Thursday, February 25, 2010

Tekanan, Tensi, Depresi? Ini Peluang Anda!!

 

Firstly, sori ya..tajuk tak memberi apa-apa peluang pekerjaan, cabutan bertuah hatta duit dari sukan berkuda empat nombor sekalipun. Saje je trick bagi kononya menarik perhatian la tajuk td. Sbb kalau aku letak Tekanan, Tensi dan Depresi shaja, aku takot nanti akan terus ter-link ke website wikipedia. (=P)

Neway,aku nak cari word baru la untuk menggantikan word CARA-CARA.

Adakah KAEDAH? TIPS? HOW TO? MODUS OPERANDI? NAK TAU TAK?BAGAIMANA?

Yang mana yang paling tip-top-toe? Sila ON CARA dan hantarkan ke 32223.

Back to real topic.


For the time being aku pakai CARA-CARA la dulu.


CARA-CARA MENANGANI STRESS

1. Cara yang paling ekonomikal dan bersesuaian dengan keadaan resecession terkini. Tidur sepuas ati tanpa menyedari perang dunia ketiga meletus. Modalnya hanyalah kerusi pejabat yang empuk/sofa di bilik bos/balik umah je bg yang umah dekat ataupun bawah meja drafting bagi student-student architecture yang sudah biasa hidup melarat.



2. Merempit/drift/bawak keta laju-laju di jalan raya lengang dan luas seperti di Putrajaya dan Cyberjaya ataupun mem-polish skil mencilok di jalan berbengkang bengkok seperti di jalan di felda-felda taib andak.


3. Bagi yang berduit pula. Inilah masa menghabiskan duit dengan membeli barangan tidak berfaedah tapi akan memberi kepuasan dan kesesalan di kemudian hari kerana ujung bulan bukan takat nk makan megi, nak beli megi pun tak mampu sbb harga megi pun dh sepeket nk dekat sehengget lbey. So, nganga mulut depan kipas angin konvensional ja la..makan angin free of charge.


4. Melepaskan tekanan secara fizikal harsh. Contohnya, menumbuk cermin, membaling pinggan mangkuk (seperti adegan di dalam drama melayu tipikal), mencabut tumbuhann di halaman rumah (bagus actually,boleh kemas lalang-lalang kt depan umah), memecahkan tayar kereta prof. yang tak bagi gred A even kita dh study macam nak mati tetapi end up markah dapat atas angin jugak ataupun menjadikan haiwan peliharaan di rumah sebagai mangsa bulian kerana mereka tidak mempunyai talian Nur untuk mengadu tentang kes dera yang di alami. (tak baik buli haiwan, nanti kat akhirat haiwan tuh buli kita balik..ustaz aku ckp cmtu..sbb tu aku syg haiwan-haiwan peliharaan aku...termasuklah lipas di rumah sewa...haha)


5. Makan. Terdapat beberapa fakta yang membuktikan sesetengah makanan yang dikatakan sebagai agen anti-depression, misalnya coklat, almond,salmon dan sebagainya. I dunno la how does it reflects our nerves or brain or watsoever medical thingy but u guys can check-out at this LINK bout the example of the healing foods. Tapi jangan makan secara pukal atau borong kerana akan menyebabkan depresi lain pulak iaitu depresi sebab obesiti, sakit jantung, sakit pankreas dan sebagainya. Ingat ye, makan sebelum kenyang. aaaa..tatau apa the right phrase of it. hahaha lemah toi aku~


6. Bersenam juga mampu melegakan tekanan? Bersenam apa? haaa..itu kita tidak tahu. Mcm2 cara boleh bersenam. Bagi pasangan suami isteri, senaman yang paling senang dilakukan bersama mungkin tidak perlu lagi dihuraikan disini. Bagi yang bujang trang tang tang neh, silalah rajinkan diri berjoging ke, swimming, sit-up,sit down dan pelbagai lagi. Nak g gym pun boleh, boleh kayuh basikal bodo, angkat tongkol besi dan berlari setempat dengan lebih bergaya. Jangan asyik lay-down bersama katil terchenta sahaja. (terkena kat diri sendiri..dush~)


7. Music can heal our soul. Maybe dis is the simplest thing dat we can do cos kita leh dengar music dari pelbagai medium. Radio dalam kereta, mp3,mp4.5,hp dan pelbagai lagi. So, spa2 yang tensi dalam kereta time jem, cara paling mudah adalah menyanyi sekuat hati di dalam kereta. Lantakla orang sebelah nak gelak ke hapa ke cos bukan kita mintak dorang bayar setiap nyanyian merdu kita itu. Ala...semua org konfirm penah menyanyi dalam kereta la...takyah tipu la...walaupun sekadar mengikut nyanyian lagu Gardenia versi Rabbani. Tu pun kira menyanyi jugak.


8. Menangis. Kalau dah paling tak tahan sgt tensi nak wat apa, korang nangis ja. After korang nangis mesti korang rasa release gila cos semua habuk-habuk dalam mata dh keluar, so mata korang jd clear, so korang leh tgk dunia luar dengan lebih gembira. Takyah dh letak eyemonyet kat mata. Kan kan?



