Wednesday, May 18, 2011

Ai De Beijing Part 1

olaa..as been promised before, aku ada mentioned bout nantikan entri 'Ai De Beijing' in my previous entri... Gapo dia 'Ai De Beijing' neh?

title entri hanyalah sekadar propaganda media shaja, sja bagi gempak sikit mcm ada crita2 cinta di negara lain gitu, mcm la jugak kisah cinta antara benua...kalau bercinta kat luar negara je mesti macam lagi cool gitu if compared to chenta di dalam negara. Cuba kalau letak title Ai De Aloq Mengkudu, ada org nak tgk tak agak2?

sebelum proses melalut lebih kelaut, apa kata kita mulakan je.. ok..redi?

Tanggal 7hb Mei 2011 yg lalu, aku berserta 9 lagi rakan2 seopis (office trip) telah selamat bercuti di negara yang penuh dengan manusia berkulit cerah serta berambut lurus iaitu China, specifically Beijing and Tianjin. Terima kasih kepada Air Asia X kerana telah merealisasikan impian 10 orang terlibat untuk ke China buat kali pertamanya (ada yg second time). Kitorang start booking tiket neh masa time Matta Fair bulan Mac lepas kalau tak salah, time tu ada promotion Air Asia dan juga MAS, kalau ikutkan harga tiket yg lebih murah, MAS punya tiket adalah lebih murah tetapi bila tup tap tup tap campur air port tax bagai, total semua MAS lagi mahal dari Air Asia (sebab tax MAS lagi mahal berkali2 ganda dari Air Asia). So dipendekkan crita, terpaksa lah kami book tiket Air Asia(terpaksa la pulak). Total cost for per person air flight is around RM1000 jugaklah, tambah luggage ngan makanan in flight skali. Terpaksa amek makanan cos flight duration yg agak lama, kang mati kebuloran (terpaksa lagi~).

As for luggage, untuk perjalanan pergi ke Beijing (landed in Tianjin), kitorang tak amek semua orang ada check-in luggage, just half of us je ada check-in luggage cos masa pergi, bawak beg kosong sudah, balik nanti yg nak penuhkan beg. Jimat la skit... Ada pro n cont antara Air Asia ngan MAS nih, if MAS, meal and luggage are included but not for Air Asia...Tapi tup tap tup tap tambah tolak darab bahagi, sama je dua2 syarikat penerbangan nih~ Mana ada org buat bisness tanak untung maaa...haiyaa.. Tapi satu je yg sangat membezakan antara MAS dan Air Asia. MAS naik flight kat KLIA...KLIA takyah jalan srabut2 celah kapal terbang cari flight sendiri..dari terminal masuk terus je dalam flight, kalau Air Asia naik kat LCCT, pening gak la nak tau yg mana satu kapal terbang yang bakal dinaiki sebab kena berjalan sendiri ke flight, silap naik flight terlepas ke Mumbai...tak pasal kena p jumpa Shah Rukh Khan

Check in flight and onboard pada pukul 8.00 pagi, mata dah mengantuk, so terlelap kejap...Tapi bagi aku yg cukop pyh nak tido dalam posisi lain selain berbaring, memang tido2 itik je la jadinya. Bangun tido, makanan ada depan mata, so makan la makanan yg ada tanpa memikirkan rasanya. Boleh la tahan~

chicken kung pao aka ayam masak kicap


bila dah boring~


After 6 hours of flight duration, finally we reached to our destination. The flight touchdown at Tianjin Binhai Airport around 2.30pm (masa Malaysia dan China adalah sama, cmna jadi camtu pun aku tatao cos i thought theirs would be earlier cos they are more to the east, cek tatao~).


 our airbus~ comel muncungnya



yerp, tepat skali ingatanku...pkui 2.30 we arrived in Tianjin

i dint seat next to the window, so i missed the aerial view of tianjin..huhuhu

since we are using the travel package booked earlier in Malaysia, so we got a tour guide! yeay! from Tianjin to Beijing, we traveled in a coaster. Just nice to fit up to 15pax i guess. On the way to Beijing, first thing yang paling menarik aku nampak adalah...


see the signboard...comel kan?? hehe cam tak serius je..in fact mmg semua signboard dorang is cartoon based. Educating while entertaining.. haha nice one~


Jangan tidur sambil memandu atau Jangan memandu sambil tidur! Atau Walaupun Anda Tertidur, Jangan Sesekali Melepaskan Stereng!


After reached Beijing, first place the tour guide took us is the JIN SHA THEATER. Bukan tempat untuk menonton wayang tongkoi (opera cina) ye rakan2, tetapi untuk menyaksikan persembahan AKROBATIK.


 can anybody pls tell me the exact meaning of the sentence? konpius~




The show is awesome but it's quite typical like wat we can watch in the hollywood movie(banyak sgt pengaruh barat)...but in actual life scene, it takes whole lot of concentration and perseverance to do all the stunts. Wat we see in the movie is always involving the camera tricks, editing and so on.. So, this is the real action bebeh. Sumting dat we cudnt reli see in Malaysia actually. Must watch!

Lepas dah tgk show, lapaq la pulok~ Now, here comes our first meal ever in BEIJING! Mental dan fizikal dah bersedia, kalau sedap, kita lantak byk2..Kalau tak sedap, kita lantak jugak sebab lapo nak mampoih dah... Dinner at JUDEHUATIAN RESTAURANT

front view of the Restaurant.


certified halal..insyallah~









 looks quite similar to wat we usually ordered in malaysia rite? but the taste is completely different! Indah rupa dari rasa...haha but, it's not that bad cos still boleh telan lagi...

After dinner, we went to our 'rumah' untuk hari2 berikutnya, UNLUCKILY, our hotel's location is not at the central of the Beijing itself, quite far away from ketamadunan.(okey, yg ni exaggarate sikit)... The point is, nothing much to explore during night time cos sekeliling hotel yg kami duduk, just ada kawasan perumahan n kedai makan non-halal. Sedih...but the hotel is quite ok lah~ Padan lah dgn regenyeee...

Taishun Business Hotel. 3star hotel.


These pictures are courtesy of google. Tak tercapture pulak gambo hotel cos badan ngan minda dh tersangat letih, nampak katil je terus nak terjun. skali terjun....katil keras kedekong, bantal lembik lemah gemalai...fine~ tapi menurut kpercayaan org china, bantal dan tilam yang baik bagus untuk tulang pertumbuhan tulang belakang kanak2... nak kena tny duta tilam lembut, si eric leong nih...betul ke?

zzzzzzzzzzzzz

And it's the end of day 1....nothing much to tell cos xde pahpe sgt on day 1... so stay tune for day 2!


Friday, May 6, 2011

Biodata Ringkas Seorang Ibu Perkasa

Nama penuh :
Zainab bt Ahmad


Tarikh lahir :
23 November 1956


Tempat lahir :
Alor Star, Kedah


Tinggi : 160cm

Berat : 40kg (tahun 80-an), 54kg (tahun milenium)

Warna kulit : Putih Kuning Langsat Masak Ranum

Warna mata : Behind this hazel eyes

Status : Sudah berkahwin selama 30 tahun

Anak : 3 orang anak manusia dan hampir mencecah 40 ekor anak bukan manusia (kucing gebu dan kucing kampung)

Pekerjaan : Bekas Pegawai Audit, Bekas kerani sekolah, Bekas Pegawai Audit Maktab Perguruan dan Suri Rumah sepenuh masa.

Hobi : Menonton drama slot akasia,mengait alas meja dan mengait buah di dusun

Warna kegemaran : Warna pelangi

Makanan kegemaran : Pulut doghoyan dan aiskrim paddle pop pelangi

Minuman kegemaran : Jus belimbing suam

Lagu kegemaran : Kenangan Terindah -Samson (gila urban makcik neh)

Tempat kegemaran : Cameron Highland dan buaian depan umah



byk g kalu nak describe psal Puan Zainab neh...tapi korang bca je lah nnt buku biography 'Housewive in the house' by Puan Zainab Ahmad di pasaran gelap.

i have to make an early wish actually cos myb i wont be able to update this blog during that particular date. So, here we go...

HEPI MOTHER'S DAY TO MY SUPERMOM!!!

terima kasih kerana telah melahir dan membesarkan saya dengan sempurna tetapi apakan daya diri sendiri ini sememangnya tidak akan sempurna kerana tiada manusia di dunia ini lebih sempurna dari dirimu, mama...


i will try my best to be a perfect daughter of urs cos i am so blessed with the most amazing mother of all. how could i ever let those pure and noble heart been scratched by my silly behavior cos i couldnt bear having more and more 'debts' that will took me forever to settle....huhuhu 


levioo mama!




cuba teka wats wrong with this picca?
this photo is fake cos actually my mom is not there (sje sonok2 photoshop).. she couldnt attend to my convocation cos she was in the hospital at that time...but her love always surrounds me...


this is the real photo

tadaa..just me and my daddy..hehe gotcha!



this is where my mama's picture came from...hehe


p/s : sayangilah insan yg bernama IBU dan AYAH selagi mereka masih ada. bagi yg telah tiada, al-fatihah saya sedekahkan kepada mereka. Hanya jasad nyata yg tiada, kasih sayang dan doa tulus ikhlas mereka tidak akan pernah hilang walau dunia berakhir.

Monday, May 2, 2011

Kegilaan Perempuan Yang Tak Mungkin Lelaki Fahami

entri ini sudah hampir sebulan berada di ruangan draft. pftgdhsafajdkfl...i need a doraemon!


*AMARAN : Isi kandungan entri ini merujuk kepada wanita secara universal. Tiada individu atau entiti tertentu yang menjadi sumber rujukan bernama.


Gila Kasut dan Baju

Should i have to eleborate more? Tak payah kot~... Kalau gf anda dah mula berkata "Ala, kasut i dah licin la tapak dia"....maknanya....I WANT NEW SHOES!
Situasi yg sama aplikasi untuk, "Baju i dh lusuh la u...boring~"..atau "Wahhhhhh sale 70% percent la kat situ" atau "Adeh, saket la pakai kasut ni~"

this is the latest event! gaji dah dapat?



Gila Handbag
Tiada wanita yg tidak sukakan beg. Tak kisah la beg tangan ke, beg galas ke, sling bag ke.. Beg adalah aksesori wajib bagi seorang wanita dan tak lengkap hidup kami tanpa beg kerana kami tidak suka pelbagai benda disumbatkan di dalam poket skinny jeans kami sebab nanti paha atau bontot kami akan kelihatan terlalu besar untuk tatapan umum. Dan kami suka menyumbatkan apa sahaja selagi mampu untuk ditampung beg kami seperti wallet,perfume,pen/pensel,compact powder,mascara,notebook,broadband,getah ikat rambut, clip rambut, clip kertas, spana boleh laras, torchlight dan sebagainya sebab seorang wanita kena sentiasa bersedia dalam apa jua keadaan. Kalau boleh, bantal pun nak letak dalam beg tu...Kalau mengantuk dalam komuter, leh tidur dengan selesa~


nice color, nice size..hmmm...ok, mari menabung!



Gila Perfume

Perempuan adalah wangi dan wangi adalah perempuan. Kalau boleh, perempuan ni nak pakai satu perfume shari. Maknanya ada tujuh jenis perfume la. Tak boleh setiap hari bau sama je.. And setiap 20 minit kalau boleh nak sembur perfume cos we love to smell good~ Dan adalah agak janggal bagi seorang wanita yg kebiasaannya sinonim dengan kecantikan tak kiralah dalam dan luar tetapi tiba2 bila tiba bab bau badan...perghhh~ kalah kucing aku yg tak pernah mandi seumor idup....

Lelaki juga perlu tahu ye, minyak wangi bagi seorang wanita bukan hanya tertumpu kepada EDP (eau de parfum) atau EDT (eau de toilette) sahaja ye... Body lotion, body mist, ubat keti, ubat itu ini yg berbau wangi juga tergolong dalam kategori 'minyak wangi' yang perlu ada pada seorang wanita. So janganlah anda (wahai lelaki) bising jika perempuan anda cakap perfume dia dah abeh sedangkan baru je beli 2 hari lepas. Tny betul2, wat kind of perfume~ As for me myself, sepanjang kehidupan aku di muka bumi ni, rasanya dah dekat 30 jenis perfum aku pernah terai...Nak kena godek2 draft balik cos rasa cm pernah dah type entri pasal jenis perfume yg patut dipilih, tapi tak terpublish la pulak...Finas tapis banyak sangat~


 currently using this...


and this...


and....dah2 la tu



Gila Benda-benda Comel
"Comelnya teddy bear tu!".."Comelnya teddy katak tu!".. "Comelnya kucing tu!".. "Comelnya guy tu!"..eh, terlajak pulak..hehe Kadang2 lelaki tak paham pun hapa kejadahnya comel Takeshi Kaneshiro tu...Tapi, itulah hakikatnya, benda2 comel amatlah mudah dipikat dimata seorang wanita. *wink2* Terutamanya comel dari segi luaran iaitu rupa paras sesuatu benda tak kira yg bernyawa atau tidak. Jadi, jika anda (lelaki) rasa anda kureng sikit tahap kecomelan tu, silalah grooming untuk menambahkan saham anda untuk memikat wanita idaman. Comel di wallet hanya akan datang kemudian sebagai markah bonus. hehehe

comel kucing sayer~ (merujuk kepada gambar di atas dan bawah..=D)





p/s : nantikan entri Ai De Beijing! ampun ye sebab lama dah blog ni berhabuk and i cannot reply those comments on previous entry last week, tatao knapa error menda ntah.. ampun2

Sunday, April 10, 2011

Video Khas Rosalinda Utk Rakyat Malaysia

sp tak kenal rosalinda? ala..gadis penjual bunga yg berambut cantik dan berbadan mengiurkan tu la...

cantik kan dia? so...jum tgk vids khas ROSALINDA.

ready gentlemen? ready gentlemen??

I present to u, WELCOME TO MALAYSIA!




skarang boleh layan lagu ni pulak...can u spot the similarity between those two vids?





my answer is..they are both.. HAVE THE WORST LYRICS EVER! hahaha adeh...kena kanser telinga pagi2..

Tuesday, March 29, 2011

Nice Lyrics,Nice Rhythm..Perfect Song!

how to define a successful song?
as for me, simple..if for the first time i listen to that song, than automatically the rhythm or the lyrics dah boleh melekat dalam dalam sereberum dan serebelum. Ting! Hit!

Now try to listen to this song...Apa yg paling menarik perhatian anda.



nice rite?

sedikit biodata tentang mamat neh..

Nama gelemer beliau adalah AWI RAFAEL. Nama betul sila google sendiri. B4 dia record lagu ni secara official, mamat ni memang selalu je memekik2 di tepi jalan untuk mencari sesuap nasik. And klu tak salah, geng2 indie music gak dia neh. Tapi disebabkan suaranya yg ala2 serak2 suam2 kuku dan lunak berkrim tu..terus dia mendapat perhatian pihak atasan. Begitulah kot kisahnya..











ni la tuan empunya diri..


picture courtesy of google~

Pulanglah sebelum ku runaway..Aku menanti kamu everyday... Aku menunggu dari monday tuesday wednesday thursday...lalalalala

Wednesday, March 23, 2011

Plain White T's New Song

This is such a very cool, soft and soothing song..with a very sweet lyrics... I say..This is PERFECT!

Cekodok!


this is the lyrics video.. and

this is the Official Music Video


eh..why is the vocalist voice isnt the same as in Hey there Delaila?... It is cos, it's not the usual vocalist who sang this song, but their other band member. This time, he is the one who sang this nice sweet song. His voice is nice oso meh....Good2..Whole band member can sing..So multifunction..hehe

ini mereka!

Monday, March 21, 2011

Mari Mengundi! Serius2

sape tak kenal kotex?

SAPE TAK KENAL KOTEX??


siapa tidak mampu beli I-pad, masih boleh mampu membeli pad kotex. errr~

eleh....yg lelaki dh tersengih2 atau bergetar hujung mulut cuba menahan senyum... kan kan?

hye guys! masa untuk tiba2 menggedik, actually this thing just for fun cos biasalah..umor makin meningkat tetapi pemikiran masih tidak dapat menerima tahap ketuaan tersbut, maka ter'join'lah benda yg tak berapa sepatutnya...alahai...terjoin la pulok..

hehehe oleh kerana terjoin,maka terpromote la pulok so dat korang boleh ter'vote' utk sayer ye....ala22....boleh la boleh~

kat mna nak vote? senang je, tak payah like2 apa2 page pun, just masuk kat SINI.
haaa trus boleh korang search nama ALAYA NAJAWA. eh...salah2...type betul2, ALYAA NAJWA. Pahtu tekan vote! As easy as bakor rumoh kak limah deh...ce cube ce cube tgk...


haa..ginilah ropenye screen tu nanti.


btw, kalau korang search tak jumpa dan mmg dan determine untuk buat amal jariah kpd hamba ini, boleh cari gambo ni ye... *wink2*.. gambo pun men sesah crop dari gambo sedia ada je...haha punyala takde tokoh nak serius..

senyum bak kerang baru kena cili~ lalala chek tak gheti senyum...


trima kasih kerana menonton!

p/s : kena mandi bunga baru nak boleh menang kalau benda base on luck nih cos seumor idop tak pernah 'bertuah' pun even join lucky draw adiah ada 9 dari 10, saya adalah orang kesepuloh yg tidak mendapat apa2 itu. Giler takde ong~ aiyaaa

Saturday, March 19, 2011

4 Jenis Manusia Yang Perlu Dihindari

very straight forward ait? so mari kita terus ke isi utama, mukadimah panjang2 pun tak guna sebab kalau mukadimah panjang perlu termasuk dalam kategori 'Jenis Blog Yang Perlu Dihindari' pulak..~


No. Uno
Manusia Dua Alam

Maksud disini bukanlah manusia yang mempunyai gen katak atau kura2 dan bukan juga manusia yang gemarkan filem Dua Alam keluaran Dr Jusmate dan bukan juga manusia yang mempunyai dua identiti jantina. Apa yg dimaksudkan adalah manusia yang tidak tetap pendiriannya a.k.a Manusia Hipokrit. Manusia hipokrit ni selalunya tidak mempunyai pendirian yg tetap dan sering menjadi bahan lawak manusia lain kerana mereka akan sering melakukan perkara yang akan dianggap sebagai 'Mengata Dulang Paku Serpih, Mengata Orang Dia Yang Lebih'. Manusia dua alam juga boleh dikategorikan sebagai Manusia Talam Bermuka-muka kerana mereka amat pandai memainkan watak seperti Fasha Sandha di dalam drama tetapi hakikatnya adalah sebaliknya. Manusia Dua Alam ini amat mudah ditemui di kalangan penuntut2 institusi kewangan eh pelajaran kerana semakin bijak seorang manusia tersebut, semakin terpelajarlah beliau untuk menguasai watak yang dimainkan. Agree with me? Sila angkat tgn mcm Usop... geleng geleng




No. Duo
Manusia Alien
Manusia ke alien? Manusia sebegini mungkin mempunyai sedikit gen makhluk asing kerana mereka agak sukar untuk adaptasikan diri mereka di dalam dunia manusia biasa dan selalunya pemikiran mereka agak berbeda dari pemikiran manusia normal di planet bumi. Ciri-ciri seperti suka mengasingkan diri dan kurang berkomunikasi apabila berada dalam kumpulan ramai adalah amat sinonim dengan perwatakan mereka. Walaupun orang sekeliling telah mencuba sedaya upaya untuk memasukkan beliau dan membuatkan beliau merasa 'welcome' oleh orang lain, tetapi beliau akan sedaya upaya untuk memberikan pelbagai alasan agar tidak termasuk dalam kumpulan ramai. Orang mcm neh buat perabih kredit je kalau ajak keluar sebab jawapan yg bakal diterima pastinya negatif, well.. if dat wat he/she wants, then leave him/her alone je la kan? Biarkan si luncai terjun dengan labu-labunya...biarkan~



No. Tres
Manusia Ular
Wow! Takutttt...Manusia sebegini bukan hanya memiliki kelebihan lidah yang bercabang, tetapi juga mempunyai kekuatan menjerut dengan hebat! Manusia sebegini biasanya akan mudah memberikan janji palsu sekaligus membuatkan anda seperti di pukau oleh segala kata-katanya yang berbisa sehingga diri anda sendiri merana.. gila hiperbola! hahaha... Manusia ular biasanya agak sukar dikesan kerana mereka amat licik dan pantas pergerakkan, mungkin hanya setelah terlewat dan terkena baru anda menyedari bahawa anda selama ini telah terjerut. Antara contoh yang mungkin berkaitan adalah kes rakan yang menceritakan tentang kehidupan beliau yang sering ditimpa masalah itu la ini la, lepas satu- satu, mmg tak habis la hidup dia dgn masalah,mcm crita sinetron bwg putih bwg merah, asyik2 dia ja jadi bwg putih...Lantas dia akan meminta belas kasihan anda untuk meminjamkannya sedikit wang, sikit2 lama2 bergunung, kalau bayar hutang Ptptn korang pun dah abeh bayar. Biasanya cerita beliau akan sedikit berbeza mengikut genre manusia yang diketemui, kalau dia jumpa anak orang kaya sikit, genre crita dia dah jadi ala2 classical balada, nak mahal je sume crita dia... Harus berhati2 ye dgn manusia sebegini, kalau rasa suspicious sgt, boleh la buat background check atau try uji dia dgn crita yg sedikit ditwist dari versi yg dia sendri cerita, kalau dia boleh igt balik crita yg sama, mmg beliau seorang ular yg hebat melingkar~



No. Quatro
Manusia I'm The Best!
Ni jenis manusia yg bukan hanya akan menyakitkan pendengaran anda tetapi akan menyebabkan dosa anda bertambah berkilo2 sebab korang konfirm akan menjadikan agenda mengutuk beliau sebagai menu harian, kalau tak kutuk tak lengkap hidup anda seperti coca cola tanpa cola...coca shaja tidak sedap bukan bunyinya? Manusia I'm The Best ni kalau bab bersembang, masyallah, seluruh kekayaan di langit dan bumi ini ana yg punyalah! Sembang pasal bola, haa dia la tao semua skill yg wujud,Alex Ferguson pernah offer dia main dgn MU tapi time tu lutut dia injured pulak,so tak dapat la terima offer.. sembang pasal MLM, dia la penah join 30 jenis MLM yg pernah ditubuhkan (tapi tak kaya2 jugak pun~), sembang pasal projek, dia dpt projek 10billion kat selatan Thai,pernah minum kopi sekali dengan thaksin sinawrat(tatao eja nama dia)...panjang kata, semua pendek kata ada kat dia la, Jikalau tidak penuh ilmu didada,masakan everest boleh ditakluki. Sekaligus kita akan merasakan seperti diri kita amat rendahhhhhh sekali jika hendak dibandingkan dengan beliau~ sob sob sob...Chek ada SPM ja.... Ampa ada degree..takpa la....




Pendek kata, ni la sebahagian dari shorlisted manusia2 yg kalau boleh anda berkawan ja, tapi jangan jadikan RAKAN. hehehe fikir2 lah sendiri.. tapi itulah dunia kan? kalau semua orang sama ja dlm dunia ni, tak meriah la pulak kan... =P

p/s : kawan makan kawan juga amat perlu dihindari!

Tuesday, March 15, 2011

Pelakon dan Penyanyi 'Serba Boleh'

korang kenal kim kardashian?

ala......yg pornstar, eh reality show star (i dunno wheredehell the producer got the idea to make a reality show of her life..pftt)

yg ni...(tgh cari gambar palingggg decent supaya blog ini tak bertukar sebagai ejen pencarian sumber pornografi)


mesti ramai lelaki cakap..ala.....dis is not 'kim'...




haaa...now is KIM.... (18 tahun ke bawah sila tutup mata)

so, bila dah nama artis kan, mesti la semua benda berkaitan dunia seni artis nak dibuat mereka. Yang penyanyi boleh jadi pelakon dan model, yang model boleh jadi pelakon dan penyanyi, pelakon boleh jadi pengarah penerbit boomman penata cahaya tukang angkat air dan pelbagai tenaga produksi yang lain, tapi satu ja yang sampai sekarang aku agak doubt dan tak ramai yang membuktikan bahawa artis ni betul2 serba boleh iaitu tentang PELAKON TAK SEMESTINYA BOLEH JADI PENYANYI.

nak bukti?


Jam by Kim Kardashian

any komen? errr..... can i ask my cat to sing this song, i think my cat's version would be much more challenging to sing... tapi album beliau mungkin akan laku ekoran video clip yg bakal keluar akan mempunyai unsur2 x-rated dan sdikit sneak peek yg ada berupa seperti ini..



astaga....abeh la jadi entri porn....nak tgk gambar sebenar dengan resolusi lebih tinggi, visit la website kim kardashian..malu aku nak bagi link kat sini....*istighfar2




nak bukti lagi bahawa TAK SEMESTINYA PELAKON BOLEH JADI PENYANYI?


Round and round by selena gomez and the sceneSelena gomez, ala yg berlakon the Wizard of Oz tu... Ala...yg JUSTIN BEIBER punya gepren tuuu.... Ala...yg... google sendiri.
She may be cute and pretty and very good with her acting but when it comes to singing.....errr.....


nak bukti lagi?

dah la sikit2...tak elok kutuk org banyak2...t aku kena gam pulok...kihkih



p/s : there's so much other talented person u can found on youtube...korang search je cover artis2 lagu glemer sikit..mesti korang terperanjat dengan zillion of talents yg ada kat whole wide world neh... nak gelemer cepat pun boleh gak, post la kat utube jugak mcm Justin Bieber. =P

Sunday, March 6, 2011

Terima Kasih Cinta

Last Saturday, i mean dua hari lepas, my first time went to IB (istana budaya) for a theatre (sooo jakoon)..sob2..

On friday nite, suddenly got a message from my gals, tnya soalan tergempaq , " weh ang nak tgk Terima Kasih Cinta dak? Sabtu malam tiket Rm30 ja...Nak, cepat. Nak book tiket (sumting like dat la message tu)"

Haaa...tunggu pa g, tiket morah ja, weekend lak tu, mmg baik mengeluarkan diri dari kepompong comforter untuk sesuatu yg lebih berfaedah. Maka tersampailah di Istana Budaya for the First time ever setelah sekian lama dok tangguh2 nak g tgk teater mcm2, last2 tak jadi.. so kali ni terjadi la jawabnya,amin...

Sedia maklum pakaian haruslah smart casual ye rakan2...No Flip flop (slipar jepun,korea,british,america dan sebagainya berbentuk selipar), Flats takpe, No faded jeans or terkoyak2 jeans, and No round neck shirt ye. Tapi alasan first time datang sini boleh diterima la jugak bergantung kepada tahap keikhlasan anda memberi alasan kepada penjaga pintu. Tapi....parking mcm tutttt...Jauh nak mampos, and wearing a high heels is not  good idea at all...ok Noted!


so, everybody like end up dress up like an office gal. haha hantam saja la labu..opss...ada seorang guy di gambar dan seorang lagi yg mengambil gambar.(to be reveal)



No food and drinks are allowed in the hall but since aku tak sempat nak jamah apa2 sebelum datang ke IB, so perut sudah mula berkeroncong Kalau Kelaparan Jangan Tunggu Lama-lama, Kalau dah berkenan, Marilah Makan Bersama.... Terima kasih kepada mokcik2 yg joai senwich depan pintu masuk, aku tatao la senwich t betol2 sedap or sedap secara tak sengaja sebab aku mmg kebuloq nak mampos time tu...haha


About the theatre, barisan pelakon yg agak hebat2 belaka, Safura,Norish Karman,Tony Yusoff, Anding (luv him in Ghost),Deja Moss and ramai lagi, this musical theatre is sumting not to be regret for. Thumbs up! Termasuk foot thumbs! Luv the sets and the songs. Macam tgk glee versi Malaysia la pulok.. 


oh silau...matahari dekat sgt keee.. haha


the sets can be moved in and out according to the hightlighted scenes. simple but cool~ luv the dance move and the harmonize background choir/dancer/supporting actor/actress. Evryone there is sooo talented!

Pendek kata it's a great first time experience watching a musical theater for me with my fellas and my beloved 'photographer'.


and here's the cats!! eh.the casts!! the real casts kena berator la pulok kalau nak bergmbar, xpe la...my frens picca worth more than any artist picca...hahaha snob gila aku...


and wats worth more than that is this...

haaa...Bukannnn!

ni la..

me n my photographer....hihihi btw, that guy in black..what is he doing there? syuhh


untuk perjalanan pulang ke kenderaan, korang boleh singgah depan balai seni lukis untuk posing di sculpture ni plus the lighting is damn good, thanx to the kilowattss spotlight!

and u dont need any fair and luvly or any skills in photoshop anymore to make u look 'brighter' than usual. =P


p/s : cant wait for LAT THE MUSICAL this 2nd of April. See ya guys!!

Wednesday, March 2, 2011

Ikea Sale Is Back

takyah cakap byk..jum usha benda alah apa yg semakin mampu dimiliki.

coffee table kaca penuh bergaya dan juga pinggan kaca yg nampak cm made in china tapi bila anda telangkupkan punggungnya anda akan nampak logo ini


ceh ceh ceh..pinggan IKEA tuuuu~ bolehla berlagak dengan jiran tetangga sebelum menjamu selera di rumah anda, dengan syarat, telangkupkan pinggan di atas meja dahulu.



dan ini juga ada diskaun ye...sapa2 yang dulu kala bekas pelari pecut negara, ada himpunan medal berkepuk2,boleh la tayang di rak kaca penuh keanggunan ini. Yang menang pertandingan menyanyi peringkat PKG kota setar ke hape ke boleh juga jadikan bukti bahawa anda pernah mempunyai bakat tetapi telah terpadam.

pendek umur,eh pendek kata..silalah cekodok sendiri Gedung Ikea di Mutiara Damansara.

 haaa siap bagi map lagi..kelasss

atao nak usha2 online dulu, sila click SINI.



Mari Membeli Sambil Membelah dada akibat kesempitan duit!!

owh, jangan lupa ini ya kalau ke IKEA.


omaigod......... wanna taste the heaven? try this~ hoho


Lets Go!!

Monday, February 28, 2011

Lady Gaga New Music Video! Born This Way Hey




orait, c'mon all the illuminati freaks, let's hear everything from u guys!

 erm..i wonder if kak limah ever be blonde like this?

p/s : tak paham pe pun video neh.....~

Tuesday, February 22, 2011

The Laziest SOng Ever

today i dont feel like doing anything.... so just enjoy the song yeah!




cute lazy song ait?

p/s : can i sing this song to my boss? hahaha

MacBook Air To Be Grab Bebeh

mac book air weh!!! mac book air tuuuu...mac book air...ok2, terlalu exaggerate(betol tak eja ntah)... jum kita torai nasib kita!

meh2 click kat bawah neh.




boleh bergaya di Mekdi smbil kononnya tengah study, pdahal nak tunjuk logo buah epal kena gigit tu je~ kan kan?


 banggo den dapat cipta menda alah mahei neh~ sampai tersenyum simpul...hihihi

Monday, February 21, 2011

Tips Keselamatan Mudah Untuk Pemandu Perempuan

i'm not being a gender racist (ada ka istilah ni?) haha..just for my fellow gender thoughts only ye, kepada para kaum adam juga jika hendak mengaplikasi,tiada masalah dan yuran tambahan dikenakan. Jangan panik.

sebagai seorang wanita juga dan juga pemandu juga, saya juga rasa agak terpanggil untuk memberikan sedikit tips keselamatan kepada wanita-wanita lain agar kecelakaan seperti rompakan, kecemasan dan rompakan (penegasan di situ) dapat dielakkan. Insyallah~ so lets cekodok!

1. Hal Ehwal Beg Tangan.
Soalan paling wajib? Kalau kita drive sorang2, kat mana tempat paling selamat untuk diletakkan beg tangan anda yang pelbagai jenama itu?


a : adakah di bawah kaki anda?
b: adakah di atas riba anda?
c: adakah di seat sebelah anda?
d: adakah di seat belakang anda?
e: adakah di bawah seat depan bersebelahan anda?

mari kita kaji situasi setiap satu.


Jika A : di bawah kaki anda.
Mungkin kelihatan seperti selamat kerana payah orang luar nak nampak, tetapi..TETAPI, akan membahayakan pemanduan anda kerana adalah menjadi kesalahan besar jika diletakkan apa-apa barang seperti kasut,beg,bekas even slipar skali pun di bawah kaki anda kerana ianya akan mengganggu pemanduan anda, silap2 anda tersalah tekan pedal atau lagi teruk, kasut anda yang tolong tekan pedal dulu sebelum kaki anda sempat menekannya. Paham situasi tersebut?

Jika B : di atas riba anda.
wow, gebu paha cek....haha just kidding. Lihat2...anda sudah terbayangkan mata-mata sumbing yang sedang tersenyum kambing cuba mengambil kesempatan di sebalik tingkap kereta anda yang tidak ditinted dan cerah seperti akuarium. Tapi bukan itu maksud sebenar situasi. Maksud sebenar, adalah agak menyusahkan tuan punya badan jika anda meletakkan sebarang barang alatan bahan di atas riba anda ketika anda memandu, ibarat anda cuba membuka padlock solex dengan menggunakan sebelah tangan. (aku benci padlock solex..haish). Pendek kata, dah la payah untuk anda pulas stereng, tambahan pula jika beg anda boleh dikategorikan sebagai mini saiz of luggage Polo, tak rasa macam ada koala bear dok melekat depan muka ke cik kak? Bhaya2..


Jika C : di seat sebelah anda.
Ibarat pepatah, Buaya darat mana yang tak makan daging terdedah? It is so obvious kot. Bayangkan anda seorang peragut/perompak, mungkin ini dialog harian anda, " Mari kita rompak perempuan kereta biru itu, beg tangannya berada di atas kerusi shaja, dan cermin keretanya tidak bertinted,senang shaja untuk dipecahkan dan dilarikan. Tambahan pula dia bawak kereta manual, mesti dia terkejut dan enjin keretanya mati sebelum sempat mengejar kita." (begitu skema perompak zaman sekarang berbual..tapi kenapa mesti lelaki selalu cakap perempuan tak cekap bwk kereta manual haaa? panas neh..ok, teremo pulak.)
SO, DUN EVER EVER PUT UR HANDBAG ON THE FRONT SEAT NEXT TO U! Faham! cos dh banyak kes rompakan terjadi sebab hal macam ni.


Jika D : di seat belakang anda.
Ada dua jikalau di sini, if kereta anda tinted baik punya, ok..boleh. BUT, if kereta anda clear sperti akuarium baru keluar kedai ikan tak sempat membesar dan membiak, better NOT. Kenapa? Satu sebabnya, belakang seat anda ada siapa? Bodygad? Tiada sesiapa bukan? Dan..Mata anda berada di mana? Di hadapan kepala anda bukan? So....siapa yang akan tolong tengokkan beg anda di belakang mata anda? Jawapannya, "Mestilah aku!" Jawap si perompak tersebut. Even if korang cuba2 cover beg anda dengan jacket ke, fail ke hape ke, still bahaya la cos lagi lah mendatangkan curiga kepada orang yang memandang. Benda apa itu disebalik kelambu? Emas? Laptop? DSLR? dan pelbagai lagi tanggapan yang boleh dikemukakan oleh para perompak sedunia. Maka, it's a NO NO ye. Plus, payah kot korang nak ambil wallet or duit masa korang nak bayar tol or anythg emergency.


Jika E : di bawah seat hadapan bersebelahan anda.
This idea might sound good but from my thought, it's not good enough cos banyak restriction yang mungkin terjadi. Misalnya, jika anda pemandu sebuah MYVI atau kereta perodua lain, anda mesti sedar akan kewujudan sebuah compartment di bawah seat bersebelahan pemandu. Cmno korang nak sumbat beg korang yang bersaiz super XL tersebut di dalam compartment yang kalau letak wallet aku pun dah tak boleh tutup. SO, u all will end up putting ur handbag di kawasan kaki seat tersebut, bukan di BAWAH. Risiko untuk beg anda dirompak dengan mudahnya adalah sama sperti kes C tadi ye... Just angle untuk perompak bertindak tu je lain skit. Tapi u all have to bear in mind cos perompak/peragut neh kebanyakkannya terer merempit dan jenis yang amek cornering lutut rapat kat tanah punya lah...so setakat nak turunkan dengan badan sebanyak 45 degree tu is nothing la....Dorang boleh buat smpai 180 degree u know, smpai menyembah tanah wa cakap lu. So, beware!


