sebagai seorang wanita juga dan juga pemandu juga, saya juga rasa agak terpanggil untuk memberikan sedikit tips keselamatan kepada wanita-wanita lain agar kecelakaan seperti rompakan, kecemasan dan rompakan (penegasan di situ) dapat dielakkan. Insyallah~ so lets cekodok!
1. Hal Ehwal Beg Tangan.
Soalan paling wajib? Kalau kita drive sorang2, kat mana tempat paling selamat untuk diletakkan beg tangan anda yang pelbagai jenama itu?a : adakah di bawah kaki anda?
b: adakah di atas riba anda?
c: adakah di seat sebelah anda?
d: adakah di seat belakang anda?
e: adakah di bawah seat depan bersebelahan anda?
mari kita kaji situasi setiap satu.
Jika A : di bawah kaki anda.
Mungkin kelihatan seperti selamat kerana payah orang luar nak nampak, tetapi..TETAPI, akan membahayakan pemanduan anda kerana adalah menjadi kesalahan besar jika diletakkan apa-apa barang seperti kasut,beg,bekas even slipar skali pun di bawah kaki anda kerana ianya akan mengganggu pemanduan anda, silap2 anda tersalah tekan pedal atau lagi teruk, kasut anda yang tolong tekan pedal dulu sebelum kaki anda sempat menekannya. Paham situasi tersebut?Jika B : di atas riba anda.
wow, gebu paha cek....haha just kidding. Lihat2...anda sudah terbayangkan mata-mata sumbing yang sedang tersenyum kambing cuba mengambil kesempatan di sebalik tingkap kereta anda yang tidak ditinted dan cerah seperti akuarium. Tapi bukan itu maksud sebenar situasi. Maksud sebenar, adalah agak menyusahkan tuan punya badan jika anda meletakkan sebarang barang alatan bahan di atas riba anda ketika anda memandu, ibarat anda cuba membuka padlock solex dengan menggunakan sebelah tangan. (aku benci padlock solex..haish). Pendek kata, dah la payah untuk anda pulas stereng, tambahan pula jika beg anda boleh dikategorikan sebagai mini saiz of luggage Polo, tak rasa macam ada koala bear dok melekat depan muka ke cik kak? Bhaya2..Jika C : di seat sebelah anda.
Ibarat pepatah, Buaya darat mana yang tak makan daging terdedah? It is so obvious kot. Bayangkan anda seorang peragut/perompak, mungkin ini dialog harian anda, " Mari kita rompak perempuan kereta biru itu, beg tangannya berada di atas kerusi shaja, dan cermin keretanya tidak bertinted,senang shaja untuk dipecahkan dan dilarikan. Tambahan pula dia bawak kereta manual, mesti dia terkejut dan enjin keretanya mati sebelum sempat mengejar kita." (begitu skema perompak zaman sekarang berbual..tapi kenapa mesti lelaki selalu cakap perempuan tak cekap bwk kereta manual haaa? panas neh..ok, teremo pulak.)SO, DUN EVER EVER PUT UR HANDBAG ON THE FRONT SEAT NEXT TO U! Faham! cos dh banyak kes rompakan terjadi sebab hal macam ni.
Jika D : di seat belakang anda.
Ada dua jikalau di sini, if kereta anda tinted baik punya, ok..boleh. BUT, if kereta anda clear sperti akuarium baru keluar kedai ikan tak sempat membesar dan membiak, better NOT. Kenapa? Satu sebabnya, belakang seat anda ada siapa? Bodygad? Tiada sesiapa bukan? Dan..Mata anda berada di mana? Di hadapan kepala anda bukan? So....siapa yang akan tolong tengokkan beg anda di belakang mata anda? Jawapannya, "Mestilah aku!" Jawap si perompak tersebut. Even if korang cuba2 cover beg anda dengan jacket ke, fail ke hape ke, still bahaya la cos lagi lah mendatangkan curiga kepada orang yang memandang. Benda apa itu disebalik kelambu? Emas? Laptop? DSLR? dan pelbagai lagi tanggapan yang boleh dikemukakan oleh para perompak sedunia. Maka, it's a NO NO ye. Plus, payah kot korang nak ambil wallet or duit masa korang nak bayar tol or anythg emergency.Jika E : di bawah seat hadapan bersebelahan anda.
This idea might sound good but from my thought, it's not good enough cos banyak restriction yang mungkin terjadi. Misalnya, jika anda pemandu sebuah MYVI atau kereta perodua lain, anda mesti sedar akan kewujudan sebuah compartment di bawah seat bersebelahan pemandu. Cmno korang nak sumbat beg korang yang bersaiz super XL tersebut di dalam compartment yang kalau letak wallet aku pun dah tak boleh tutup. SO, u all will end up putting ur handbag di kawasan kaki seat tersebut, bukan di BAWAH. Risiko untuk beg anda dirompak dengan mudahnya adalah sama sperti kes C tadi ye... Just angle untuk perompak bertindak tu je lain skit. Tapi u all have to bear in mind cos perompak/peragut neh kebanyakkannya terer merempit dan jenis yang amek cornering lutut rapat kat tanah punya lah...so setakat nak turunkan dengan badan sebanyak 45 degree tu is nothing la....Dorang boleh buat smpai 180 degree u know, smpai menyembah tanah wa cakap lu. So, beware!Ish, kalau dah semua situasi tak bolehm habeh tu nak buat cmno? Pakai beg plastik pakai buang je la..
