Tuesday, September 28, 2010

Adakah Bahasa Malaysia berubah dengan begitu mendadak?

Ok. Last skali aku tgk kertas peperiksaan Bahasa Malaysia adalah pada tahun 2004 tatkala mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. Lepas tu aku secara rasminya tidak mempunyai kegiatan rasmi yang melibatkan pengambilan ujian Bahasa Malaysia lagi dah. Tetapi i still can speak Malay u know. Cos for me, 'I think I look more stupid if i can speak in English much better than my very own nation language you see".

I press-press my brake, my brake kenot eat because my tayar no flower. haaa...mengarut dah.


Apa yang cuba ditekankan disini ialah, adakah mata ku tertipu atau pembuat banner ini telah ditipu oleh Perbadanan Perpustakaan Awam Malaysia? Atau adakah patut untuk aku mengambil semula kertas Bahasa Malaysia SPM 2004 aku yang aku lulus (walaupun kurang cemerlang) suatu ketika dahulu?

Renungkan.....






sila click di image untuk memenuhkan skrin anda.

correct me if i'm wrong. tapi setahu aku, ejaannya bukan sebegitu. Patut ada huruf 'M' di situ bukan? Ke huruf Mim?

Mungkin betul la kot, tu ejaan milenium sbb takkan tak betul... tgk la siapa penganjur event tu, Otai2 yang tak sepatutnya tersalah dari segi ejaan2 Bahasa Malaysia. Kan? Kan? Komen? No komen~



p/s : sesetengah perkataan terpaksa disensodkan untuk tidak menimbulkan pelbagai lagi kontrolbesi yang menimpa2 sebelum ini. No more camera please! haha

Maafkan saya kerana mengecewakan anda..

ampun pak....i bz skit la this week untuk mengupdate belog. sbok dok buat rumah org, rumah sendiri tatao la bila berkemampuan nak dibangunkan...design dh de lama dh neh, funding je tiada. sdih...

walaupun aku tidaklah sehebat blogger2 terhebat yang mempunyai ramai fans hatta difacebook group beliau sekalipun, tapi aku tahu masih ada yg sudi meluangkan masa menjenguk ke belog aku tetapi pasti anda akan merasa hampa kerana tiada update terbaru yang dilakukan. oh, no! patutla aku tak leh jadi artis, aku kurang concern dengan para peminat. ahaha (bajet2)

tapi it's ok. Aku berjanji akan ada update terbaru (ada ke UPdate TerLAMA) yang bakal di utarakan. Aku tgh kumpul sources neh..hehe (janji palsu artis kepada peminat).


korang semua penyabar kan? tunggu ye...  untuk meringankan bebanan siksaan batin anda, hayatilah dulu gambar eksklusif I to u guys.


hot tak I dengan body six pax yang I pinjam dari lelaki lain? (matila aku dengan peminat Jacob)


p/s : aku neutral....

Thursday, September 23, 2010

Arthur's Day. Muslim Should Be Banned From Attending!!

i dint know bout wadeholl is this arthur's day till i saw an advert in the cinema, this quote really caught my attention.

"TO ARTHUR's!!"

who is Arthur?

for a muslim like me, definitely i will never know the background history of an alcoholic drink. Wat for i want to know? Sedangkan pencipta Teh O Beng pun aku tatao...ish2.

After watching the full advert then i realize wat or who is Arthur. And why are they celebrating the Arthur's Day.

Here is some short info of it.


Arthur's Day refers to a series of music events which were first organised in 2009 to celebrate the 250th anniversary of the Guinness brewing company by its owner Diageo plc, using Freud Communications as public relations co-ordinators.
Those events took place internationally in the cities of Dublin, Kuala Lumpur, Lagos, New York and Yaoundé on 24 September 2009. The event was broadcast internationally on Sky TV, ITV2 and DirecTV.[1]6 million has been pledged to the Arthur Guinness Fund.


The Malaysian government had initially forbidden Muslims to attend as it contradicts sharia law due to the organiser promoting alcohol, a beverage which Muslims are not allowed to drink. Non-Muslims in Malaysia were allowed to attend if they wish.[14][15]  

Contrary to previous regulations, ANYONE above the age of 18 years can now participate.
 

Arthur Guinness (1725 – 23 January 1803) was an Irish brewer and the founder of the Guinness brewery business and family.

..................................................

Masih tak tahu apakah yg cuba saya perkatakan di sini?

Meh tgk image neh.



Guinness Beer

Ini pula sambutan yg bakal di adakan di MALAYSIA.





and also...


Happy Hour tidak bermaksud Waktu Bergembira. Happy Hour bermaksud free flow of beer to all yg datang. Tak kiralah anda seorang Muslim atau sebaliknya.

I am so confused......... why the government suddenly changed the rule of participation. Now, EVERYBODY CAN GO TO ARTHUR's DAY AND WILL DEFINITELY CHEERING THAT WORDS, "TO ARTHUR!!"

wat for??? i mean for a MUSLIM, want to celebrate this kind of celebration. Arthur is not our Legend, not our Tokoh Negara, and definitely NOT EVEN OUR TOKOH ISLAM!!!

Yang bertambah pelik, boleh pulak official radio offer free admission tickets to go to Arthur's Day. And KEBANYAKAN boleh dikatakan Majoriti manusia yang kol untuk dapatkan dat ticket is MUSLIM in name.

I dun mind if my Non-Muslim frens want to go there to celebrate, but kamonlah wahai umat Islam....Aku pun pernah g konsert gak tapi not under this kind of Specific Celebration. If the reason of going there is to watch Flo-Rida,Sean Kingston or MIZZ NINA (muslim artist), korang boleh janji kepada diri sendiri atau even janji kepada tuhan yang korang tak akan sebut perkataan "TO ARTHUR's!!" tu? Konfirm la semua artis yang naik mesti end or first word dorang akan laungkan pastilah "TO ARTHUR's!!!"

Adoih...siapalah punya keje bangang yg boleh buatkan benda yang haram jd halal neh....Siap promote kt radio, means mmg no restriction la untuk sesiapa pun pergi ke celebration sebegitu.




Yang menambahkan kepelikan aku, takde pun aku dengar bantahan dr mana-mana pihak even di FB skalipun, takde org yang kesah ke dengan benda neh? Ke aku sorang je yang sengaja nak mengecohkan keadaan?




Konpius2!!!!


To all my MUSLIM frens, Say...

"HARAMKAN MUSLIM DARI MENGHADIRI ARTHUR's DAY!!  Non- MUSLIM ONLY ALLOWED."


Kalau nak sgt tgk artis2, tunggu konsert yang tiada kena mengena dengan celebration of mana-mana tokoh penggiat alkohol. Paham?

Wednesday, September 22, 2010

Tragedi Musim Tengkujuh

wada what? bila kadar kelembapan di luar tinggi, ram processor otak juga menjadi selo. Maka mengundang kepada pengabdian sebuah entri di blog ini tanpa pengetahuan bos. hahaha otak dh cramp dok ngadap 3d ja...nak mengadap tulisan 2d la pulak.