Ish, kalau dah semua situasi tak bolehm habeh tu nak buat cmno? Pakai beg plastik pakai buang je la..


Haaa...menurut pendapat professor shirota pakar bakteria baik dan jahat yakult, ada satu penyelesaian yang mungking berguna dan boleh diaplikasikan untuk semua jenis kenderaan. Anda tidak perlukan apa-apa modifikasi tambahan kepada kereta anda, hanya perlukan...


Seat Belt dan Ruang Tengah Antara Pemandu dan Penumpang Hadapan.


Tak caya?

Meh nak eksplen, (harap maaf, gambar sebenar kejadian tidak sempat dirakamkan la) nanti2 aku terai pakai hp 3310 aku amek gambo tgk..sob2)


Begini caranya.

1. Masuk sahaja kedalam kereta, sebelum enjin dihidupkan lagi, terus anda kunci kereta. Especially jika anda berada di kawasan yang agak sunyi dan gelap.


2. Kemudian anda letakkan beg tangan anda di ruangan tengah antara pemandu dan penumpang hadapan. Atau dalam erti kata lain, di belakang hand break (bagi kereta yang hand break di tengah la).


3. Dah letak elok2, beg tangan anda mesti ada tangkai, tak kisah la satu atau dua atau lebih, anda hanya perlukan satu sahaja tangkai/tali beg tangan anda untuk langkah seterusnya.


4. Pasangkan tali pinggang kaledar anda melalui/menembusi/ menerusi salah satu tangkai/tali beg tangan anda. Jangan pasang menembusi/melalui kesemua tali/tangkai yang ada, nanti payah nak selak beg anda in case nak amek barang ke hape ke. Tak paham? adoih...jap nak try bagi sketch..



cantek kan saya sketch pakai paint? (payah gila pakai paint rupanya..wahahaha)

neway, i hope u guys paham la kot berdasarkan ilustrasi tersbut. Tujuan sebenar saya menyuruh anda 'mengikat' beg anda dengan seat belt dan diletak di kawasan tengah antara pemandu dan penumpang hadapan adalah kerana dua perkara.

Pertama, if ada peragut yang kental jugak nak meragut, lepas dia pecahkan tingkap, dia sentap beg anda, anda rasa siapa yang akan tersentap dahulu? At first mungkin, mungkin anda akan merasa sakit sedikit kerana seat belt anda disentap tapi trust me, if anda dah 'lock' beg anda di seat belt, seat belt tu akan tekan beg anda dengan kuatnya dan takkan tercabut pun if disentap oleh mat perompak seberat 50 kilogram. Ditambah dengan force dari kereta anda yang seberat beberapa tan, rasanya Badang Mawi je la kot yang mampu melawan kuasa beban. Unless if ur tali hand beg putus dulu, yang tu berserah kepada takdir je la...len kali tali beg tu pakai tali kapal. Payah nak putus.


Dan sebab kedua adalah, jarak antara kawasan tengah tersebut dengan tingkap kereta anda adalah agak jauh, lebih kurang 3 kaki jugak la,bukan cap kaki tiga tetapi ukuran 1 kaki bersamaan 30cm.(lebih kurang) Cuba anda ambil pembaris panjang (30cm) dan anda ukur tangan anda, berapa kaki kah tangan anda? Tangan saya berukuran tepat dua kaki. Anda? Jangan diukur pakai kaki anda pula ye. Paling kuat pun 2 kaki lebih je la kan, not more than 3 feet rite? SO, anda dah bagi gap untuk perompak dari directly hangkut beg anda dengan mudah compared to anda letakkan di atas seat atau di kawasan kaki penumpang hadapan. Tmbahan pula, anda boleh squeeze2 beg anda hingga betul2 berada di antara seat, lagi cun dowh..Konpem terlindung dari penglihatan manusia nakal punya la. Kalau si perompak tu kental jugak nak amek, dia kena at least masukkan suku badan beliau ke dalam kenderaan anda, time ut anda dah boleh tekan pedal minyak kuat2 bagi dia jatuh tergoleh terhantuk kat pintu kereta anda, of if anda tengah berhenti di trepik lite, anda mungkin sempat capai henpon anda untuk mengambil gambo si lahabau tersebut, letak kat youtube bagi kat polis atau ahloong. Sebab Lu Langsi, Lu mati loo...


Jadi, sekian sahajalah tips untuk kali ini, harap maaf..'ter'panjang la pulak tips neh secara tak sengaja...

Next time kita akan berbincang soal kedua iaitu, PEREMPUAN HARUS TAHU MENUKAR TAYAR KERETA SENDIRI.

Mungkin berguna untuk para wanita, if rasa ada kekurangan, boleh di komen2 di sini sebab ini pun berdasarkan pengalaman hidup sendiri sahaja~ Tidak dicilok dari mana2 akta hal ehwal dalam negeri dan lembaga filem negara.


GOOD LUCK!

p/s : antara alatan lain yang perlu ada dalam kereta untuk tujuan keselamatan adalah, spana boleh laras...tujuannya, untuk mengetuk orang yg tidak berguna tersebut. Cari laras yang paling besar punyaaa..