Wednesday, March 23, 2011

Plain White T's New Song

This is such a very cool, soft and soothing song..with a very sweet lyrics... I say..This is PERFECT!

Cekodok!


this is the lyrics video.. and

this is the Official Music Video


eh..why is the vocalist voice isnt the same as in Hey there Delaila?... It is cos, it's not the usual vocalist who sang this song, but their other band member. This time, he is the one who sang this nice sweet song. His voice is nice oso meh....Good2..Whole band member can sing..So multifunction..hehe

ini mereka!

Monday, March 21, 2011

Mari Mengundi! Serius2

sape tak kenal kotex?

SAPE TAK KENAL KOTEX??


siapa tidak mampu beli I-pad, masih boleh mampu membeli pad kotex. errr~

eleh....yg lelaki dh tersengih2 atau bergetar hujung mulut cuba menahan senyum... kan kan?

hye guys! masa untuk tiba2 menggedik, actually this thing just for fun cos biasalah..umor makin meningkat tetapi pemikiran masih tidak dapat menerima tahap ketuaan tersbut, maka ter'join'lah benda yg tak berapa sepatutnya...alahai...terjoin la pulok..

hehehe oleh kerana terjoin,maka terpromote la pulok so dat korang boleh ter'vote' utk sayer ye....ala22....boleh la boleh~

kat mna nak vote? senang je, tak payah like2 apa2 page pun, just masuk kat SINI.
haaa trus boleh korang search nama ALAYA NAJAWA. eh...salah2...type betul2, ALYAA NAJWA. Pahtu tekan vote! As easy as bakor rumoh kak limah deh...ce cube ce cube tgk...


haa..ginilah ropenye screen tu nanti.


btw, kalau korang search tak jumpa dan mmg dan determine untuk buat amal jariah kpd hamba ini, boleh cari gambo ni ye... *wink2*.. gambo pun men sesah crop dari gambo sedia ada je...haha punyala takde tokoh nak serius..

senyum bak kerang baru kena cili~ lalala chek tak gheti senyum...


trima kasih kerana menonton!

p/s : kena mandi bunga baru nak boleh menang kalau benda base on luck nih cos seumor idop tak pernah 'bertuah' pun even join lucky draw adiah ada 9 dari 10, saya adalah orang kesepuloh yg tidak mendapat apa2 itu. Giler takde ong~ aiyaaa

Saturday, March 19, 2011

4 Jenis Manusia Yang Perlu Dihindari

very straight forward ait? so mari kita terus ke isi utama, mukadimah panjang2 pun tak guna sebab kalau mukadimah panjang perlu termasuk dalam kategori 'Jenis Blog Yang Perlu Dihindari' pulak..~


No. Uno
Manusia Dua Alam

Maksud disini bukanlah manusia yang mempunyai gen katak atau kura2 dan bukan juga manusia yang gemarkan filem Dua Alam keluaran Dr Jusmate dan bukan juga manusia yang mempunyai dua identiti jantina. Apa yg dimaksudkan adalah manusia yang tidak tetap pendiriannya a.k.a Manusia Hipokrit. Manusia hipokrit ni selalunya tidak mempunyai pendirian yg tetap dan sering menjadi bahan lawak manusia lain kerana mereka akan sering melakukan perkara yang akan dianggap sebagai 'Mengata Dulang Paku Serpih, Mengata Orang Dia Yang Lebih'. Manusia dua alam juga boleh dikategorikan sebagai Manusia Talam Bermuka-muka kerana mereka amat pandai memainkan watak seperti Fasha Sandha di dalam drama tetapi hakikatnya adalah sebaliknya. Manusia Dua Alam ini amat mudah ditemui di kalangan penuntut2 institusi kewangan eh pelajaran kerana semakin bijak seorang manusia tersebut, semakin terpelajarlah beliau untuk menguasai watak yang dimainkan. Agree with me? Sila angkat tgn mcm Usop... geleng geleng




No. Duo
Manusia Alien
Manusia ke alien? Manusia sebegini mungkin mempunyai sedikit gen makhluk asing kerana mereka agak sukar untuk adaptasikan diri mereka di dalam dunia manusia biasa dan selalunya pemikiran mereka agak berbeda dari pemikiran manusia normal di planet bumi. Ciri-ciri seperti suka mengasingkan diri dan kurang berkomunikasi apabila berada dalam kumpulan ramai adalah amat sinonim dengan perwatakan mereka. Walaupun orang sekeliling telah mencuba sedaya upaya untuk memasukkan beliau dan membuatkan beliau merasa 'welcome' oleh orang lain, tetapi beliau akan sedaya upaya untuk memberikan pelbagai alasan agar tidak termasuk dalam kumpulan ramai. Orang mcm neh buat perabih kredit je kalau ajak keluar sebab jawapan yg bakal diterima pastinya negatif, well.. if dat wat he/she wants, then leave him/her alone je la kan? Biarkan si luncai terjun dengan labu-labunya...biarkan~



No. Tres
Manusia Ular
Wow! Takutttt...Manusia sebegini bukan hanya memiliki kelebihan lidah yang bercabang, tetapi juga mempunyai kekuatan menjerut dengan hebat! Manusia sebegini biasanya akan mudah memberikan janji palsu sekaligus membuatkan anda seperti di pukau oleh segala kata-katanya yang berbisa sehingga diri anda sendiri merana.. gila hiperbola! hahaha... Manusia ular biasanya agak sukar dikesan kerana mereka amat licik dan pantas pergerakkan, mungkin hanya setelah terlewat dan terkena baru anda menyedari bahawa anda selama ini telah terjerut. Antara contoh yang mungkin berkaitan adalah kes rakan yang menceritakan tentang kehidupan beliau yang sering ditimpa masalah itu la ini la, lepas satu- satu, mmg tak habis la hidup dia dgn masalah,mcm crita sinetron bwg putih bwg merah, asyik2 dia ja jadi bwg putih...Lantas dia akan meminta belas kasihan anda untuk meminjamkannya sedikit wang, sikit2 lama2 bergunung, kalau bayar hutang Ptptn korang pun dah abeh bayar. Biasanya cerita beliau akan sedikit berbeza mengikut genre manusia yang diketemui, kalau dia jumpa anak orang kaya sikit, genre crita dia dah jadi ala2 classical balada, nak mahal je sume crita dia... Harus berhati2 ye dgn manusia sebegini, kalau rasa suspicious sgt, boleh la buat background check atau try uji dia dgn crita yg sedikit ditwist dari versi yg dia sendri cerita, kalau dia boleh igt balik crita yg sama, mmg beliau seorang ular yg hebat melingkar~



No. Quatro
Manusia I'm The Best!
Ni jenis manusia yg bukan hanya akan menyakitkan pendengaran anda tetapi akan menyebabkan dosa anda bertambah berkilo2 sebab korang konfirm akan menjadikan agenda mengutuk beliau sebagai menu harian, kalau tak kutuk tak lengkap hidup anda seperti coca cola tanpa cola...coca shaja tidak sedap bukan bunyinya? Manusia I'm The Best ni kalau bab bersembang, masyallah, seluruh kekayaan di langit dan bumi ini ana yg punyalah! Sembang pasal bola, haa dia la tao semua skill yg wujud,Alex Ferguson pernah offer dia main dgn MU tapi time tu lutut dia injured pulak,so tak dapat la terima offer.. sembang pasal MLM, dia la penah join 30 jenis MLM yg pernah ditubuhkan (tapi tak kaya2 jugak pun~), sembang pasal projek, dia dpt projek 10billion kat selatan Thai,pernah minum kopi sekali dengan thaksin sinawrat(tatao eja nama dia)...panjang kata, semua pendek kata ada kat dia la, Jikalau tidak penuh ilmu didada,masakan everest boleh ditakluki. Sekaligus kita akan merasakan seperti diri kita amat rendahhhhhh sekali jika hendak dibandingkan dengan beliau~ sob sob sob...Chek ada SPM ja.... Ampa ada degree..takpa la....




Pendek kata, ni la sebahagian dari shorlisted manusia2 yg kalau boleh anda berkawan ja, tapi jangan jadikan RAKAN. hehehe fikir2 lah sendiri.. tapi itulah dunia kan? kalau semua orang sama ja dlm dunia ni, tak meriah la pulak kan... =P

p/s : kawan makan kawan juga amat perlu dihindari!

Tuesday, March 15, 2011

Pelakon dan Penyanyi 'Serba Boleh'

korang kenal kim kardashian?

ala......yg pornstar, eh reality show star (i dunno wheredehell the producer got the idea to make a reality show of her life..pftt)

yg ni...(tgh cari gambar palingggg decent supaya blog ini tak bertukar sebagai ejen pencarian sumber pornografi)


mesti ramai lelaki cakap..ala.....dis is not 'kim'...




haaa...now is KIM.... (18 tahun ke bawah sila tutup mata)

so, bila dah nama artis kan, mesti la semua benda berkaitan dunia seni artis nak dibuat mereka. Yang penyanyi boleh jadi pelakon dan model, yang model boleh jadi pelakon dan penyanyi, pelakon boleh jadi pengarah penerbit boomman penata cahaya tukang angkat air dan pelbagai tenaga produksi yang lain, tapi satu ja yang sampai sekarang aku agak doubt dan tak ramai yang membuktikan bahawa artis ni betul2 serba boleh iaitu tentang PELAKON TAK SEMESTINYA BOLEH JADI PENYANYI.

nak bukti?


