Thursday, July 14, 2011

Kitty Looking For Home...Pls help me~

urgent! sesiapa yg nak amek anak angkat, sila contact saya directly via my email or here or fb or watever way that u guys can reach me...

there's a very cute cat looking for home~ she's a stray cat...but she's very cute and adorable.. she came my frens house.. but my fren cudnt keep her cos she already has 3 dogs in her house...so kesian la dat cat.. and for me myself, though i love cat but i also cudnt keep her for this moment cos i'm in the process of moving into a new house...kinda messy here...kang nanti kucing tu kurus keremping pulak...huhuhu so, sesiapa yg berminat untuk menambahkan pahala, silalah kasihani makhluk tuhan yg amat comel ini ye...

 hi....im homeless~ huhuhu


 plis plis plis adopt me....


one day i'll pray for u in heaven =)

Monday, July 11, 2011

Double Cheese Burger Percuma Di Sini!

Just print out this image in A4 paper. The bigger the better.. The smaller...Takot tak diterima oleh pokcik kasut besar kaler merah.

sila save as image ni ye...

print black n white ke, colour (tak mesra alam) ke grayscale ke pe ke masih diterima slagi rupa burger belum menjadi lempeng. Fotostat pun boleh. Nak lukis balik je aku rase takleh. Tapi xleh SMALLER THAN 9cm x 4cm. Aku dh masukkan elok2 dlm A4. So, tak perlu risau tak cukup size ke pe ke..

Kalau nak lagi mesra alam, print atas recycle paper ye...

Selamat Menggemok! Hurry up, smpai 13 July je k..

Sunday, July 10, 2011

Robert Pattinson New Hair Cut

speechless....~




i dunno is this still cn be identify as a hair style or hair loss style? or mamak gunting rambut terlajak shave nombor 1 baik punya~

maybe bitten by a werewolf kot...

Wednesday, July 6, 2011

Sultanah Asma School Band In Natcomp 2011

this is definitely my most anticipating event of the year.. Just cant wait to see them performing live at indoor stadium bukit jalil this 17th July 2011. Jum beramai2 memeriahkan majlis!

Here's the list of the top 10 band that will be competing for the title of National Champion



1 SMK SULTANAH ASMA KEDAH 86.1
2 SMK ST JOHN'S KUALA LUMPUR 75.4
3 SMK CHUNG HUA SARAWAK 73.8
4 KOLEJ SULTAN ABDUL HAMID KEDAH 73.4
5 SMK TUN FATIMAH JOHOR 70.5
6 SMK(P) METHODIST PAHANG 69.1
7 SMK SERI GARING SELANGOR 68.8
8 SMK JIT SIN PENANG 67.5
9 SMK TINGGI KLANG SELANGOR 66.9
10 PASIR GUDANG BAND JOHOR 66.8
 
looks like SASBAND definitely at the top of the list for now...but this is not the guarantee for the champs yaa... they will be competing again secara habis habisan utk membuktikan siapa juara.
senarai top 10 ni diperolehi setelah pertandingan peringkat zon di adakan di seluruh negara.

maka dgn itu, saya menyeru anda-anda sekalian untuk dtg sapot zon utara!! Yang diwakili oleh dua band iaitu SASBAND dan Kolej Sultan Abdul Hamid Band. 
supporters SASBAND yg mana rasa duit terlebih banyak bulan ni juga dialukan untuk membeli t-shirt yg comel ini untuk menunjukkan sokongan anda!
sila click gambar untuk tumbesaran penuh kalsium. Untuk pembelian boleh rujuk di page SASBAND.
 
untuk refresh otak sedikit tentang kejadian lampau..boleh kelik2 link di bawah ini
News 1
News 2
News 3
atau nak dptkan gambar latest semasa pertandingan di zon utara baru2 nih..tgk blog di bawah ni. Dan selamat menjamu mata!
http://staccatissimoe.blogspot.com/2011/06/natcomp-2011-northern-i-zone-alor-setar.html
thanx staccatissimoe. =)
now, my very own gallery of SASBAND. (gambar lama2 kena scan dulu la, almaklum la zaman dolu2 xde camera digital~)




 masa zaman muda2..di Internationale Festival pa ntah at Itali~ best....~


 ok, spa ckp kalau tgn patah takleh datang sapot band?? sapa cakap? hahaha masa zaman kegelapan lepas eksiden..huhu



ooo..hang gelakkan aku ye~




Jangan lupa 17July 2011. Stadium Putra Bukit Jalil. 8 malam!

Tuesday, July 5, 2011

BERSIH.. Perlu ke?

Feel free to comment and judge..This is just a very personal opinion of a normal malaysia citizen who loves peace and harmony. I'm not appointing to any particular side and i also dont represent any particular body, organisation or watsoever politically related issue.

I am not sure of the true meaning of doing this BERSIH thing...tapi kalau tgk kpd tshirt kuning bertulis BERSIH itu, lebih kpd menuntut penggubalan undang2 or cara baru dalam proses pengundian. Almaklumlah pilihanraya dh nak dekat.



Tetapi, perlu ke sampai nak berdemonstrasi? Bukankah negara kita ni ada cara yg lebih berhemah dan bertamadun untuk mengemukakan apa2 tuntutan.

Buat la memorandum to parlimen ke, surat kat najib ke, paling tak tau nak bagi kat spa, post je kat wall fb menteri2 kita tu. Tun Mahathir antara pemimpin yang paling bergiat aktif dalam alam maya ni, kalau betullah apa yg korang tuntutkan, mesti tuhan akan tolong lah... tak gitu?


Apa untungnya berdemonstrasi?

- Harta benda awam rosak ( TAK UNTUNG)
- Jalan jem gila! (TAK UNTUNG)
- Road block merata tempat. Sampai dh rasa cm hidup kat selatan thailand. (TAK UNTUNG)
- Kereta orang awam rosak. (TAK UNTUNG)
- Pelancong takot nak datang malaysia lagi dah (TAK UNTUNG)
- Perintah berkurung kpd rakyat lain yang tak sukakan benda lagha camni. (TAK UNTUNG)
- Mak abah aku siap pesan jangan keluar rumah 9 julai ni and jangan pakai baju kuning. (TAK UNTUNG)
- Ekonomi merudum (TAK UNTUNG)







abih..apa yg untungnya?

Cuba tgk apa kesan apabila berlakunya demonstrasi di negara-negara seperti mesir,syria dan sebagainya.


- Tak pasal2 kerajaan malaysia kena selamatkan rakyat malaysia kat sana sbb keadaan dah tak selamat.
- Tak pasal2 student2 kena tangguhkan pengajian.
- Tak pasal2 family yang berkaitan risaukan anak/adik/kakak/abang/mak ayah dorang.
- Tak pasal2 negara barat senang2 je gelak kat negara Islam sebab sepatutnya di dalam ajaran Islam, semua umat Islam wajib bersatu sebagai satu saudara, tetapi hal yang terjadi sgtlah tidak menunjukkan perpaduan dalam Islam.
- Tak pasal2 ekonomi dunia tak stabil.
- Tak pasal2 negara yang dulunya aman tba2 jadi cam iraq. Tentera bermesin gan bertaburan merata tempat.


Kesimpulannya

Korang nak ke negara MALAYSIA JADI MACAM TEBING BARAT? 
Korang nak ke negara MALAYSIA JATUH MISKIN?
Korang nak ke negara MALAYSIA DAH TAK AMAN?
Korang nak ke RAKYAT MALAYSIA HIDUP DALAM PELARIAN DAN KETAKUTAN mcm mna terjadi di bumi palestin?
Korang nak ke korang berjalan kat luar rumah dengan DIKELILINGI POLIS DAN TENTERA?
Korang nak ke keadaan sekitar umah korang HURU HARA?
Korang nak ke berlakunya DARURAT ATAU PERINTAH BERKURUNG mcm mna zaman jepun dan komunis dulu?
Korang nak ke rakyat malaysia satu hari nanti jadi cm rakyat negara jiran? Terpaksa berhijrah ke negara lain utk cari rezeki yang lebih baik?


Aku taknak semua itu.... hanya kerana 5 sebab ini :


KEPERCAYAAN KPD TUHAN


KESETIAAN KPD RAJA DAN NEGARA


KELUHURAN PERLEMBAGAAN


KEDAULATAN UNDANG-UNDANG


KESOPANAN DAN KESUSILAAN





dua sebab teratas sudah cukup untuk menguatkan sebab aku mengapa aku tak sukakan kacau bilau berlaku di Malaysia. Kerana aku percaya kpd tuhan, dan aku setia  kpd raja dan negara.






p/s : masa perhimpunaan maal hijrah tak dak pulak beribu2 umat islam nak berkumpul meraikan tahun baru islam~

Tuesday, June 28, 2011

Transformer 3 : Dark of the moon Review

sekali lagi terima kasih kpd Izuan Mafti kerana berjaya mendapatkan tiket premier TRANSFORMER 3 : DARK OF THE MOON.


yeay!!!


so, here's a quick review of the film. cekodoks!


Title : Transformer 3 : Dark of the moon
Cast : Shia LaBeoufRosie Huntington-WhiteleyJosh Duhamel. (megan fox dah takde ye~)
Director and producer : Michael Bay


Synopsis :
Mengisahkan tentang peperangan antara geng2 robot di planet mereka pada satu ketika dahulu. Dan juga rahsia penemuan 'makhluk asing' di bulan oleh penduduk bumi yang dirahsiakan dari pengetahuan ramai. Pengkhianatan sesama autobots dan hilangnya kepercayaan penduduk bumi terhadap keupayaan autobots menentang decepticon. Pengusiran dan 'kematian' semua autobots~ Banyak lah konflik yang terjadi yang pasti akan membuatkan anda sedih, gembira, suspen dan pelbagai lagi rasa yang mungkin terjadi. Sumting not to be missed out!!!!! Rugi kalau tak tgk!!!


sedikit sneak peek on the trailer.












pengganti megan fox yg lebih kurang sama hot..but i prefer brunette~



wow!!! i loveeeeeeee...the car!


rated 5.3 stars!!!! 

tapi terpaksa tolak 0.3 star cos watak pengganti megan fox mcm tak best sgt... i prefer mikaela instead of this carly (rosie huntington) cos she's too girlish and mcm tak membantu sgt pun dlm transformer nih..lebih kepada menyusahkan si sam witwicky tu je~

watever it is...this movie still on top of it's class!!!

dunt forget to enter this OFFICIAL TRANSFORMER SITE. cool~


p/s : You may loose faith in us, but never in urself.. From now on, the fight will be ur own

Peristiwa Israk Mikraj Yg Perlu Diketahui

1. Sebelum Israk dan Mikraj
Rasulullah S. A. W. mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika’il. Hati Baginda S. A. W.. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam (‘alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman. ke dalam dada Rasulullah S. A. W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan “khatimin nubuwwah”. Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan “Israk” itu.
2. Semasa Israk (Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa):
Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah S. A. W. diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:
i. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah. ii. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A. S. menerima wahyu daripada Allah; iii. Baitul-Laham (tempat Nabi ‘Isa A. S. dilahirkan);
Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S. A. W. menghadapi gangguan jin ‘Afrit dengan api jamung dan dapat menyaksikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. Antaranya :
- Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S. A. W. dibertahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad “Fisabilillah” yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.
- Tempat yang berbau harum. Rasulullah S. A. W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Mayitah (tukang sisir rambut anak Fir’aun) bersama suaminya dan anak-anak-nya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir’aun kerana tetap teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir’aun sebagai Tuhan).
- Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).
- Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.
- Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.
- Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.
- Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.
- Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.
- Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.
- Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.
- Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.
- Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S. A. W. tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua.
- Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.
Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi makmum.
Rasulullah S. A. W. terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.
3. Semasa Mikraj (Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah):
Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S. A. W. dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).
1. Langit Pertama: Rasulullah S. A. W. dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A. S. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.
11. Langit Kedua: Nabi S. A. W. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi ‘Isa A. S. dan Nabi Yahya A. S.
111. Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A. S.
1v. Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A. S.
v. Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A. S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.
v1. Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A. S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.
v11. Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma’mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S. A. W., Nabi Ibrahim A. S. bersabda, “Engkau akan berjumapa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha’if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu lah HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH”. Mengikut riwayat lain, Nabi Irahim A. S. bersabda, “Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA lah ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA lah HAULA WA lah QUWWATA ILLA BILLAHIL- ‘ALIYYIL-’AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga”. Setelah melihat beberapa peristiwa! lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).
11x. Tangga Kelapan: Di sinilah disebut “al-Kursi” yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S. A. W. dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.
1x. Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur ‘Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.
x. Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S. W. T. dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:
Allah S. W. T : Ya Muhammad. Rasulullah : Labbaika. Allah S. W. T : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan. Rasulullah : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan ‘Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan. Allah S. W. T : aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah ‘Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.
4. Selesai munajat, Rasulullah S. A. W. di bawa menemui Nabi Ibrahim A. S. kemudian Nabi Musa A. S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S. A. W. merayu kepada Allah S. W. T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.
5. Selepas Mikraj
Rasulullah S. A. W. turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu’alam.
(Sumber : Kitab Jam’ul-Fawaa`id) Kesimpulannya, peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah dan takut kepada kekuasaan-Nya.
Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan. Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut). Orang-orang kafir di zaman Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi sebaik-baik Nabi bercerita kepada mereka.
Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah Subhanahu Wataala. Allah Subhanahu Wataala telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam.
Mafhum Firman Allah S. W. T. : “Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.” (Surah Al-Israa’: Ayat 1). wallahua’lam..
OH! Islam: Sebarkan artikel ini walau dengan satu ayat. Semoga anda mendapat balasan setimpal dengan apa yang dilakukan.