Tajuk entri sebenar mengimbau kembali nostalgia yang pernah terjadi secara langsung di depan mata aku suatu ketika dahulu. Alkisahnya adalah di antara aku, TNB (tenaga nasional berhad) dan juga sebijik kek. haaaa


Pada suatu hari.......... (masuk effect seperti batu dicampak ke dalam air yang tenang)

Tanggal 27 Oktober 2003( kalau tak salah tahun) adalah dimaklumkan terjadinya kejadian hari lahir aku disambut dengan meriahnya di kampung halaman. Adanya kerbau tumbang seekor, ayam 20 ekor, kambing golek juga ada. Eh, salah menu, tu menu kenduri kakak aku. Ok, jemuan biasa2 je, kek berdiameter 10cm yang disponsor oleh sesiapa yang berkenaan, tak ingat dh. Air sirap bandung, cikidis (keropok murahan) dan naget ayam ramly. Menu standard bukan? Kalau yang lagi gempak tu maybe kerana sirap bandung dicampur cincau. hahaha

Tetapi di alkisahkan, berlakunya ribut taufan yang agak dahsyat pada malam tersebut. Pokok kelapa bergoyangan dan meliuk lentok ke merata-rata arah. Tapi lebih ke arah timur ke barat kalau tak salah ingatanku. (gila hebat ingatan). Maka ketika lilin di kek sedang redi untuk aku tiup, salah seorang dari ahli keluarga aku ditugaskan untuk menutup lampu bagi meromantikkan keadaan semasa.

Tup! Lampu terpadam. Tetapi, kedengaran suara sumbing berkata.

"woit, awat tutup abeh semua lampu, tak nampak hapa pun neh"

Orang yang bertugas sebagai penutup lampu pun kehairanan.

"Aku tak tekan suis pun lagi neh"

Semua terdiam. Jeng Jeng Jeng....

Sekilas ternampak percikan api di luar rumah berdekatan jalan utama.

"Fuyooo...kabel letrik putus la pulak!!"

eh..salah ekspression. Ini ekspresi sebenar.

"Masyallah, kabel letrik putus!!! Danger danger!"

Kaget. Dan seperti kisah2 drama di talibesen, bukannya semua org akan bertindak, mesti akan terpegun dan terpacak di mana berada paling kurang selama 10 saat dulu. Pastu baru sedar diri untuk melarikan diri ataupun yang mempunyai IQ lebih tinggi berbanding yang lain, akan menelefon pihak yang berkenaan.

Maka, aku yang berlakon sebagai watak yang berIQ tinggilah menjadi heroin dalam crita tersebut. Lantas aku menelefon TNB. (sepatutnya aku kol siapa eh? takkan nak kol polis, polis bukan reti pasang kabel letrik. Bomba? Kalau ada mayat sangkut kat kabel letrik maybe bomba yang bertanggungjawab.Ntah..aku hanya mengikut skrip dan arahan)

Perbualan antara aku dan pegawai/operator TNB itu adalah seperti berikut.

Operator : Hello, TNB, boleh saya bantu anda?

Aku : Hello, saya dalam kecemasan ni. Saya cemas cemas.

Operator : Ok. Apa kecemasannya?

Aku : Cable letrik depan umah saya putus cik. Jatuh atas jalan. Kuar api nyala2. Angin kencang. Ombak bergelora.

Operator : Ohh... kat mna tu?

Aku : Depan umah saya kat No. ## Tandop, Alor Star.

Operator : Ok, boleh tak bagitau nombor tiang cable letrik tu? Kalau takde nombor tiang, kami tatao kat mna lokasi tu.Kami tak dapat hantar orang repair.

Aku : Kat mna ada nombor tu?

Operator : Kat tiang letrik tu la.

.............................................................

Paham tak?

Dialog ini di bawah ini adalah monolog di dalam hati aku selepas mendapat permintaan sedemikian oleh operator.

"Ok cik. Sat na. Saya nak p cari teropong.Terai teropong tgk kot-kot nampak. Superman cuti rini kak sempena besday saya, so takdak sapa yang ada ilmu kebal lagi dah yang boleh p dekat tiang letrik yang terbakar dan mengeluarkan  voltan berkuasa tinggi tersebut"

Sekian.

Tak paham jugak? buat2 paham je la....

Thursday, September 16, 2010

Rugi woo tak kenal Aloq Staq Jugak

hai hai hai...i am bekk!! haha haaa..seperti yang dijanjikan, segmen kedua tajaan muzium kesenian negeri kedah akan diteruskan dengan kesedapan yang lebih terancam. Ayuredi?? Jom terpa!!

kedai dan makanan pilihan seterusnya adalah nama-nama otai yang memang gerenti setiap umat yang mengaku warga Aloq Staq mesti mengetahui akan kewujudan otai-otai ini. Iaitu :

Nasi Lemak Haji Ali atau lebih dikenali sebagai Nasi Ali


Nasi Royale


Mee Abu 


Popia Mahkamah a.k.a Popia Jamal


Nasi Kandar Yasmeen

Familiar?

Kalau tak familiar, mari berkenalan, org kata..Tak Kenai maka Tak Chenta...tak gitu?


Nasi Lemak Haji Ali
Dah lama gila tokwan ali neh meniaga nasik lemak ala nasik kandaq. Dari kedai berbentuk gerai tepi jalan sampai la dah jadi kedai dua tingkat dan siap ada bukak cawangan kat tmpat lain lagi..Kelas gitu tokwan ali!!
Masa aku kecik, aku slalu p makan ngn family aku, menu wajib aku ayam goreng berempah panas2 ngn telur rebus je pun, tapi kesedapannya tiada tandingan. Campuran kuahnya pasti memikat selera anak anda yang tidak berselera skalipun. Kalau time festive season, konfirm beratur la kalau nak membeli nasi kat kedai tu. Apa tak nya, kalau dah sorang customer pakat bungkus smpai 7-8 bungkus, kalau 5 org bratur dan 40 bungkus, kalau 10 orang? Congaklah sendiri. Menurut hikayat mak ayah aku yang juga warga jati Aloq Staq, kedai Nasi Ali ni dulu2 adalah antara tempat favourite Tun Mahathir melepak masa zaman beliau muda remaja. Sejauh mana kebenarannya, kita tanya Che Det sendiri la ye nanti kalau dia balik Aloq Staq.

Lupa pulak nak bgtau location kedai, Kedai Nasi Lemak Hj Ali terletak berhampiran dengan Sungai Kedah ataupun Tanjung Chali. Tepi jalan besar menghala ke Jalan Pegawai (Persiaran Sultan Abdul Hamid). Ada juga yg panggil area tu dekat dengan Looking Good zaman tok nadoq dulu nuu..La dah Tak Looking So Good dah pun tempat tu. Jum kita berator!





Nasi Royale
Antara nasik2 mapley yang menjadi kegilaan umat Aloq Staq dan warga Aloq Staq yang berpindah ke luar negeri Kedah dan tiba musim perayaan mula baru menunjukkan muka di negeri kelahiran adalah Nasi Royale. Terletak di Lebuhraya Sultan Abdul Halim ataupun lebih senang di ketahui, terletak berdekatan Kompleks Hijau Kuning dan Teknik Highway(Teknik Alor Star). Kedai ini masih mengekalkan identiti berbentuk gerai yang sempoi. Tapi orang yang mengunjunginya masyaallah, dari dia start bukak on 3rd day raya pun, aku dh tengok line queue nak membeli nasik tu smpai naik ke atas jalan raya. Jaga-jaga sikit ye pakcik makcik, kang jadi tragedi raya ketiga, keluar tagline kat paper, 'Hanya disebabkan Nasi Royale'. Malam kelmarin kazen aku ada menggagahkan diri menjadi sebahagian dari umat yang dikategorikan sebagai Royalis Tegar membeli Nasik Royale sebanyak 8 bungkus dan setiap satunya berisi paling kurang 3 jenis lauk.

Antara combination setiap satu adalah, udang + ikan + ayam, kambing + sotong + telur+puyuh, ayam + itik + angsa + keldai..dan sebagainya...Punya la banyak lauk smpai tak kenai dah pun binatang apa yang di sertakan didalam hidangan. Sedap tak ? haaa kena cuba sendiri la...





Mee Abu dan Popia Jamal (Popia Mahkamah)
Mereka bukanlah adik bradik, jauh skali husband and wife. Sja ja aku nk cut it short crita skali je sebab...skang dorang dh de join venture bukak kedai skali..hahaha hebat tak mereka? Mee abu, kedainya berlunggok di Aloq Staq. Satu di Jalan Teluk Wanjah, satu di Jalan Sultanah dan satu lagi yang terkini adalah di Persiaran Sultan Abdul Hamid atau dahulunya dikenali sebagai Jalan Pegawai. Tetapi yang di Jalan Pegawai tu bukan nama Restoran Mee Abu lagi dah. Satgi aku abaq nama baru bagi kedai tersbut.

Macam sempoi kan nama Kedai Mee Abu. Simple dan mudah diingati. Seperti mana rasa makanannya, sedap dan mudah diingati...Ewah. Kedai Mee Abu neh, specialitynya adalah pada makanan berunsurkan mee lah, seperti Mee Goreng, Mee Rebus dan Meehoon (mee jugak..). Mee pun special ke? Eh...jangan tatao, setiap hidangan Mee akan disertai oleh Cucur Pasembor. dan juga sedikit kuah Pasembor..haa tu yang special tu. Bukan mee goreng bodoh ada fish ball dua ketol tu. No No... Sama seperti kedai di atas tadi, Kedai Mee Abu ini adalah di antara yang paling otai dalam sejarah kedai-kedai lama. Dah pelbagai keturunan dah dijalankan perniagaan ini. Bukan senang aku nk ikot dh brapa keturunan dan dok menggoreng mee tu. Kalau korang nk datang pagi-pagi pun boleh tapi hanya di cawangan Jalan Sultanah la ye..sebab di cawangan itu shaja yang dijual Roti Canai Bulat (ada roti canai segi 8 ke?) dan Apom Lenggang Kangkong..Mesti layan la....

Popia Jamal atau juga dikenali sebagai Popia Mahkamah diambil sempena letak gerainya dahulu dijual di hadapan Mahkamah Besar Alor Star..La ni dh canggih, haaa..ni nak crita..ada 3 otai makanan yang bergabung tenaga mewujudkan kamehameha di satu sudut di Alor Star. Sebuah kedai yang menghimpunkan 3 otai makanan iaitu, Mee Abu, Nasi Lemak Haji Ali dan Popia Jamal, lalu terbentuklah Restoran Zefee!! Terletak di Persiaran Sultan Abdul Hamid (Jalan Pegawai). So kalau nak dapatkan One Stop Centre untuk mencuba kesemua makanan-makanan otai, boleh la pi kat kedai ni sja, senang..3 in 1.Pandai depa noo...







Nasi Kandar Yasmeen.
haa...ni port lepak aku n the geng kalau nak cari dadih sedap. hehe..sama juga seperi nasi kandar lain, yang meembezakan maybe kuah la kot, aku pon tatao sgt sbb aku rajin lepak ja, tak rajin makan. Tapi menurut ilmu pengetahuan fizik aku, nasi kandar Yasmeen ini turut glemer di Pulau Pinang. haa..spa2 org penang mesti tao gak neh. Ayam goreng panas2 dengan dadih kaw2...Terbaik! Roti canai pun ada, tapi yang best sebab tempat lepak dia agak luas dan open air, tepi sungai pulak tu..Tapi tak nampak sungai sgt pun. Mari Mencuba jugak!


Orait, crita psal Rojak dan Cendoi tak kluaq lagi...tungguuuuuu. Sila terai dulu mana yang telah disyorkan oleh pakar.

p/s : gambar adalah courtesy google images, so kalau dari blog atau webpage sesiapa, jangan saman saya, google yang menlinkkan anda kepada saya. Walau bagaimanapun, toche toche!!! nandre! syukriyah! arigato! makasih! sheshie! 

Rugi woo tak kenal Aloq Staq

segmen tajaan Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah.


Aloq Staq? wadehell is dat? sejenis kuih tradisional yg makin pupus? atau kereta buatan nasional yg sehingga kini masih ditunggu-tunggu pelancarannya?

oh noo...sapa tak kenai aloq staq?? sila bunuh diri. aku serius.

Alor Star adalah ibu negeri Kedah Darul Aman atau lebih dikenali sebagai Negeri Jelapang Padi (tapi sayangnya hanya sekelumit manusia yang tahu apakah itu 'JELAPANG PADI'..anda tahukah?)...eh..aku penah tgk tao rupa sebenar jelepang padi tu..kalau tak tau...sila berkunjung ke Muzium Padi yang terletak berhampiran Gunung Keriangan Dunia di Alor Star. Anda boleh Google Muzium Padi Negeri Kedah untuk maklumat lanjut atau dial 103 untuk bertanya kepada operator serba tahu nombor telefon.

Seperti yang anda sedia maklum, negeri Kedah dan secara khususnya ALOR STAR telah melahirkan ramai tokoh-tokoh negera, contohnya Tun Mahathir Mohamad, Allahyarham Tunku Abdul Rahman, Dato Zakiah Hanum (Pengarah Pertama Arkib Negara) dan Cik Seri Alyaa Najwa.(wahaha).

Dan aku sebagai rakyat Jati negeri Kedah khususnya rakyat jati Aloq Staq, aku amat berbangga dengan tanah tumpah kelahiranku ini walaupun masih ramai manusia yang berakal sebesar otak burung unta yang masih tidak jemu-jemu untuk mengatakan tentang ketidakmodenan negeri Kedah dan memanggil negeri Kedah sebagai 'Kampung' tapi aku bangga what..KAMPUNG INILAH JUGAK YANG HAMPA DOK PULUN BALIK BERAYA SAMPAI JEM SAKAN DEPAN UMAH AKU!! hahaha


Aku mengukur sebuah KEMODENAN dari segi nilai moral dan sahsiah sebuah komuniti itu sendiri, bukannya diukur melalui berapa tinggi bangunan pencakar langit yang dibina kerana Arkitek seperti aku yang berasal dari KAMPUNG inilah yang membina kondominium 70 tingkat untuk orang 'BANDAR' diami. Buek!! hahaha kan kan?



Ok, sudah puas lari dari topik, aku actually nk bgtau benda yang aku alami sendiri sepanjang aku hidup di tanah tumpah darah ku ini. Ini real life experience k, bukan senang aku nk share neh..hehe Boleh juga dijadikan panduan kepada warga-warga negeri dan daerah lain yg ingin mengetahui tempat2 dan port2 menarik, makanan yang sedap yang boleh dilawati dan dirasai.



MAKANAN

Kalau sebut bab MAKANAN, fuh..gerenti tadak sapa yang akan kebuloq abaq hang kalau mai Aloq Staq. Dari gerai bertaraf banyak bintang (sebab tepi jalan tadak bumbung, ampa boleh kira sendri brapa banyak bintang kat langit) sehinggalah hotel bertaraf bintang kehidupan. Semuanya sedap! Serius2..tak tipu. Bulan Syawal tak elok menipu. Antara port2 yang disyorkan adalah :


1. Di sekitar Stadium Darul Aman.
Apa yang boleh didapati? Pi tgk sendiri la. Kedai-kedai kat situ beroperasi seawal 6.30 pagi sehinggalah tengah malam. Menu pagi boleh anda terai roti jala ataupun nasi tomato abang kat gerai ujung belah KFC (Kebtucky Fried Chicken ya..bukan Kelantan Freid Chicklen).



Menu Tengahari pula, Nasi Ayam Ady/Amy atau nasi ayam shukri, nasi ayam ni abaq hang...aku makan sejak aku Tadika kat Children's Corner tu, smpai abang tu kenai la aku neh. Terbaik dari ladang weh....sbb ayam dia goreng dua kali bagi garing betoi2 punya panas2..fuh2...lapaq pulak..esok kalau bukak kena p..

Menu malam pulak, macam2 boleh pilih sbb semua gerai kat situ majoriti bukak malam, dari goreng2 smpai ke roti nan capati, laksa, laksam, sate semua ada. Kiranya tempat ni shortcut la untuk sesiapa yang nak makan cepat dan pelbagai tanpa melilau cari pusing Aloq Staq. Satu ja yang tadak, Ikan Bakaq. haaa..nak makan ikan bakaq, jum jenguk kedai seterusnya.


2. D'Perindu Ikan Bakar (Jalan Kuala Kedah)
Ini adalah antara pilihan kedai untuk ikan bakaq yg boleh tahan sedap. Dulu masa tokey tua dok jaga kedai neh, kualiti makanan is much more better then now...tapi hari itu aku p makan, still memuaskan la dengan harganya yang berpatutan. Ikan bakaq pelbagai jenis ikan ada dan sgt fresh sbb stok ikan ambil di Kuala Kedah, dekat je la ngan restoran ni. Menu lain yang tidak kurang popularnya adalah Mee Udang. Boleh jugak terai, udang besaq2 kaw2 punya, sotong goreng tepung yang crunchy dan tomyam yang menarik hati. Lokasi adalah jalan menghala ke Kuala Kedah, it's on your left side, right after masjid. Satu lagi cawangan kedai ni adalah di Hutan Kampong, namanya aku tak hengat la pulak tapi tokey yg sama la. Selamat Mencuba!!


3. Restoran Pakda Mergong
Ini antara Restoran Oldskul yang sejak dari aku takdak gigi sehingga aku takdak gigi balik pun aku selalu p makan kat sana ngn family aku. Tapi Allahyarham Pakda dah meninggal dunia 2 tahun lalu if i'm not mistaken. Walau bagaimanapun, tahap kesedapan makanannya masih berterusan dengan legasi baru Pakda. Favourite must try dishes adalah Siakap Goreng Halia (sangat crispy dan yummy), Tomyam Putih Siam (pedaih kaw2 punya), kangkong belacan terhebat, Saikrop (isi ketam goreng crispy macam kopok lekor), dan juga Sotong Goreng Tepung Crispy juga. hahaha Dan lagi satu yang palinggg aku gemari adalah Nasi Goreng Ketam kerana mereka menggunakan isi ketam Sebenar, bukannya ketam batang kaler merah yang orang dok letak dalam steambot moden tu. Aku tak pernah order nasi goreng ketam kat tempat lain sbb konfirm ketam yang diletak adalah ketam palsu. Pastu dok argue jugak ngan aku kata yang tu ketam ori. Chiss meniaga pun nak menipu ka? ish2... Lokasi restoran ini adalah Jalan menghala ke Stesyen Bas Shahab Perdana dan Tesco. Lepas dari Sekolah Agama Kedah, trepik lite belok kanan. haaa kt situlah Restoran Pakda. Walaupun signbod nampak macam lampu tak cukop watt, tapi makanannya masih cukop zat. Ewah..pantun. hehe Selamat mencuba!


4. Laksa Telok Kechai
Kalau sebut bab laksa, mesti ramai org Aloq Staq yang akan sebut port neh. Jalan Kuala Kedah jugak tapi on the right side. So kena U-turn dulu la. Antara kedai yang aku selalu p adalah Pakya dan Pakdin Laksa Telok Kechai. Pakya dan pakdin adalah adik bradik, pak ya tu abang kot. Tatao la...sila buat rujukan sejarah sendiri. Laksa aslinya yang diperbuat dari beras adalah keistimewaan Laksa ini. Urat laksa tu tuan kedai ni buat sendiri ye, bukannya beli Laksa Cap Eka kat kedai runcit tu. Dan kalau ada laksa, mesti geng atau org kedah cakap Gu Ngan Sate. haaa.. Sate dia terbaik! Kuah kacang pekat kaw2 punya. Mesti terai!!





5. Kueteow Iman Mergong.
haaa..jangan dok sengih2 ye. mesti ramai yang tao port glemer neh. Gerai tepi jalan menghala ke Stesyen Bas Shahab Perdana. Kalau dah nama kedai pun kedai kueteow, takkan dia joai Nasi Campoq Ayaq Asam. Kedai neh mesti specialist kt kueteow goreng ja. And ada la nasi lemak 5 kupang sebagai menu sampingan, tapi dia punya regular customer, sejak dari pukui 6 ptang dia bukak kedai, smpai ke tengah malam nak tutup dok menggoreng kueteow tak abih2. Jangan main2. Juai kueteow pun boleh pakai 7 series BMW okeh!! sebelum dia pindah ke mergong, sat aku nak recall dulu kedai dia kat mana....hmmm...tak ingat. hahaha pa ja la yg the latest, buat pa nak tau sejarah permulaan perniagaan depa pulak.

Tapi jangan risau, kalau tak dapat nk makan kueteow Iman, kita boleh p makan KueteowJoned kat Jalan Stadium. Dekat dengan Pustaka Union. Kat situ ada macam2 lagi variety makanan selaian kueteown Joned, western food pun dah ada sekarang neh. Dulu gerai dia kecik ja, meja ada kot dua ketoi, la neh..haaa...amek hang, dengaq kata ada cawangan tapi tatao kat mana. Selamat Mencuba!!


ateh...ada lagi neh...dun wori,,nanti aku smbung lagi k...antara paparan entri sterusnya adalah, Rojak Terbaik,  Asam Laksa dan Laksa Lemak Terhebat serta Cendol Terangkat!! tunggguuuuuu...

Pertambahan dan Pengurangan Selepas Raya

Pertambahan :

1. Berat badan
2. Kandungan lemak
3. Kandungan garam galian, glukosa, laktosa, sukrosa, pedrosa dan rossa
4. Jerawat akibat minyak berlebihan



Pengurangan :

....... DUIT GAJI!!!.........


Matilah nak byor sewa umah tak cukop....wawawa

t aku eleborate, mak abah kalut dok ajak pi beraya lagi..adeh... sat sat...



p/s : mak aku dh dok bagi radio rosak kt aku " Adik Jom.. Adik Jom...Adik Jom..."

Wednesday, September 1, 2010

Justin Bieber come to Malaysia?

ok..my ears bleeding..since this morning.  Hitz.fm will be playing bieber's song throughout the day till they reached up to 15,000 love note on their facebook page. The intention is, to bring Justin Bieber down to Malaysia. So to all BIEBER's KIPAS. Go to HERE to post your love notes that definitely will never be read out one by one by Bieber. hahaha omg...knapa la org minat sgt kt mamat neh, aku pun tatao.Aku pun minat jugak artis2 neh tapi aku tak pernah fanaticly stick to one particular artist cos whoever artist yang boleh menyedapkan lagu yg sumbang, aku terima je....

I admit that he got the talent but hearing to his 5 songs only for the whole day??? U must be kidding me....adoih xpa la..neway it's fun to watch how KIPAS SUSAH MATI those people who already posted their love note to that young and lady-like voice boy. Antara contoh2 yang boleh dirujuk adalah :


Hitz.FM rocks! Me and my sister ....... are HUGE Fans of Justin Bieber. She's crazy bout him =_= her calculator is full of JB pictures, it hardly looks like a calculator anymore. Soo, please justin! Come down to malaysia! I'm calling for you JB, please let me inside your world 

 

OMG!! Justin Bieber, pleeeeaaaaasssseee come down to Malaysia!! Your my common denominator! I'm a Bielieber!! Justin pleaseee. I need somebody to love! Please let me be your one love,, your one heart.. Your one life for sure.. I'll give you everything you need.. Down to my last dime Imma tell you one time Justin, I LOVE YOU ;)

 

and so much more....

tapi...dalam2 love note tu..ada jugak 'love note' to bieber... antaranya..

 

I want to see that immature brat messes up every shits. Seriously, leave Malaysia alone.

 

dan sebagainya..hehe no offence...aku terima je mna2 artis yg bagus, tak kira lah cmna rupa paras dan tahap kejambuannya.

 

Tuesday, August 31, 2010

I Am Proud To Be Malaysian No Matter What

demonstrasi? isu perkauman? isu minyak tinggi? isu gula,tepung,telur,ayam mahal? isu jem semakin teruk? isu pembangkang dan kerajaan? dan pelbagai lagi isu?

walau apa pun isu, kita patut bersyukurrrrrrrrrrrrrrrr sangat-sangat sebab sebesar mana pun isu di negara kita, korang perlu tanya kepada diri sendiri, ada tak isu seperti di bawah ini berlaku di negara kita.

ISU PEPERANGAN?

 perang di palestin




ISU TSUNAMI?



tsunami di Acheh dan Sri lanka dan Phuket



ISU GEMPA BUMI?

gempa bumi di Chile


gempa bumi di Jepun


gempa bumi di Yinhua, China



ISU KEBULURAN?

 kebuluran di Somalia




ISU BANJIR BESAR YANG MENGORBANKAN JUTAAN NYAWA?



 banjir besar di Pakistan



ISU PEMBUNUHAN BERAMAI-RAMAI?

 pembunuhan Srebenica (Julai 1995)


pembunuhan beramai-ramai di Filipina



ISU GUNUNG BERAPI?

Gunung berapi di Filipina 


Gunung Berapi Krakatau di Indonesia



ISU TAUFAN?

Taufan Katrina di USA



ISU DITINDAS DI NEGARA SENDIRI?







TIADA BUKAN?

tidak sedarkah anda bahawa jika dibandingkan dengan banyak lagi negara di dunia ini,  

MALAYSIA ADALAH NEGARA YANG PALING DILINDUNGI TUHAN? 

even if compared to lingkungan Asia Tenggara pun jadi la, kalau korang igt lagi geografi/kajian tempatan darjah 6, MALAYSIA berada di kawasan lindungan dari segala Lingkaran Api iaitu Gempa bumi dan gunung berapi, sedangkan negara jiran kita INDONESIA dan FILIPINA mempunyai sekurang-kurangnya 3 gunung berapi yang masih aktif dan berpuluh-puluh gempa bumi yang boleh menyebabkan tsunami dan pelbagai lagi bencana alam.

TIDAK BERSYUKUR LAGIKAH ANDA DENGAN KEAMANAN SEMULAJADI YANG DIBERIKAN TUHAN?

KENAPA KITA NAK CIPTA KESENGSARAAN SENDIRI DENGAN ISU YANG DIREKA OLEH UMAT MANUSIA SENDIRI?

Bersyukur lah anda dalam apa agama sekalipun anda, dats y aku menggunaka kata ganti TUHAN, instead of ALLAH s.w.t kerana aku maksudkan entri ini kepada semua warga MALAYSIA tak kira apa jenis agama yang dianuti, yang masih sayangkan negara kita ini kerana korang rasa dengan pergi pindah ke negara-negara lain korang akan hidup lebih aman berbanding dengan negara kita yang kecil tapi indah ini?

Korang rasa kalau korang duduk kat Europe,USA,Russia,Jepun dan sebagainya, korang tak akan ada apa-apa masalah ke? Tuhan telah tetapkan kita dengan sebaiknya di tempat kita sekarang, kalau korang masih sayangkan negara kelahiran diri sendiri (bukannya kelahiran nenek moyang yang kita tidak kenal..aku pun tatao entah2 nenek moyang aku bukan asal tanah melayu) tapi aku bersyukur kerana AKU DILAHIRKAN DI MALAYSIA dan TEMPAT LAHIR AKU DICATATKAN SEBAGAI DI NEGARA MALAYSIA.

korang selidik balik sejarah tragedi yang terjadi diakibatkan oleh tindakan sesama rakyat sendiri. Tidak ada apa yang perlu dibanggakan disebalik tragedi tersebut, malah merugikan diri sendiri.

mahukah anda perkara ini terjadi lagi?




I dun want to live a life like this.Aku tak mahu kehilangan rakan yang pernah aku kenali tidak kiralah apa agama dan bangsa sekalipun kerana tuhan telah berikan kemewahan hidup yang tidak dapat dikecapi oleh negara lain.

MENGAPA KITA HENDAK MENCIPTA SENGKETA YANG TIDAK PERLU ADA HATTA DALAM FIKIRAN SEKALIPUN?

AMAN MALAYSIA!

Inilah hidup yang aku mahu!!




Tuesday, August 24, 2010

Pantang dan Petua orang tua-tua dijamin benar Part 3

Mana part 2? haha aku malas nk sort out balik entri2 lama...trima je la part brapa pun aku nk letak..ada org kesah ke?hehe ampun.

Hari ni nak share beberapa petua yg melibatkan hanya satu jenis penyakit (kot) yang sering terjadi kepada diri sendiri dan baru2 ni terjadi kepada my hubby. hehe.. terimalah...


