dan sebagainya...Punya la banyak lauk smpai tak kenai dah pun binatang apa yang di sertakan didalam hidangan. Sedap tak ? haaa kena cuba sendiri la...





Mee Abu dan Popia Jamal (Popia Mahkamah)
Mereka bukanlah adik bradik, jauh skali husband and wife. Sja ja aku nk cut it short crita skali je sebab...skang dorang dh de join venture bukak kedai skali..hahaha hebat tak mereka? Mee abu, kedainya berlunggok di Aloq Staq. Satu di Jalan Teluk Wanjah, satu di Jalan Sultanah dan satu lagi yang terkini adalah di Persiaran Sultan Abdul Hamid atau dahulunya dikenali sebagai Jalan Pegawai. Tetapi yang di Jalan Pegawai tu bukan nama Restoran Mee Abu lagi dah. Satgi aku abaq nama baru bagi kedai tersbut.

Macam sempoi kan nama Kedai Mee Abu. Simple dan mudah diingati. Seperti mana rasa makanannya, sedap dan mudah diingati...Ewah. Kedai Mee Abu neh, specialitynya adalah pada makanan berunsurkan mee lah, seperti Mee Goreng, Mee Rebus dan Meehoon (mee jugak..). Mee pun special ke? Eh...jangan tatao, setiap hidangan Mee akan disertai oleh Cucur Pasembor. dan juga sedikit kuah Pasembor..haa tu yang special tu. Bukan mee goreng bodoh ada fish ball dua ketol tu. No No... Sama seperti kedai di atas tadi, Kedai Mee Abu ini adalah di antara yang paling otai dalam sejarah kedai-kedai lama. Dah pelbagai keturunan dah dijalankan perniagaan ini. Bukan senang aku nk ikot dh brapa keturunan dan dok menggoreng mee tu. Kalau korang nk datang pagi-pagi pun boleh tapi hanya di cawangan Jalan Sultanah la ye..sebab di cawangan itu shaja yang dijual Roti Canai Bulat (ada roti canai segi 8 ke?) dan Apom Lenggang Kangkong..Mesti layan la....

Popia Jamal atau juga dikenali sebagai Popia Mahkamah diambil sempena letak gerainya dahulu dijual di hadapan Mahkamah Besar Alor Star..La ni dh canggih, haaa..ni nak crita..ada 3 otai makanan yang bergabung tenaga mewujudkan kamehameha di satu sudut di Alor Star. Sebuah kedai yang menghimpunkan 3 otai makanan iaitu, Mee Abu, Nasi Lemak Haji Ali dan Popia Jamal, lalu terbentuklah Restoran Zefee!! Terletak di Persiaran Sultan Abdul Hamid (Jalan Pegawai). So kalau nak dapatkan One Stop Centre untuk mencuba kesemua makanan-makanan otai, boleh la pi kat kedai ni sja, senang..3 in 1.Pandai depa noo...







Nasi Kandar Yasmeen.
haa...ni port lepak aku n the geng kalau nak cari dadih sedap. hehe..sama juga seperi nasi kandar lain, yang meembezakan maybe kuah la kot, aku pon tatao sgt sbb aku rajin lepak ja, tak rajin makan. Tapi menurut ilmu pengetahuan fizik aku, nasi kandar Yasmeen ini turut glemer di Pulau Pinang. haa..spa2 org penang mesti tao gak neh. Ayam goreng panas2 dengan dadih kaw2...Terbaik! Roti canai pun ada, tapi yang best sebab tempat lepak dia agak luas dan open air, tepi sungai pulak tu..Tapi tak nampak sungai sgt pun. Mari Mencuba jugak!


Orait, crita psal Rojak dan Cendoi tak kluaq lagi...tungguuuuuu. Sila terai dulu mana yang telah disyorkan oleh pakar.

p/s : gambar adalah courtesy google images, so kalau dari blog atau webpage sesiapa, jangan saman saya, google yang menlinkkan anda kepada saya. Walau bagaimanapun, toche toche!!! nandre! syukriyah! arigato! makasih! sheshie! 

Rugi woo tak kenal Aloq Staq

segmen tajaan Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah.


Aloq Staq? wadehell is dat? sejenis kuih tradisional yg makin pupus? atau kereta buatan nasional yg sehingga kini masih ditunggu-tunggu pelancarannya?

oh noo...sapa tak kenai aloq staq?? sila bunuh diri. aku serius.

