Tuesday, May 24, 2011

Ai De Beijing Part 2

Morning sunshine!!!

It's day 2.. dan waktu terbit matahari di Beijing adalah sangattttlahhh awal... Kalau kt Malaysia, geng2 lepak masih lagi bershisha di maple, tapi kat Beijing, pukul 4 pagi matahari dh terbit yeee (sebab dh nak dekat summer)... gila awai..no wonder la our tour guide (miss betty) mentioned earlier bout china people always sleep early, no later than 10pm..abeh tu, takkan nk tido pukul 12..pahtu pukul 4 dh kena bangun...mmg kompem tak cukop tidur la cmtu..

our agenda for today agak pack and i'm really excited cos today I WILL BE A HERO! why? stay tuned...hehe

We had our breakfast at our hotel. Dan bagi orang Malaysia yg selalunya dihidangkan dengan pelbagai juadah pagi yg menggemukkan seperti nasi lemak, roti canai, nasi goreng dan sebagainya, juadah pagi di Beijing pasti akan membuatkan anda automatically rasa sihat sebab... Menu pagi mereka, sayur goreng, sayur rebus, sup sayur, sup soya bean (bukan air soya), telur goreng nasi (bukan nasi goreng telur, sebab tasteless), mee plastik celup soy sauce, acar sayur, dan pelbagai lagi juadah vegetable based. haaa amek kao..tu la, kecik2 mak paksa suroh makan sayur taknak, kan skrang dah tak leh survive...nasib baik bawak serunding Made In Pekan Rabu..hahaha oleh kerana makanan yg disediakan 'terlalu menarik'..sampai tiada gambar bukti kejadian direkodkan..harap maaf~

our first morning is soo breezy and chill~ mentang2 lah kt Malaysia ni paginya dah panas lit-lit..Bila kena angin pagi yg sgt sejuk and refreshing, maka terjakunlah orang2 Malaysia ini...masa tgh tunggu semua org ready, tiba2 ada satu limosin bapak panjang giler lalu dpn hotel kitorang...macam2 assumption dibuat oleh aku dan rakan2, "bawak keranda kot"..tapi gila bad luck pagi2 lagi kami dh nampak kematian....rupanya...


keluar lah dari limo tersbut seorang pengantin lelaki berpakaian serba putih. It's a wedding ceremony! wah2...The groom came to fetch the bride at the hotel cos it's believe that the bride is not a local Beijing people, so they have to stay at the hotel for the wedding ceremony held in the groom's place. Sama la mcm perkahwinan Melayu jugak...Si pengantin lelaki akan datang menjemput si perempuan, if jarak rumah terlalu jauh, terpaksa sewa homestay ramai2.

Move on to our real agenda (iklan dah abeh). Our first destination is....The Jade Factory. what is jade? According to Miss Betty yang peramah, jade is china's treasure. So, no wonder la if kita tgk crita2 china, mesti tok sami buddha dok bagi amanat kat anak2 buah suroh jaga Jade dorang elok2, kalau Malaysia ni mcam bijih timah la kot...eh, emas sri pinang kot... Jade is actually a stone that can be found in our mother earth stomach (perut bumi) just like all other mining material (gold, iron, timah dan sebagainya). But the only different from others is, Jade is ALIVE! how come a stone can become a living thing? wallahualam...dah org eksplen, dengar je la...percaya ke tidak, semuanya kuasa Allah s.w.t.

Kita slalu dengar pasal jade that can change color, halau kuasa jahat dan sebagainya tapi tak ramai yg tahu, hanya Jade HIJAU yg boleh bertukar warna. owh...jade ada mcm2 kaler eh?.. Jade ada 3 kaler je kot (tak igt dh pelajaran hari tu), hijau, pink dan hitam..eh..hijau,putih and purple...eh....ahhh google la sendiri. tapi yang pasti, Jade yg paling tinggi nilainya ialah Jadeite (jade paling berkualiti) Hijau yang mempunyai Jade Root. wadehell is jade root?

ni haa..

This is a green jade actually..not white..see the green 'roots'.. the roots that actually will change color into more darker green according to the owner's health condition. The faster the jade to change into green color, means, the healthier the person who wore it.And Jade also can be a very good investment material just like gold cos lagi lama disimpan lagi tinggi nilainya...And byk lagi la ilmu2 per'jade'an yg diberikan oleh Miss Betty. Quite interesting cos this is sumting that we seldomly heard in Malaysia. Free knowledge bebeh~ And now i'm sharing this wit u...sharing is caring maaa


Upon arrival at the Jade Factory (tatao nama pa factory tu sebab semua tulisan written in chinese..huhu) we've been given a simple introductory.


 this is an armor suit made of jade. perghh...mahai kot


 jade carving




jade's product

how they made the jade bangle

cmno nak beli jade? First, check the quality and the color.How to check? Senang je.. Gantungkan jade tersebut menggunakan tali or benang or watever pendant, dan ketukkan jade tersebut dengan duit syiling atau apa2 barangan besi. A very fine jade will produce a very fine and nyaring sound like a 'triangle instrument' (sila rujuk gambar di bawah). Ling ling ling camtu la... But if the jade is not a very good quality, bunyi ketukkan tu akan kurang nyaring. Bagi menentukan warna pula, warna asal jade bukannya hijau yg fully hijau..u know at i mean? Means, dia punya hijau mesti ada campur2 sama itu putih juga ada. Kalau yg fully perfect hijau tu bukan yg pure cos warna hijau tu actually telah disuntik masuk dalam molekulnya. Al-kimianya begitulah kot... Korang boleh rujuk kepada gambar di atas (Jade's product), boleh nampak keratan batu jade dari perut bumi, nampak dia punya hijau bukannya perfectly green kan? haaa begitulah al-kisahnya..kalau yg hijau gila babs tu, it's either low grade jade or imitate. China kan hebat bab imitation neh...Sedangkan telur pun boleh ditiruankan, apatah lagi seketul batu.
ini bukan jade, ini triangle yang berbunyi ding ding ding


Kat factory ni, byk gilaaaaaaaaaa barangan jade yg boleh dibeli tapi bear in mind, the price is not cheap at all..... for the bangle, paling koman 800 yuen bersamaan dengan RM400. gila kao, skali aku beli bangle ni, tak dpt dh la nk shopping pe g dah... Tapi kualitinya memang tip top la..Plus u guys can choose from thousandsss of sizes, colors and design. But the most common product is the Jade Bangle la...The chinese people, the prefer to wear bangle (solid round bangle, bukan yg dah pecah2 jadi bulat kecik2) and pendant. As for bangle, it is said that the shape of the round bangle will press the acupuncture point at our wrist and have to be worn on the LEFT hand. Baru la the real meaning of wearing jade tu sampai..katenyeee~ Bagi pendant pulak, kedudukan pendant tu dekat dgn jantung kita. Jadi, baik untuk kesihatan. Macam2 la pantang larang nenek moyang sejak dari zaman emperor china lagi lah. Penuh satu entri pasal jade saja kalau nk crita. Jadi, kita stop pasal jade di sini. 

I bought myself a jade ring..Tu je yg mampu... Ada juga bantal jade tao...haaa kalau korang tidur atas bantal tu, kompem otak beku, sebab sejuk..haha. Kalau tak mampu beli jade, beli la souvenir2 lain yg ada...



dunno what is dis..but quite cute and it's hand drawn.. tak caye?


drawn in a small bottle with upside down position. (bukan pelukis tu yg upside down, lukisan tu yg terbalik). Boleh juling sedas~



Next up,destination Crystal Palace!

Crystal Palace yg di maksudkan bukanlah Istana Kristal atau jauh sekali Masjid Kristal dan tiada kaitan juga dengan Cinta Kristal. It's actually a Crystal Factory. Terletak bersebelahan shaja dengan Jade Factory tadi tu. Kalau dh tgk jade, mesti tgk kristal pulak kan. Tapi kristal rasanya ramai dh agak familiar sebab banyak dh dijual di Malaysia. Ala, yg ada bentuk cam pokok bonsai la apa la..kat midvalley pun ada jual. tapi harga kristal mmg mahal jugak, but less expensive than jade cos kristal takde apa2 power (macam crita witch ja ada power2) sgt pun. As a symbolism of wealth, health dan sebagainya. Kalau ada power pun maybe kristal spectacle la kot.

Tapi yang menarik perhatian aku is Crystal Spectacle (sebab geng2 buta neh mmg la kena berspek). Payah nak cari crystal spectacle kat sini. Apa yg lebihnya kristal dari kaca biasa adalah, kristal lebih tahan lasak, tak mudah pecah dan calar serta sejuk. Mata anda akan terasa sejuk ja nanti, lepas tu rasa nak lelap je manjang~ Cuma satu je yg kurang berkenan di hati, design spek dorang gila old skul~ huhuhuhu tapi mahal... Next time la aku datang china aku bwk 10,000yuen.




this statue is made of crystal. (terbalik pulak...malas rotate..hehe)

kalau nak beli rantai crystal or watsoever, silalah ye di sini. My bos bought a necklace that can change color according to the surrounding ambient. Cool~ Padahal mula2 tatao boleh tukar kaler, bila balik hotel tgk kaler purple jadi biru, mula freak out pahtu kalut nak g tukar igtkan dh kena tipu...hehe so cute~




After watching all those perabih duit things... perut dah berkeroncong...and it's time for us to go for lunch. Sumwhere nearby the Great Wall Of China, there's a very hugeeee restaurant built specially for the tourist at the Great Wall of China. The Cloisson Factory.


the one with orange hair definitely not Malaysian.




This building is not only a restaurant but also a factory. This time we gonna see the enamels product.How to explain the enamel eh? hmmm... tgk gambar je la..


this is the vase, 1st process. Melekatkan texture.


These small pisces of copper (kot) will be glued on the vase to create a pattern.






tadaaa..jadi begini...



kemudian, akan diwarnakan.



dan akan dibakar kemudian dicucikan seperti pokcik ni buat... kena org bertangan seni ja baru leh berjaya buat neh. Kalau suroh aku, abeh pattern naga jadi burung pipit.


and the end product..













pilih2.....mak hai...mahai nak mampoih...kecik toek je tp RM40 hengget...letak balik~

skarang ada soalan trivia untuk anda... tgk gambar di bawah ni dulu...

 cuba teka brapakah harga pasu yg lebih tinggi dari orang di dalam gambar?




ini jawapannya..converted into RM? almost 200k..for that dem vase....boleh jadikan keranda i guess cos it's dem big! baik menabung amek fair lady~

sudah melihat barangan di tingkat bawah..lets go upstairs to melantak at Jindian Restaurant.





see the popiah-like food...but the inti is not like our popiah..it fills with redbean and it's sweet.


looks delicious....i tell u, LOOKS only ok...not the taste..hehe and the fish is not sea fish...they always use the fresh water fish...so...tulang ikan sgtlah banyak...


our munchys..mch kuih rotan~


insyaallah dijamin halal~


Untuk bersolat juga tak jadi masalah sebab disini ada menyediakan tempat solat dan wuduk yang sempurna. Serta dijaga oleh seorang lelaki cina muslim yang sangat rajin dan peramah (tapi tak paham dia cakap pe).

siap provide slipar g



bila dh kenyang..boleh la kita mengurangkan lemak dgn memanjat The Great Wall of China.

It is said that The Great Wall of China can be seen from Moon. In dat case, the astronaut can see us standing in the Great Wall la kan? wow...boleh masuk dalam Google Map.


 sepanjang perjalanan ke Great Wall. Terasa mcm tgh berlakon crita Crouching Tiger Hidden Dragon.

Sedikit sejarah tentang Great Wall of China. Panjang keseluruhan Great Wall merangkumi lebih dari 5000kilometer dan dibina secara berperingkat mengikut Dinasti2 Maharaja China ketika itu. Pada zaman dinasti terakhir, Maharaja Qing telah membina Great Wall kedua bersebelahan dengan Great Wall yg asal tetapi bukannya sepanjang 5000km. Hanya sebahagian dari Great Wall shaja yang mempunyai double wall. Tujuan Great Wall dibina adalah untuk pertahanan negara China daripada orang Mongolia.
Merentasi lebih kurang 14 (ke 17 ntah) buah negeri di China, maknanya Great Wall ni ada di serata China. Yang aku g adalah yang terdekat dengan Beijing iaitu di Ju Yong Pass atau Ju Yong Guan. Ada jugak yg pergi ke Ba Da Ling Great Wall..alah, sebelah2 je.. Next time g la naik yang kat Guangzhou ke pe pulak..


this is my cute boss and her son.


but before naik ke Great Wall, ada satu la direct selling yang membolehkan anda mendapat 'Sijil Hero' sebagai tanda anda telah berjaya menaiki The Great Wall. Sebab sejarah Great Wall terbina dengan darah para askar, buruh paksa dan juga banduan death sentence.(hero ke jadi banduan yg  mati masa construction?)

Beginilah ropenye sijil tersbut. Made of Bamboo stick with the Carving of The Great Wall and our name on it if we are interested to buy. It's quite nice actually but the price is not that cheap dowh~ Yang paling kecik (tiada dalam gambar) dalam size lebih kurang 4x6 inci je pun dah berharga 50 yuen = RM25 hengget. Frame sijil dijual berasingan pulak...pftttt~ Makanya, aku tak beli..Takpelah, aku jadi hero di hati sendiri dan orang tersayang sudah..haha poyo mode.


 tgk....bakal memanjat sehingga ke atas tu tao! lembut lutut dah~ this is one of my colleague. sori kak..tumpang letak gambo ye..hehe



ready to climb? go!! penat seyh!!! steps tak equal..kejap kecik kejap besar kejap tinggi gila kejap secoet je... mentang2 la dulu tak Majlis Perbandaran, takyah submit pelan. Kalau suroh Majlis check balik neh, kompem tak lepas submission..hahaha


setelah di atas...wow.... I'm a Hero!!!



the view from tower 3 of great wall~ klik gambar untuk tumbesaran. maaf jika kualiti kurang memberansangkan sebab masa kitorang smpai ke great wall terus je hujan renyai...



bila turun je...terketar2 lutut..tambah la aku yg gayat neh...mmg kompem rasa cm nak melayang.... tapi sempat lagi berposing...peace!

tapi maaf ye, lupa nak amek harga tiket...tapi rasanya dalam 50 yuen jugak la kot...


lepas penat2, badan dah saket, kaki dah bengkak..Jum pergi ke kedai ubat. Kami dibawa ke kilang memproses ubat herba dan juga menjual gelang berkuasa magnetik (macam AC mizal jual tapi yang ni diperbuat dari batu) yang diberi nama Bau Fu Ling. (yg ni nama ubat tu...nama kedai adalah...)



Sampai je sana, kami dibawa masuk dalam sebuah bilik utk dorang buat promotion.Another direct selling..haha Macam2 la cara dorang nak promote Bau Fu Ling (burning cream), siap sampai pegang besi panas lagi..tapi masa dia tunjuk tgn dia melecur tu aku tak nampak sgt so aku buat2 percaya je la~ Dah la si promoter tu leh cakap Bahasa Indonesia. very good marketing strategy. fine~....





Dalam kotak bulat tu adalah koyok. Yang gelang tu la batu magnetik. Pe nama ntah. Sape yg minat dengan magnetik2 power ni mesti berminat nak beli, tapi harga seperti biasa mahal, 150 yuen. Still murah banyak dari gelang AC DiSini. Nanti aku nak kumpul duit, beli gelang ni banyak2, berusaha jadi artis popular, pahtu jual gelang dengan harga 5 kali ganda dari harga asal, kemudian pakai Bentley.

Aku hanya beli koyok tu je sebab sakit kaki naik Great Wall. hahaha..aku beli koyok tu utk nenek aku, mana tau lepas pakai koyok tu terus nenek aku sihat, boleh bangun menari poco2. Alhamdulillah~


Ok, dah abeh!!!! Habis pun entri day 2...dua minggu tao aku amek masa nak tulis menda neh...fuhhh~ day 3 punya entri aku akan amek masa 3 minggu pulak la...sabar ye.... =)


Wednesday, May 18, 2011

Ai De Beijing Part 1

olaa..as been promised before, aku ada mentioned bout nantikan entri 'Ai De Beijing' in my previous entri... Gapo dia 'Ai De Beijing' neh?

title entri hanyalah sekadar propaganda media shaja, sja bagi gempak sikit mcm ada crita2 cinta di negara lain gitu, mcm la jugak kisah cinta antara benua...kalau bercinta kat luar negara je mesti macam lagi cool gitu if compared to chenta di dalam negara. Cuba kalau letak title Ai De Aloq Mengkudu, ada org nak tgk tak agak2?

sebelum proses melalut lebih kelaut, apa kata kita mulakan je.. ok..redi?

Tanggal 7hb Mei 2011 yg lalu, aku berserta 9 lagi rakan2 seopis (office trip) telah selamat bercuti di negara yang penuh dengan manusia berkulit cerah serta berambut lurus iaitu China, specifically Beijing and Tianjin. Terima kasih kepada Air Asia X kerana telah merealisasikan impian 10 orang terlibat untuk ke China buat kali pertamanya (ada yg second time). Kitorang start booking tiket neh masa time Matta Fair bulan Mac lepas kalau tak salah, time tu ada promotion Air Asia dan juga MAS, kalau ikutkan harga tiket yg lebih murah, MAS punya tiket adalah lebih murah tetapi bila tup tap tup tap campur air port tax bagai, total semua MAS lagi mahal dari Air Asia (sebab tax MAS lagi mahal berkali2 ganda dari Air Asia). So dipendekkan crita, terpaksa lah kami book tiket Air Asia(terpaksa la pulak). Total cost for per person air flight is around RM1000 jugaklah, tambah luggage ngan makanan in flight skali. Terpaksa amek makanan cos flight duration yg agak lama, kang mati kebuloran (terpaksa lagi~).

As for luggage, untuk perjalanan pergi ke Beijing (landed in Tianjin), kitorang tak amek semua orang ada check-in luggage, just half of us je ada check-in luggage cos masa pergi, bawak beg kosong sudah, balik nanti yg nak penuhkan beg. Jimat la skit... Ada pro n cont antara Air Asia ngan MAS nih, if MAS, meal and luggage are included but not for Air Asia...Tapi tup tap tup tap tambah tolak darab bahagi, sama je dua2 syarikat penerbangan nih~ Mana ada org buat bisness tanak untung maaa...haiyaa.. Tapi satu je yg sangat membezakan antara MAS dan Air Asia. MAS naik flight kat KLIA...KLIA takyah jalan srabut2 celah kapal terbang cari flight sendiri..dari terminal masuk terus je dalam flight, kalau Air Asia naik kat LCCT, pening gak la nak tau yg mana satu kapal terbang yang bakal dinaiki sebab kena berjalan sendiri ke flight, silap naik flight terlepas ke Mumbai...tak pasal kena p jumpa Shah Rukh Khan

Check in flight and onboard pada pukul 8.00 pagi, mata dah mengantuk, so terlelap kejap...Tapi bagi aku yg cukop pyh nak tido dalam posisi lain selain berbaring, memang tido2 itik je la jadinya. Bangun tido, makanan ada depan mata, so makan la makanan yg ada tanpa memikirkan rasanya. Boleh la tahan~

chicken kung pao aka ayam masak kicap


bila dah boring~


After 6 hours of flight duration, finally we reached to our destination. The flight touchdown at Tianjin Binhai Airport around 2.30pm (masa Malaysia dan China adalah sama, cmna jadi camtu pun aku tatao cos i thought theirs would be earlier cos they are more to the east, cek tatao~).


 our airbus~ comel muncungnya



yerp, tepat skali ingatanku...pkui 2.30 we arrived in Tianjin

i dint seat next to the window, so i missed the aerial view of tianjin..huhuhu

since we are using the travel package booked earlier in Malaysia, so we got a tour guide! yeay! from Tianjin to Beijing, we traveled in a coaster. Just nice to fit up to 15pax i guess. On the way to Beijing, first thing yang paling menarik aku nampak adalah...


see the signboard...comel kan?? hehe cam tak serius je..in fact mmg semua signboard dorang is cartoon based. Educating while entertaining.. haha nice one~


Jangan tidur sambil memandu atau Jangan memandu sambil tidur! Atau Walaupun Anda Tertidur, Jangan Sesekali Melepaskan Stereng!


After reached Beijing, first place the tour guide took us is the JIN SHA THEATER. Bukan tempat untuk menonton wayang tongkoi (opera cina) ye rakan2, tetapi untuk menyaksikan persembahan AKROBATIK.


 can anybody pls tell me the exact meaning of the sentence? konpius~




The show is awesome but it's quite typical like wat we can watch in the hollywood movie(banyak sgt pengaruh barat)...but in actual life scene, it takes whole lot of concentration and perseverance to do all the stunts. Wat we see in the movie is always involving the camera tricks, editing and so on.. So, this is the real action bebeh. Sumting dat we cudnt reli see in Malaysia actually. Must watch!

Lepas dah tgk show, lapaq la pulok~ Now, here comes our first meal ever in BEIJING! Mental dan fizikal dah bersedia, kalau sedap, kita lantak byk2..Kalau tak sedap, kita lantak jugak sebab lapo nak mampoih dah... Dinner at JUDEHUATIAN RESTAURANT

front view of the Restaurant.


certified halal..insyallah~









 looks quite similar to wat we usually ordered in malaysia rite? but the taste is completely different! Indah rupa dari rasa...haha but, it's not that bad cos still boleh telan lagi...

After dinner, we went to our 'rumah' untuk hari2 berikutnya, UNLUCKILY, our hotel's location is not at the central of the Beijing itself, quite far away from ketamadunan.(okey, yg ni exaggarate sikit)... The point is, nothing much to explore during night time cos sekeliling hotel yg kami duduk, just ada kawasan perumahan n kedai makan non-halal. Sedih...but the hotel is quite ok lah~ Padan lah dgn regenyeee...

Taishun Business Hotel. 3star hotel.


These pictures are courtesy of google. Tak tercapture pulak gambo hotel cos badan ngan minda dh tersangat letih, nampak katil je terus nak terjun. skali terjun....katil keras kedekong, bantal lembik lemah gemalai...fine~ tapi menurut kpercayaan org china, bantal dan tilam yang baik bagus untuk tulang pertumbuhan tulang belakang kanak2... nak kena tny duta tilam lembut, si eric leong nih...betul ke?

zzzzzzzzzzzzz

And it's the end of day 1....nothing much to tell cos xde pahpe sgt on day 1... so stay tune for day 2!


Friday, May 6, 2011

Biodata Ringkas Seorang Ibu Perkasa

Nama penuh :
Zainab bt Ahmad


Tarikh lahir :
23 November 1956


Tempat lahir :
Alor Star, Kedah


Tinggi : 160cm

Berat : 40kg (tahun 80-an), 54kg (tahun milenium)

Warna kulit : Putih Kuning Langsat Masak Ranum

Warna mata : Behind this hazel eyes

Status : Sudah berkahwin selama 30 tahun

Anak : 3 orang anak manusia dan hampir mencecah 40 ekor anak bukan manusia (kucing gebu dan kucing kampung)

Pekerjaan : Bekas Pegawai Audit, Bekas kerani sekolah, Bekas Pegawai Audit Maktab Perguruan dan Suri Rumah sepenuh masa.

Hobi : Menonton drama slot akasia,mengait alas meja dan mengait buah di dusun

Warna kegemaran : Warna pelangi

Makanan kegemaran : Pulut doghoyan dan aiskrim paddle pop pelangi

Minuman kegemaran : Jus belimbing suam

Lagu kegemaran : Kenangan Terindah -Samson (gila urban makcik neh)

Tempat kegemaran : Cameron Highland dan buaian depan umah



byk g kalu nak describe psal Puan Zainab neh...tapi korang bca je lah nnt buku biography 'Housewive in the house' by Puan Zainab Ahmad di pasaran gelap.

i have to make an early wish actually cos myb i wont be able to update this blog during that particular date. So, here we go...

HEPI MOTHER'S DAY TO MY SUPERMOM!!!

terima kasih kerana telah melahir dan membesarkan saya dengan sempurna tetapi apakan daya diri sendiri ini sememangnya tidak akan sempurna kerana tiada manusia di dunia ini lebih sempurna dari dirimu, mama...


i will try my best to be a perfect daughter of urs cos i am so blessed with the most amazing mother of all. how could i ever let those pure and noble heart been scratched by my silly behavior cos i couldnt bear having more and more 'debts' that will took me forever to settle....huhuhu 


levioo mama!




cuba teka wats wrong with this picca?
this photo is fake cos actually my mom is not there (sje sonok2 photoshop).. she couldnt attend to my convocation cos she was in the hospital at that time...but her love always surrounds me...


this is the real photo

tadaa..just me and my daddy..hehe gotcha!



this is where my mama's picture came from...hehe


p/s : sayangilah insan yg bernama IBU dan AYAH selagi mereka masih ada. bagi yg telah tiada, al-fatihah saya sedekahkan kepada mereka. Hanya jasad nyata yg tiada, kasih sayang dan doa tulus ikhlas mereka tidak akan pernah hilang walau dunia berakhir.

Monday, May 2, 2011

Kegilaan Perempuan Yang Tak Mungkin Lelaki Fahami

entri ini sudah hampir sebulan berada di ruangan draft. pftgdhsafajdkfl...i need a doraemon!


*AMARAN : Isi kandungan entri ini merujuk kepada wanita secara universal. Tiada individu atau entiti tertentu yang menjadi sumber rujukan bernama.


Gila Kasut dan Baju

Should i have to eleborate more? Tak payah kot~... Kalau gf anda dah mula berkata "Ala, kasut i dah licin la tapak dia"....maknanya....I WANT NEW SHOES!
Situasi yg sama aplikasi untuk, "Baju i dh lusuh la u...boring~"..atau "Wahhhhhh sale 70% percent la kat situ" atau "Adeh, saket la pakai kasut ni~"

this is the latest event! gaji dah dapat?



Gila Handbag
Tiada wanita yg tidak sukakan beg. Tak kisah la beg tangan ke, beg galas ke, sling bag ke.. Beg adalah aksesori wajib bagi seorang wanita dan tak lengkap hidup kami tanpa beg kerana kami tidak suka pelbagai benda disumbatkan di dalam poket skinny jeans kami sebab nanti paha atau bontot kami akan kelihatan terlalu besar untuk tatapan umum. Dan kami suka menyumbatkan apa sahaja selagi mampu untuk ditampung beg kami seperti wallet,perfume,pen/pensel,compact powder,mascara,notebook,broadband,getah ikat rambut, clip rambut, clip kertas, spana boleh laras, torchlight dan sebagainya sebab seorang wanita kena sentiasa bersedia dalam apa jua keadaan. Kalau boleh, bantal pun nak letak dalam beg tu...Kalau mengantuk dalam komuter, leh tidur dengan selesa~


nice color, nice size..hmmm...ok, mari menabung!



Gila Perfume

Perempuan adalah wangi dan wangi adalah perempuan. Kalau boleh, perempuan ni nak pakai satu perfume shari. Maknanya ada tujuh jenis perfume la. Tak boleh setiap hari bau sama je.. And setiap 20 minit kalau boleh nak sembur perfume cos we love to smell good~ Dan adalah agak janggal bagi seorang wanita yg kebiasaannya sinonim dengan kecantikan tak kiralah dalam dan luar tetapi tiba2 bila tiba bab bau badan...perghhh~ kalah kucing aku yg tak pernah mandi seumor idup....

Lelaki juga perlu tahu ye, minyak wangi bagi seorang wanita bukan hanya tertumpu kepada EDP (eau de parfum) atau EDT (eau de toilette) sahaja ye... Body lotion, body mist, ubat keti, ubat itu ini yg berbau wangi juga tergolong dalam kategori 'minyak wangi' yang perlu ada pada seorang wanita. So janganlah anda (wahai lelaki) bising jika perempuan anda cakap perfume dia dah abeh sedangkan baru je beli 2 hari lepas. Tny betul2, wat kind of perfume~ As for me myself, sepanjang kehidupan aku di muka bumi ni, rasanya dah dekat 30 jenis perfum aku pernah terai...Nak kena godek2 draft balik cos rasa cm pernah dah type entri pasal jenis perfume yg patut dipilih, tapi tak terpublish la pulak...Finas tapis banyak sangat~


 currently using this...


and this...


and....dah2 la tu



Gila Benda-benda Comel
"Comelnya teddy bear tu!".."Comelnya teddy katak tu!".. "Comelnya kucing tu!".. "Comelnya guy tu!"..eh, terlajak pulak..hehe Kadang2 lelaki tak paham pun hapa kejadahnya comel Takeshi Kaneshiro tu...Tapi, itulah hakikatnya, benda2 comel amatlah mudah dipikat dimata seorang wanita. *wink2* Terutamanya comel dari segi luaran iaitu rupa paras sesuatu benda tak kira yg bernyawa atau tidak. Jadi, jika anda (lelaki) rasa anda kureng sikit tahap kecomelan tu, silalah grooming untuk menambahkan saham anda untuk memikat wanita idaman. Comel di wallet hanya akan datang kemudian sebagai markah bonus. hehehe

comel kucing sayer~ (merujuk kepada gambar di atas dan bawah..=D)





p/s : nantikan entri Ai De Beijing! ampun ye sebab lama dah blog ni berhabuk and i cannot reply those comments on previous entry last week, tatao knapa error menda ntah.. ampun2

Sunday, April 10, 2011

Video Khas Rosalinda Utk Rakyat Malaysia

sp tak kenal rosalinda? ala..gadis penjual bunga yg berambut cantik dan berbadan mengiurkan tu la...

cantik kan dia? so...jum tgk vids khas ROSALINDA.

ready gentlemen? ready gentlemen??

I present to u, WELCOME TO MALAYSIA!




skarang boleh layan lagu ni pulak...can u spot the similarity between those two vids?





my answer is..they are both.. HAVE THE WORST LYRICS EVER! hahaha adeh...kena kanser telinga pagi2..

Tuesday, March 29, 2011

Nice Lyrics,Nice Rhythm..Perfect Song!

how to define a successful song?
as for me, simple..if for the first time i listen to that song, than automatically the rhythm or the lyrics dah boleh melekat dalam dalam sereberum dan serebelum. Ting! Hit!

Now try to listen to this song...Apa yg paling menarik perhatian anda.



nice rite?

sedikit biodata tentang mamat neh..

Nama gelemer beliau adalah AWI RAFAEL. Nama betul sila google sendiri. B4 dia record lagu ni secara official, mamat ni memang selalu je memekik2 di tepi jalan untuk mencari sesuap nasik. And klu tak salah, geng2 indie music gak dia neh. Tapi disebabkan suaranya yg ala2 serak2 suam2 kuku dan lunak berkrim tu..terus dia mendapat perhatian pihak atasan. Begitulah kot kisahnya..











ni la tuan empunya diri..


picture courtesy of google~

Pulanglah sebelum ku runaway..Aku menanti kamu everyday... Aku menunggu dari monday tuesday wednesday thursday...lalalalala

Wednesday, March 23, 2011

Plain White T's New Song

This is such a very cool, soft and soothing song..with a very sweet lyrics... I say..This is PERFECT!

Cekodok!


this is the lyrics video.. and

this is the Official Music Video


eh..why is the vocalist voice isnt the same as in Hey there Delaila?... It is cos, it's not the usual vocalist who sang this song, but their other band member. This time, he is the one who sang this nice sweet song. His voice is nice oso meh....Good2..Whole band member can sing..So multifunction..hehe

ini mereka!

Monday, March 21, 2011

Mari Mengundi! Serius2

sape tak kenal kotex?

SAPE TAK KENAL KOTEX??


siapa tidak mampu beli I-pad, masih boleh mampu membeli pad kotex. errr~

eleh....yg lelaki dh tersengih2 atau bergetar hujung mulut cuba menahan senyum... kan kan?

hye guys! masa untuk tiba2 menggedik, actually this thing just for fun cos biasalah..umor makin meningkat tetapi pemikiran masih tidak dapat menerima tahap ketuaan tersbut, maka ter'join'lah benda yg tak berapa sepatutnya...alahai...terjoin la pulok..

hehehe oleh kerana terjoin,maka terpromote la pulok so dat korang boleh ter'vote' utk sayer ye....ala22....boleh la boleh~

kat mna nak vote? senang je, tak payah like2 apa2 page pun, just masuk kat SINI.
haaa trus boleh korang search nama ALAYA NAJAWA. eh...salah2...type betul2, ALYAA NAJWA. Pahtu tekan vote! As easy as bakor rumoh kak limah deh...ce cube ce cube tgk...


haa..ginilah ropenye screen tu nanti.


btw, kalau korang search tak jumpa dan mmg dan determine untuk buat amal jariah kpd hamba ini, boleh cari gambo ni ye... *wink2*.. gambo pun men sesah crop dari gambo sedia ada je...haha punyala takde tokoh nak serius..

senyum bak kerang baru kena cili~ lalala chek tak gheti senyum...


trima kasih kerana menonton!

p/s : kena mandi bunga baru nak boleh menang kalau benda base on luck nih cos seumor idop tak pernah 'bertuah' pun even join lucky draw adiah ada 9 dari 10, saya adalah orang kesepuloh yg tidak mendapat apa2 itu. Giler takde ong~ aiyaaa

Saturday, March 19, 2011

4 Jenis Manusia Yang Perlu Dihindari

very straight forward ait? so mari kita terus ke isi utama, mukadimah panjang2 pun tak guna sebab kalau mukadimah panjang perlu termasuk dalam kategori 'Jenis Blog Yang Perlu Dihindari' pulak..~


No. Uno
Manusia Dua Alam

Maksud disini bukanlah manusia yang mempunyai gen katak atau kura2 dan bukan juga manusia yang gemarkan filem Dua Alam keluaran Dr Jusmate dan bukan juga manusia yang mempunyai dua identiti jantina. Apa yg dimaksudkan adalah manusia yang tidak tetap pendiriannya a.k.a Manusia Hipokrit. Manusia hipokrit ni selalunya tidak mempunyai pendirian yg tetap dan sering menjadi bahan lawak manusia lain kerana mereka akan sering melakukan perkara yang akan dianggap sebagai 'Mengata Dulang Paku Serpih, Mengata Orang Dia Yang Lebih'. Manusia dua alam juga boleh dikategorikan sebagai Manusia Talam Bermuka-muka kerana mereka amat pandai memainkan watak seperti Fasha Sandha di dalam drama tetapi hakikatnya adalah sebaliknya. Manusia Dua Alam ini amat mudah ditemui di kalangan penuntut2 institusi kewangan eh pelajaran kerana semakin bijak seorang manusia tersebut, semakin terpelajarlah beliau untuk menguasai watak yang dimainkan. Agree with me? Sila angkat tgn mcm Usop... geleng geleng




No. Duo
Manusia Alien
Manusia ke alien? Manusia sebegini mungkin mempunyai sedikit gen makhluk asing kerana mereka agak sukar untuk adaptasikan diri mereka di dalam dunia manusia biasa dan selalunya pemikiran mereka agak berbeda dari pemikiran manusia normal di planet bumi. Ciri-ciri seperti suka mengasingkan diri dan kurang berkomunikasi apabila berada dalam kumpulan ramai adalah amat sinonim dengan perwatakan mereka. Walaupun orang sekeliling telah mencuba sedaya upaya untuk memasukkan beliau dan membuatkan beliau merasa 'welcome' oleh orang lain, tetapi beliau akan sedaya upaya untuk memberikan pelbagai alasan agar tidak termasuk dalam kumpulan ramai. Orang mcm neh buat perabih kredit je kalau ajak keluar sebab jawapan yg bakal diterima pastinya negatif, well.. if dat wat he/she wants, then leave him/her alone je la kan? Biarkan si luncai terjun dengan labu-labunya...biarkan~



No. Tres
Manusia Ular
Wow! Takutttt...Manusia sebegini bukan hanya memiliki kelebihan lidah yang bercabang, tetapi juga mempunyai kekuatan menjerut dengan hebat! Manusia sebegini biasanya akan mudah memberikan janji palsu sekaligus membuatkan anda seperti di pukau oleh segala kata-katanya yang berbisa sehingga diri anda sendiri merana.. gila hiperbola! hahaha... Manusia ular biasanya agak sukar dikesan kerana mereka amat licik dan pantas pergerakkan, mungkin hanya setelah terlewat dan terkena baru anda menyedari bahawa anda selama ini telah terjerut. Antara contoh yang mungkin berkaitan adalah kes rakan yang menceritakan tentang kehidupan beliau yang sering ditimpa masalah itu la ini la, lepas satu- satu, mmg tak habis la hidup dia dgn masalah,mcm crita sinetron bwg putih bwg merah, asyik2 dia ja jadi bwg putih...Lantas dia akan meminta belas kasihan anda untuk meminjamkannya sedikit wang, sikit2 lama2 bergunung, kalau bayar hutang Ptptn korang pun dah abeh bayar. Biasanya cerita beliau akan sedikit berbeza mengikut genre manusia yang diketemui, kalau dia jumpa anak orang kaya sikit, genre crita dia dah jadi ala2 classical balada, nak mahal je sume crita dia... Harus berhati2 ye dgn manusia sebegini, kalau rasa suspicious sgt, boleh la buat background check atau try uji dia dgn crita yg sedikit ditwist dari versi yg dia sendri cerita, kalau dia boleh igt balik crita yg sama, mmg beliau seorang ular yg hebat melingkar~



No. Quatro
Manusia I'm The Best!
Ni jenis manusia yg bukan hanya akan menyakitkan pendengaran anda tetapi akan menyebabkan dosa anda bertambah berkilo2 sebab korang konfirm akan menjadikan agenda mengutuk beliau sebagai menu harian, kalau tak kutuk tak lengkap hidup anda seperti coca cola tanpa cola...coca shaja tidak sedap bukan bunyinya? Manusia I'm The Best ni kalau bab bersembang, masyallah, seluruh kekayaan di langit dan bumi ini ana yg punyalah! Sembang pasal bola, haa dia la tao semua skill yg wujud,Alex Ferguson pernah offer dia main dgn MU tapi time tu lutut dia injured pulak,so tak dapat la terima offer.. sembang pasal MLM, dia la penah join 30 jenis MLM yg pernah ditubuhkan (tapi tak kaya2 jugak pun~), sembang pasal projek, dia dpt projek 10billion kat selatan Thai,pernah minum kopi sekali dengan thaksin sinawrat(tatao eja nama dia)...panjang kata, semua pendek kata ada kat dia la, Jikalau tidak penuh ilmu didada,masakan everest boleh ditakluki. Sekaligus kita akan merasakan seperti diri kita amat rendahhhhhh sekali jika hendak dibandingkan dengan beliau~ sob sob sob...Chek ada SPM ja.... Ampa ada degree..takpa la....




Pendek kata, ni la sebahagian dari shorlisted manusia2 yg kalau boleh anda berkawan ja, tapi jangan jadikan RAKAN. hehehe fikir2 lah sendiri.. tapi itulah dunia kan? kalau semua orang sama ja dlm dunia ni, tak meriah la pulak kan... =P

p/s : kawan makan kawan juga amat perlu dihindari!

Tuesday, March 15, 2011

Pelakon dan Penyanyi 'Serba Boleh'

korang kenal kim kardashian?

ala......yg pornstar, eh reality show star (i dunno wheredehell the producer got the idea to make a reality show of her life..pftt)

yg ni...(tgh cari gambar palingggg decent supaya blog ini tak bertukar sebagai ejen pencarian sumber pornografi)


mesti ramai lelaki cakap..ala.....dis is not 'kim'...




haaa...now is KIM.... (18 tahun ke bawah sila tutup mata)

so, bila dah nama artis kan, mesti la semua benda berkaitan dunia seni artis nak dibuat mereka. Yang penyanyi boleh jadi pelakon dan model, yang model boleh jadi pelakon dan penyanyi, pelakon boleh jadi pengarah penerbit boomman penata cahaya tukang angkat air dan pelbagai tenaga produksi yang lain, tapi satu ja yang sampai sekarang aku agak doubt dan tak ramai yang membuktikan bahawa artis ni betul2 serba boleh iaitu tentang PELAKON TAK SEMESTINYA BOLEH JADI PENYANYI.

nak bukti?


Jam by Kim Kardashian

any komen? errr..... can i ask my cat to sing this song, i think my cat's version would be much more challenging to sing... tapi album beliau mungkin akan laku ekoran video clip yg bakal keluar akan mempunyai unsur2 x-rated dan sdikit sneak peek yg ada berupa seperti ini..



astaga....abeh la jadi entri porn....nak tgk gambar sebenar dengan resolusi lebih tinggi, visit la website kim kardashian..malu aku nak bagi link kat sini....*istighfar2




nak bukti lagi bahawa TAK SEMESTINYA PELAKON BOLEH JADI PENYANYI?


Round and round by selena gomez and the sceneSelena gomez, ala yg berlakon the Wizard of Oz tu... Ala...yg JUSTIN BEIBER punya gepren tuuu.... Ala...yg... google sendiri.
She may be cute and pretty and very good with her acting but when it comes to singing.....errr.....


nak bukti lagi?

dah la sikit2...tak elok kutuk org banyak2...t aku kena gam pulok...kihkih



p/s : there's so much other talented person u can found on youtube...korang search je cover artis2 lagu glemer sikit..mesti korang terperanjat dengan zillion of talents yg ada kat whole wide world neh... nak gelemer cepat pun boleh gak, post la kat utube jugak mcm Justin Bieber. =P