Jam by Kim Kardashian

any komen? errr..... can i ask my cat to sing this song, i think my cat's version would be much more challenging to sing... tapi album beliau mungkin akan laku ekoran video clip yg bakal keluar akan mempunyai unsur2 x-rated dan sdikit sneak peek yg ada berupa seperti ini..



astaga....abeh la jadi entri porn....nak tgk gambar sebenar dengan resolusi lebih tinggi, visit la website kim kardashian..malu aku nak bagi link kat sini....*istighfar2




nak bukti lagi bahawa TAK SEMESTINYA PELAKON BOLEH JADI PENYANYI?


Round and round by selena gomez and the sceneSelena gomez, ala yg berlakon the Wizard of Oz tu... Ala...yg JUSTIN BEIBER punya gepren tuuu.... Ala...yg... google sendiri.
She may be cute and pretty and very good with her acting but when it comes to singing.....errr.....


nak bukti lagi?

dah la sikit2...tak elok kutuk org banyak2...t aku kena gam pulok...kihkih



p/s : there's so much other talented person u can found on youtube...korang search je cover artis2 lagu glemer sikit..mesti korang terperanjat dengan zillion of talents yg ada kat whole wide world neh... nak gelemer cepat pun boleh gak, post la kat utube jugak mcm Justin Bieber. =P

Sunday, March 6, 2011

Terima Kasih Cinta

Last Saturday, i mean dua hari lepas, my first time went to IB (istana budaya) for a theatre (sooo jakoon)..sob2..

On friday nite, suddenly got a message from my gals, tnya soalan tergempaq , " weh ang nak tgk Terima Kasih Cinta dak? Sabtu malam tiket Rm30 ja...Nak, cepat. Nak book tiket (sumting like dat la message tu)"

Haaa...tunggu pa g, tiket morah ja, weekend lak tu, mmg baik mengeluarkan diri dari kepompong comforter untuk sesuatu yg lebih berfaedah. Maka tersampailah di Istana Budaya for the First time ever setelah sekian lama dok tangguh2 nak g tgk teater mcm2, last2 tak jadi.. so kali ni terjadi la jawabnya,amin...

Sedia maklum pakaian haruslah smart casual ye rakan2...No Flip flop (slipar jepun,korea,british,america dan sebagainya berbentuk selipar), Flats takpe, No faded jeans or terkoyak2 jeans, and No round neck shirt ye. Tapi alasan first time datang sini boleh diterima la jugak bergantung kepada tahap keikhlasan anda memberi alasan kepada penjaga pintu. Tapi....parking mcm tutttt...Jauh nak mampos, and wearing a high heels is not  good idea at all...ok Noted!


so, everybody like end up dress up like an office gal. haha hantam saja la labu..opss...ada seorang guy di gambar dan seorang lagi yg mengambil gambar.(to be reveal)



No food and drinks are allowed in the hall but since aku tak sempat nak jamah apa2 sebelum datang ke IB, so perut sudah mula berkeroncong Kalau Kelaparan Jangan Tunggu Lama-lama, Kalau dah berkenan, Marilah Makan Bersama.... Terima kasih kepada mokcik2 yg joai senwich depan pintu masuk, aku tatao la senwich t betol2 sedap or sedap secara tak sengaja sebab aku mmg kebuloq nak mampos time tu...haha


About the theatre, barisan pelakon yg agak hebat2 belaka, Safura,Norish Karman,Tony Yusoff, Anding (luv him in Ghost),Deja Moss and ramai lagi, this musical theatre is sumting not to be regret for. Thumbs up! Termasuk foot thumbs! Luv the sets and the songs. Macam tgk glee versi Malaysia la pulok.. 


oh silau...matahari dekat sgt keee.. haha


the sets can be moved in and out according to the hightlighted scenes. simple but cool~ luv the dance move and the harmonize background choir/dancer/supporting actor/actress. Evryone there is sooo talented!

Pendek kata it's a great first time experience watching a musical theater for me with my fellas and my beloved 'photographer'.


and here's the cats!! eh.the casts!! the real casts kena berator la pulok kalau nak bergmbar, xpe la...my frens picca worth more than any artist picca...hahaha snob gila aku...


and wats worth more than that is this...

haaa...Bukannnn!

ni la..

me n my photographer....hihihi btw, that guy in black..what is he doing there? syuhh


untuk perjalanan pulang ke kenderaan, korang boleh singgah depan balai seni lukis untuk posing di sculpture ni plus the lighting is damn good, thanx to the kilowattss spotlight!

and u dont need any fair and luvly or any skills in photoshop anymore to make u look 'brighter' than usual. =P


p/s : cant wait for LAT THE MUSICAL this 2nd of April. See ya guys!!

Wednesday, March 2, 2011

Ikea Sale Is Back

takyah cakap byk..jum usha benda alah apa yg semakin mampu dimiliki.

coffee table kaca penuh bergaya dan juga pinggan kaca yg nampak cm made in china tapi bila anda telangkupkan punggungnya anda akan nampak logo ini


ceh ceh ceh..pinggan IKEA tuuuu~ bolehla berlagak dengan jiran tetangga sebelum menjamu selera di rumah anda, dengan syarat, telangkupkan pinggan di atas meja dahulu.



dan ini juga ada diskaun ye...sapa2 yang dulu kala bekas pelari pecut negara, ada himpunan medal berkepuk2,boleh la tayang di rak kaca penuh keanggunan ini. Yang menang pertandingan menyanyi peringkat PKG kota setar ke hape ke boleh juga jadikan bukti bahawa anda pernah mempunyai bakat tetapi telah terpadam.

pendek umur,eh pendek kata..silalah cekodok sendiri Gedung Ikea di Mutiara Damansara.

 haaa siap bagi map lagi..kelasss

atao nak usha2 online dulu, sila click SINI.



Mari Membeli Sambil Membelah dada akibat kesempitan duit!!

owh, jangan lupa ini ya kalau ke IKEA.


omaigod......... wanna taste the heaven? try this~ hoho


Lets Go!!

Monday, February 28, 2011

Lady Gaga New Music Video! Born This Way Hey




orait, c'mon all the illuminati freaks, let's hear everything from u guys!

 erm..i wonder if kak limah ever be blonde like this?

p/s : tak paham pe pun video neh.....~

Tuesday, February 22, 2011

The Laziest SOng Ever

today i dont feel like doing anything.... so just enjoy the song yeah!




cute lazy song ait?

p/s : can i sing this song to my boss? hahaha

MacBook Air To Be Grab Bebeh

mac book air weh!!! mac book air tuuuu...mac book air...ok2, terlalu exaggerate(betol tak eja ntah)... jum kita torai nasib kita!

meh2 click kat bawah neh.




boleh bergaya di Mekdi smbil kononnya tengah study, pdahal nak tunjuk logo buah epal kena gigit tu je~ kan kan?


 banggo den dapat cipta menda alah mahei neh~ sampai tersenyum simpul...hihihi

Monday, February 21, 2011

Tips Keselamatan Mudah Untuk Pemandu Perempuan

i'm not being a gender racist (ada ka istilah ni?) haha..just for my fellow gender thoughts only ye, kepada para kaum adam juga jika hendak mengaplikasi,tiada masalah dan yuran tambahan dikenakan. Jangan panik.

sebagai seorang wanita juga dan juga pemandu juga, saya juga rasa agak terpanggil untuk memberikan sedikit tips keselamatan kepada wanita-wanita lain agar kecelakaan seperti rompakan, kecemasan dan rompakan (penegasan di situ) dapat dielakkan. Insyallah~ so lets cekodok!

1. Hal Ehwal Beg Tangan.
Soalan paling wajib? Kalau kita drive sorang2, kat mana tempat paling selamat untuk diletakkan beg tangan anda yang pelbagai jenama itu?


a : adakah di bawah kaki anda?
b: adakah di atas riba anda?
c: adakah di seat sebelah anda?
d: adakah di seat belakang anda?
e: adakah di bawah seat depan bersebelahan anda?

mari kita kaji situasi setiap satu.


Jika A : di bawah kaki anda.
Mungkin kelihatan seperti selamat kerana payah orang luar nak nampak, tetapi..TETAPI, akan membahayakan pemanduan anda kerana adalah menjadi kesalahan besar jika diletakkan apa-apa barang seperti kasut,beg,bekas even slipar skali pun di bawah kaki anda kerana ianya akan mengganggu pemanduan anda, silap2 anda tersalah tekan pedal atau lagi teruk, kasut anda yang tolong tekan pedal dulu sebelum kaki anda sempat menekannya. Paham situasi tersebut?

Jika B : di atas riba anda.
wow, gebu paha cek....haha just kidding. Lihat2...anda sudah terbayangkan mata-mata sumbing yang sedang tersenyum kambing cuba mengambil kesempatan di sebalik tingkap kereta anda yang tidak ditinted dan cerah seperti akuarium. Tapi bukan itu maksud sebenar situasi. Maksud sebenar, adalah agak menyusahkan tuan punya badan jika anda meletakkan sebarang barang alatan bahan di atas riba anda ketika anda memandu, ibarat anda cuba membuka padlock solex dengan menggunakan sebelah tangan. (aku benci padlock solex..haish). Pendek kata, dah la payah untuk anda pulas stereng, tambahan pula jika beg anda boleh dikategorikan sebagai mini saiz of luggage Polo, tak rasa macam ada koala bear dok melekat depan muka ke cik kak? Bhaya2..


Jika C : di seat sebelah anda.
Ibarat pepatah, Buaya darat mana yang tak makan daging terdedah? It is so obvious kot. Bayangkan anda seorang peragut/perompak, mungkin ini dialog harian anda, " Mari kita rompak perempuan kereta biru itu, beg tangannya berada di atas kerusi shaja, dan cermin keretanya tidak bertinted,senang shaja untuk dipecahkan dan dilarikan. Tambahan pula dia bawak kereta manual, mesti dia terkejut dan enjin keretanya mati sebelum sempat mengejar kita." (begitu skema perompak zaman sekarang berbual..tapi kenapa mesti lelaki selalu cakap perempuan tak cekap bwk kereta manual haaa? panas neh..ok, teremo pulak.)
SO, DUN EVER EVER PUT UR HANDBAG ON THE FRONT SEAT NEXT TO U! Faham! cos dh banyak kes rompakan terjadi sebab hal macam ni.


Jika D : di seat belakang anda.
Ada dua jikalau di sini, if kereta anda tinted baik punya, ok..boleh. BUT, if kereta anda clear sperti akuarium baru keluar kedai ikan tak sempat membesar dan membiak, better NOT. Kenapa? Satu sebabnya, belakang seat anda ada siapa? Bodygad? Tiada sesiapa bukan? Dan..Mata anda berada di mana? Di hadapan kepala anda bukan? So....siapa yang akan tolong tengokkan beg anda di belakang mata anda? Jawapannya, "Mestilah aku!" Jawap si perompak tersebut. Even if korang cuba2 cover beg anda dengan jacket ke, fail ke hape ke, still bahaya la cos lagi lah mendatangkan curiga kepada orang yang memandang. Benda apa itu disebalik kelambu? Emas? Laptop? DSLR? dan pelbagai lagi tanggapan yang boleh dikemukakan oleh para perompak sedunia. Maka, it's a NO NO ye. Plus, payah kot korang nak ambil wallet or duit masa korang nak bayar tol or anythg emergency.


Jika E : di bawah seat hadapan bersebelahan anda.
This idea might sound good but from my thought, it's not good enough cos banyak restriction yang mungkin terjadi. Misalnya, jika anda pemandu sebuah MYVI atau kereta perodua lain, anda mesti sedar akan kewujudan sebuah compartment di bawah seat bersebelahan pemandu. Cmno korang nak sumbat beg korang yang bersaiz super XL tersebut di dalam compartment yang kalau letak wallet aku pun dah tak boleh tutup. SO, u all will end up putting ur handbag di kawasan kaki seat tersebut, bukan di BAWAH. Risiko untuk beg anda dirompak dengan mudahnya adalah sama sperti kes C tadi ye... Just angle untuk perompak bertindak tu je lain skit. Tapi u all have to bear in mind cos perompak/peragut neh kebanyakkannya terer merempit dan jenis yang amek cornering lutut rapat kat tanah punya lah...so setakat nak turunkan dengan badan sebanyak 45 degree tu is nothing la....Dorang boleh buat smpai 180 degree u know, smpai menyembah tanah wa cakap lu. So, beware!


Ish, kalau dah semua situasi tak bolehm habeh tu nak buat cmno? Pakai beg plastik pakai buang je la..


Haaa...menurut pendapat professor shirota pakar bakteria baik dan jahat yakult, ada satu penyelesaian yang mungking berguna dan boleh diaplikasikan untuk semua jenis kenderaan. Anda tidak perlukan apa-apa modifikasi tambahan kepada kereta anda, hanya perlukan...


Seat Belt dan Ruang Tengah Antara Pemandu dan Penumpang Hadapan.


Tak caya?