Alor Star adalah ibu negeri Kedah Darul Aman atau lebih dikenali sebagai Negeri Jelapang Padi (tapi sayangnya hanya sekelumit manusia yang tahu apakah itu 'JELAPANG PADI'..anda tahukah?)...eh..aku penah tgk tao rupa sebenar jelepang padi tu..kalau tak tau...sila berkunjung ke Muzium Padi yang terletak berhampiran Gunung Keriangan Dunia di Alor Star. Anda boleh Google Muzium Padi Negeri Kedah untuk maklumat lanjut atau dial 103 untuk bertanya kepada operator serba tahu nombor telefon.

Seperti yang anda sedia maklum, negeri Kedah dan secara khususnya ALOR STAR telah melahirkan ramai tokoh-tokoh negera, contohnya Tun Mahathir Mohamad, Allahyarham Tunku Abdul Rahman, Dato Zakiah Hanum (Pengarah Pertama Arkib Negara) dan Cik Seri Alyaa Najwa.(wahaha).

Dan aku sebagai rakyat Jati negeri Kedah khususnya rakyat jati Aloq Staq, aku amat berbangga dengan tanah tumpah kelahiranku ini walaupun masih ramai manusia yang berakal sebesar otak burung unta yang masih tidak jemu-jemu untuk mengatakan tentang ketidakmodenan negeri Kedah dan memanggil negeri Kedah sebagai 'Kampung' tapi aku bangga what..KAMPUNG INILAH JUGAK YANG HAMPA DOK PULUN BALIK BERAYA SAMPAI JEM SAKAN DEPAN UMAH AKU!! hahaha


Aku mengukur sebuah KEMODENAN dari segi nilai moral dan sahsiah sebuah komuniti itu sendiri, bukannya diukur melalui berapa tinggi bangunan pencakar langit yang dibina kerana Arkitek seperti aku yang berasal dari KAMPUNG inilah yang membina kondominium 70 tingkat untuk orang 'BANDAR' diami. Buek!! hahaha kan kan?



Ok, sudah puas lari dari topik, aku actually nk bgtau benda yang aku alami sendiri sepanjang aku hidup di tanah tumpah darah ku ini. Ini real life experience k, bukan senang aku nk share neh..hehe Boleh juga dijadikan panduan kepada warga-warga negeri dan daerah lain yg ingin mengetahui tempat2 dan port2 menarik, makanan yang sedap yang boleh dilawati dan dirasai.



MAKANAN

Kalau sebut bab MAKANAN, fuh..gerenti tadak sapa yang akan kebuloq abaq hang kalau mai Aloq Staq. Dari gerai bertaraf banyak bintang (sebab tepi jalan tadak bumbung, ampa boleh kira sendri brapa banyak bintang kat langit) sehinggalah hotel bertaraf bintang kehidupan. Semuanya sedap! Serius2..tak tipu. Bulan Syawal tak elok menipu. Antara port2 yang disyorkan adalah :


1. Di sekitar Stadium Darul Aman.
Apa yang boleh didapati? Pi tgk sendiri la. Kedai-kedai kat situ beroperasi seawal 6.30 pagi sehinggalah tengah malam. Menu pagi boleh anda terai roti jala ataupun nasi tomato abang kat gerai ujung belah KFC (Kebtucky Fried Chicken ya..bukan Kelantan Freid Chicklen).



Menu Tengahari pula, Nasi Ayam Ady/Amy atau nasi ayam shukri, nasi ayam ni abaq hang...aku makan sejak aku Tadika kat Children's Corner tu, smpai abang tu kenai la aku neh. Terbaik dari ladang weh....sbb ayam dia goreng dua kali bagi garing betoi2 punya panas2..fuh2...lapaq pulak..esok kalau bukak kena p..

Menu malam pulak, macam2 boleh pilih sbb semua gerai kat situ majoriti bukak malam, dari goreng2 smpai ke roti nan capati, laksa, laksam, sate semua ada. Kiranya tempat ni shortcut la untuk sesiapa yang nak makan cepat dan pelbagai tanpa melilau cari pusing Aloq Staq. Satu ja yang tadak, Ikan Bakaq. haaa..nak makan ikan bakaq, jum jenguk kedai seterusnya.


2. D'Perindu Ikan Bakar (Jalan Kuala Kedah)
Ini adalah antara pilihan kedai untuk ikan bakaq yg boleh tahan sedap. Dulu masa tokey tua dok jaga kedai neh, kualiti makanan is much more better then now...tapi hari itu aku p makan, still memuaskan la dengan harganya yang berpatutan. Ikan bakaq pelbagai jenis ikan ada dan sgt fresh sbb stok ikan ambil di Kuala Kedah, dekat je la ngan restoran ni. Menu lain yang tidak kurang popularnya adalah Mee Udang. Boleh jugak terai, udang besaq2 kaw2 punya, sotong goreng tepung yang crunchy dan tomyam yang menarik hati. Lokasi adalah jalan menghala ke Kuala Kedah, it's on your left side, right after masjid. Satu lagi cawangan kedai ni adalah di Hutan Kampong, namanya aku tak hengat la pulak tapi tokey yg sama la. Selamat Mencuba!!


3. Restoran Pakda Mergong
Ini antara Restoran Oldskul yang sejak dari aku takdak gigi sehingga aku takdak gigi balik pun aku selalu p makan kat sana ngn family aku. Tapi Allahyarham Pakda dah meninggal dunia 2 tahun lalu if i'm not mistaken. Walau bagaimanapun, tahap kesedapan makanannya masih berterusan dengan legasi baru Pakda. Favourite must try dishes adalah Siakap Goreng Halia (sangat crispy dan yummy), Tomyam Putih Siam (pedaih kaw2 punya), kangkong belacan terhebat, Saikrop (isi ketam goreng crispy macam kopok lekor), dan juga Sotong Goreng Tepung Crispy juga. hahaha Dan lagi satu yang palinggg aku gemari adalah Nasi Goreng Ketam kerana mereka menggunakan isi ketam Sebenar, bukannya ketam batang kaler merah yang orang dok letak dalam steambot moden tu. Aku tak pernah order nasi goreng ketam kat tempat lain sbb konfirm ketam yang diletak adalah ketam palsu. Pastu dok argue jugak ngan aku kata yang tu ketam ori. Chiss meniaga pun nak menipu ka? ish2... Lokasi restoran ini adalah Jalan menghala ke Stesyen Bas Shahab Perdana dan Tesco. Lepas dari Sekolah Agama Kedah, trepik lite belok kanan. haaa kt situlah Restoran Pakda. Walaupun signbod nampak macam lampu tak cukop watt, tapi makanannya masih cukop zat. Ewah..pantun. hehe Selamat mencuba!


4. Laksa Telok Kechai
Kalau sebut bab laksa, mesti ramai org Aloq Staq yang akan sebut port neh. Jalan Kuala Kedah jugak tapi on the right side. So kena U-turn dulu la. Antara kedai yang aku selalu p adalah Pakya dan Pakdin Laksa Telok Kechai. Pakya dan pakdin adalah adik bradik, pak ya tu abang kot. Tatao la...sila buat rujukan sejarah sendiri. Laksa aslinya yang diperbuat dari beras adalah keistimewaan Laksa ini. Urat laksa tu tuan kedai ni buat sendiri ye, bukannya beli Laksa Cap Eka kat kedai runcit tu. Dan kalau ada laksa, mesti geng atau org kedah cakap Gu Ngan Sate. haaa.. Sate dia terbaik! Kuah kacang pekat kaw2 punya. Mesti terai!!





5. Kueteow Iman Mergong.
haaa..jangan dok sengih2 ye. mesti ramai yang tao port glemer neh. Gerai tepi jalan menghala ke Stesyen Bas Shahab Perdana. Kalau dah nama kedai pun kedai kueteow, takkan dia joai Nasi Campoq Ayaq Asam. Kedai neh mesti specialist kt kueteow goreng ja. And ada la nasi lemak 5 kupang sebagai menu sampingan, tapi dia punya regular customer, sejak dari pukui 6 ptang dia bukak kedai, smpai ke tengah malam nak tutup dok menggoreng kueteow tak abih2. Jangan main2. Juai kueteow pun boleh pakai 7 series BMW okeh!! sebelum dia pindah ke mergong, sat aku nak recall dulu kedai dia kat mana....hmmm...tak ingat. hahaha pa ja la yg the latest, buat pa nak tau sejarah permulaan perniagaan depa pulak.

Tapi jangan risau, kalau tak dapat nk makan kueteow Iman, kita boleh p makan KueteowJoned kat Jalan Stadium. Dekat dengan Pustaka Union. Kat situ ada macam2 lagi variety makanan selaian kueteown Joned, western food pun dah ada sekarang neh. Dulu gerai dia kecik ja, meja ada kot dua ketoi, la neh..haaa...amek hang, dengaq kata ada cawangan tapi tatao kat mana. Selamat Mencuba!!


ateh...ada lagi neh...dun wori,,nanti aku smbung lagi k...antara paparan entri sterusnya adalah, Rojak Terbaik,  Asam Laksa dan Laksa Lemak Terhebat serta Cendol Terangkat!! tunggguuuuuu...

Thursday, April 15, 2010

Why Uptown Damansara Utama is Sooo Delicious??

it is because of this!!


nyum2...the best koayteow goreng in town!!! sedap dowh..must try and buy item!

cmna nak cari kedai mana yg menyajikan sajian lazat ini? haaaa....byk kedai kt area uptown neh, tp senang je korang nk cari. korang masuk main entrance uptown damansara utama then get the area on your left. naik je tangga, terus korang cari tempat duduk di sebelah kanan korang. korang akan nmpak kedai air,western food dan juga kedai henry bintang pe ntah.


dun wori, ni steps seterusnya..

1. akan ada maple meh letak menu air dan juga pelbagai lagi menu yang beraneka jenis dan genre. korang order air je dari maple tu.

2. then, nak dapatkan koayteow seperti di atas? korang tgk dlm ramai2 apek yg dtg hantar menu, korang cri yg palinggggggg SELENGA/Slumber/Muka Tadak Masalah/Muka penuh masalah ataupun muka macam nk mintak org sepak dia sedas. hahaha serius...muka apek tu mmg tak bleh blah tapi dia sgt frenly actually, especially ngn kitorang pelanggan tetap, siap boleh wat lawak lagi dah..dh pandai dh apek buat lawak yee..

3. Korang order koayteow gorang telur mata. Terbaiklah! baru leh jadi geng.

4. Tunggu dlm lebih kurang 10 minit dan tadaaa. Nikmatilah kelazatan koayteow yang tak terhingga!! (gila hiperbola)




Tapi, bear in mind, ada juga tips2 yang perlu dielak supaya anda tidak menjadi mangsa penipuan secara langsung.


1. Jangan order kt kedai yang bernama Henry. Aku dh try makanan dia, sedap. tapi kurenggg la....dan sedikit mahal dari kedai apek selenger

2. Jangan order kt kedai area belah kiri selepas korang naik tangga uptown tu. Sebab nyonya yg joai tuh, mulut dia....pergh...suara Makcik Gad matrix aku pun kalah. Sakit telinga kot, tak ditambah lagi dengan bunyi ketukan kuali yang dh bunyi cam wayang tongkoi (opera cina) depan umah aku.

3. Beware of Lanun!! Rompakan akan berlaku bila-bila masa sahaja. So jga lah wallet anda dari membeli Cd Cetak Rompak yang akan selang 5 minit datang menerpa ke arah anda.Tapi Lanun Steakhouse Sedap!! Boleh try jugak ye.

4. Live band available ye. Bukan band la sbb yg menjayakannya one man show je. Tp if korang rasa bakat mereka dan effort mereka harus dihargai, silalah hulurkan sumbangan.

5. Direct selling is everywhere jugak. Tapi bukan penjual barang kecantikan dan barangan rumah seperti cosway dan avon. Ini lebih merujuk kepada makcik/akak penjual kerepek. Tapi awas jugak kerana mereka bijak berkata-kata sehingga kadang-kadang kerepek yang dah nmpak cam dah tadak harapan nk di makan pun boleh kelihatan segar dan bersinar-sinar.

6. One thing for sure, dun ever leave anything valuable in your car!!! Kes pecah cermin/rompakan kecil adalah trademark kawasan damansara.


Orait setakat itu sahaja utk kali ini. Masih tak puas menatap kesedapan makanan?

Ni de extra must try item. Enjoy!!


Sotong goreng tepung crispy like hell ya bebeh! One of my fav here.


And also ada jugak otak-otak. Ok la...

Oraits. To be continued....