Petua Melegakan Sedu
Sedu. Bukan senduk. Tao kan apa itu sedu? Atau dalam bahasa omputihnya, HICCUP. aku pun tatao apa penyebab sebenar sedu ni, tapi menurut cakap2 sekitar yg pernah aku dengar adalah disebabkan kekurangan oksigen. Kalau kurang oksigen bukan K.O terus ke? Takpe2, aku rajin sikit, meh aku attach sikit explanation dari segi medical.

hiccup
[hik′É™p]
a characteristic sound that is produced by the involuntary contraction of the diaphragm, followed by rapid closure of the glottis. Hiccups have various causes, including indigestion, rapid eating, certain types of surgery, and epidemic encephalitis. They can also be caused by or associated with abdominal distension. Most episodes of hiccups do not persist longer than a few minutes, but recurrent and prolonged attacks sometimes occur. The condition is most often seen in men. Sedatives are used in extreme cases. Also spelled hiccough. Also called singultus
 -Mosby's Medical Dictionary, 8th edition. © 2009, Elsevier.

amacam? macam buat thesis tak? siap ada sumber plagiarism di situ supaya tidak disaman kelak. Walau apa pun penyebabnya, aku bukan nk membincangkan tentang penyebab berlakunya hiccup, kang smpai esok tak abeh dok berdebat dengan pakar-pakar medikasi. To cut it short, petua-petua melegakan hiccup ini didapati dari pelbagai pelusuk rakan-rakan yg aku kenali dan juga dari amalan keluarga aku sendiri.

1. Minum air dengan cepat dan sebanyak mungkin sehingga rasa nak termuntah. (mengapa? jangan ditanya..tatao! just do it! dun ask!)


2. Swallow a teaspoon of sugar. (petua abah aku) Korang amek gula halus, gula yg bancuh air tu la, bukan air gula, bukan gula kasar dan bukan juga gula icing yang nk buat kuih raya tu. Korang masukkan dalam mulut, kulum atau swallow gula tu pelan2 smpai abeh, tapi kena cool, takleh buat dalam keadaan kalut. Insyaallah lega.


3. Tarik nafas dan tahan ketika hiccup hendak terjadi.Means, hiccup tu dah terjadi tapi kan biasanya akan berterusan smpai saket segala organ dalaman ditarik2. Bila sedu tu nak terjadi lagi,cuba tarik nafas dalam2 dan try tahan nafas,kena lawan sikit hiccup neh,baru dia sedor diri. Kalau tak mampu melawan, boleh cuba teknik seterusnya.


4. Letakkan tuala basah di atas dahi (petua dari huzairie majid). Tak pernah try lagi, maybe boleh lega...jum terai.


5. Terkejutkan diri anda seperti Rugrats. (petua dari my hubby). hahaha ni pengaruh citer kartoon byk sgt neh. tapi betul la...tgk bukti ni





kan betul? tapi, ada jugak kebenarannya, kajian mengatakan, dengan mengalihkan perhatian anda kepada perkara/benda lain akan menghilangkan sedu anda.So, adakah sedu hanyalah penyakit psikologi? Ada sesiapa boleh jawab? Sila2..anda dialukan.


Korang boleh visit this web untuk dapatkan cara menghilangkan sedu dengan lebih detail. click SINI SINI.

international women's day kah?

ketika sdang bekerja smbil mendengar radio, terdengar la di radio ni dok ting tong ting tong ckp pasal gender, cam which gender is better..bla bla bla...then suddenly that deejay mentioned bout one thing, "Happy International Women's day!!"

Aku pun mula tertanya2, oh..ada eh International Women's Day? Sepanjang hidup aku, hanya beberapa hari keraian yg sama jenis begini yg aku igt, iaitu Hari Buruh (sebab cuti umum), Hari Guru (sebab masa sekolah kena paksa beli bunga kt cikgu) dan juga Hari Berpuasa dan Raya (tu pun sbb mesti akan muncul pakcik otai duduk atas kerusi pakai baju melayu buat pengumuman menggunakan skrip yg sama sejak 20 tahun yg lalu).

Maka untuk memastikan kebenarannya kata-kata deejay tersebut, aku pun google la International Women's Day. Teka apa aku jumpa???

Sedikit petikan dari website yg dijumpai...




INTERNATIONAL WOMEN'S DAY
Each year around the world, International Women's Day (IWD) is celebrated on March 8. Hundreds of events occur not just on this day but throughout March to mark the economic, political and social achievements of women.


aaaaaa.........hari ni brapa haribulan? aku salah dengar ke tadi? ke deejay tu buat hari dia sendiri..ke aku tak dengar topik yg dibincangkan tu secara penuh, dats y aku salah faham..haha tatao2..


neway, i've come across sumting quite interesting especially for the lady out there. You must cekodok this website, anda akan mengetahui dengan lebih lanjut tentang wanita-wanita di seluruh dunia dan anda pasti akan bersyukur dengan keadaan di negara kita yg terchinta ini kerana di sini, wanita di layan dengan sama adil dan saksama. Kecuali kalau ada case on domestic abuse tu, aku consider lelaki yg memukul wanita itu adalah sangat DAYUS dan patut disunatkan buat kali kedua! 

sedikit petikan dari web tersebut.

Women burn themselves to flee abuse  

Nov 17 - Afghan wives choose to burn themselves to death to escape a life of domestic torture and abuse.

 



kejam kejam!!

let's cekodok INTERNATIONAL WOMEN's DAY website untuk keterangan lebih lanjut.

Wednesday, August 18, 2010

REAL meaning of Lady Gaga's Song. Must cekodok!

sebelum tu..sila layan vid clip neh. i love the colour and the make-up in this vid. so horrorly beautiful.






Now back to the real topic, i dun want to explain much more here cos it's better korang baca sendiri penerangan di link di bawah japg aku paste, actually i've found this link quite long time ago tapi asyik lupa nak share here. There's something to discuss...serious2... Maybe lepas korang bca the explanations, korang akan tak dengar dh lagu-lagu Lady Gaga, better korang search Stephanie (nama asal Lady Gaga sebelum zaman jahiliah dia), lagu-lagu Stephanie lebih bermoral dan sounds like Avril+Demi Levato.


Click HERE to find out the truth.







p/s : u guys cant found out more in this web, bukan stakat lagu alejandro shaja, usha lagu bad romance punya explanation lagi best. serious2. wallahhualam~

Jem? Jom Isi Masa Lapang dengan..

Introduction.. If banyak kesalahan tatabahasa dan tatacara berlaku di dalam entri ini, harap dimaafkan, ini adalah ekoran sindrom tdo pkul 6.15pagi td dan bangun semula pada pukul 7.30 gara2 menyiapkan tugasan opis. (rajin wooo awal2..haha)

Menu rutin hari-hari aku baluk kerja adalah jem. Ya. Anda baca dengan betul, sbutannya adalah J.E.M. Atau dalam bahasa melayu tulinnya adalah kesesakan lalulintas tahap lahanat. Pada perkiraan dan peranalisisan aku, JEM ni bukan berlaku sbb kadar jumlah kenderaan yg banyak, tetapi JEM hanya akan berlaku jikalau terjadinya aral melintang tengah jalan seperti kereta yang disogok dari belakang, lori yang cuba membuat willy dan juga motosikal yang perasan dirinya sempit. Kalau eksiden je mesti eksiden, kalau tak eksiden, cun je jalan tu even kereta berselisih 5cm dari bahu ke bahu. Adoila...tlgla bwk kenderaan anda elok-elok, bukan hanya untuk diri sendiri, tapi untuk diri org lain. Anda yang berkelakuan tak senonoh di atas jalan raya bukannya hanya menyusahkan diri anda, tetapi juga menyebabkan rating kebencian manusia sejagat terhadap anda bertambah secara mendadak ibarat undi Mawi di dalam akademi fantasia. Sebab tiada seorangpun homosapien yang suka akan keadaan terkandas di atas jalan raya sambil setiap 5 minit dok jeling kat jam takot ayam percik kt bazar ramadhan licin dikebas. Jai BE SAFE ON THE ROAD, GOING TO FAST IS DANGEROUS. Ingatlah pesanan Valentino Rossi yg penuh ikhlas.

