Wednesday, April 7, 2010

Blog Di cipta Untuk Di Stalk

tajuk di atas adalah smemangnya merujuk kepada fenomena yang berlaku zaman sekarang ini.

Kepanasan semakin meningkat2, bukan hanya merujuk kepada panas secara lahiriah iaitu kepanasan global dan kepanasan ketuhar gelombang mikro bergerak (kereta yang dijemur seharian di bawah sinaran matahari duniawi), tetapi PANAS ini juga merujuk kepada fenomena kebengangan/kebengongan sesetengah blogger yang merasa PANAS akibat blognya di stalk oleh org yang tidak dikenali.

Alahai cik kak, dh nama pun blog....dunia tanpa batasan beb, sedor la sikit yang klu google search nombor surat beranak korang pun boleh, apatah lagi blog2 yang ditulis dan di promo secara terbuka di kawasan PANAS sperti Facebook, twitter dan sebagainya.

So, takde sebab korang nak rasa bengang/bengong/bangang if ada org tidak dikenali membaca blog korang, KECUALILAH org tersbut melakukan tindakan yang kurang bijak seperti meninggalkan komen berbaur penghinaan,perkauman,menyentuh sensitiviti agama dan juga sekaligus mengaibkan diri kita ataupun kluarga kita. If that situation occur, tak payah nk balas balik di blog kita, repot ke pihak berkuasa terus je tak pun kita kol Karam Singh Walia, masuk program Aduan Rakyat. Free2 ja muka korang glemer masuk tv, konfirm lepas tu blog korang bertambah trafficnya. Tak perlu lagi risau tentang masalah kekurang traffic nuffnang. (cis nuffnang aku bedebah~huhu)

Blogger-blogger neh kadang-kadang terkenal sebagai attention seeker. Kenapa? Ye, sbb kami rajen 'bercakap' melalui tulisan-tulisan blog kami. Maka mmg lah perhatian yang dicari selain dari meluahkan perasaan melalui cara yang lebih cool berbanding menulis di dalam diari yang berkunci padlock sekecil ibu jari tangan, it's so 90's kot. hahaha Jadi, tidak hairanlah apabila blog kita di-stalk oleh orang dari Zimbabwe yang baru belajar mengenali bahasa inggeris terus sahaja memberi ayat perkenalan tapi berbunyi seakan-akan carutan dalam bahasa ibundanya.

Tapi yang peliknya kepada sesetengah blogger yang Emo macam mak ayam anak lapan, bila dpt tao je de org baca blog dia, terus post entri seakan begini "Why u cant stop messing with my life b*tch?" ataupun "This blog is for people yang invited sahaja, so sesiapa yang tidak berkaitan, u r not welcome here". Oh, so...in that case, SILALAH PRIVATEKAN BLOG ANDA KEPADA INVITED PERSON SAHAJA. TAHUKAH ANDA BAGAIMANA UNTUK SETTING SEBEGITU? ...ataupun, kalau tak reti sgt la nk privatekan blog, silalah hantar Kad Undangan Membaca Blog kepada org tertentu sahaja, tak yah glemer2 post kt fb/twitter dan sebagainya. Pelik kan org cmtu? (why am i sound so Emo pulak kt sini? hahahah tidak2..just example je td)

Oklah, bnyk lagi kerja lain nk dibuat neh, sja je stop by post entri baru selepas terdengar isu-isu blogger emo sbb blognya di stalk org. But for the stalker jugak, wat i mean is STALKING ONLY. Bukannya MEMPLAGIAT ENTRI / MEMFITNAH dan sebagainya. If benda-benda yang tak berfaedah selain stalking, mmg la patut seorang blogger itu untuk bertukar menjadi makhluk hijau.

Jadi, to all my blogger frens, teruskan usaha memblog anda kerana ia adalah kegiatan murni yang tidak merugikan wang ringgit walau sesen pun, bahkan berblogging lebih bagus dari melepak di Times Square seperti minah/mamat gothic yang ntah pahpe nak seek attention dengan berpakaian cam hantu raya dekat pokok buluh depan surau kampung aku. It was good to read others thought and share our own opinions with others. We have to see the world through others eyes and perceptions so that kita tak jadi cam semut dalam busut, hanya membusuk dalam busut tersebut tanpa mengetahui kat sebelah busut dorang dah naik kondominium 30 tingkat.

Oleh itu, ayuh BLOGGER SEJATI, kita stalk blog org lain beramai2!!! wahahahaha