So, tu je kot cara-cara release tensi yang boleh dikongsi sekarang, more to come after this commercial. DAaaaaAA..

Wat about u? Anythg to share?

Tuesday, February 23, 2010

X-SITE PHOTOGRAPGHY CONTEST VOL:2 Revised

 

We're extending the new dateline for the competition due to the new entity who is interested to co-operate with our team!!  Yeay!! So hurry up, grab this golden opportunity to win those prizes and stand a chance to join our events in UKM and also Jusco Cheras Selatan this March.

Hurry hurry!!

checkout our website at www.xsiteukm.com for full terms and conditions

*each participants will received free merchandise

Thursday, February 18, 2010

Apa Yang Wanita Inginkan Bukanlah...

 ........



Apa Yang Wanita Inginkan adalah...

jawapan pendek yang jujur

Bukanlah...

Alasan yang panjang berjela tapi tak memberi apa-apa makna




Apa Yang Wanita Inginkan adalah...

Masa gembira bersama walaupun hanya makan malam yang sederhana yang amat pendek tempohnya

Bukanlah...

Masa seperti kamu bersama rakan-rakan lelakimu bermain snuker ataupun lepak-lepak sampai ke pagi bergelak ketawa




Apa Yang Wanita Inginkan adalah...

Menatap senyuman ikhlas terukir di wajah orang yang tersayang walau sedetik cuma

Bukanlah...

Ekspresi tertekan bersamaku sedangkan bersama rakan sepejabatmu tak pernah kamu berkelakuan sebegitu.



Apa Yang Wanita Inginkan Adalah....

Ucapan ringkas selamat pagi darimu. Hanya untuk mengetahui keadaan dirimu pada hari baru.

Bukanlah...

Madah pujangga mencairkan telinga dan sarapan berserta bunga ros di tepi katil ataupun nasi lemak sambal udang di atas meja




Apa Yang Wanita Inginkan Adalah...

Pertanyaan dan kerisauan tentang khabar kesihatan diriku kerana sakit di dalam badanku,hanya aku yang merasakannya.Siapa lagi yang akan bertanya khabarku kerana kipas angin di rumah takkan berbuat demikian.

Bukanlah...

Pertanyaan dan kerisauan tentang baju apa yang aku pakai hari ini kerana perkara itu tidak akan membuatkan aku terlantar di rumah kerana kesakitan




Apa Yang Wanita Inginkan Adalah...

Hadiah kenangan termanis yang dapat diingati sampai mati walaupun hadiah itu adalah recycle daripada koleksi anda sendiri
Bukanlah...

Wang tunai di dalam case Louis Vuitton tetapi di kemudian harinya setiap sen yang diberi akan diminta kembali,termasuklah patch LV yang ada di tepi beg tersebut.



Apa Yang Wanita Inginkan Adalah...

Perbuatan yang menunjukkan betapa kamu menyayangi orang tersayang

Bukanlah...

Ucapan sayang setiap saat tetapi sayang itu hanya di bibir semata-mata. Jauh sekali saraf mulut itu hendak bercantum dengan hati apatah lagi untuk dihantar ke kepala otak.



Ramai sgt org cakap, MAN IS SIMPLE, WOMAN IS COMPLICATED.

Is it true? Perkataan complicated hanya akan terjadi bila bertembungnya kedua-dua jantina ini bersama,bercanggah pendapat, bercanggah minat dan sebagainya. Hanya dengan itu barulah timbulnya perkataan COMPLICATED.

Seseorang manusia itu takkan meng-COMPLICATED-kan dirinya sendiri tanpa sebab. Nobody likes the complicated thing. So, dun ever judge others as COMPLICATED person cos kalau tak ada manusia di sekeliling DIA yang akan menyebabkan hidupnya COMPLICATED, DIA itu takkan ter-COMPLICATED dengan sendirinya. Unless kalau manusia itu mempunyai hormon Amoeba yang boleh mengkomplikasikan dirinya sendiri..eh..mengduplikasikan.


Sekian renungan untuk hari ini.

*perkara di atas tiada kaitan dengan yang hidup ataupun yang sudah kembali ke rahmatullah. Hanya secebis perasaan untuk dikongsi.

Wednesday, February 17, 2010

Walaupun anda perempuan tetapi anda tidak semestinya...




Walaupun anda perempuan tetapi anda tidak semestinya perempuan.

what?

Oh.. ayat yang sebenarnya adalah... Walaupun anda perempuan, anda tidak semestinya mempunyai atau wajib mempunyai  benda/barang/harta benda yang kononnya wajib atau perlu untuk menggambarkan anda seorang perempuan.

Faham tak ayat di atas? Kalau tak faham jugak, meh aku nk eksepeleng skali lagi dengan ayat yang lebih bermakna dengan menggunakan Kamus Dewan Rakyat sebagai rujukan.

