Monday, November 22, 2010

Tips Di saat-saat Maut Menghadapi SPM

Haaa...i think it's too late untuk bg tips cara belajar dan sebagainya kepada adik2 yang sedang menghadapi peperiksaan Sijil Payah Mak~aii... So, i shall give several tips on how to 'cheat' the faith of pelajar-pelajar yang suka mengulang kaji di saat-saat akhir (seperti aku~hehe).

Aku tak la pandai sgt dan layak menjadi ikon belia rakan muda seperti Fahrin Ahmad, tetapi boleh la sikit2 untuk melayakkan tajaan JPA ke luar negara (tudia......sejak bila) dan bagi tips yang berguna agar adik-adik lebih sihat pintar dan cerdas di kala menjawab peperiksaan tanpa memerlukan susu Dugro.




Perkara paling sinonim dengan SPM ialah...

Korang rasa mcm byk lagi benda korang tak cover!!!! kan? kan?

dun wori.. Caranya....

Korang tgk contoh soalan Past Year je...Soalan SPM selalunya tak jauh beza, especially Math, Add Math and Sejarah, Cos when it comes to deal with Facts and Figure, tak dak sapa berani buat kepala sendiri dengan mencipta formula dan fakta pelik2.


Cara senang...


Hafal je bentuk2 soalan (JANGAN HAFAL JAWAPAN SAHAJA), hafal steps untuk dapatkan jawapan,contohnya masa zaman aku (tatao la zaman skang cmna), soalan math mesti mula dengan algebra, cari nilai 'x', pahtu pengkamiran, pahtu kebarangkalian ringkas, pahtu yang topik Set-subset suma tu dan ending mesti buat graf ogif bentuk S tak seksi. Haaa aku igt lagi sampai skrang...Bangga la..gagaga


Cuba buat/create formula sendiri untuk bagi anda senang igt if formula yang cikgu bagi tu terlalu tak menarik untuk di ingati. Untuk Mathematic, format soalan mmg sama ja, even format baru ke pe ke, tak byk beza la...1+1 tetap 2 jawapannya. Tak gitu? Alah, abah aku cikgu la...Aku tao la~ hahaha (riak seketika..astaga~)
Sama la macam formula aku nak igt nama pelangi, M-ichael J-ackson K-awin H-indu B-alik I-ndia U-tara. (merah,jingga,kuning,hijau,biru,indigo,ungu)...Dan juga formula untuk jenis Iron dalam jadual berkala....Ferum.....Tak igt dh.....Alkana Alkena Alkano...Tak igt jugak....Ala, budak-budak zaman skrang creative la. Buat blog pun terer, apatah lagi buat formula mengarut. Cikgu pun kalah.





Banyakkan mendengar rakan-rakan yang lebih rajin mengulang kaji bercerita mengenai soalan latihan yang dorang buat. Kadang-kadang dengan mendengar, otak kita akan lebih catch-up dari duduk berteleku 4-6 jam depan buku tapi hal baju baru kat blog hanis zalikha jugak yang anda ingat. Serius2, it works on me everytime. Sebab tu aku jarang (bukan tak pernah) tidur dalam kelas even kelas tu boring rasa mcm nak pupus sperti dinosor skalipun. Cos every words came out from our lecturer/teacher's mouth is very useful actually walau kadang-kadang menyembang pasal dia g holiday kat Koh Samui lagi banyak dari mengajar. Bayangkan rakan anda tengah menghafal formula fizik pasal momentum, "Momentum.. 'mv=m1v1' which means momentum sebelum mestilah sama dengan momentum selepas kejadian, tak boleh lebih, tak boleh kurang"....haa maka tertangkap la jugak di pendengaran korang tentang perkara tersebut. Dah ada satu point di situ. Hal yang sama untuk soalan sejarah, "Kijang(ke kancil?) tendang anjing parameswara time dia dok lepak bwh pokok melaka, so jadi nama Melaka"...Lagi satu point di situ. Ataupun "Korang tao tak, arini 15.11, besday aku sama dengan tahun Portugis jajah melaka dowh"... Walaupun bunyi cam tak betul sgt, tapi fakta itu tepat.




Akhir sekali, banyakkan hafal doa penerang hati...hehe di saat akhir ni la mcm2 petua ayat2 suci akan dapat kita dengari untuk menerangi kertas soalan kita nanti. Apa salahnya baca ayat suci banyak2, mudahan terang betul hatii kita di dewan peperiksaan nanti hingga tak perlu lagi dah lampu kalimantang.Tapi kalau tak terang jugak hati korang tu, maybe sebab dok kutuk filem 2 alam Dr Rozmey byk sgt kot......wallahualam~


GUD LUCK!!!

stop reading blogs (termasuk blog aku) n go to ur desk, i mean book desk, not laptop desk!

No comments: