sesuai dengan status aku di facebook, aku cadangkan korang dgr lagu miley cyrus title dia 'the climber' eh..dak dak...the climb je~. mesti korang rasa korang neh tak ada cukup matlamat hidup kalau idup korang dr dulu zaman mak ayah dok bagi wang saku smpaila ke zaman kena korek saku sendiri masih statik ja, routine harian yang sama setiap hari.
routine bekerja.
bangun. g kerja. lunch. balik kerja. dinner. tgk tv sikit. tido. bangun. g kerja. lunch. gosip sikit. balik kerja. dinner. tgk tv sikit. tido. dan seterusnya.
routine bercuti
bangun pagi (tengahari/petang). lapar. g cari makanan kt dapur (bagi yg duduk ngn parents). g cari megi (bagi yang bujang dan tak berduit macam aku..sob sob..). baring2 depan tv. tatao nak watpa. kembali masuk sarang. tido. dan routine tersebut akan berulang setiap kalinya cuti.
come on guys, klu nak maju dalam hidup mesti lah saling memanjat ke sana sini. tak gitu?
even thomas edison masa dia nk cipta bulp lampu dulu pun confirm2 orang kata dia gila. "ape kejadahnye yop buat lampu2 tuh..pakai pelita minyak tanah udah ler~" (dialog sekadar hiasan)
apatah lagi albert einstein, dh mmg rupa outcome dia terlalu banyak berfikir pun dh serupa suku normal ja jadinya. tapi..... ada ke dorang kisah ngan cacian dan makian org yang sgt skeptical/plastical/muluttakdakinsuranstical?
even crita melayu dulu kala pun ada pasal Angan-angan Mat Jenin. haaa kalau kita tak berangan, korang agak2 Malaysia neh nak ke bayar Kisho Kurokawa untuk design KLIA? terjadikah angan-angan twin tower KLCC by Cesar Pelli tuh ada kat Malaysia?
tiba2 aku tringat kesah Tun Dr Mahathir masa dia mula2 bagi cadangan nak wujudkan Putrajaya. Satu Malaysia gelak kat dia!! Ramai yang mengatakan bahawa Tun dah makin nyanyuk. Tak leh berfikir dengan waras. Tak kurang jugak yang protes. Kononnya, "Sapa yang nk tinggal kt dalam ladang kelapa sawit tu che det oi~" (dialog sekadar hiasan jugak). Tapi sekarang, hampir 80% gambar2 yang ada dalam frens aku kt FB mesti ada background jambatan Putrajaya/Masjid/Monumen/Perbadanan. Sapa kata che det dh nyanyuk? Tu la org cakap, we have to think beyond~ (ok2...aku bukan nak berpolitik di sini. tutup kes)
dan yang paling penting, bagi org yang belum bekerjaya, hargailah setiap sen duit yang ibubapa kita berikan kerana bukan senang nk dapatkan even segelas air teh 'o' kalau kita dh terpaksa mencari duit sendiri. Percayalah, aku dh melalui zaman belajar, dapat duit scholar, joli2 shopping. sekarang..... setiap keinginan untuk merasa baju baru, handbag baru dan sebagainya tertutup rapi pakai padlock solex. dats y aku memanjat ke marata tempat, sbb aku tao aku bukan anak dato/tan sri/tun/ dato seri/ panglima tengku syah putra apa bagai yang each month mesti ada balance at least 5K dalam account (5 hengget ada la dalam acc aku skrang,byk kan?haha).
alangkah bestnya idup kalu leh jd cmneh "Pa, can u 'lend' me some money, 10K only, its for my entertainment allowance and also, OMG dat bugati veyron is so damn perfect for me" (dialog hiasan lagi) Jangan la jadi begini ye rakan-rakan. Unless kalau mak korang Zetti Akhtar Aziz. korang bagi je kertas kosong untuk dia sain, dh jadi duit. hehe
Haaa, bila dh keja tp xde duit, nak mintak duit kat mak abah pun rasa cam sejuta kesalahan. Serius. Makan tak masuk, mandi tak mau, tido tak bangun-bangun. Kena wat solat istiqarah dulu kalau nk mintak. Mak abah, sori~ huhu i promise i'll be a better person for u and for myself. Nanti bila adik dh kaya, adik nak bagi mini copper kat abah. Promise~ ting! hehehe
moral of da story, biarlah pe org nak kata kt kita. janji kita tak mintak duit ataupun belas ikhsan dari sesiapa dan rezeki yang kita dapat adalah yang HALAL dan diredhai Allah S.W.T. amin~
p/s: entri neh khas untuk rakan-rakan seperjuangan SASBAND dan rakan-rakan yang sering berada di sisi ketika susah dan senang. Kawan yang bergelar SAHABAT memang sukar dicari, tapi alhamdulillah, aku berjaya menjumpai SAHABAT-SAHABATku yang aku percayai dan sayangi. luvyu guys!!
Friday, December 25, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
aku suka cerita ko ni....tul...even da keja pun mc xcukup duit...nak minta duit ngan mak bila duit gji da hbs..kena tahan n jawab dulu soalan2 bonus..mana gaji?shopping lagi?..enjoy sgtla..asyik datingla....tula hbs duit....aiyoooo...thn jer la tlga...hehheheee
yerp! yinto!! idup lagi ko rupanya..hahah guro2 je
Post a Comment