Wednesday, February 3, 2010

Da best Treats! Mesti tonton Part 2

"Jalannnn..jaaalaaannn..jalan jalan cari makan~ nok keram nak mie eramma. jalan jalan cari makan. don mista taliban talili banana. jalan jalan cari makan." (lagu tema jalan-jalan cari pasal mengikut pendengaran telinga aku)

okehs, sila tukar channel jika lagu ini kurang sedap berbanding makanan yang bakal dihidangkan kepada anda.

mari kita continue kita punya Hari-hari Makan dan Hari-hari Gemok!

Channel 888
Location : Fiske Steak House (keramat)
Genre : Punk Rock
Rate: 5 Stars bebeh

Di sini ada menyajikan pelbagai makanan ala-ala Barat yang SANGAT BERPATUTAN (serius neh, bukan vice versa) dan SANGAT SEDAP (serius jugak neh). Sila lihat contoh-contoh makanan yang tertera di skrin anda. Nak nmpak lagi sedap? Sila klik digambar untuk pertambahan hormon tumbesaran.

Steak(Lamb chop) + spagheti apantahnamadia = RM6-10 sahaja

 

My feveret! Grilled Fish With Mash Potatoes,Pasta and Mushroom. Harganya adalah around Rm7-10 jugak if im not mistaken. DIJAMIN SEDAP!

To complete the dishes, minuman kena ada.Lychee mango punch!!

 

Ouwh..yummy~
Mari-mari berkunjung ke Fiske Steak House di area Food Court Keramat.Taman Desa Keramat


Bukti kesedapan yang diakui ramai celebritas.

Sekali lagi, ratenya..5 Stars!!



Channel 881
Location : Signature KLCC (Kafe Milano)
Genre : Satu Dunia
Rate : 3.5 Stars

Dari luar bangunan, kita ke dalam Bangunan Punya Kedai Makan pulak ye. Signature adalah tanda tangan. Ya tetapi Signature juga boleh dimakan jika ianya adalah terletak di Level 4 Suria KLCC kerana tanda tangan ini berbentuk Food Court ataupun Arena Permakanan. Banyak kedai-kedai makan yang yummy di sini,korang kena rajinkan diri usha menu-menu tetiap gerai tetapi aku agak disappointed apabila sekali legi Kedai Yoshinoya kesayangan telah dialihkan dari kedudukannya di Signature ini. (oh tidak!!!) dan juga Laksa Shacks juga telah tiada di habitatnya.

Tapi sekarang aku nak crita pasal Kafe Italiano yang diberi nama Kafe Milano. Genre makanannya mestila ala-ala italian food, tosai tidak dijual disini. Tapi 'tosai itali' a.k.a piza adalah Main Menu di sini. Antaranya adalah...

 

  

Ini bukan piza ye. Jangan ada yang membuat petisyen bantahan terhadap blog ini kerana menyiarkan fakta yang bertentangan dengan wikipedia. Ini adalah mee goreng itali. Atau nama saintifiknya adalah Seafood apajadah Spagheti. (aku tak ingat jugak nama menu dia..hahaha)
Gambar di atas juga adalah spagheti ataupun pasta yang tidak kurang lazatnya juga berasal dari kafe yang sama.

Kecuali aiskrim berbendera Malaysia. Aksesori tersebut di sertakan berasingan.(Banana sepelet dia terbaik jugak!)

Harga adalah lebih kurang RM8-12.++ (macam karoke pulak ada ++)

Tempat Ok, harga Ok tetapi kenapa hanya di rate kan 3.5 stars? (soalan dari lantai)
Ini adalah kerana aku tak puas hati bila dalam gambar sikit punya lawa presentation dia tapi bila order, mapley/indon/myanmar yang masak, abeh suma spagethi jadi rupa mee goreng mamak. hish~

Neway, rasanya boleh tahan untuk dicuba. Ratenya skali lagi adalah 3.5 stars!!


yeah..sekian untuk kali ini. akan bersambung di minggu hadapan-hadapan-hadapan (ikot tahap kegemukan)hehehe..daaa