Sesetengah orang mengatakan bahawa jika seseorang perempuan itu tidak mempunyai peralatan/barang/tools/hardware hatta sikap 'girlish' skalipun, maka perempuan itu tidak layak di panggil perempuan sejati. Sejauh manakah kebenaran itu? Mari kita sangkal ayat penyata di atas satu persatu menurut pandangan aku dan sebahagian wanita yang mungkin juga sama spesis dengan aku.


Antara checklist kononnya 'WAJIB' ada bagi seorang perempuan, adalah:

1. Baju, aksesori, kasut, tudung, handphone dan sebagainya yang berwarna PINK.

2. Kasut tumit tinggi yang melebihi kadar norma wanita biasa yang bukan bergelar supermodel

3. Peralatan make-up seperti lipstick yang pelbagai skema warna, pemerah pipi, pembayang mata,bulu mata palsu dan sebagainya yang menggambarkan kepalsuan muka anda semata-mata. (aint natural beauty is da best of all?)

4. Dress-dress girlish yang berenda-renda bagai nak rak

5. Baju berkilat-kilau glitter bling-bling yang boleh mengaburi mata polis trafik di kala berada di tengah sinaran matahari

6. Kaca mata hitam (shades) berbentuk seperti Nicole Richie yang keluasannya menyamai 3/4 luas permukaan muka anda

7. Note book atau diari berwarna PINK berserta pensil berwarna PINK yang dihiasi bulu-bulu geli (goli den~)

8. Menggemari Paris Hilton lebih daripada Avril Lavigne

9. Menganggap bahawa Christiano Ronaldo sangat hensem.(never!)

10. Seorang perempuan tidak sepatutnya tahu untuk menukar tayar kereta yang pancit

11. Big fans of chocolate and flowers especially roses (hell no~)

12. Suka bergosip dan mengumpat (macam takde keja lain nak wat)

13. Tak tahu nak drive kereta manual dan wat side parking dengan perfect. (see da footing la..)

14. Tak boleh buat keja sorang-sorang, mesti always rely on people teman jugak.

15. Suka shopping! (hahahaha opss..)


So..If seseorang perempuan tu tak termasuk dalam senarai di atas, adakah dia tidak layak digelar sebagai perempuan sejati?

Friday, February 12, 2010

Malaysian Babes

mahukan stok-stok 3gp terhebat? mahukan barang-barang baik punya yang terbaru? andalah orang yang saya cari!!! jom cekodok ini web untuk mendapatkan segala apa yang anda inginkan. Tak Tipoo Punya~



oleh itu, layarilah www.malaysianbabes.net



dijamin halal~


hahahaha siot,, tajuk entri mengundang permasalahan sosial negara.tapi sebenarnya, memang web neh baikkkk punyaaa untuk gurls especially ya.



Di sinilah sumber aku selama ini untuk mencari pelbagai info-info tentang latest sales, offer, services (spa, saloon shaja ye, untuk service umah urut, sila google search rumah urut jalan bukit bintang), make-ups,contact lenses, dress, accesories dan banyak lagi la. Nak tahu kt mana outlet-outlet butik kat malaysia pun, kt sini la korang leh cari. Tapi korang kena rajin scroll ke bwh bwh sikit la sbb macam2 post dorang letak kt web neh.Antara post-post latest yang berkaitan adalah :


Fashion Charms Bracelet @ RM15


contoh di web ada pelbagai lagi. cumel la puppy brace neh!!!



and ada jugak..


Great Skincare and Cosmetic now available online in Malaysia


 


 


i dunno wadehell is dis skin product but u all boleh try test tgk la keberkesanannya


and ada jugak...


Recommended salons for hair coloring

and...

RM8 e-voucher once again ready for GRAB!!!

and...

Studded belts, velvet, bangles and accessories





luv dis combinations!! and much more!!!



basically the idea of this web is to let all da people out there to share their thought and alsoo their knowledge bout the shopping lots that they always go, sorts of promoting la jugak. well, Sharing is Caring rite? tak salah kita berkongsi, lagi banyak pahala kalau kita tolong org dalam kesusahan, kan? ok, terkeluar topik.


Neway, everybody is welcome to share anythg that is related to the scope of fashion, tapi ada jugak yang tiba2 keluarkan topik tentang hala tuju sebuah perhubungan. Contohnya...


Love someone doesnt mean must be in a relationship together... Agree?

izit related to fashion? well, maybe in other perspective yang kita tak nampak kot..hehe

neway, tu je nak crita, jut a piece of my thought to u guys and gurls~ rajinkanlah diri untuk bukak every link yang ada dalam web neh, konfirm tak nyesal...

so, lets cekodok malaysianbabes!!

Thursday, February 11, 2010

Singa sudah pandai menari

 sekarang ni banyak kedengaran lagu-lagu raya yang seangkatan dengan lagu 'Satu Hari Di Hari Raya' dendangan M. Nasir cuma dalam bahasa yang berbeza. Best lak layan lagu raya, tak kesah la raya apa pun, kita kan Satu Malaysia!!(Pak Najib,, meh komisyen skit, promote kt blog nih..haha)

Gong xi Gong xi Gong xi ni!!to all my chinese frens!! Jom tgk Singa2 berjoget ari Ahad neh!