Tapi, jikalau tersangkut jugak di jalan raya, jangan risau.. Ada jalan penyelesaian supaya anda tidak kebosanan dan kebengkakan hatinya. Apa dia? Beli ayam percik semalam dan makan hari ini? Oh tidak, jangan dibuat begitu. Caranya adalah :

1. Mendengar radio. Terlalu skeptikal? Bosan la alyaa. Apa kata kita bagi RADIO DENGAR KITA. Haa..amacam? Tak yah penat2 kol radio, just menggunakan sepenuh daya imaginasi, anda boleh menjadi penyanyi utama, penyanyi latar dan juga boleh jadi deejay radio sendiri. Bila lagi nak terai bakat terpadam... tambah2 kalau kereta korang tinted baik punya. Lagi mengancam. Korang boleh jadi penari latar sekaligus tanpa segan silu. Korang hanya perlu meletakkan volume radio anda di tahap sederhana, bagi dengar music la skit, boring pulak nyanyi tadak music, pahtu korang melalakla sekuat hati menandingi kekuatan vokal artis di radio. Silap2 korang rasa suara korang lagi sedap dari artis tu. Gesture tangan dan mimik muka jangan dilupa. Gerak badan pelengkap bicara. Ewah! Agak2 dh bosan melalak sorang2, korang bukak tingkap luas2, ajak kereta sekeliling anda berkoir bersama. Pahtu korang bukak pintu kereta, menari tgh jalan macam Flash Mob. Wohoho..style2...(terlebih berangan).


2. Sempena bulan ramadhan, korang boleh menjadikan mengatur menu berbuka puasa sebagai satu rutin ketika jem. Hari ini nak makan nasi kerabu kaw seksyen 1, esok nasi briani kaw2 seksyen 3, esok makan angin kaw3 kt mahkamah sesyen. Cakap shaja tanpa membayangkan kesedapannya juga tidak guna, korang kena imagine rasa, rupa dan juga susunan di atas pinggan sekaligus. Air jangan dilupa, kalau makan pasembor penang, mesti kena dengan cendoi padang kota baik punya. Baru la orang kata Buku Bertemu Ruas.....Means, sama padan la...


3. Bagi sesetengah manusia yang dah ketandusan idea, mesti ada jugak yang buat habit tikam nombor ekor guna nombor plate kereta mewah di jalan raya. Mesti amek kereta canggih2,, baru ada Ong. Paling lekeh adalah Lamboghini. hahaha sori2...agak2 je..


4. Bagi penggemar aksesori kereta pula, masa ni la nak usha sport rim, spoiler tinggi macam penyidai ke, body kit 5 mata ke, lampu bercelak dan sebagainya di kereta org lain sebagai contoh untuk diaplikasi. Tapi perlu diingat, jangan pulak korang mengutuk hasil pembuangan duit tuan punya kereta itu jika keadaan asal keretanya lebih menawan berbanding dengan yang telah direnovate, kang batai posa pulak..ish2...Pinjam spoiler bang, nak sangkut jemuran. hihihi

5. Usha tabiat sekeliling. Tak kisah la tabiat apa pun, manusia ke, haiwan ke hatta tumbuhan sekalipun. Kalau kita berhenti di tepi lembu yang sedang meragut rumput di tepi highway, korang boleh kaji tabiat lembu tersbut. Bagaimanakah mekanisma pemakanannya berlaku? Dia gigit dulu ke rumput tu, or dia belit rumput tu dengan lidah dulu,pastu baru dia gigit? haaa...jawab2

6. Lebih alert dengan perkembangan di sekitar jalan yang dilalui. Kalau kita biasa bwk kereta dalam keadaan laju, kita kurang aware dengan apa yg ada di sepanjang jalan bukan? Haa..time jem ni la kita nak tao, ataupun baru tahu rupanya ada flat 20 tingkat di sebelah SKVE. Tak penah pun aku prasan sebelum ni.. ooooo..Bagus jugak jem neh.

7. Dan terakhir sekali, kalau jem tu sampai tahap tak bergerak walau sejengkal sekalipun, apa lagi...Tido je la...Takyah set alarm , kereta belakang mesti akan tolong bagi alarm hon punya la kalau korang tak jalan lebih dari 1.5 saat.

Selamat berbuka!!!!

Appertizer....


Thursday, August 12, 2010

Perangai pekerja zaman moden.

This story is based from true experience. So aku rasa bukan aku sorang yg mengalami kejadian sebegini. Jadi mesti ramai yang tak terkujat sgt la dgn pernyataan yg bakal diselatankan nanti.Seperi yg kita sedia maklum, terdapat pelbagai jenis pekerjaan yang kadang-kala kita tidak terlalu hiraukan kewujudannya mungkin kerana kurangnya impak terhadap kehidupan seharian kita, tetapi apabila berlaku sedikit permasalahan timbul yang dilakukan oleh pekerja yg menjayakan pekerjaan tersebut, barulah kita mula sedar dan aware akan kewujudannya.Bak kata pepatah Umpama Laksa Tiada Telur Rebus. Kurang sedap bukan?  ADUAN RAKYAT, melaporkan sempena edisi ramadhan (Bayangkan gaya karam singh walia mengangkat tngan ketika berhujah)

Antara pekerjaan/pekerja yang bila dorng buat slack baru kita perasan akan kehadirannya adalah:


TOLGATE GIRL/PENJAGA TOL YANG TERTIDUR KETIKA MENJALANKAN TUGAS
Slalunya kehadiran tol gate girl kurang disedari bukan hapa, sbb kadang2 kita tak tgk pun muka dorang tima bagi duit, especially duit yg kita bg takde change, lagi la lebih excited tgk lampu hijau palang menyala especially kalau pukul 8.30 dh tapi masih berada di atas jalan (matila dgn boss). Tapi kita akan perasan jikalau geng2 penjaga gol ni tak buat keje. Sbb.....Haila cik kak. Patut la aku dok hulur duit RM1.60 ko tak hambek2. Slalunya pantang kita lambat sikit je mesti buat muncung Makcik Wok. Mentang2 la bulan ramadhan, jgn la tidur kat dlm tu kak, dh la dok panggil2 byk kali baru nk tersedar. Letih buat kuih raya eh smalam kak? hahaha..lawak pun de sbb first time aku tgk tolgate person tertidur time keje. Tringat lak kat kawan aku sorang yg bernama Iman (bukan nama penuh..haha) yang mempunyai kebolehan tidur dalam pelbagai posisi dan kondisi hatta sedang berdiri skalipun. hehe jgn marah Iman.



