Anda sedang terlalu naik syeikh layan lagu adam lambert sambil membuat aksi gay beliau di dalam kereta ketika terkandas dalam kesesakan lalu lintas, dan kereta anda tidak ditinted walau 10 percent pun. Lantas anda menyedari kereta sebelah anda dah senyum2 kambing gurun.
Penyelesaian
Anda teruskan shaja aksi anda tetapi dalam cara yang lebih ke arah kesukanan. Contohnya membuat gaya taichi atau yoga, kononnya badan dah lenguh sbb terlalu lama terkandas dalam kereta. Kemudian anda ambil telefon bimbit anda dan membuat gaya seperti sedang bercakap telefon menggunakan loud speaker. Boleh bayangkan?Situasi 2
Anda berada di kediaman anda.menekan button di lif untuk ke tingkat 8 tetapi ketika lif berhenti di tingkat 6, anda sudah keluar dan menyedari bahawa anda tersalah tingkat.Penyelesaian
Anda buat2 hilang ingatan dengan mengatakan dengan agak kuat ayat ini, "Tingkat brapa tah umah member aku?"(sambil membuat muka penuh kerunsingan. Kononya anda bukan penghuni di tempat itu. Okla kalau pelawat kali pertama membuat salah.Situasi 3
Anda sedang bershopping dgn boypren anda, anda ingin bertanyakan pendapay beliau tentang pakaian yang kita baru ambil dari rak display, tanpa melihat terlbih dahulu siapa di belakang, anda terus bertanya "Cantik tak baju ni u?". Tetapi kemudiannya anda sedar bahawa itu bukan teman anda.Penyelesaian
Anda membuat muka garang dengan berkata, "Hey, whodahek are you? U ikot i eh? Tak malu!". Kemudian anda baling shaja baju tersebut kepada beliau dan berlalu pergi ke tempat lain dengan muka penuh emosi. (Sedangkan di dalam hati berkata, "dem dem dem malu gila!"). Janji konfiden beb~Situasi 4
Anda telah membayar barangan yang anda beli di sebuah kedai serbaneka, tetapi tanpa disedari anda terlupa mengambil barang di atas kaunter tersebut dan cashier tu pun tak sibuk nak panggil anda sehingga anda tersedar sendiri..Penyelesaian
Anda berlalu sahaja pergi dan datang semula selepas 5 minit ke kaunter dan berkata, "Cik, barang yang saya sedekah tadi tu ada org ambil lagi tak? Kalau takde org sudi ambil, saya ambilkan ye, saya nak sedekah kat tempat lain pulak lah". pftttSituasi 5
Anda memakai kasut tumit tinggi dengan penuh gaya sambil berjalan menuruni tangga di kawasan yang dipenuhi ramai umat manusia. Tiba-tiba anda tersilap langkah dan jatuh menjunam ke pusat graviti bumi.Penyelesaian
Anda bangun dgn gaya penuh konfiden dan berkata dengan kuat, "OMG! Gempa bumi kuatnyeee. Korang tak rasa ke gegaran tadi. Terkejut I~"
13 comments:
hahha lawak habis aa! boleh bagi idea ni kat majalah ujang! XD
hey. santek gile kasut tu <---xde kaitan dgn topik :P
danial : haha sila2..tp kena bayo royalti skit..hehe
k aan : tu ar..cantik kan kasut tu..(even tak berkaitan) hehe..gosip skit, ritu nampak kat charles n keith ada lebih kurang camtu..hehe
hahahah! u reka sndiri ke? hehehe. lwak la. dh guling2 dh gelak bce blog u ni!
apple : hakcipta terpelihara~ =) tq sbb sudi baca
nk share lagi satu tips ni alyaa:
Situasi:
anda terjatuh dari kerusi ketika sedang khusyuk melayari internet dan kerusi itu langsung patah. dan abah anda terlihat kejadian tersebut dan dah bersedia nak marah sebab kerusi kesayangan dia dah patah
Penyelesaian:
Anda terus buat muka tragis mohon simpati sambil berdrama
"Hah! kerusi dia yang dikisahkan. ni anak terjatuh sakit ni tak pulak peduli! sakit tau (walaupun sebenarnya tak sakit langsung!).....!"
sambil mengukir muka sedih. lebih berkesan kalau pandai bikin mata sedikit bergenang untuk menguatkan lagi lakonan drama. teruskan drama sehingga abah anda ketawakan anda, itu tandanya beliau tidak lagi akan mengungkit kisah kerusi patah lagi (sebaliknya, akan canang ke seluruh dunia anak dia tergolek cam nangka busuk. well, better than kena marah kan! T____T )
Fara d: haha betol2... Kdg2 parents nih sj je nk bg nmpak anak mereka kurang pentingnya berbanding harta benda dan juga haiwan peliharaan...(kes alyaa).. Abahku lebih menyayangi haiwan berkaki empat di rumah
haha brilliant entry.. penghilang stress di pejabat
makasih manager! haha (ko kena blanja karok t weh org kaya..hehe)
ayoo kaya la sgt kannnn. carik tempat2 yg byk lagu2 update sket weh.
adian : apolagi...kotak merah dan hijau la..lalala
kenapa time ada komen berbaur karok jeee mesti aku terdetik nak bukak/baca komen tersebut?! tidak kira di fb mahupun blog?!! ahhhH!! hmmm watcha sayyyyYyy....T_T
hmmm watcha say....kotak merah atau kotak hijau...hmmm (sila nyanyi ikot lagu jason deruloooo)
Post a Comment