Wednesday, November 3, 2010

Mengapa orang melayu dahulu kala suka duduk tempat tinggi?

Jawapannya sebab boleh usha jamban kat luar rumah yang rendah. hahaha kejinya aku..

Salah salah!

Jawapan sebenar adalah kerana otak tok and wan kita lebih advance berbanding cucu cicitnya yang perasan bagus. Tak caya? Tgk gambo neh.








Walaupun kawasan sekitar dah dipenuhi air teh ais kaw, tapi mereka masih dapat tidur dengan tenang. Siap ada bunyi macam ada reflective pool kat bawah umah lagi tu. Silap hari bulan boleh memancing ikan dari atas rumah gitu.

Bijak bukan?

Even actually, byk lagi kelebihan Rumah Tradisional ini jika kita kaji secara mendalam. (nak aku eloborate ke?Sila bayar masa aku..kihkih)


Tapi org zaman sekarang amatlah degil dan kononnya lebih bertamadun nak hidup dalam rumah moden yang mmg nampak canggih manggih tapi bila banjir kilat sikit pun, dan kena join group FB, 'Kami Mangsa Banjir Yang Tinggal Di Rumah Moden Berpindah Randah'. Manakala group FB 'Kami Mangsa Banjir Rumah Tradisional Masih Selamat' boleh mengukir senyuman menampakkan gigi emas.

Sebab tu la pepatah Melayu mengatakan, Jangan Lawan Cakap Orang Yang Lebih Makan Garam, sebab bila kena darah tinggi, tak best pun~

Oleh itu, generasi zaman 'moden' fikir-fikirkan lah tentang kebaikan dan kelebihan rumah kampung kita itu...Kalau ada lagi nenek moyang korang punya tinggalan pusaka, janganlah dijual atau digadai semata-mata kerana wang ringgit mahupun wang pound skalipun, sebab who knew one day, Rumah Pusaka itulah yang jadi tempat kita bergantung harap.

Apa-apa pun, kesian kat org kampung aku kat kedah, mudahan banjir akan reda dgn cepat ye..Jom sama-sama doa~ amin...

p/s : picca courtesy of fb Diyana Arshad and thanx to google!

2 comments:

irreplaceable said...

100% true...!

alyaanajwa said...

yerp2! sokong entri sendiri haha