PROMOTER YANG MENYURUH KITA MELAKUKAN PENGIRAAN MATEMATIK SENDIRI
Sempena musim sales yg pelbagai jenis ini, mid season la, end of season la, beginning of season,winter sales,autumn dan sebagainya (setahu aku Malaysia ada 3 season ja iaitu, Musim Sederhana Panas, Musim Panas dan Musim Terlampau Panas), dapatlah kita lihat berpusu-pusu manusia ber-uang yang sanggup beratur pnjg smpai ke tengah jalan tepi trafik light semata2 nk apply SOGO card sbb kalau tadak card kira normal price je. Cheh..pandai depa nooo... takpa2 nanti aku buat sopping complex sndiri, aku kenakan yuran per entry trus. haha cepat kaya.

Dan pelbagai la juga simbol-simbol sebegini yang dapat dilihat. %%%. Bermakna diskaun la ye. Bukan markah kertas peperiksaan Julai. Dan harga yang diletak sebagai harga sebelum mesti lah dua kali ganda dari harga asal semasa bukan musim sales, so dat lepas dorang letak simbol 50% off tu, org dh jd macam Pussycat nampak Tweety. "WAH MURAHNYA!! 50% off TUUU". bengong bengong bengong.Cepat kaya la tokey kedai. (Aku jeles sbb aku bukan ber-uang)

Crita pasal promoter pulak, mestilah dorang pun sibuk la ikut punggung kita even kita hanya sekadar menjeling 3 saat ke arah barangan jagaannya. Maka bermulalah episod tragis.

Aku : "Dik, brapa harga wallet neh?"
Promoter : "30% diskaun kak"
Aku : ............ (berkata di dalam hati) "aku tny harga la..." Sekali lagi aku mencuba, "Harga before dia berapa sbb takde tag pun?"
Promoter : "Ada kt dalam" "Ada 30% diskaun"
Aku : "Oh. ok"  " RM289.90 tinggal brapa?"
Promoter : "30% diskaun kak" (masih tercegat di situ tanpa berusaha untuk mengambil alat kiraan, sempoa ke calculator ke at least kertas and pen pun jadi la)

Lantas aku pun terus berkata smbil hati membengkek disebabkan kadar kelembapan promoter yang amat tinggi 

Aku : "Ok, boleh pinjam kalkulator atas meja tu tak? Saya SPM math dpt gred 6 ja." (huh!)


I mean, kamon la...U DINT EXPECT ME TO DO MY OWN MATH KAN? kalau harga yg diberi tu dalam gandaan yang sempurna tanpa titik perpuluhan pelbagai jenis sen mungkin aku boleh terai congak sambil tercangak. Dh keje sbgai promoter, promote la benda tu elok2, bukannya kita nk dorang explain brpa peratusan kulit dan pvc serta dari sumber mnakah datangnya bahan mentah barangan tersebut. And paling tak leh blah, bab ikot punggung org cukop terer smpai rasa cam nk pusing ikot dia balik je bagi dia rasa apa feelingnya apabila punggung korang diperhatikan dari belakang. Adoi...letih den..aku pun pnh jadi promoter jugak, mmg la letih tapi dh tanggungjwab mcm tu...buat la dengan betul.(renungan untuk hari ini)






WAITER/WAITRESS YANG BILA DITANYA MEMBERIKAN JAWAPAN "TAK TAHU"
Clean n clear rite title ini? Bila ke kedai makan yang baru, nampak menu macam2, Siakap Takde Rasa, Nasi Goreng World, Mee Kongkang, Soteng California  dan pelbagai lagi nama makanan yg membuatkan keghairahan ingin tahu sgt tinggi. Lantas kita mesti la akan bertanya kepada tukang amek order a.k.a waiter/waitress tentang hapa benda alah Bihun Goreng Tsunami?

Dan jawapan yg biasa di dengar adalah "TAK TAHU LA", "ENTAH", "DUNNO", "WO PU CHE TAO", "TARAK TAO" yg sama waktu dengannya. How disappointed!!! adoi.......abeh cmtu cmno nk order bnda2 yg gempak itu jikalau tidak mengetahui wadehell is dat thing?? Last22, end up  order menu standet iaitu nasi putih, tomyam cendawan dan telur dadar. Sadis toi la..... Ye la, mmg bukan waiter yg masak suma tu tapi waiter sebagai perantara antara pelanggan dan tukang masak, unless la klu tukang masak sendiri yg jadi waiter, tu lain citer. So, they should amek tahu la benda2 mcm tu, bukannya sibuk amek tahu anak tukang masak cantik, umor baru 16 tahun,  g skolah nek basikal. Yang tu dorang tahu lak. Haish..apa nk jadi....

pelbagai lagi contoh2 yg boleh dikongsi tapi xpela, byk g keje lain nk wat neh, so, to all people out there and also to my self, if we've been given a task, a responsibility even as tiny as mapley jual paper pun, at least perlu la tahu basic2 info yg slalunya yang akan ditanya oleh orang ramai. Barulah bos korang cepat kaya n korang pun leh dapat bonus byk2. Tak gitu?

Sekian, wabillahhitaufikwalhidayah. Salam Ramadhan!!


p/s : nak g bazaar ramadhan kt tempat lain lak la..hoho

Tuesday, August 10, 2010

Checklist Ramadhan dh buat?

orait..mari kita checklist ramadhan. haaa..jgn igt Raya je korang sbuk nak buat checklist, kasut baru,baju 5 lai, selendang 3 jenis untuk setiap hari, kuih raya dan sebagainya. Ramadhan pun perlu checklist jugak ye rakan-rakan.

1. Puasa yg TERtinggal dh ganti habis belum? (wawawa...dushhh kpd diri sendiri)


2. Tiket balik kmpung untuk berpuasa bersama keluarga dh beli?

3. Bekalan megi (bagi kaum hawa) dah beli ke? (wahahaha sekali lagi)

4. Buah kurma ataupun apa2 buah2 manisan seperti kismis dan chocolate(buah ke?) untuk berbuka?

5. Minuman tenaga tambahan untuk bersahur seperti 100plus,redbull dan livitabagi yg mempunyai penyakit tekanan darah rendah, kurang darah merah dan juga kurang keyakinan diri untuk menahan nafsu.
(AMARAN : minuman yang mempunyai nama peralatan dan diikuti dengan nama manusia adalah diharamkan sama skali.Dikhuatiri kesannya akan memudaratkan iman seseorang mukmin)


 6. Dh recall niat solat terawikh? Tarawikh de brapa rakaat? hah2..sila semak buku agama tingkatan 5. =)

7. Dh fikir nk sahur ape? Dan berbuka? (advanced version)

8. Last skali, dh bersedia dari segi mental dan fizikal untuk menjalani ibadah puasa di bulan yg mulia ini??

Selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak untuk semua umat Islam seluruh dunia.


Igtlah kita kpada mereka yg kurang bernasib baik di negara Islam yg lain, tidak sebagaimana di negara kita yg kaya dengan rezeki yang melimpah ruah. Jangan berbazir ketika berbuka!!!