Monday, January 25, 2010

Da best Treats! Mesti tonton

olla~! adakah anda semakin menggemuk seperti aku? jom beramai2 angkat tangan dan  berkata YA KEPADA KEGEMUKAN!!! hahaha kerana aku sekarang sudah GEMOK dan semakin bertambah2 lagi ekoran hobi baru yang semakin menjadi kegilaan kepada aku sekarang iaitu MAKAN!!! siapa yang tak suka kalau hari-hari dihidangkan dengan makanan yang enak lagi berkhasiat dengan penuh lemak kolesterol yang menjadi punca kegemokan di masa kini? SAYA SUKA SAYA SUKA!!

now,lets cekodok tempat2 yang sedap dimakan. eh, tempat yang mempunyai makanan yang sedap dimakan, bukannya kita makan tempat itu ye rakan-rakan. ada beberapa suggestion kepada korang yang kebuntuan idea hari ini nak makan apa, nak makan di mana? boring la asyik2 dok tengok muka mapley yang mintak air kosong pun smpai habis bola half time baru smpai. So, mari kita tukar channel selera kita sikit ye, baru leh hidup dengan penuh rasa keenakan~ nyum2


Channel 1


Location : Nasi Ayam Chee Meng Bukit Bintang
Genre : Etnik Satu Malaysia (speciality in nasi ayam hainan, pelbagai lagi makanan yang menggiurkan)

Rate sedap : 5 Bintang



 
 sotong goreng tepung idaman kalbu


 
muka terpaksa diblurkan kerana terlalu eksited akibat tahap kesedapan yang tidak dapat dibendung oleh deria rasa.


*nota tambahan : aku suka environment tempat neh, even terletak di kawasan sibuk bukit bintang tapi best jugak bila smbil makan boleh tengok2 org lalu lalang. macam2 ragam org kita leh tgk. sesuai jugak kepada para photograher nak try slow shutter korang cos byk kereta lalu lalang kt sini ditambah dengan lighting dari bangunan yang pelbagai, cun jugak. aku selit sikit aku punya try n error shoot. hehehe (x jadi sgt cos xde tripod)


 

 


one more thing, makanan kt sini halal ye, aku mula2 ingt x halal tapi tgk ada logo halal dari jabatan agama islam dan jugak ramai org muslim datang makan kt sini, and pekerja dia semua melayu, so aku confident sikit nak makan.


Skali lagi diingatkan, rate makanan kt sini adalah 5 Stars!!



Channel 2

Location : Laksa Shacks (Sunway Pyramid)
Genre : Etnik Classic
Rate : 4 bintang




pelbagai jenis laksa yang sodap2 belaka boleh didapati di sini, dari laksa utara smpai ke selatan sampai ke seberang laut pun ada. rasanya ok, but harganya yang agak mahal membuatkannya tak layak nk dapat rate 5 bintang la pulak, neway standard la harga francais restoran kan. tak yang ingaq la alyaa. haha tapi jangan la ekspek nak rasa cm laksa yang mak korang wat rumah, mmg tak dapek den nak nolong la.

* recommended = laksa johor, asam laksa, laksa sarawak and laksa nyonya. branches of laksa shacks ada merata2 shopping complex.

orait, 4 Stars!!



Channel 3

Location : The Spaghetti Farm (midvalley megamall)
Genre : Pop rock (mesti la speciality in spaghetti, xkan tetiba nak speciality in bakso pulok~)
Rate : 3 bintang



pe nama ntah spagheti neh, neway dis is a new restaurant that replaced the Yoshinoya Restaurant (sedih...ma faveret dah tadak)

da only menu served is spagheti je. pelbagai jenis kuah-kuah spagheti boleh dipilih di sini, carbonara, bolognese, alfredo, alfonso, arelanto suma ada. reason aku pilih kedai neh cos harganya yang reasonable, if im not mistaken, harga bagi sepinggan spagheti seperti di atas hanyalah RM 6.++. ok lah kan if compared to other francais restoran yang harga sepinggan spaghetinya RM10 dan ke atas.


* tamabahan : interior design di tempat neh agak comel, elemen bulat2 di dinding dan silingnya beserta gambar2 lembu yang comel agak menyenangkan mata memandang.




skali lagi, ratenya adalah 3 Stars!!



sekian shaja buat kali ini, ada banyak lagi makanan2 enak buat tatapan para penggemar makanan sperti aku tetapi gimme sum time to kodek2 file aku untuk cari balik gambo2 yang telah hilang di sebalik kecanggihan teknologi ini.


i'll be rite back wit juicier treats bebeh!!