Meh nak eksplen, (harap maaf, gambar sebenar kejadian tidak sempat dirakamkan la) nanti2 aku terai pakai hp 3310 aku amek gambo tgk..sob2)


Begini caranya.

1. Masuk sahaja kedalam kereta, sebelum enjin dihidupkan lagi, terus anda kunci kereta. Especially jika anda berada di kawasan yang agak sunyi dan gelap.


2. Kemudian anda letakkan beg tangan anda di ruangan tengah antara pemandu dan penumpang hadapan. Atau dalam erti kata lain, di belakang hand break (bagi kereta yang hand break di tengah la).


3. Dah letak elok2, beg tangan anda mesti ada tangkai, tak kisah la satu atau dua atau lebih, anda hanya perlukan satu sahaja tangkai/tali beg tangan anda untuk langkah seterusnya.


4. Pasangkan tali pinggang kaledar anda melalui/menembusi/ menerusi salah satu tangkai/tali beg tangan anda. Jangan pasang menembusi/melalui kesemua tali/tangkai yang ada, nanti payah nak selak beg anda in case nak amek barang ke hape ke. Tak paham? adoih...jap nak try bagi sketch..



cantek kan saya sketch pakai paint? (payah gila pakai paint rupanya..wahahaha)

neway, i hope u guys paham la kot berdasarkan ilustrasi tersbut. Tujuan sebenar saya menyuruh anda 'mengikat' beg anda dengan seat belt dan diletak di kawasan tengah antara pemandu dan penumpang hadapan adalah kerana dua perkara.

Pertama, if ada peragut yang kental jugak nak meragut, lepas dia pecahkan tingkap, dia sentap beg anda, anda rasa siapa yang akan tersentap dahulu? At first mungkin, mungkin anda akan merasa sakit sedikit kerana seat belt anda disentap tapi trust me, if anda dah 'lock' beg anda di seat belt, seat belt tu akan tekan beg anda dengan kuatnya dan takkan tercabut pun if disentap oleh mat perompak seberat 50 kilogram. Ditambah dengan force dari kereta anda yang seberat beberapa tan, rasanya Badang Mawi je la kot yang mampu melawan kuasa beban. Unless if ur tali hand beg putus dulu, yang tu berserah kepada takdir je la...len kali tali beg tu pakai tali kapal. Payah nak putus.


Dan sebab kedua adalah, jarak antara kawasan tengah tersebut dengan tingkap kereta anda adalah agak jauh, lebih kurang 3 kaki jugak la,bukan cap kaki tiga tetapi ukuran 1 kaki bersamaan 30cm.(lebih kurang) Cuba anda ambil pembaris panjang (30cm) dan anda ukur tangan anda, berapa kaki kah tangan anda? Tangan saya berukuran tepat dua kaki. Anda? Jangan diukur pakai kaki anda pula ye. Paling kuat pun 2 kaki lebih je la kan, not more than 3 feet rite? SO, anda dah bagi gap untuk perompak dari directly hangkut beg anda dengan mudah compared to anda letakkan di atas seat atau di kawasan kaki penumpang hadapan. Tmbahan pula, anda boleh squeeze2 beg anda hingga betul2 berada di antara seat, lagi cun dowh..Konpem terlindung dari penglihatan manusia nakal punya la. Kalau si perompak tu kental jugak nak amek, dia kena at least masukkan suku badan beliau ke dalam kenderaan anda, time ut anda dah boleh tekan pedal minyak kuat2 bagi dia jatuh tergoleh terhantuk kat pintu kereta anda, of if anda tengah berhenti di trepik lite, anda mungkin sempat capai henpon anda untuk mengambil gambo si lahabau tersebut, letak kat youtube bagi kat polis atau ahloong. Sebab Lu Langsi, Lu mati loo...


Jadi, sekian sahajalah tips untuk kali ini, harap maaf..'ter'panjang la pulak tips neh secara tak sengaja...

Next time kita akan berbincang soal kedua iaitu, PEREMPUAN HARUS TAHU MENUKAR TAYAR KERETA SENDIRI.

Mungkin berguna untuk para wanita, if rasa ada kekurangan, boleh di komen2 di sini sebab ini pun berdasarkan pengalaman hidup sendiri sahaja~ Tidak dicilok dari mana2 akta hal ehwal dalam negeri dan lembaga filem negara.


GOOD LUCK!

p/s : antara alatan lain yang perlu ada dalam kereta untuk tujuan keselamatan adalah, spana boleh laras...tujuannya, untuk mengetuk orang yg tidak berguna tersebut. Cari laras yang paling besar punyaaa..

Friday, February 18, 2011

Britney Spears New Music Video

Hold It Aginst Me.