  

Antara perkara-perkara yang paling aku tunggu time raya cina ni adalah, singa-singa yang suka bermain mata, kuih sepit, limau dan angpow!!(nak angpow~hehe) Singa-singa ini sangat comel!!! 

p/s : sediakan bekal makanan banyak-banyak bagi sesiapa yang akan pulang ke kampung halaman pada malam esok. sama-samalah kita ber'jem' dia highway. huhuhu

Tuesday, February 9, 2010

You Got Me~



especially to my koki!! since i nk post kt wall u xleh..huhuhuhu sori~

X-SITE PHOTOGRAPGHY CONTEST VOL:2

we are back!!! with more X-Citements!!

come join us and stand a chance to win cash prize and X-SITE merchandise

 

just follow this easy steps
1. snap a shot on our theme "HERITAGE"

2. visit our web at www.xsiteukm.com 

3.download the entry form 

4. email your photo and the entry form to us.(payment via online banking/cash deposit/cash)

it's easy rite? you can do everything by just sitting on your chair, cos everything is online!!

dont miss the chance to join cos it's part of our GO GREEN event!!

*snap snap*


Sunday, February 7, 2010

Pantang dan Petua orang tua-tua dijamin benar

"Berpantang maut sebelum ajal". Mesti ayat neh agak familiar di kalangan korang especially kepada umat yang suka membaca akhbar seperti metro dan kosmo yang sering menggunakan tagline ataupun peribahasa ini di ruangan kemalangan jalan raya terutamanya yang melibatkan mat-mat rempit yang tak sedar-sedar diri life duration dah menyala-nyala tapi still nak jadi superman jugak. Biarkanlah mereka~

So tu salah satu contoh 'Pantang' yang diutara selatankan oleh orang tua-tua dulu kala, kalau nak dibuka cerita, banyak sebenarnya pantang-pantang yang ada. Kalau korang rajin, balik kampung nanti korang sembang-sembang la ngan tok/wan korang,mesti semangat punya la dorang crita pantang-larang yang dorang amalkan sejak zaman muda remaja mereka lagi. Tapi sayangnya ianya tidak diperturunkan kepada generasi muda sekarang.

Kenapa ye? Adakah pantang-pantang larang ini sudah tidak equilibrium dengan pemikiran zaman sekarang atau ianya lebih menjurus ke arah unsur mistik oleh itu ianya akan cenderung ke arah perkara-perkara munafik/syirik dan sebagainya? Mari kita TERJAH!!


Pantang anak dara menyanyi kat dapur, nanti dapat husband tua.
Betul ke? apa kaitan nyanyi kt dapur ngn dpt husband tua? adakah bila kita nyanyi kat dapur, orang-orang tua yang sedang membajak sawah di belakang rumah akan terdengar nyanyian kita, akan lantas jatuh chenta kepada kita? kepada sesiapa yang dapat memberikan jawapan kepada kemusykilan ini, sila msg aku dengan pelbagai cara yang boleh diterima. 


Pantang tidur meniarap dan mengangkat kaki ke belakang. 
korang boleh bayang tak posisi neh? demo tidak disertakan disini ye.Ok, kalau pantang larang neh aku rasa aku ada jawapan dia. Kalau ikotkan cakap tok aku, dia cakap, klu buat cmni, ada ahli keluarga kita akan meninggal dunia nanti. Sounds so creepy aite? Tapi ada logiknya dia takotkan aku sbb alasan sebenarnya, kan ke burok anak dara buat cmtu. Especially kalau korang pakai kain batik ke apa-apa kain yang boleh terselak sehingga ke paras lutut dan sekaligus boleh menjadi port teropong orang-orang yang kurang imannya.
Logik kan? 

Gimik orang meninggal tuh maybe sekadar untuk menakutkan kita agar tak buat cmtu, kalau dorang bagi alasan seperti " Nanti nampak bulu kaki, x elok", kita leh jawab, "zaman skarang dh ada veet la tok"... kan ke kurang ajo di situ. 

Pantang duduk depan pintu/atas bendul pintu
Zaman dulu pintu byk la bendul-bendul, tapi skarang dh tak de bendul sgt dh pun, banyak org wat rise or drop je...tapi frame pintu still ada la. yg tu eh org panggil bendul? bukan yang terkeluar sikit dari floor level tu ke? ntah la.. tapi penerangan yang aku leh buat adalah, apa kejadahnya korang nak duduk depan pintu? sikit punya luas ruang dalam umah, kat pintu jugak korang nak duduk. Pintu tu kan access org nak lalu lalang, menyusahkan orang je kalau nak keluar masuk,kang tersepak kang takde zuriat lak korang.

Dan lagi satu, nampak cam orang tak berumah dan tak ada maklamat hidup je kalau duduk depan pintu, ataupun nampak macam amoi yang duduk depan shoplots bukit bintang sambil pegang kertas yang tertera "Perkhidmatan Mengurut Ada Di Atas".dengan besarnya, dan disertakan dengan pakej 'urutan satu badan baik punya' dengan tulisan yang berfont lebih kecil. 



Pantang duduk atas bantal, nanti naik bisul kat punggung
Oh really? Bukan ke lagi bagus ke jaga kesihatan punggung dengan duduk di atas tempat2 yang lembut? Memang betul kena duduk atas tempat yang lembut tapi duduk atas bantal boleh menyebabkan efek psikolgi sebenarnya kepada otak manusia.

Sebabnya, bantal biasanya adalah untuk kepala, memang untuk kepala sahaja (kecuali bantal peluk). Dan kepala mempunyai pelbagai lagi organ-organ lain yang sensitif seperi hidung, mulut, telinga dan mata. Kesemua deria ini amatlah sensitif kepada persekitaran. Kalau bantal yang anda gunakan untuk kepala anda sahaja tiba2 diletakkan di bawah punggung rakan kita atau lebih parah, punggung orang yang kurang dikenali. Apakah perasaan anda?Mahukah anda menggunakannya lagi? Agak-agaknya apakah aktiviti yang berlaku ketika bantal itu berada di posisi tersebut? Adakah ianya mengandungi gas-gas argon,helium,xenon di dalamnya?Wangikah baunya selepas digunakan sebegitu? Fikir-fikirkan dan selamat beramal~ hahaha

Mungkin itulah sebabnya. Hal-hal bisul tuh aku tatao la ada kaitan ke tak dari segi medikal explanation. Mungkin para doktor atau bakal doktor boleh memberikan pendapat anda?


Pantang tidur waktu maghrib, nanti kena sawan/epilepsi/gila dan sebagainya.
Menurut tok aku, perkara ini ada unsur-unsur mistik skit. Sebab time maghrib la syaitan suma berkeliaran mencari mangsa-mangsa yang lemah rohaninya.Sekaligus mudah untuk di manipulasi akal fikiran logiknya. Tapi aku rasa ada kebenarannya sebab wan aku pernah hambat ngan kazen aku ngan penyapu lidi balik umah bila time maghrib kitorang dok sibuk lagi mengayuh 'gerek'(basikal) sampai tak hengat donia.eh..xdak kaitan.

Tapi kalau diikotkan memang kalau kita tido time maghrib pastu tiba2 bangun, konfirm otak rasa cam weng-weng pastu mula la ingat biologikal jam dah terbalik. Ingat dah pagi la, ingat dah terlepas sehari, rasa cam nak moody dan sebagainya. Semuanya melibatkan psikologi otak kita.(Aku pernah bangun lepas maghrib pastu terus sibuk pakai baju sekolah dan sedia di meja untuk bersarapan, ingatkan dh pagi~ chess)


Pantang pinggan yang setelah selesai makan dibiarkan kering, nanti takde orang nak siram kubur kita.
Spooky dan menginsafkan bunyinya. Kalau aku teringat je cakap tok aku neh, terus aku tuangkan sedikit air ke dalam pinggan aku. Sedih woo kalau takde siapa nak ziarah kubur kita nanti...Insaf2.

Dan secara logical explanationnya, aku rasa la kan, reason taknak bagi kering adalah supaya menyenangkan pinggan itu untuk dibasuh nanti. Kalau kita biarkan kering je sambal-sambal belacan, minyak2 yang berkerak tuh, tak pasal-pasal pulak orang yang nak membasuh tuh kena menyental pinggan-pinggan korang makan. If korang basuh sendiri, baru padan muka korang. haha logik tak?


So, any other pantang larang yg boleh dishare?

Greatest thanx to him

Greatest thanx to Allah of cos.

tapi apa yang aku nak thank u-kan di sini adalah ....

 

thank you Izuan Mafti for this superb birthday present, though lewat 3 bulan...hahaha neway, luv it! n luv u! hehe lalalala

Wednesday, February 3, 2010

Da best Treats! Mesti tonton Part 2

"Jalannnn..jaaalaaannn..jalan jalan cari makan~ nok keram nak mie eramma. jalan jalan cari makan. don mista taliban talili banana. jalan jalan cari makan." (lagu tema jalan-jalan cari pasal mengikut pendengaran telinga aku)

okehs, sila tukar channel jika lagu ini kurang sedap berbanding makanan yang bakal dihidangkan kepada anda.

mari kita continue kita punya Hari-hari Makan dan Hari-hari Gemok!

Channel 888
Location : Fiske Steak House (keramat)
Genre : Punk Rock
Rate: 5 Stars bebeh

Di sini ada menyajikan pelbagai makanan ala-ala Barat yang SANGAT BERPATUTAN (serius neh, bukan vice versa) dan SANGAT SEDAP (serius jugak neh). Sila lihat contoh-contoh makanan yang tertera di skrin anda. Nak nmpak lagi sedap? Sila klik digambar untuk pertambahan hormon tumbesaran.

Steak(Lamb chop) + spagheti apantahnamadia = RM6-10 sahaja

 

My feveret! Grilled Fish With Mash Potatoes,Pasta and Mushroom. Harganya adalah around Rm7-10 jugak if im not mistaken. DIJAMIN SEDAP!

To complete the dishes, minuman kena ada.Lychee mango punch!!

 

Ouwh..yummy~
Mari-mari berkunjung ke Fiske Steak House di area Food Court Keramat.Taman Desa Keramat


Bukti kesedapan yang diakui ramai celebritas.

Sekali lagi, ratenya..5 Stars!!



Channel 881
Location : Signature KLCC (Kafe Milano)
Genre : Satu Dunia
Rate : 3.5 Stars

Dari luar bangunan, kita ke dalam Bangunan Punya Kedai Makan pulak ye. Signature adalah tanda tangan. Ya tetapi Signature juga boleh dimakan jika ianya adalah terletak di Level 4 Suria KLCC kerana tanda tangan ini berbentuk Food Court ataupun Arena Permakanan. Banyak kedai-kedai makan yang yummy di sini,korang kena rajinkan diri usha menu-menu tetiap gerai tetapi aku agak disappointed apabila sekali legi Kedai Yoshinoya kesayangan telah dialihkan dari kedudukannya di Signature ini. (oh tidak!!!) dan juga Laksa Shacks juga telah tiada di habitatnya.

Tapi sekarang aku nak crita pasal Kafe Italiano yang diberi nama Kafe Milano. Genre makanannya mestila ala-ala italian food, tosai tidak dijual disini. Tapi 'tosai itali' a.k.a piza adalah Main Menu di sini. Antaranya adalah...

 

  

Ini bukan piza ye. Jangan ada yang membuat petisyen bantahan terhadap blog ini kerana menyiarkan fakta yang bertentangan dengan wikipedia. Ini adalah mee goreng itali. Atau nama saintifiknya adalah Seafood apajadah Spagheti. (aku tak ingat jugak nama menu dia..hahaha)
Gambar di atas juga adalah spagheti ataupun pasta yang tidak kurang lazatnya juga berasal dari kafe yang sama.

Kecuali aiskrim berbendera Malaysia. Aksesori tersebut di sertakan berasingan.(Banana sepelet dia terbaik jugak!)

Harga adalah lebih kurang RM8-12.++ (macam karoke pulak ada ++)

Tempat Ok, harga Ok tetapi kenapa hanya di rate kan 3.5 stars? (soalan dari lantai)
Ini adalah kerana aku tak puas hati bila dalam gambar sikit punya lawa presentation dia tapi bila order, mapley/indon/myanmar yang masak, abeh suma spagethi jadi rupa mee goreng mamak. hish~

Neway, rasanya boleh tahan untuk dicuba. Ratenya skali lagi adalah 3.5 stars!!


yeah..sekian untuk kali ini. akan bersambung di minggu hadapan-hadapan-hadapan (ikot tahap kegemukan)hehehe..daaa

Wednesday, January 27, 2010

Think u GREEN enough?



comel tak logo ni? comel tak? kalau tak comel pun sila mengaku comel kerana semua org bermula sekarang akan diserang virus  GREEN yang akan menukarkan semua orang menjadi Incredible Hulk Hogan.

apakah yang dibayangkan kalau kita sebut perkataan HIJAU? makhluk halus kenit yang bertelinga panjang suka mencuri barang2 di rumah orang kampung? makhluk hijau besar yang menjadi hanya menjadi besar apabila digeletek kemarahannya oleh rakyat jelata? atau iklan berkenaan keselamatan jalan raya yang menggesa kita supaya mematuhi lampu berwarna merah hijau dan kuning? ataupun jiran rumah sebelah yang mempunyai skema warna rumahnya berwarna hijau daripada pagar rumah sehinggalah peti surat pun turut berwarna hijau?

apa-apapun tanggapan dan imaginasi korang, logo di atas mungkin juga ada kaitan dengan semua yang disebut di atas, kalau salah pun, salah sikit2 je kot~ hehe

Untuk pengetahuan ramai, logo di atas adalah berkaitan dengan Alam Sekitar kita yang tersayang, sedikit hint je la di sini ye. Untuk maklumat lanjut, tunggu kemunculannya!!!




p/s: harap2 dapat la sedikit funding untuk launch program mulia perkerti ini.

