Saturday, March 19, 2011

4 Jenis Manusia Yang Perlu Dihindari

very straight forward ait? so mari kita terus ke isi utama, mukadimah panjang2 pun tak guna sebab kalau mukadimah panjang perlu termasuk dalam kategori 'Jenis Blog Yang Perlu Dihindari' pulak..~


No. Uno
Manusia Dua Alam

Maksud disini bukanlah manusia yang mempunyai gen katak atau kura2 dan bukan juga manusia yang gemarkan filem Dua Alam keluaran Dr Jusmate dan bukan juga manusia yang mempunyai dua identiti jantina. Apa yg dimaksudkan adalah manusia yang tidak tetap pendiriannya a.k.a Manusia Hipokrit. Manusia hipokrit ni selalunya tidak mempunyai pendirian yg tetap dan sering menjadi bahan lawak manusia lain kerana mereka akan sering melakukan perkara yang akan dianggap sebagai 'Mengata Dulang Paku Serpih, Mengata Orang Dia Yang Lebih'. Manusia dua alam juga boleh dikategorikan sebagai Manusia Talam Bermuka-muka kerana mereka amat pandai memainkan watak seperti Fasha Sandha di dalam drama tetapi hakikatnya adalah sebaliknya. Manusia Dua Alam ini amat mudah ditemui di kalangan penuntut2 institusi kewangan eh pelajaran kerana semakin bijak seorang manusia tersebut, semakin terpelajarlah beliau untuk menguasai watak yang dimainkan. Agree with me? Sila angkat tgn mcm Usop... geleng geleng




No. Duo
Manusia Alien
Manusia ke alien? Manusia sebegini mungkin mempunyai sedikit gen makhluk asing kerana mereka agak sukar untuk adaptasikan diri mereka di dalam dunia manusia biasa dan selalunya pemikiran mereka agak berbeda dari pemikiran manusia normal di planet bumi. Ciri-ciri seperti suka mengasingkan diri dan kurang berkomunikasi apabila berada dalam kumpulan ramai adalah amat sinonim dengan perwatakan mereka. Walaupun orang sekeliling telah mencuba sedaya upaya untuk memasukkan beliau dan membuatkan beliau merasa 'welcome' oleh orang lain, tetapi beliau akan sedaya upaya untuk memberikan pelbagai alasan agar tidak termasuk dalam kumpulan ramai. Orang mcm neh buat perabih kredit je kalau ajak keluar sebab jawapan yg bakal diterima pastinya negatif, well.. if dat wat he/she wants, then leave him/her alone je la kan? Biarkan si luncai terjun dengan labu-labunya...biarkan~



No. Tres
Manusia Ular
Wow! Takutttt...Manusia sebegini bukan hanya memiliki kelebihan lidah yang bercabang, tetapi juga mempunyai kekuatan menjerut dengan hebat! Manusia sebegini biasanya akan mudah memberikan janji palsu sekaligus membuatkan anda seperti di pukau oleh segala kata-katanya yang berbisa sehingga diri anda sendiri merana.. gila hiperbola! hahaha... Manusia ular biasanya agak sukar dikesan kerana mereka amat licik dan pantas pergerakkan, mungkin hanya setelah terlewat dan terkena baru anda menyedari bahawa anda selama ini telah terjerut. Antara contoh yang mungkin berkaitan adalah kes rakan yang menceritakan tentang kehidupan beliau yang sering ditimpa masalah itu la ini la, lepas satu- satu, mmg tak habis la hidup dia dgn masalah,mcm crita sinetron bwg putih bwg merah, asyik2 dia ja jadi bwg putih...Lantas dia akan meminta belas kasihan anda untuk meminjamkannya sedikit wang, sikit2 lama2 bergunung, kalau bayar hutang Ptptn korang pun dah abeh bayar. Biasanya cerita beliau akan sedikit berbeza mengikut genre manusia yang diketemui, kalau dia jumpa anak orang kaya sikit, genre crita dia dah jadi ala2 classical balada, nak mahal je sume crita dia... Harus berhati2 ye dgn manusia sebegini, kalau rasa suspicious sgt, boleh la buat background check atau try uji dia dgn crita yg sedikit ditwist dari versi yg dia sendri cerita, kalau dia boleh igt balik crita yg sama, mmg beliau seorang ular yg hebat melingkar~



No. Quatro
Manusia I'm The Best!
Ni jenis manusia yg bukan hanya akan menyakitkan pendengaran anda tetapi akan menyebabkan dosa anda bertambah berkilo2 sebab korang konfirm akan menjadikan agenda mengutuk beliau sebagai menu harian, kalau tak kutuk tak lengkap hidup anda seperti coca cola tanpa cola...coca shaja tidak sedap bukan bunyinya? Manusia I'm The Best ni kalau bab bersembang, masyallah, seluruh kekayaan di langit dan bumi ini ana yg punyalah! Sembang pasal bola, haa dia la tao semua skill yg wujud,Alex Ferguson pernah offer dia main dgn MU tapi time tu lutut dia injured pulak,so tak dapat la terima offer.. sembang pasal MLM, dia la penah join 30 jenis MLM yg pernah ditubuhkan (tapi tak kaya2 jugak pun~), sembang pasal projek, dia dpt projek 10billion kat selatan Thai,pernah minum kopi sekali dengan thaksin sinawrat(tatao eja nama dia)...panjang kata, semua pendek kata ada kat dia la, Jikalau tidak penuh ilmu didada,masakan everest boleh ditakluki. Sekaligus kita akan merasakan seperti diri kita amat rendahhhhhh sekali jika hendak dibandingkan dengan beliau~ sob sob sob...Chek ada SPM ja.... Ampa ada degree..takpa la....




Pendek kata, ni la sebahagian dari shorlisted manusia2 yg kalau boleh anda berkawan ja, tapi jangan jadikan RAKAN. hehehe fikir2 lah sendiri.. tapi itulah dunia kan? kalau semua orang sama ja dlm dunia ni, tak meriah la pulak kan... =P

p/s : kawan makan kawan juga amat perlu dihindari!

4 comments:

aNNafaRRhaNa said...

no 1 more bullshit!!!
yuppp...2 alam is the true..:)

alyaanajwa said...

modo2 : kesemua number ada je perwakilannya..hehe

peace289 said...

cun betol manusia2 2 alam....huhu

alyaanajwa said...

peace 289 : haha 'cun'!