Sponsored by Britney Spears Perfume-Radiance
come on. ur photoshop skills turn britney into sumbody else...haha

Make Up Forever
SONY-Lens Made In Japan
Plenty of Fish.

dah jadi trend artis hollywood promote barang2 sendiri dan tajaan dalm video klip kot...

neway, i think the vid is good, much better than kesha's video, though i dun really like song when i hear it through the radio, but watching this video could give me a second thought bout the song.



p/s : britney neh minum jusmate dr rozmey ke hape, senang betol nak kurus lepas jadi belon, kembang kuncup je keja dia...aiyoo..jeles den~

Tuesday, February 8, 2011

Akhirnya Terbongkar Jua Gambar Panas Seorang 'Arkitek'

ramai yg bertanya, mcm mana saya kekal muda dan bertenaga, rahsia saya...zell-v dengan ekstrak placenta biri-biri....eh....bukan haram ke pakai benda tu? ...back to topic..


who am i? I'm spiderman. chet.. The truth is..I am an Architect. Yes. indeed. I'm a Part 1 Architect, got my Bachelor of Science in Architecture Hons. from a local uni. Im not an artist, not a full time blogger, not a model (pantang nak glemer je mesti nak jadi model, pantang model je mesti glemer..ish2) bukan juga seorang penyair, meh syair too nehii....working at a cute architecture firm sumwhre in selangor. I'm no longer a student. I've been blogging since 2009...haa dah dua tahun tapi im not as famous as any blog yg baru 6 bulan je dh ada 1000 followers cos i dun put cute pixta at every single entry untuk tarik perhatian ramai untuk memuji jerawat anda(tudia paku...)mahap la kalau terasa~ akak tak berniat...(lalala).

neway, it's good to see such youngsters ramai yg mula berjinak2 dengan dunia blog ni, tapi yg penting kualiti okeh, bukan kuantiti. Dats the most important thing that i look for in any blog that i want to follow. frankly speaking, i dun really founder on daily diary blog yang penuh dgan muka owner sendiri sepenuh3 skrin yang ada, dengan caption 'saya tak cumel kan?'..cos the caption is actually to provoke or actually untuk tarik perhatian orang supaya membantah pernyataan yang diberikan. Kalau ditakdirkan ada seorang yang mengaku caption itu, "haah, mmg buruk pun, baru sedor ke~", mula la nak buat entri emo dengan caption berbunyi, 'Ini Belog Aku, Suka Ati Aku La!!!'...

Oh kamon, me pangkah u. Titik.

ramai yang tak percaya yang aku neh bukannya masih student yang berusia ujung belasan atau baru masuk 20-an (angkat bakul mengaku muda). ye adik2, akak neh dh pertengahan dua puluh hannnn dah pun ye adik2... dats y akak neh jarang2 sgt nak update belog kerana kekangan masa yang amat terhad, tidak seperti zaman belajar dulu. there r sooo much..loads loads loads of free time for u to enjoy urself, do things dat u love, lepaking, blogging as much as u want. I do missssszzz my study period. Seriously.

Akak paham, bagi adik2 yg masih di bangku sekolah/kolej/universiti mesti rasa cam tak sabarnyaaa nak abihkan  study tu, nak keje cepat2 nak pegang duit banyak2. Memang konfirm la tu azam tahun keberapa pun bagi seorang pelajar. Tapi...Satu je nasihat akak, DUN U EVER WASTED UR PRECIOUS STUDY TIME. Seriously. ehem...Serius2. pardon my english, i lepas SPM je~ =P

Nak tahu kenapa?

Fakta tentang bekerja.

1. Kerja tak boleh ponteng cos it's about dollar and cents. Every seconds of ur working seconds is moneyhh bebeh. Korang amek cuti before provision period korang abeh, maka alkisahnya maka ditolaklah gaji anda mengikut bilangan jam dan hari yang dicutikan. Tapi kalau study, setakat shari dua ponteng tu, tak jadi hal lah,,, Unless korang mmg tak jenguk batang idung langsung dalam dewan kuliah. Tu pun siap boleh suroh member sign attendance lagi tu. Masa keje ingat korang boleh tolong sign2 depan bos ke? Alamatnya RE-Sign la korang~


2. Kerja takleh masuk lambat walau seminit (bagi bos yg sgt particular dan strict).Silap pasang kuda2, menanah la telinga tahan maki-anaksunamun. Zaman belajor, stakat masuk lambat 15 minit tu lumrah la.....walau budak paling skema dalam alam semester tu pun konfirm akan lambat seminit dua sebab singgah koperasi beli cekelat sebijik dua tamao bagi mengantok konon. Bagi yang tak dak langsung gene skema dalam badan tu memang sah2 la paling awal akan masuk selepas 40 minit lecture mengajar. Silap2 dia masuk selepas lecture tu keluar. Haa.. dia jadi orang paling awal untuk the next kuliah.