Monday, January 25, 2010

Da best Treats! Mesti tonton

olla~! adakah anda semakin menggemuk seperti aku? jom beramai2 angkat tangan dan  berkata YA KEPADA KEGEMUKAN!!! hahaha kerana aku sekarang sudah GEMOK dan semakin bertambah2 lagi ekoran hobi baru yang semakin menjadi kegilaan kepada aku sekarang iaitu MAKAN!!! siapa yang tak suka kalau hari-hari dihidangkan dengan makanan yang enak lagi berkhasiat dengan penuh lemak kolesterol yang menjadi punca kegemokan di masa kini? SAYA SUKA SAYA SUKA!!

now,lets cekodok tempat2 yang sedap dimakan. eh, tempat yang mempunyai makanan yang sedap dimakan, bukannya kita makan tempat itu ye rakan-rakan. ada beberapa suggestion kepada korang yang kebuntuan idea hari ini nak makan apa, nak makan di mana? boring la asyik2 dok tengok muka mapley yang mintak air kosong pun smpai habis bola half time baru smpai. So, mari kita tukar channel selera kita sikit ye, baru leh hidup dengan penuh rasa keenakan~ nyum2


Channel 1


Location : Nasi Ayam Chee Meng Bukit Bintang
Genre : Etnik Satu Malaysia (speciality in nasi ayam hainan, pelbagai lagi makanan yang menggiurkan)

Rate sedap : 5 Bintang



 
 sotong goreng tepung idaman kalbu


 
muka terpaksa diblurkan kerana terlalu eksited akibat tahap kesedapan yang tidak dapat dibendung oleh deria rasa.


*nota tambahan : aku suka environment tempat neh, even terletak di kawasan sibuk bukit bintang tapi best jugak bila smbil makan boleh tengok2 org lalu lalang. macam2 ragam org kita leh tgk. sesuai jugak kepada para photograher nak try slow shutter korang cos byk kereta lalu lalang kt sini ditambah dengan lighting dari bangunan yang pelbagai, cun jugak. aku selit sikit aku punya try n error shoot. hehehe (x jadi sgt cos xde tripod)


 

 


one more thing, makanan kt sini halal ye, aku mula2 ingt x halal tapi tgk ada logo halal dari jabatan agama islam dan jugak ramai org muslim datang makan kt sini, and pekerja dia semua melayu, so aku confident sikit nak makan.


Skali lagi diingatkan, rate makanan kt sini adalah 5 Stars!!



Channel 2

Location : Laksa Shacks (Sunway Pyramid)
Genre : Etnik Classic
Rate : 4 bintang




pelbagai jenis laksa yang sodap2 belaka boleh didapati di sini, dari laksa utara smpai ke selatan sampai ke seberang laut pun ada. rasanya ok, but harganya yang agak mahal membuatkannya tak layak nk dapat rate 5 bintang la pulak, neway standard la harga francais restoran kan. tak yang ingaq la alyaa. haha tapi jangan la ekspek nak rasa cm laksa yang mak korang wat rumah, mmg tak dapek den nak nolong la.

* recommended = laksa johor, asam laksa, laksa sarawak and laksa nyonya. branches of laksa shacks ada merata2 shopping complex.

orait, 4 Stars!!



Channel 3

Location : The Spaghetti Farm (midvalley megamall)
Genre : Pop rock (mesti la speciality in spaghetti, xkan tetiba nak speciality in bakso pulok~)
Rate : 3 bintang



pe nama ntah spagheti neh, neway dis is a new restaurant that replaced the Yoshinoya Restaurant (sedih...ma faveret dah tadak)

da only menu served is spagheti je. pelbagai jenis kuah-kuah spagheti boleh dipilih di sini, carbonara, bolognese, alfredo, alfonso, arelanto suma ada. reason aku pilih kedai neh cos harganya yang reasonable, if im not mistaken, harga bagi sepinggan spagheti seperti di atas hanyalah RM 6.++. ok lah kan if compared to other francais restoran yang harga sepinggan spaghetinya RM10 dan ke atas.


* tamabahan : interior design di tempat neh agak comel, elemen bulat2 di dinding dan silingnya beserta gambar2 lembu yang comel agak menyenangkan mata memandang.




skali lagi, ratenya adalah 3 Stars!!



sekian shaja buat kali ini, ada banyak lagi makanan2 enak buat tatapan para penggemar makanan sperti aku tetapi gimme sum time to kodek2 file aku untuk cari balik gambo2 yang telah hilang di sebalik kecanggihan teknologi ini.


i'll be rite back wit juicier treats bebeh!!

Sunday, January 17, 2010

Anak-anakku dh besar...come to mama~










oh my kitty!!! so lovely haaa u guys..huhuhuu omaigod omaigod!!! geramnya!!! sila geram bersama-sama ye sebab ramai yang dah pakat chup poket tangan masuk dalam kocek untuk mendapatkan makhluk tuhan ini secara tidak-rela-aku-lepaskan dengan memberikan 'suapan' berupa pujian berbunyi, "WAH, COMELNYA KUCING! MACAM TUAN DIA JUGAK!"

oh tidak, aku tidak akan tertipu...sila cuba dengan lebih jayanya. pi amek master dulu kaih. hahahahahaha

Friday, January 15, 2010

What Happen In 2009?

wow...dh hampir 3 minggu 2010 membuka tingkap, baru tringin nak crita pasal hal2 lepas??? oh aku sngat lame..hahaha sedih wooo pyh nk dpt tenet kt umah...huhuhu berodband di mana dikau?

where to begin eh? mulakan dengan bismillah, amin~

ok, sekian entri untuk kali ini.

