Haaa...menurut pendapat professor shirota pakar bakteria baik dan jahat yakult, ada satu penyelesaian yang mungking berguna dan boleh diaplikasikan untuk semua jenis kenderaan. Anda tidak perlukan apa-apa modifikasi tambahan kepada kereta anda, hanya perlukan...
Seat Belt dan Ruang Tengah Antara Pemandu dan Penumpang Hadapan.
Tak caya?
Meh nak eksplen, (harap maaf, gambar sebenar kejadian tidak sempat dirakamkan la) nanti2 aku terai pakai hp 3310 aku amek gambo tgk..sob2)
Begini caranya.
1. Masuk sahaja kedalam kereta, sebelum enjin dihidupkan lagi, terus anda kunci kereta. Especially jika anda berada di kawasan yang agak sunyi dan gelap.
2. Kemudian anda letakkan beg tangan anda di ruangan tengah antara pemandu dan penumpang hadapan. Atau dalam erti kata lain, di belakang hand break (bagi kereta yang hand break di tengah la).
3. Dah letak elok2, beg tangan anda mesti ada tangkai, tak kisah la satu atau dua atau lebih, anda hanya perlukan satu sahaja tangkai/tali beg tangan anda untuk langkah seterusnya.
4. Pasangkan tali pinggang kaledar anda melalui/menembusi/ menerusi salah satu tangkai/tali beg tangan anda. Jangan pasang menembusi/melalui kesemua tali/tangkai yang ada, nanti payah nak selak beg anda in case nak amek barang ke hape ke. Tak paham? adoih...jap nak try bagi sketch..
cantek kan saya sketch pakai paint? (payah gila pakai paint rupanya..wahahaha)
neway, i hope u guys paham la kot berdasarkan ilustrasi tersbut. Tujuan sebenar saya menyuruh anda 'mengikat' beg anda dengan seat belt dan diletak di kawasan tengah antara pemandu dan penumpang hadapan adalah kerana dua perkara.
Pertama, if ada peragut yang kental jugak nak meragut, lepas dia pecahkan tingkap, dia sentap beg anda, anda rasa siapa yang akan tersentap dahulu? At first mungkin, mungkin anda akan merasa sakit sedikit kerana seat belt anda disentap tapi trust me, if anda dah 'lock' beg anda di seat belt, seat belt tu akan tekan beg anda dengan kuatnya dan takkan tercabut pun if disentap oleh mat perompak seberat 50 kilogram. Ditambah dengan force dari kereta anda yang seberat beberapa tan, rasanya Badang Mawi je la kot yang mampu melawan kuasa beban. Unless if ur tali hand beg putus dulu, yang tu berserah kepada takdir je la...len kali tali beg tu pakai tali kapal. Payah nak putus.
Dan sebab kedua adalah, jarak antara kawasan tengah tersebut dengan tingkap kereta anda adalah agak jauh, lebih kurang 3 kaki jugak la,bukan cap kaki tiga tetapi ukuran 1 kaki bersamaan 30cm.(lebih kurang) Cuba anda ambil pembaris panjang (30cm) dan anda ukur tangan anda, berapa kaki kah tangan anda? Tangan saya berukuran tepat dua kaki. Anda? Jangan diukur pakai kaki anda pula ye. Paling kuat pun 2 kaki lebih je la kan, not more than 3 feet rite? SO, anda dah bagi gap untuk perompak dari directly hangkut beg anda dengan mudah compared to anda letakkan di atas seat atau di kawasan kaki penumpang hadapan. Tmbahan pula, anda boleh squeeze2 beg anda hingga betul2 berada di antara seat, lagi cun dowh..Konpem terlindung dari penglihatan manusia nakal punya la. Kalau si perompak tu kental jugak nak amek, dia kena at least masukkan suku badan beliau ke dalam kenderaan anda, time ut anda dah boleh tekan pedal minyak kuat2 bagi dia jatuh tergoleh terhantuk kat pintu kereta anda, of if anda tengah berhenti di trepik lite, anda mungkin sempat capai henpon anda untuk mengambil gambo si lahabau tersebut, letak kat youtube bagi kat polis atau ahloong. Sebab Lu Langsi, Lu mati loo...
Jadi, sekian sahajalah tips untuk kali ini, harap maaf..'ter'panjang la pulak tips neh secara tak sengaja...
Next time kita akan berbincang soal kedua iaitu, PEREMPUAN HARUS TAHU MENUKAR TAYAR KERETA SENDIRI.
Mungkin berguna untuk para wanita, if rasa ada kekurangan, boleh di komen2 di sini sebab ini pun berdasarkan pengalaman hidup sendiri sahaja~ Tidak dicilok dari mana2 akta hal ehwal dalam negeri dan lembaga filem negara.
GOOD LUCK!
p/s : antara alatan lain yang perlu ada dalam kereta untuk tujuan keselamatan adalah, spana boleh laras...tujuannya, untuk mengetuk orang yg tidak berguna tersebut. Cari laras yang paling besar punyaaa..
4 comments:
wahhhh..tips yg bagus..x pernah terpkir lak nk buat mcm tue.selalu try letak kat kaki tp agak menyusahkan..
anyway paint tue cntik gak n membuatkn pham..
(^_^)
Intan : buleh2 cuba terai test tgk. Makasih puji lukisan budak darjah satu.. Hehe
eh nice tips...selalu letak handbag sangkut pada tombol gear, letak bawah seat sebelah pemandu....pas2 kene maki dgn adik2 sbb bila suruh amikkan wallet, beg mesti tersangkut pada handle untuk adjust seat tuh... :)
miss lily : tenkiu..boleh2 terai..sori for the late reply...bz sgt2 skang...adoih
Post a Comment