3. Gaji tinggi? Hareeemmmjadahhhhnyaaaa tinggi~~~~ Kucing korang berdiri dua kaki lagi tinggi kot. Nak gaji tinggi, sila apply customer service. Basic saja dah RM2500, tambah ngan elaun RM600, leh dah dapat RM3k. Architect tak kaya eh? Jawapannya, it will takes u more than 15 forking years baru la korang leh sempat bau duit dengan selesa.Dengan selesa, bukan dengan bahagia. Dengan syarat,kena jadi bos. Yang makan gaji bawah2 neh..kayap kurap ketuat kematu.



4. Time study, mak ayah leh sponsor sikit2 yang mana 'terkurang'. Dah keja takkan buat muka tak malu mintak duit kat mak ayah lagi kot.. Mak ayah kita tu bukan gabenor bank negara yang akan me'laku'kan sehelai kertas kosong dengan meletakkan tanda tangan beliau.Kalau buat survey kat shopping mall, golongan yang paling banyak bershopping menghabiskan duit adalah pelajar. hahaha It happens to me jugak kot, time study lah time paling banyak bershopping macam2, pas dah keja, i cant even get myself a silly shirt since pass a year. Seronok ke camtu? Nehi nehi kabhi nehi.


5. Student boleh dapat student price di mana jua, dari karoke jamban sehingga ke wayang gambar, sehingga ke boling arena dan juga dobi dan juga sehinggalah ke kedai AmeerAli dan Fariz Majoo. Padahal student lagi banyak duit dari orang yang bekerja! chet poodah hahaha (jangan marah ye adik2..ini berdasarkan kes peribadi)..



6. Last but not least, everyday u wake up at 7 am in the morning or earlier then went back home at 10pm or later, repeating the same routine for 5 days a week... is not an interesting thing to do at all. Kalau student ada kelas, bukannya tetiap ari ada waktu pagi2 buta matahari pun tak sempat nak naik lagi. Silap2 matahari terpacak dulu, barulah pelajar ni nak terpcak depan toilet tunggu turn nak mandi. Kan kan? Hari takde kelas, leh tido sewenang wenangnya tanpa gangguan tugasan dan dateline yang akan menyebabkan kerugian berjutaan ringgit jika tidak dipatuhi. Time  study,paling terok pun kalau tak submit assignment,kena amaran dulu, kalau amaran dah tak lut, baru la anda akan menerima surat chenta untuk memanjangkan tempoh pengajian anda kerana sikap anda yang terlalu sayangkan kolej/universiti pengajian anda.


Ok. Dah penat melalut. Isi-isi di atas tidak ada kaitan dengan tajuk entri, Sekadar berkongsi peringatan kepada adik2 yang tak sabar2 nak bekerja sehingga mengabaikan masa-masa keemasan di pusat pengajian.


When i recall back all of my entri, baru i perasan sumting u, i tidak mengenalkan diri i langsung kepada khalayak ramai. Asyik melalut je, tapi orang tak tahu pun i neh betol2 manusia ke, kambing ke, lelaki ke perempuan, tinggi ke rendah, perasan cantik ke tak, gewdixx (muntah ijau) ke tak.. You all nak tengok gmbo i dlm entri i pun jarang skali muncul di screen pc anda, sebab akak tak reti la nak buat entri yang tunjuk mata i yg 'cantek', rambut i yang 'mengurai', pipi i yang 'gebu' dan bontot i yang 'menawan' gitu.. hehe jangan maraaa~

Tapi untuk pertama kalinya lah, dan maybe yang terakhir, i akan sertakan entri ini dengan gambar yang sangat2222 banyak agak korang tak rasa nak tgk akak lagi dah lepas ni, silap2 korang boleh unfollow akak gitu...oh jangan..hehe

tadaaa... memperkenalkan tuan blog ini!

 ini telinga daaa











































same but not similar...sama tapi tak serupa lah





























thanx ipod, for being my loyal mirror~



and thanx to Creeperz Photocraft for the splendid photos!

 ini my luvly photgrapher...=)  heart yuuuu



speky me! cant wait for this photos to be uploaded..not this...i mean, tu tu..dalam kamera tu..hehe


dah menyampah dah tgk muka tuan punya belog? ok, janji tak buat dah. hehe