Friday, June 24, 2011

Malaysia National Band Competition Northern Region

mungkin ramai yg masih belum kenal dgn nama ini.. SULTANAH ASMA SCHOOL MARCHING BAND atau lebih dikenali sebagai SASBAND.


mari layan sebahagian gallery mereka!










Merupakan satu nama yg tak asing lagi bagi rakyat2 malaysia yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam arena pancaragam. Baru-baru ini telah berlangsungnya satu pertandingan yang memang setiap tahun akan diadakan iaitu Pertandingan Pancaragam Peringkat Kebangsaan. Tahun in menggunakan konsep pembahagian pertandingan antara zon untuk mencari wakil setiap zon bagi bertanding dalam Peringkat Kebangsaan yang akan berlangsung pada 17 Julai 2011 di Stadium Putra Bukit Jalil.

Dan sekali lagi, SASBAND telah membuktikan keupayaan mereka untuk muncul juara buat kali ke berapa tatao dah la..lost count dah since aku meninggalkan sekolah hampir tujuh tahun yang lalu... Bagi yg tidak berkesempatan menyaksikan secara live di Stadium Sultan Abdul Halim, Alor Star, meh layan vid neh... Saaak!!

Membawakan tema MULAN~




teruja? nak tgk secara live, jgn lupa 17 Julai 2011 di Stadium Putra Bukit Jalil!!! Pukul 8 malam start yee...

C yaa there!!!!

mari kelik2 dan laik2



Sunday, June 19, 2011

My Very Own SuperMAN

though it's actual date is yesterday...still wanna post this up..

Special entry dedicated to all da SUPERMAN around the globe! our father, papa, abah, ayah, daddy,dadeyh, walid, appa dan yang sama wktu dengannya.

Tak kisah la apa jua panggilan yang diberikan kepada mereka, mereka tetap juga seorang SUPERHERO dalam sebuah family.

kenapa saya sayang abah saya? 


kenapa saya sayang abah saya?


It is cos... he always did things with his very own way. Very wicked way that will always makes me wonder.. and thinking so deep...and it will takes me whole lot years to understand why he do such a way. hahaha sounds complicated, but thats the truth of my SUPERMAN!





i luv u daddy! i hope it will never be too late to express my luv to him~ 

Happy Father's Day!!

no money can buy the greatest love of all..

cekodoks dis special video of the Supermom to the Superdad


Tuesday, June 14, 2011

Mentor 5 vs Akademi Fantasia 9

sapa2 yg dh tertinggal keretapi, boleh masuk gerabak Akademi Mentor ini sekarang.

tiada niat untuk membanding2,just untuk tatapan umum cos aku sndiri pun tak pernah tgk lagi budak2...(aku hanya pernah layan AF1 je..zaman vince..pahtu tak tgk dah 'drama' angkat beg balik umah tu)

Mari kita amek dua juara dua rancangan realiti untuk mencungkil bakat menyanyi (specifically on menyanyi la kan...tapi end up pakat ramai2 jadi pelakon la, deejay radio la, duta produk la pa bala)

U guys boleh decide sendiri yang mana satu kegemaran anda~

Memperkenalkan JUARA MENTOR 5. SALMA!

















Dan memperkenalkan. JUARA AKADEMI FANTASIA 9. HAZAMA!
















pilihan di tangan anda~

p/s : aku tak pilih drama air mata...hehehe

Thursday, June 2, 2011

Gambar Anda Akan Cantik Sepanjang Masa

tak caye? tgk nih














































cantek2 kan? for better quality view.. sila lah click CREEPERZ PHOTOCRAFT STUDIO. this cool guys is a freelance photographer. He provides any kind of service related to photography. Kenduri kahwin, tunang, outdoor photoshoot, portfolio shoot, simple2 event shoot, cukur jambul, cucuk jambul semua adalah with a very reasonable price!!! And konfirm gambar2 anda akan cantik lah regardless seserabut mna pun keadaan persekitaran ketika itu. hehe so...meh2 la usha page


atau juga



selamat mengusha dan like2 lah ye... =) tenkiu! levyaaa