Wtfish?? kalau stakat nk tulis sekerat ayat untuk review 2009, baik tulis lirik lagu untuk Kumpulan Berjumpa Pakcik Hussain.

Shall we begin? Yeah! 2009! shall i say, full of dramas and tragedy that gave a real deep influence in my life till now.

Since there are so many things happen and so many pictures taken, so i think it is more advisable just to state up the major events only cos if i got to write every single event precisely in this particular entry, my lappy gone burst out in pieces due to the overheating and overflow of memory used.hahaha (hiperbola di situ)

*every event does not arranged accordingly to time line (mana yang aku teringat, aku sesah je dulu)







No 1 
Kenduri-kendara walimatulurusrumahtangga 

Congratulation to my cousin and my brother-in-law's sister!





 Aina's wed 25/09/2009



 Izyan's wed- 14/02/2009


No 2

Convocation dei tambi!



Convo me! -  16/08/2009



Convo my koki -  09/08/2009



Convo ma dearest cousin - 10/08/2009



Convo ma frens, Sharazee n Maidizah - 18/08/2009



No 3

Majlis Makan Nasik Sejuk Tgh Malam





 


Kanak-kanak riang di dinner college Zaaba - 25/03/2009



 



Faculty Dinner -10/02/209

 Sedikit prakata/pakat-kata di sini, silalah berkembang sikit wahai warga universiti, buat la dinner kt tempat yg lebih best dan dengan tema yang betul2 leh wat org snggup bayar brapa pun demi ke dinner tersebut. Tema hitam/merah/putih/kelabu taik hanjing tuh zaman bapak aku pakai seluar bell bottom la weh~ Barbeque ke parti liar ke parti buih ke parti shisha ke, kan ke best? haha Ok tak kawan2? (aku dah grad, sja la bg cadangan untuk kesedapan nafsu adik-adik yang masih ada di situ)


No 4

Raya!! Kebabaooommm~


 Gambo famili woo~ haha skema2




New household! Senduk! eh dak dak..haha introducing KAMAL ARIFF..oit, bukak mata la budak tecik!



Makan puas-puas lepas raya..yeay rojak depan Kolej terbaik la!! Org Kedah kalau tatao rojak neh sila tukar kenegerian anda! haha




No 5

All about architecture!!! Oh tidak~




 
 New archi intake interview - 25/04/2009
Congratulation for those who passed out..hahaha WELCOME TO HELL YEAH!! (nyesal tak amek architecture??)hehe



me performing at Limkokwing Faculty of Built Environment prom nite or sumting...hahahah tadak idung dah aku..dem malu~



Final year Part 1 site visit at Malacca - miss ya all guys!!!!
Perhatian : aksi-aksi terlampau tidak sesuai untuk tontonan umum




preparation for RUMI architectural workshop in UITM - working together is so much fun wit mentally retarded gangs! hahaha mari sama-sama mental-kan diri



Activity mingguan/harian kitorang bila tgh banyak duit...hahaha tidak dapat di insafi lagi dah kanak-kanak ini.




Portfolio day is the day where we will showcase our BAD works for the purpose of 'FIRe-In-To-Heart' session by the professional panels (architects/lecturers/etc) and also the day where all the archi students for the first time ever in the whole semester wore the proper attire. Bagi lelaki, baru nk cari/pinjam/curi kemeja, and yg perempuan baru nak terai-terai pakai bedak kt muka.



 
 ARCHUSTIC 2010 architectural workshop trial camp. For more info wat da heckers is da ARCHUSTIC ni? sejenis virus?sejenis binatang tanpa suara? sila visit SINI.

and so much more!!! panjang nak crita nanti aku buat jurnal "Aku Seorang Budak Archi Sederhana Terlampau" ...genrenya umum, dun wori~ haha



No 6

Burstday celebration all aroud da globe!



Burstday Kak Aida pengetua Duranta


Burstday Maisara Arsat, pengetua rumah jalan plumbum seksyen 7 shah alam 



Burstday aku!! Pengerusi Kelab Tenis Sekolah Rendah Kebangsaan Haji Mohd Shariff sesi 1999. (raket tenis pun pegang sekali setahun..ish2)



No 7

Events dat i managed to menyibok



International Hot Air Balloon Festival at Putrajaya




 
 
 
 F1 Grand Prix at SIC (i'm working there actually...best dpat masuk kt grand stand secara percuma!!)
Look who we met!! (pssst..aku bersembang ngn Alex Yoong, hensem dowh~)



 
 MWBC and KLWMC. sila rujuk entri INI untuk maklumat lanjut.






  Reunions wit da kepala bengong geng!!! yessszaaa..rindulah!!










No 8

Last but not least, da end of 2009 bebeh!



 

 

Sekian..sadaqallahhuazim~


eh.. one more thing, malas nk citer byk pasal bnda neh tp disebabkan benda neh la i'v found da diamond in my life. hehehe wink wink



forgive da keserabutan..huhuhu

Credit to all my frens n family n my beloved koki hehe. jum meriahkan lagi 2010!!!!! roger n out