Thursday, September 16, 2010

Rugi woo tak kenal Aloq Staq Jugak

hai hai hai...i am bekk!! haha haaa..seperti yang dijanjikan, segmen kedua tajaan muzium kesenian negeri kedah akan diteruskan dengan kesedapan yang lebih terancam. Ayuredi?? Jom terpa!!

kedai dan makanan pilihan seterusnya adalah nama-nama otai yang memang gerenti setiap umat yang mengaku warga Aloq Staq mesti mengetahui akan kewujudan otai-otai ini. Iaitu :

Nasi Lemak Haji Ali atau lebih dikenali sebagai Nasi Ali


Nasi Royale


Mee Abu 


Popia Mahkamah a.k.a Popia Jamal


Nasi Kandar Yasmeen

Familiar?

Kalau tak familiar, mari berkenalan, org kata..Tak Kenai maka Tak Chenta...tak gitu?


Nasi Lemak Haji Ali
Dah lama gila tokwan ali neh meniaga nasik lemak ala nasik kandaq. Dari kedai berbentuk gerai tepi jalan sampai la dah jadi kedai dua tingkat dan siap ada bukak cawangan kat tmpat lain lagi..Kelas gitu tokwan ali!!
Masa aku kecik, aku slalu p makan ngn family aku, menu wajib aku ayam goreng berempah panas2 ngn telur rebus je pun, tapi kesedapannya tiada tandingan. Campuran kuahnya pasti memikat selera anak anda yang tidak berselera skalipun. Kalau time festive season, konfirm beratur la kalau nak membeli nasi kat kedai tu. Apa tak nya, kalau dah sorang customer pakat bungkus smpai 7-8 bungkus, kalau 5 org bratur dan 40 bungkus, kalau 10 orang? Congaklah sendiri. Menurut hikayat mak ayah aku yang juga warga jati Aloq Staq, kedai Nasi Ali ni dulu2 adalah antara tempat favourite Tun Mahathir melepak masa zaman beliau muda remaja. Sejauh mana kebenarannya, kita tanya Che Det sendiri la ye nanti kalau dia balik Aloq Staq.

Lupa pulak nak bgtau location kedai, Kedai Nasi Lemak Hj Ali terletak berhampiran dengan Sungai Kedah ataupun Tanjung Chali. Tepi jalan besar menghala ke Jalan Pegawai (Persiaran Sultan Abdul Hamid). Ada juga yg panggil area tu dekat dengan Looking Good zaman tok nadoq dulu nuu..La dah Tak Looking So Good dah pun tempat tu. Jum kita berator!





Nasi Royale
Antara nasik2 mapley yang menjadi kegilaan umat Aloq Staq dan warga Aloq Staq yang berpindah ke luar negeri Kedah dan tiba musim perayaan mula baru menunjukkan muka di negeri kelahiran adalah Nasi Royale. Terletak di Lebuhraya Sultan Abdul Halim ataupun lebih senang di ketahui, terletak berdekatan Kompleks Hijau Kuning dan Teknik Highway(Teknik Alor Star). Kedai ini masih mengekalkan identiti berbentuk gerai yang sempoi. Tapi orang yang mengunjunginya masyaallah, dari dia start bukak on 3rd day raya pun, aku dh tengok line queue nak membeli nasik tu smpai naik ke atas jalan raya. Jaga-jaga sikit ye pakcik makcik, kang jadi tragedi raya ketiga, keluar tagline kat paper, 'Hanya disebabkan Nasi Royale'. Malam kelmarin kazen aku ada menggagahkan diri menjadi sebahagian dari umat yang dikategorikan sebagai Royalis Tegar membeli Nasik Royale sebanyak 8 bungkus dan setiap satunya berisi paling kurang 3 jenis lauk.

Antara combination setiap satu adalah, udang + ikan + ayam, kambing + sotong + telur+puyuh, ayam + itik + angsa + keldai..dan sebagainya...Punya la banyak lauk smpai tak kenai dah pun binatang apa yang di sertakan didalam hidangan. Sedap tak ? haaa kena cuba sendiri la...





Mee Abu dan Popia Jamal (Popia Mahkamah)
Mereka bukanlah adik bradik, jauh skali husband and wife. Sja ja aku nk cut it short crita skali je sebab...skang dorang dh de join venture bukak kedai skali..hahaha hebat tak mereka? Mee abu, kedainya berlunggok di Aloq Staq. Satu di Jalan Teluk Wanjah, satu di Jalan Sultanah dan satu lagi yang terkini adalah di Persiaran Sultan Abdul Hamid atau dahulunya dikenali sebagai Jalan Pegawai. Tetapi yang di Jalan Pegawai tu bukan nama Restoran Mee Abu lagi dah. Satgi aku abaq nama baru bagi kedai tersbut.

Macam sempoi kan nama Kedai Mee Abu. Simple dan mudah diingati. Seperti mana rasa makanannya, sedap dan mudah diingati...Ewah. Kedai Mee Abu neh, specialitynya adalah pada makanan berunsurkan mee lah, seperti Mee Goreng, Mee Rebus dan Meehoon (mee jugak..). Mee pun special ke? Eh...jangan tatao, setiap hidangan Mee akan disertai oleh Cucur Pasembor. dan juga sedikit kuah Pasembor..haa tu yang special tu. Bukan mee goreng bodoh ada fish ball dua ketol tu. No No... Sama seperti kedai di atas tadi, Kedai Mee Abu ini adalah di antara yang paling otai dalam sejarah kedai-kedai lama. Dah pelbagai keturunan dah dijalankan perniagaan ini. Bukan senang aku nk ikot dh brapa keturunan dan dok menggoreng mee tu. Kalau korang nk datang pagi-pagi pun boleh tapi hanya di cawangan Jalan Sultanah la ye..sebab di cawangan itu shaja yang dijual Roti Canai Bulat (ada roti canai segi 8 ke?) dan Apom Lenggang Kangkong..Mesti layan la....

Popia Jamal atau juga dikenali sebagai Popia Mahkamah diambil sempena letak gerainya dahulu dijual di hadapan Mahkamah Besar Alor Star..La ni dh canggih, haaa..ni nak crita..ada 3 otai makanan yang bergabung tenaga mewujudkan kamehameha di satu sudut di Alor Star. Sebuah kedai yang menghimpunkan 3 otai makanan iaitu, Mee Abu, Nasi Lemak Haji Ali dan Popia Jamal, lalu terbentuklah Restoran Zefee!! Terletak di Persiaran Sultan Abdul Hamid (Jalan Pegawai). So kalau nak dapatkan One Stop Centre untuk mencuba kesemua makanan-makanan otai, boleh la pi kat kedai ni sja, senang..3 in 1.Pandai depa noo...







Nasi Kandar Yasmeen.
haa...ni port lepak aku n the geng kalau nak cari dadih sedap. hehe..sama juga seperi nasi kandar lain, yang meembezakan maybe kuah la kot, aku pon tatao sgt sbb aku rajin lepak ja, tak rajin makan. Tapi menurut ilmu pengetahuan fizik aku, nasi kandar Yasmeen ini turut glemer di Pulau Pinang. haa..spa2 org penang mesti tao gak neh. Ayam goreng panas2 dengan dadih kaw2...Terbaik! Roti canai pun ada, tapi yang best sebab tempat lepak dia agak luas dan open air, tepi sungai pulak tu..Tapi tak nampak sungai sgt pun. Mari Mencuba jugak!


Orait, crita psal Rojak dan Cendoi tak kluaq lagi...tungguuuuuu. Sila terai dulu mana yang telah disyorkan oleh pakar.

p/s : gambar adalah courtesy google images, so kalau dari blog atau webpage sesiapa, jangan saman saya, google yang menlinkkan anda kepada saya. Walau bagaimanapun, toche toche!!! nandre! syukriyah! arigato! makasih! sheshie! 

No comments: